Rupanya Rasulullah SAW dah doakan kesulitan buat pemimpin yang korup, pecah amanah lagi khianat!
Aduh, sanggup ke kita nak pegang jawatan tinggi-tinggi bila dah didoakan begitu? 😭
Nak tau apa doa Rasulullah SAW?
[Rajutan]
"Ya Allah, siapa yg menjawat suatu jawatan dlm pemerintahan ummatku lalu dia mempersulit urusan mereka (rakyat), maka persulitlah dia.
Dan siapa yg menjawat suatu jawatan dlm pemerintahan ummatku lalu dia berusaha menolong mereka, maka tolong pulalah dia."
[HR Muslim No 3407]
Bergetar jantung bila baca hadis ini!
Rasa sangat tak layak nak memegang amanah sebagai seorang pemimpin di saat rakyat menderita kelaparan dan kesusahan.
Sedangkan kita pula bersenang-lenang dan boleh ke luar negeri, ambil angin katanya 😭
Lagi dahsyat, bila Allah pun haramkan syurga ke atas pemimpin khianat!
Ini berdasarkan satu lagi hadis sahih.
Dari al-Hasan dia berkata,
"Ubaidullah bin Ziyad mengunjungi Ma'qil bin Yasar al-Muzani yang sedang sakit dan menyebabkan kematiannya.
Ma'qil lalu berkata,
Sesunguhnya aku mendengar Rasulullah SAW bersabda:
"Barangsiapa diberi beban oleh Allah untuk memimpin rakyatnya lalu mati dalam keadaan menipu rakyat, niscaya Allah mengharamkan Syurga atasnya."
(HR Muslim No: 203)
Allah, Allah, Allah!
Bila kita tahu betapa beratnya amanah menjadi pemimpin ni, mana-mana insan yang takutkan azab Allah SWT mesti bergetar dan menggigil nak memikulnya.
Siapa sanggup weh bila diancam haramnya syurga? 😭
Bayangkanlah, segala amalan ibadah lenyap begitu sahaja kerana khianatnya pemimpin itu kepada rakyatnya.
Bayangkan juga, jutaan manusia menuntut hak mereka di akhirat kelak.
Weh, gila berat nak jadi pemimpin!
Pun ramai yang berebut-rebut jawatan ya di akhir zaman ni 😔
Imam Nawawi pun turut menjelaskan hadis ini dengan menyatakan,
“Sabda baginda ini termasuk larangan yang sempurna agar pemerintah tidak menyusahkan rakyat, dan anjuran paling agung untuk bersikap lembut kepada mereka."
[Syarah Nawawi, 12/213].
Bersikap lembut kepada rakyatnya!
Ya, bersikap lembutlah kerana rakyat perlu disantuni, bukannya dihina hanya kerana mereka miskin dan susah.
Ingat, miskin dan susahnya mereka itulah beban amanah pemimpin.
Bukannya menjadi bahan gurauan dan gelak ketawa bersama teman.
Apapun, bila dah faham betapa beratnya amanah menjadi seorang pemimpin ini, mengajar kami untuk lebih berhati-hati.
Moga apa sahaja hala tuju kami selepas ini akan dibimbing oleh-Nya melalui petunjuk yang lurus.
Kami tak sanggup berhadapan soalan maha berat di sana kelak.