Soalan: saman saya dah file ke? Tarikh bila naik mahkamah? Kene datang ke? Lamanya, takkan tak panggil bicara lagi?? Peguam tak buat kerja? Peguam lambat? Dah setahun tak setel?
THREAD
Baiklah. Sebagai nota, kita boleh bahagikan peringkat peringkat saman ni kepada 3 bahagian utama iaitu.
1. Pliding 2. Pra Bicara 3. Bicara
Peringkat 1 iaitu pliding adalah proses di mana
A. saman dan pernyataan tuntutan difailkan oleh plaintif (yang menuntut). Diserahkan kepada defendan (yg disaman).
B. Defendan akan failkan kehadiran, dan seterusnya pembelaan.
C. Jika defendan ada tuntutan balas, ia akan difailkan bersama2 pembelaan.
D. Dan kemudian plaintif masukkan jawapan kepada pembelaan defendan.
E. Plaintif kene file pembelaan terhadap tuntutan balas.
F. Defendan fail jawapan kepada pembelaan plaintif.
Peringkat 1 ni kalau xda masalah serah dll, dalam 2 ke 3 bulan boleh selesai. Kdg2 ada Proses2 pindaan, yg menyebabkan pindaan terhadap pliding terpaksa dilakukan.
Kalau takde masalah dalam Kadang2 ada pula difailkan permohonan sampingan (interlokutori mcm penzahiran, penggantungan, pembatalan dll)
Pliding adalah sangat penting dan fakta fakta yang dimasukkan tu mestilah boleh disokong dokumen semasa bicara nanti dan mematuhi undang2 agar tuntutan/ pembelaan jelas dan membantu pihak2 yg bertelagah.
Semasa pliding ni akan ada tarikh2 pengurusan kes di mana peguam shj perlu hadir.
Peringkat 2 adalah peringkat pra bicara. Mahkamah akan mengarahkan pihak2
A. pemfailan dokumen beserta penandaan a,b, c.
B. Fakta setuju. Fakta tak setuju (isu untuk dibicarakan).
C. Senarai saksi yg diperlukan/ saksi sepina
D. Penyata saksi.
Biasanya peringkat pra bicara ni akan diberikan masa antara 2bulan ke 4 bulan untuk melengkapkan kesemuanya. Pengurusan kes akan ditetapkan namun hanya peguam perlu hadir.
Peringkat 3 iaitu Perbicaraan. Masa ni lah baru anda perlu hadir.
A. Saksi plaintif dipanggil. Penyata saksi disahkan. Pemeriksaan balas oleh peguam defendan terhadap saksi plaintif. Pemeriksaan semula oleh peguam plaintif. Ulang proses hingga saksi plaintif habis dipanggil.
B. Saksi defendan dipanggil. Penyata saksi disahkan. Pemeriksaan balas oleh peguam plaintif terhadap saksi defendan. Pemeriksaan semula oleh peguam defendan. Ulang proses hingga saksi defendan habis dipanggil.
C. Nota keterangan disiapkn berdasarkan rakaman mahkamah.
D. Hujahan bertulis
E. Hujahan balas (jika ada)
F. Keputusan mahkamah di berikan.
Jadi biasanya kes kes akan mula bicara dlm tempoh 6 ke 9 bulan namun ia bergantung kepada tarikh lapang mahkamah dan peguam2. Permohonan smpingan juga mesti diselesaikan dan kalau banyak ini juga menyebabkan masa lebih panjang.
Kadang kala permohonan itu kalah ada pula rayuan interlokutori dan penggantungan prosiding bicara sementara menunggu rayuan. serta masalah2 lain yg mungkin timbul sepanjang pengurusan kes.
Jadi, tuan tuan bukan harini file saman. Minggu dpn bicara. Proses undang2 adalah panjang dan meletihkan. Maka jika ada ruang penyelesaian gunakan sebaiknya.
Kalau ada sesiapa nak dapatkan frozen food atau makanan panas lain, klik je link dkt bawah ni tau!
Jom kita tengok SALAH SATU cara nak claim wang sewa tertunggak
THREAD
Anda boleh pilih writ distress/ penyitaan dan penjualan wss bagi memulakan tindakan.
1. Writ ini membenarkan barang barang dalam premis sewaan di sita (pegawai mahkamah dikenali sebagai bailiff) dan dijaga oleh seorang pengawal keselamatan untuk memastikan harta boleh alih tidak di bawa keluar oleh penyewa ( kerusi meja lampu aircond kipas katil komputer dll.
Saya tiada hitam putih. Saya ada bukti transaksi dan wasap je. Boleh ke saman?
THREAD
Baik. Mari kita semak jika bukti yang anda ada itu mencukupi. Elemen asas kontrak adalah
1. Ada tawaran 2. Ada penerima tawaran.
3. Ada tukaran. (Anda bg duit, dia bagi barang.. anda buat kerja dia bagi gaji.. anda bagi pinjam dia bagi untung.. anda bayar sewa, tuan umah bagi tinggal di rumahnya)
Nak elakkan diri di tipu kontraktor rumah yang buat renovasi rumah dan sebagainya? Jom baca dan RT agar semua tidak ditipu lagi!
THREAD
Jadi untuk tujuan pemahaman mudah, sebelum buat rumah anda:
1. Pastikan ada perjanjian atau sekurang kurangnya borang borang mcm quotation, dan lain2 dan isikan semua perkara yang dijanjikan dalam perkhidmatan binaan tersebut.
Kena speksifik ya. Berapa tinggi lebar dan tebal dinding. Bahan apa guna. Bahagian mana? Tingkap jenis apa? Size apa? Deposit dan cara bayar. Serta tempoh siap.
Pasang paip ke point ke. Plastik ke besi ke. Tile yg mcm mana? Bilik mana satu? Warna apa cat? Jenis apa?
Anda adalah seorang peniaga, syarikat kaya kaya (KK)
Anda telah jumpa kilang supply sarung tgn getah murah, kilang getah getah (GG). & anda telah umumkan utk jual sarung tangan kepada umum, & pelanggan anda syarikat beli beli (BB), telah order sarung tgn getah berjumlah RM 300k.
Pelanggan BB bayar kpd anda 150k deposit. Anda bayar dkt kilang GG. Rupanya GG scam. Dia tak hantar sarung tgn sampai ke sudah. BB pun saman anda KK.
BB saman KK 300k. Apa nak buat?
1. BB tak layak saman KK 300k. Sbb dia hanya bayar 150k.
2. KK tak boleh cakap oi BB, duit kau GG yg amik. Bukan aku... sbb dalam kontrak ada priviti. BB byr kat KK. so KK kene byr kepada BB.
Apakah proses proses kebankrapan yang anda perlu tahu.
THREAD
1. Sebelum prosiding kebankrapan dimulakan, mesti ada penghakiman dulu. kerana bankrap ni ada prosiding perlaksanaan. Iaitu proses menguatkuasakan penghakiman yg diberikan oleh mahkamah tadi. Boleh lihat tulisan saya tentang perlaksanaan di sini: m.facebook.com/groups/3320532…
Dalam erti kata lain, orang yang disaman dah diputuskan dia dikehendaki bayar satu jumlah melebihi RM100,000.00 oleh mahkamah dan anda memilih membankrapkan dia jika dia tidak mahu bayar.