Kalau kita didakwa untuk apa-apa kes jenayah, kita akan tahu sebab polis dah pernah datang 'melawat' kita.

Lain pulak kalau kena saman sivil. Tak semestinya kita tahu.

Macam mana nak tahu kita kena saman kat mahkamah mana kalau nombor kes je yang kita ada?

Thread ni panjang. Image
Situasi:

Selama ni kita tak pernah terima apa-apa surat tapi bila semak CTOS, kita tengok ada rekod satu kes saman sivil difailkan terhadap kita. Yang ada kat situ nombor kes sahaja.

Nak lantik peguam takde bajet pulak.

So apa perlu kita buat?
Okay, untuk sesiapa yang tak tahu, ini contoh nombor kes saman sivil:

WA-B52NCvC-000-08/2021

Contoh sahaja ya.
Melalui nombor kes sivil, kita sebenarnya boleh tahu beberapa perkara iaitu:

1. Kena saman di negeri mana
2. Kena saman di mahkamah apa
3. Bila saman difailkan
4. Jenis dokumen pemula kes
5. Kausa tindakan secara umum
6. Anggaran jumlah tuntutan
Tapi untuk kefahaman orang awam, saya hanya fokuskan kepada 1 hingga 3 sahaja dalam thread ini.

Dan ingat ya, ini berkaitan saman sivil SAHAJA. Bukan kes jenayah atau saman trafik.
KENA SAMAN DI NEGERI MANA

Nak tahu kena saman di negeri mana senang je. Rujuk kod negeri iaitu 2 huruf pertama nombor kes.

Rujuk gambar Image
Kod negeri yang digunakan oleh sistem mahkamah sebenarnya sama dengan nombor plat kenderaan di negeri masing-masing.

WA – Kuala Lumpur
BA – Selangor
CA – Pahang
AA – Perak
PA – Pulau Pinang
RA – Perlis
KA – Kedah
NA – Negeri Sembilan
MA – Melaka
JA – Johor
CA – Pahang
TA – Terengganu
DA – Kelantan
Jadi, untuk contoh nombor kes tadi rasanya dah boleh agak kan?

WA-B52NCvC-000-08/2021

Ya betul, kes olok-olok ini difailkan di Kuala Lumpur.
KES DI MAHKAMAH APA

Untuk memulakan apa-apa tindakan sivil, kita ada 3 mahkamah iaitu:

1. Mahkamah Majistret (bawah RM 100k)
2. Mahkamah Sesyen (RM 100k – RM 1 juta)
3. Mahkamah Tinggi (RM 1 juta ke atas atau kes tanah)
Melalui nombor kes, kita boleh tahu kita disaman sivil di mahkamah apa dengan tengok bahagian kedua nombor kes.

Rujuk gambar. Image
Kod nombor berdasarkan mahkamah:

Nombor 7 – Mahkamah Majistret

Contoh:

WA-B72NCvC
RA-A72M
BA-A73KJ

Apa-apa nombor yang start dengan 7 semua di Mahkamah Majistret.
Nombor 5 – Mahkamah Sesyen

Contoh:

WA-B52NCvC
RA-A52M
BA-A53KJ

Boleh nampak beza kan?
Nombor 2 – Mahkamah Tinggi

Contoh:

WA-22NCvC
RA-23NCvC
BA-22F
JA-24NCvC

Selain nombor 2, ada juga kes dengan nombor 3 di Mahkamah Tinggi tapi untuk kes berkaitan pusaka sahaja.
BILA KES SAMAN SIVIL DIFAILKAN

Kita juga boleh tahu bila saman sivil terhadap kita difailkan melalui nombor kes.

Penting ke?
Ya, sebab berdasarkan anggaran tarikh pemfailan, kita boleh tahu sama ada kes tu di peringkat awal ataupun sudah ada penghakiman dimasukkan.

Senang untuk kita ambil langkah seterusnya nanti.

Rujuk gambar. Image
Nombor 08 sebelum “/2021” merujuk kepada bulan difailkan.

Kalau ikut contoh gambar, maksud kes tu difailkan pada Ogos 2021.

Contoh lain:

WA-B52NCvC-000-01/2020 – Januari 2020
WA-B52NCvC-000-05/2015 – Mei 2015
WA-B52NCvC-000-12/2018 – Disember 2018
Kalau kita semak nombor kes tu masa Julai 2021 dan berdasarkan nombor kes, saman difailkan pada Jun atau Julai 2021, maksudnya kes masih di peringkat awal.
Dalam situasi ini, sebaiknya terus hubungi mahkamah berkenaan atau dapatkan khidmat nasihat guaman sebab ada tempoh masa untuk masukkan kehadiran.

Kalau kita tak hadir, penghakiman boleh dimasukkan terhadap kita. Kalah macam tu je.
Tapi kalau kita semak masa Julai 2021 dan kes difailkan tahun 2018 atau 2020 contohnya, maka kemungkinan besar penghakiman telah dimasukkan terhadap kita.

Kena dapatkan khidmat nasihat guaman juga untuk tindakan seterusnya.
Okay kita ulang kaji sikit.

Jadi, berdasarkan contoh nombor kes WA-B52NCvC-000-08/2021, kita boleh tahu yang kes ini difailkan di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur pada bulan Ogos 2021.
Oleh itu, begitulah caranya untuk kita kenalpasti dan dapatkan maklumat asas mengenai saman sivil terhadap kita supaya tindakan boleh diambil dengan segera iaitu hubungi mahkamah untuk masukkan kehadiran dan seterusnya membela diri.
Boleh join discussion group Telegram Jom Tanya Peguam t.me/jomtanyapeguam

Kalau nak baca perkongsian undang-undang yang lain, boleh like page Jom Tanya Peguam atau layari jomtanyapeguam.com
Tambahan sikit:

Yang semua A kat belakang tu as general sahaja. Kalau ikutkan, setiap daerah dalam negeri ada kod sendiri.

Contohnya kes di mahkamah Petaling dia start dengan BB.

BA secara tepatnya merujuk kepada Shah Alam sahaja.

• • •

Missing some Tweet in this thread? You can try to force a refresh
 

Keep Current with Nas Rahman 🏴

Nas Rahman 🏴 Profile picture

Stay in touch and get notified when new unrolls are available from this author!

Read all threads

This Thread may be Removed Anytime!

PDF

Twitter may remove this content at anytime! Save it as PDF for later use!

Try unrolling a thread yourself!

how to unroll video
  1. Follow @ThreadReaderApp to mention us!

  2. From a Twitter thread mention us with a keyword "unroll"
@threadreaderapp unroll

Practice here first or read more on our help page!

More from @MNasruddin_AR

8 Aug
Ain kena saman RM 1 juta? Bagus! Here's WHY.

Catatan dan sedikit penambahan dari sesi space semalam.

Ayuh.

Sumber gambar: Sinar Harian Image
1. Kes Ain ni sekarang di peringkat apa?

Baru di peringkat notis tuntutan atau Letter of Demand (LOD/NOD). Belum masuk mahkamah lagi.
Notis tuntutan ni lebih kepada amaran terakhir sebelum masuk mahkamah. Kalau mana-mana pihak akur dengan tuntutan di peringkat ini, maka kes tak masuk mahkamah.
Read 41 tweets
27 Jul
Susulan thread saya bertajuk Fakta Tentang Undang-Undang Kerja Di Malaysia hari tu, antara soalan yang banyak ditanya adalah berkenaan point nombor 3 iaitu hak pekerja bergaji RM 5,000 ke atas.

Jadi, apa pilihan yang mereka ada?
Jika ada yang terlepas, boleh rujuk thread ini.

APA PILIHAN YANG ADA BAGI PEKERJA BERGAJI RM 5,000 KE ATAS?

Baik, begini.

Kita sudah tahu bahawa Akta Kerja 1955 hanya melindungi pekerja yang bergaji bawah RM 2,000 sahaja dan juga pekerja manual.
Read 13 tweets
22 Jul
Fakta Tentang Undang-Undang Kerja di Malaysia Yang Anda Mungkin Tak Pernah Tahu

Ini adalah bebenang. Image
1. Pekerja tidak diwajibkan untuk beri alasan jika ingin letak jawatan namun majikan perlu mempunyai alasan kukuh sebelum menamatkan perkhidmatan pekerja.
2. Undang-undang di Malaysia tidak melarang untuk individu bawah 18 tahun diambil bekerja namun majikan perlu patuhi syarat-syarat di bawah Akta Kanak-Kanak dan Orang Muda (Pekerjaan) 1966.
Read 14 tweets
1 Feb
Mesti ramai antara kita yang duduk di rumah strata kan?

Masalah yang biasa kita hadap bila duduk rumah bertingkat ni bila ada kebocoran antara tingkat.

Siapa yang perlu bertanggungjawab kalau ada kebocoran? Pihak pengurusan atau pemilik rumah atas?
Contoh situasi:

Abu tinggal di sebuah apartment di KL. Suatu hari, dia perasan banyak air menitik daripada siling bilik air rumah sampaikan keadaan bilik air tersebut sangat teruk dan baunya yang meloyakan.
Abu tanya pemilik rumah atas, Pakcik Jalil pasal ni. Pakcik Jalil cakap memang tandas rumah dia dah lama rosak. Abu bagi tempoh 3 hari kepada Pakcik Jalil bagi baiki kerosakan di bilik air beliau tapi Pakcik Jalil tetap tidak berbuat apa-apa.

Apa Abu boleh lakukan?
Read 20 tweets
22 Jan
Berikut merupakan semua bebenang undang-undang yang telah diikat kemas secara dalam talian sebagai satu untaian utama untuk bacaan semua.

Semoga bermanfaat.
6 Perkara Penting Tentang Pindaan Akta Perhubungan Perusahaan Yang Perlu Pekerja Tahu

Read 18 tweets
20 Jan
Jika ada yang masih belum tahu, pindaan Industrial Relations Act sudah berkuatkuasa sejak 1.1.2021.

IRA ni penting kepada pekerja sebab prosedur untuk cabar pembuangan kerja secara tak adil di bawah akta ni.

Jadi, apa 6 perkara penting pindaan IRA yang pekerja perlu tahu?
1. RUJUKAN DARI JABATAN PERHUBUNGAN PERUSAHAAN (JPP) TERUS KE MAHKAMAH PERUSAHAAN

Ini adalah pindaan kepada Seksyen 20 (2) dan (3).
Jika sebelum ini, representasi oleh pekerja akan melalui proses Runding Damai di JPP. Jika tiada penyelesaian berjaya diperoleh, kes akan dirujuk ke Menteri Sumber Manusia terlebih dahulu. Kemudian, barulah Menteri Sumber Manusia akan rujuk kes kepada Mahkamah Perusahaan.
Read 34 tweets

Did Thread Reader help you today?

Support us! We are indie developers!


This site is made by just two indie developers on a laptop doing marketing, support and development! Read more about the story.

Become a Premium Member ($3/month or $30/year) and get exclusive features!

Become Premium

Too expensive? Make a small donation by buying us coffee ($5) or help with server cost ($10)

Donate via Paypal Become our Patreon

Thank you for your support!

Follow Us on Twitter!

:(