Anda adalah seorang peniaga, syarikat kaya kaya (KK)
Anda telah jumpa kilang supply sarung tgn getah murah, kilang getah getah (GG). & anda telah umumkan utk jual sarung tangan kepada umum, & pelanggan anda syarikat beli beli (BB), telah order sarung tgn getah berjumlah RM 300k.
Pelanggan BB bayar kpd anda 150k deposit. Anda bayar dkt kilang GG. Rupanya GG scam. Dia tak hantar sarung tgn sampai ke sudah. BB pun saman anda KK.
BB saman KK 300k. Apa nak buat?
1. BB tak layak saman KK 300k. Sbb dia hanya bayar 150k.
2. KK tak boleh cakap oi BB, duit kau GG yg amik. Bukan aku... sbb dalam kontrak ada priviti. BB byr kat KK. so KK kene byr kepada BB.
3. BB tak boleh saman GG sbb BB tak ada urusan dgn GG. Tapi KK boleh bawa GG sebagai pihak ketiga dalam saman itu.atau KK boleh saman GG dalam tindakan berasingan.
Bayangkan pula anda telah hantar sarung tangan kepada BB. Tapi dia cakap tak hantar. Bayangkan pula anda bayar cash kepada GG.
Bayangkan pula ada pandemik dan urusniaga tersangkut. Dan anda disaman walaupun urusniaga itu menjadi mustahil?
Pengajaran
1. Pastikan urusan pihak pihak direkodkan secara bertulis. Quotation. PO,DO, Invois.bayaran. Resit.
2. Semua byrn melalui bank. Transaksi. Dan ada emel2 dan surat2 aku terima.
3. Sediakan terma2 dan kontrak serta perkara2 penting. Borang2 tempahan pun kene letak terma2 tertentu.
4. Dapatkan nasihat seawal anda berkontrak dan bukannya hanya apabila masalah timbul. Kalau dah kena saman lagi lah susah nak baiki keadaan.
Semoga bermanfaat.
• • •
Missing some Tweet in this thread? You can try to
force a refresh
Nak elakkan diri di tipu kontraktor rumah yang buat renovasi rumah dan sebagainya? Jom baca dan RT agar semua tidak ditipu lagi!
THREAD
Jadi untuk tujuan pemahaman mudah, sebelum buat rumah anda:
1. Pastikan ada perjanjian atau sekurang kurangnya borang borang mcm quotation, dan lain2 dan isikan semua perkara yang dijanjikan dalam perkhidmatan binaan tersebut.
Kena speksifik ya. Berapa tinggi lebar dan tebal dinding. Bahan apa guna. Bahagian mana? Tingkap jenis apa? Size apa? Deposit dan cara bayar. Serta tempoh siap.
Pasang paip ke point ke. Plastik ke besi ke. Tile yg mcm mana? Bilik mana satu? Warna apa cat? Jenis apa?
Apakah proses proses kebankrapan yang anda perlu tahu.
THREAD
1. Sebelum prosiding kebankrapan dimulakan, mesti ada penghakiman dulu. kerana bankrap ni ada prosiding perlaksanaan. Iaitu proses menguatkuasakan penghakiman yg diberikan oleh mahkamah tadi. Boleh lihat tulisan saya tentang perlaksanaan di sini: m.facebook.com/groups/3320532…
Dalam erti kata lain, orang yang disaman dah diputuskan dia dikehendaki bayar satu jumlah melebihi RM100,000.00 oleh mahkamah dan anda memilih membankrapkan dia jika dia tidak mahu bayar.
Sebagai peguam, saya sentiasa mempunyai cara membaca sesuatu tanpa melibatkan emosi atau mempercayai gaya tulisan penulis tertentu yang bertujuan mempengaruhi kita untuk mempercayai versi mereka.
THREAD
Ini adalah kerana di mahkamah, plaintif akan kata defendan hutang dia. Ceritanya, plaintif jmpa defendan. Defendan cakap nak duit buat bisnes ikan.
Lepas tu tak nak bagi duit plaintif balik. Tujuan plaintif ialah nak pengaruhi mahkamah dalam mempercayai ceritanya supaya defendan byr hutang tu.
Kes pejabat Peguam Negara gugurkan dakwaan terhadap Tan Sri Musa Aman.
Nak faham kenapa kes boleh dismiss, atau nak pilih pihak mana yang anda sokong, kena fahamkan prosedur pendakwaan kes kes jenayah.
Saya ringkaskan sikit.
INI ADALAH THREAD
Sebelum itu, ini adalah thread berkenaan dengan procedure. Tiada sebarang kecenderungan dari segi ideologi politik atau sebagainya
Okay kita mula!
1. Sebelum apa apa dakwaan dibuat. Akan ada laporan polis/ laporan ke mana mana jabatan kerajaan yang menguatkuasakan undang undang tertentu. Cth rogol report polis. Rasuah report sprm. Cyber bully/ berita palsu lapor skmm.
Rogol ketika mabuk, siapa yang salah ni? Jom baca sudut pandangan dari seorang peguam!
INI ADALAH THREAD
Di sini saya bukanlah hendak menjadi Hakim pada sesiapa. Saya di sini cuma pingin menyatakan beberapa perkara dan fakta.
1. Jika seseorang wanita itu mabuk atau melakukan persetubuhan tanpa rela, ia boleh diklasifikasikan sebagai rogol.
Bagi kes perempuan yang berumur di bawah 16 tahun pula, walaupun ia dilakukan secara sukarela, ia bole disabitkan sebagai rogol statutori. Iaitu tetap dikira sebagai rogol.