[KISAH BENAR] Tahun lepas ada satu kes di mahkamah.
Kerana dikatakan telah terkena gangguan saka, seorang budak lelaki telah dibawa berubat.
Budak itu disuruh telan bawang putih dan meminum air Yassin.
Kemudian, berlaku sesuatu yang tidak dijangka.
Nak tau apa jadi?👀
Budak lelaki itu baru berusia 7 tahun. Dia disuruh pergi berubat kerana disyaki terkena buatan orang.
Yang menyuruh dia berubat ialah mak saudaranya. Teman lelaki mak saudaranya dikatakan boleh berubat.
Namun, kakak angkat kepada budak lelaki itu berasa musykil. Sebab dia tidak pernah nampak ada sesiapa pun pernah datang berubat.
Jadi, macam mana budak lelaki itu boleh pulak disuruh berubat?👀
Pada hari kejadian, budak lelaki itu tidur dalam bilik bersama kakaknya.
Tetapi jam 4pagi, kakak mula perasan pintu bilik tidur terbuka sedikit dan budak lelaki itu sudah berada di ruang tamu.
Ketika itulah, dia dengar adiknya menjerit ‘sakit! sakit!’
Kakak dapat cam suara adik angkatnya itu. Suaranya kedengaran tidak jauh kerana bilik tidur memang mengadap ruang tamu.
Terdengar suara jeritan, kakak pun bangun dan cuba lihat apa dah jadi pada adik angkatnya.
Ketika itulah, kakak dapat melihat dengan jelas adiknya sedang dirawat.
Seorang lelaki yang merupakan kekasih pada mak saudara budak itu sedang menumbuk dada dan perut budak itu.
Budak itu masih boleh berdiri tetapi kelihatan sudah lemah. Kakaknya mula risau.
Melihat adik angkatnya semakin tidak bermaya, kakak cuba halang lelaki itu dari terus merawat.
Kakak terus bersuara “jangan pukul adik!”
Lelaki yang merawat itu menjawab “Itu bukan adik kau”!
Budak itu mengadu pada kakaknya dia salit perut dan mahu pergi ke tandas.
Kakak pun teman. Tetapi, lelaki yang merawat tadi masuk ke tandas dan sekali lagi berkata “Itu bukan adik kau!”
Budak lelaki itu kemudian ditumbuk kerana dikatakan mahu halau saka yang ada pada badannya.
Kakak cuba menghalang tetapi tidak berdaya. Budak itu ditendang bertubi-tubi ketika dia sedang mencangkung.
Sampai jatuh terduduk bai dalam lubang tandas.
Si kakak kemudian nampak dengan jelas kesan lebam pada badan adiknya itu.
Ketika itu adiknya itu tidak berpakaian. Adiknya cuba bercakap tetapi sudah tidak mampu.
Suaranya tidak keluar kerana lemah dipukul lelaki yang cuba merawatnya itu.
Dari tandas, lelaki itu membawa budak lelaki itu ke ruang tamu. Rawatan belum selesai katanya.
Lelaki itu sekali lagi kelihatan menumbuk semula perut dan dada budak itu.
Kemaluan budak itu pun ditarik. Ada ‘gangguan’ melekat pada kemaluan katanya.
Kakak ketika itu ada di ruang tamu hanya mampu melihat adiknya terseksa. Dia tidak lagi berdaya menghalang.
Ketika kakak cuba menghalang, dia sendiri ditolak ke dinding.
Ketika itu, kakak nampak adiknya sudah tidak larat melawan.
Ketika merawat budak itu, dikatakan budak itu menjawab ‘Wak’ apabila ditanya siapa yang menghantar saka.
Disebabkan percaya budak itu terkena gangguan, dia perlu dihantar berubat.
Dia diminta meminum air Yassin dan muntahkan benda-benda kotor.
Tetapi, yang kelihatan dalam muntah adalah air yang telah diminum semata-mata.
Tiada benda kotor yang kelihatan.
Dada budak itu ditepuk banyak kali kerana dikatakan gangguan itu ada di situ.
Budak itu hanya mampu menjerit dan memanggil “mama dan papa”.
Pada jam 6 pagi, budak lelaki itu didapati pengsan di dalam bilik air!
Tanganya berasa sejuk dan perut budak itu mula membuncit.
Emak saudara budak itu yang tinggal serumah dengannya kemudian menelefon ambulans.
Budak itu dibawa ke Hospital Ampang kerana pihak ambulans memaklumkan tiada nadi pada budak lelaki itu.
Doktor yang menerima mayat budak itu mengesahkan terdapat banyak kesan kecederaan dan lebam pada bahagian perut.
Lelaki yang dikatakan merawat budak itu ditangkap polis kerana disyaki membunuh.
Suspek menafikan dia membunuh dan mendakwa budak itu mati kerana tercekik bawang putih.
Ketika rawatan diberikan, kakak mangsa tidak pula nampak adiknya menelan bawang putih.
Suspek cuba berbohong.
Suspek didakwa di Mahkamah Tinggi Shah Alam di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh mangsa.
Pakar patologi mengesahkan punca kematian mangsa adalah kerana kecederaan yang dialami di muka, badan dan kaki.
Pakar patologi juga sahkan ada lebam badan badan dan kemaluan mangsa. Bengkak pada zakarnya berpadanan dengan benda tumpul seperti tumbukan oleh kaki dan tangan.
Yang memukul mangsa hanyalah suspek, iaitu lelaki yang dikatakan cuba menghalau saka.
Pembelaan suspek gagal. Tiada keraguan munasabah ke atas pihak pendakwaan bagi membuktikan adanya elemen pembunuhan.
Suspek didapati bersalah membunuh.
Tiada bukti jelas mangsa telah mengalami gangguan saka.
Sebaliknya, mangsa hanyalah seorang budak yang hyperactive.
Pihak pendakwaan berjaya buktikan kes mereka melampaui keraguaj yang munasabah.
Suspek dikenakan hukuman gantung sampai mati mandatori.
Keputusan kes ini dijangka dirayu ke Mahkamah Rayuan Putrajaya.
Kejadian ini berlaku pada Ogos 2015 di Rumah Pangsa Taman Kosas, Jalan Kosas 3/12, Ampang, Selangor.
Keputusan hakim Mahkamah Tinggi Shah Alam diputuskan pada 24 Disember 2020.
Suspek disabitkan bersalah dan dikenakan hukuman gantung sampai mati.
Sebuah kapal selam jenis KRI Nanggala 402 milik Tentera Laut (Navy), Tentera Nasional Indonesia (TNI) masih lagi hilang dan belum dijumpai sejak 3 petang semalam.
Ada 53 orang kru dalam kapal selam. Moga mereka semua selamat.
Mohon doa semua!!
Sebelum hilang, kapal selam itu dikatakan menjalani latihan tembakan torpedo di perairan Bali.
Ada yang mengatakan kapal selam itu tenggelam pada dasar lautan melebihi 700 meter.
Kedalaman itu sudah melebihi kapasiti dan keupayaan kapal selam tersebut untuk menyelam.
Laporan berita BBC melaporkan hanya ada baki 72 jam bekalan oksigen. Kapal selam itu perlu dijumpai secepat mungkin.
6 kapal perang termasuklah dari Malaysia dan Singapura sedang membantu mencari sekarang. bbc.com/news/world-asi…
Pakar forensik pada hari ini telah mengesahkan punca kematian Pegawai Kadet Laut UPNM itu adalah kerana jangkitan kuman dan luka lecur utama ‘sequela’.
Kecederaan yang dialami mangsa itu tidak dapat disangkal memang akan menyebabkan kematian.
5 orang suspek dituduh membunuh mangsa di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
Seorang suspek pula dituduh bersubahat membunuh.
Tuduhan 302 Kanun Keseksaan dan bersubahat membunuh membawa hukuman gantung sampai mati, jika didapati bersalah.
12 suspek lagi dituduh atas kesalahan cederakan mangsa (Seksyen 330 dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan-niat bersama).
Kes akan disambung perbicaraan pada 12 Januari 2021.