Di akhirat nanti, kita akan ditanya tentang amanah ketika di dunia ni.
Salah satunya, berkait dengan kepimpinan seseorang.
Setiap pemimpin pula akan bertanggungjawab ke atas apa yang dipimpinnya.
So, kita ni pemimpin ke bukan? 🤔
[Rajutan]
Kalau nak tau, kita semua ni adalah pemimpin.
Kita ni sebenarnya sedang menjadi ketua kepada unit atau organisasi di dalam kehidupan.
Tak kisahlah, unit adik-beradik ke, suami isteri ke, jabatan tempat kerja ke atau paling tinggi sekali, ketua negara.
Ini berdasarkan sebuah hadis Rasulullah SAW.
Daripada Ibnu Umar RA dari Nabi SAW, bahawa baginda bersabda:
"Ketahuilah, setiap kalian adalah pemimpin, dan setiap kalian bertanggungjawab atas apa yang dipimpinnya.
Seorang pemimpin yang memimpin rakyat akan bertanggungjawab atas rakyatnya, seorang laki-laki adalah pemimpin atas keluarganya, dan dia bertanggung jawab atas mereka semua,
seorang wanita juga pemimpin atas rumah suaminya dan anak-anaknya, dan dia bertanggungjawab atas mereka semua, seorang hamba adalah pemimpin atas harta tuannya, dan dia bertanggung jawab atas harta tersebut.
Setiap kalian adalah pemimpin dan akan bertanggungjawab atas kepemimpinannya."
(HR Muslim No: 3408)
Fuh, even seorang hamba pun dikatakan pemimpin kepada harta tuannya tau.
So, nampak kan betapa kita semua takkan dapat lari daripada tanggungjawab sebagai seorang pemimpin.
Semua ini nanti akan disoal kelak.
Ditanya secara detail apa yang telah kita buat sepanjang bergelar pemimpin ke atas amanah masing-masing.
Bagus ke?
Gagal ke?
Amanah ke?
Janganlah anggap lepas di dunia, dapat lepas di akhirat sana.
Paling teruk, di alam barzakh lagi terkena.
Jadi, audit diri sendiri. Semak balik sama ada kita sudah cukup amanah menjalankan tanggungjawab.
Godaan dunia ni memang kuat sangat, kawan-kawan. Sebab itu ramai yang terperdaya.
Jagalah diri agar tidak menjadi mangsa kenapa helah dunia tipu-tipu ni.