◾Hentikan pengambilan steroid anabolik. Bukan rambut je gugur, organ pun boleh rosak.
Andai kata dah cuba buat yang di atas ni, tapi tak ada perubahan, maka bincang dengan doktor tentang:
◾Minoxidil 5%: serum
◾Fenesteride: pil
*Fenesteride biasa diberi pada pesakit lelaki sahaja.
Ubat² ini perlu pengambilan berterusan untuk menampakkan hasil.
Andai kata rawatan dengan ubat masih tak mampu dapatkan hasil yang diharapkan, maka pilihan terakhir adalah :
◾Hair transplant:(tanam rambut)
Doktor ambil rambut dekat kawasan yang tak botak, dan pindahkan(tanam) di kawasan yang botak. Maknanya guna rambut sendiri sahaja.
Kesimpulannya, kalau anda lelaki yang gusar tentang kehilangan rambut, boleh datang ke klinik berhampiran untuk bincang doktor tentang rawatan yang sesuai. Tak payah segan, tak payah peduli kata orang.
OK tu je! Semoga bermanfaat!
Ermmm... kalau segan juga, mungkin boleh cuba telemedicine (berbincang dengan doktor di dalam talian, tapi di platform berdaftar sahaja).
Sesekali boleh nak marah anak tapi kena pastikan 5 perkara ini. #threadparenting.
1. Pastikan yang kita marah tu sekadar untuk mendidik dan nasihat. Cepat-cepat jauhkan diri dari anak kejap bila kita rasa tak boleh kawal emosi kemarahan tu sebab biasanya kita akan menyesal masa dah sejuk nanti.
2. Jangan kerap sangat marah anak. Kita tak nak otak anak terbiasa dengan kemarahan kita hingga dia jadi tak kisah dan dia buat tak dengar apa kita kata. Nak marah anak dengan berkesan, kena marah jarang-jarang.
Kau orang ingat tak Yaashwin, budak 15 tahun dari Malaysia yang menang tempat ke-2 rancangan Asia Got Talent sebab kebolehan dia mengira dengan cepat.
Dia punya pantas tu, sampai dia digelar "human calculator" oleh netizen seluruh dunia.
Tahu tak? Yashwin ada buat buku, di mana dia ajar teknik yang dia gunakan untuk mengira sepantas kalkulator. Buku ni dibuat khas untuk kanak-kanak dan remaja, jadi ia dalam bentuk komik. Anak-anak mesti suka!
Komik ni seronok dibaca, sambil berhibur sambil belajar. Pengisian dia cukup trendy yang boleh buatkan anak-anak teruja nak cuba dan amalkan teknik yang disampaikan. Ibubapa pun boleh belajar teknik mengira ni.
Ramai orang selalu rasa dirinya tak sempurna, terutamanya dari aspek fizikal.
Tahu tak? Jika kita risau tentang penampilan fizikal kita secara berlebihan, ia boleh mengundang kepada satu masalah kesihatan mental yang digelar Body Dysmorphic Disorder (BDD). Ikut thread ni!
BDD adalah satu keadaan di mana seseorang itu mempercayai bahawa terdapat kecacatan atau kekurangan pada tubuh badannya, tetapi tidak dianggap begitu oleh orang lain.
Apa punca BDD?
Faktor utamanya masih belum dikenalpasti. Diketahui bahawa ia melibatkan pelbagai faktor antaranya biologi, psikologi dan sosial.
"Doktor, boleh terangkan pasal penyakit yang Faye Kusairi (artis) kena tu?"
Sejak semalam ramai yang minta jelaskan tentang Bell’s Palsy ni selepas artis berkenaan siarkan video mengenainya. Jadi hari ni kita lihat thread, apa itu Bell’s Palsy.
Bell's palsy adalah kelumpuhan sebelah muka akibat saraf kranium VII (CNVII) terjejas. Saraf ini melibatkan otot mimik muka, sebahagian deria lidah, kelenjar air mata dan air liur.
Gejala-gejala Bell’s Palsy adalah:
◾Muka senget / tak simetri
◾Kebas pada muka
◾Air liur meleleh tak terkawal
◾Mata sukar ditutup dan berair
◾Pertuturan tak jelas
◾Kurang deria rasa pada lidah
◾Sakit telinga
Bergantung pada berat pintu dan kekuatan hentaman, kecederaan boleh ringan mahupun berat.
Berikut adalah jenis kecederaan yang boleh berlaku dan cara merawatnya untuk menjamin kesembuhan yang optimum.
1. Bengkak: ini terjadi kerana tisu yang tercedera mengalami keradangan (inflamasi). Cara nak kurangkannya, adalah dengan melakukan tuaman ais pada bahagian yang bengkak pada hari pertama dan kedua kecederaan.
1. Lebam/lebam: ini tanda kecederaan tisu badan seperti otot, tendon, lemak, kulit dan kapilari(salur darah halus). Jika ia sangat keras, besar, dan berwarna sangat gelap, bawa jumpa doktor. Khuatir berlaku hematoma, pendarahan di bawah kulit.
2. Luka: jika nampak darah, periksa saiz luka. Jika lebih lebar dari lebar satu jari, perlu bawa jumpa doktor. Sementara itu, cuci sekali dengan air bersih, kemudian tekap. Tak usah cuci berulang kali. Darah hanya akan berhenti bila kita tekap luka.