Saya tiada hitam putih. Saya ada bukti transaksi dan wasap je. Boleh ke saman?
THREAD
Baik. Mari kita semak jika bukti yang anda ada itu mencukupi. Elemen asas kontrak adalah
1. Ada tawaran 2. Ada penerima tawaran.
3. Ada tukaran. (Anda bg duit, dia bagi barang.. anda buat kerja dia bagi gaji.. anda bagi pinjam dia bagi untung.. anda bayar sewa, tuan umah bagi tinggal di rumahnya)
4. Ada niat (komunikasi, perjumpaan)
5. Melibatkn urusniaga sah dari segi undang2
Jadi walaupun anda tiada kontrak, tetapi anda ada bukti jelas bahawa perbuatan pihak2 membentuk elemen elemen kontrak, dan anda ada bukti perbualan, bayaran, janji janji, pengakuan hutang, resit invois, delivery order, anda BOLEH TUNTUT.
Mahkamah sivil hanya menggunakan dokumen2 yg benar2 wujud dan terpakai selain saksi2 untuk mengesahkan kewujudan dan sah atau tidak dokumen itu.
Kalau anda langsung tiada bukti dan hanya mempunyai cerita kejadian, mungkin anda terpaksa menelan hakikat risiko kalah yg tinggi dan kena fikir nak teruskan saman atau tidak.
Boleh ikuti saya untuk lebih info tentang undang-undang.
Semoga bermanfaat!
• • •
Missing some Tweet in this thread? You can try to
force a refresh
Nak elakkan diri di tipu kontraktor rumah yang buat renovasi rumah dan sebagainya? Jom baca dan RT agar semua tidak ditipu lagi!
THREAD
Jadi untuk tujuan pemahaman mudah, sebelum buat rumah anda:
1. Pastikan ada perjanjian atau sekurang kurangnya borang borang mcm quotation, dan lain2 dan isikan semua perkara yang dijanjikan dalam perkhidmatan binaan tersebut.
Kena speksifik ya. Berapa tinggi lebar dan tebal dinding. Bahan apa guna. Bahagian mana? Tingkap jenis apa? Size apa? Deposit dan cara bayar. Serta tempoh siap.
Pasang paip ke point ke. Plastik ke besi ke. Tile yg mcm mana? Bilik mana satu? Warna apa cat? Jenis apa?
Anda adalah seorang peniaga, syarikat kaya kaya (KK)
Anda telah jumpa kilang supply sarung tgn getah murah, kilang getah getah (GG). & anda telah umumkan utk jual sarung tangan kepada umum, & pelanggan anda syarikat beli beli (BB), telah order sarung tgn getah berjumlah RM 300k.
Pelanggan BB bayar kpd anda 150k deposit. Anda bayar dkt kilang GG. Rupanya GG scam. Dia tak hantar sarung tgn sampai ke sudah. BB pun saman anda KK.
BB saman KK 300k. Apa nak buat?
1. BB tak layak saman KK 300k. Sbb dia hanya bayar 150k.
2. KK tak boleh cakap oi BB, duit kau GG yg amik. Bukan aku... sbb dalam kontrak ada priviti. BB byr kat KK. so KK kene byr kepada BB.
Apakah proses proses kebankrapan yang anda perlu tahu.
THREAD
1. Sebelum prosiding kebankrapan dimulakan, mesti ada penghakiman dulu. kerana bankrap ni ada prosiding perlaksanaan. Iaitu proses menguatkuasakan penghakiman yg diberikan oleh mahkamah tadi. Boleh lihat tulisan saya tentang perlaksanaan di sini: m.facebook.com/groups/3320532…
Dalam erti kata lain, orang yang disaman dah diputuskan dia dikehendaki bayar satu jumlah melebihi RM100,000.00 oleh mahkamah dan anda memilih membankrapkan dia jika dia tidak mahu bayar.
Sebagai peguam, saya sentiasa mempunyai cara membaca sesuatu tanpa melibatkan emosi atau mempercayai gaya tulisan penulis tertentu yang bertujuan mempengaruhi kita untuk mempercayai versi mereka.
THREAD
Ini adalah kerana di mahkamah, plaintif akan kata defendan hutang dia. Ceritanya, plaintif jmpa defendan. Defendan cakap nak duit buat bisnes ikan.
Lepas tu tak nak bagi duit plaintif balik. Tujuan plaintif ialah nak pengaruhi mahkamah dalam mempercayai ceritanya supaya defendan byr hutang tu.
Kes pejabat Peguam Negara gugurkan dakwaan terhadap Tan Sri Musa Aman.
Nak faham kenapa kes boleh dismiss, atau nak pilih pihak mana yang anda sokong, kena fahamkan prosedur pendakwaan kes kes jenayah.
Saya ringkaskan sikit.
INI ADALAH THREAD
Sebelum itu, ini adalah thread berkenaan dengan procedure. Tiada sebarang kecenderungan dari segi ideologi politik atau sebagainya
Okay kita mula!
1. Sebelum apa apa dakwaan dibuat. Akan ada laporan polis/ laporan ke mana mana jabatan kerajaan yang menguatkuasakan undang undang tertentu. Cth rogol report polis. Rasuah report sprm. Cyber bully/ berita palsu lapor skmm.