Jom kita tengok SALAH SATU cara nak claim wang sewa tertunggak

THREAD
Anda boleh pilih writ distress/ penyitaan dan penjualan wss bagi memulakan tindakan.
1. Writ ini membenarkan barang barang dalam premis sewaan di sita (pegawai mahkamah dikenali sebagai bailiff) dan dijaga oleh seorang pengawal keselamatan untuk memastikan harta boleh alih tidak di bawa keluar oleh penyewa ( kerusi meja lampu aircond kipas katil komputer dll.
Distress boleh buat terus. Xboleh claim lain2 tunggakan/kerosakan, sewa je boleh. Wss kene ada pnghakiman dahulu dan boleh melibatkan lain2 kerugian.
2. Penyewa diberikan 14 hari untuk membayar hutang tersebut atau lelongan harta alih akan diteruskn.

3. Harga barangan ditetapkan oleh bailiff
4. Hak hak nya bole dilihat dalam akta distress s20 (distress hanya utk sewaan, wss adalah utk sita dan jual bg tujuan melaksanakan lain2 bentuk hutang termasuk distress)
Sebelum pilih cara ini anda mesti ambil kira faktor di bawah

1. Tiada barang yang berharga
2. Atau beharga tetapi tidak mencukupi
3. Hanya boleh memohon untuk satu tunggakan sewaan tidak melebihi 12 bulan
4. Fee guaman. Deposit. Dan bayaran pengawal keselamatan mungkin lebih tinggi daripada writ.

5. Perlaksanaan cara lain yg lebih berkesan.
Untuk pemilik harta alih pula

1. Katakan penyewa tadi menyewa tetapi harta itu bukan milik penyewa.. contoh perabot masih bawah cagaran/ ansuran, dipinjamkan, mesin masih bawah pinjaman,
2. Dalam kes sub rent, pemilik premis boleh buktikan harta ini bukan milik penyewa utama dan pemilik telah menyewa daripadanya.

3. Boleh ketepikan perintah wss dalam masa 14 hari penerimaan sebelum lelongan.
4. Perniagaan bole diteruskan tetapi tak boleh bawak keluar mana mana harta alih, kecuali ada perintah milikan kosong/eviction yang dikeluarkan serentak.
Selainnya bermuafakatlah secara baik baik agar perkara2 sebegini boleh diselesaikan. Nak bayar peguam pun mahal. Kalau hal 5ribu 6 ribu tak berbaloi nak lalui kesukaran.
Boleh mengikuti saya untuk lebih info tentang undang-undang. Semoga bermanfaat.

• • •

Missing some Tweet in this thread? You can try to force a refresh
 

Keep Current with HafidzahHassan

HafidzahHassan Profile picture

Stay in touch and get notified when new unrolls are available from this author!

Read all threads

This Thread may be Removed Anytime!

PDF

Twitter may remove this content at anytime! Save it as PDF for later use!

Try unrolling a thread yourself!

how to unroll video
  1. Follow @ThreadReaderApp to mention us!

  2. From a Twitter thread mention us with a keyword "unroll"
@threadreaderapp unroll

Practice here first or read more on our help page!

More from @hafidzahhassan1

21 Sep
Saya tiada hitam putih. Saya ada bukti transaksi dan wasap je. Boleh ke saman?

THREAD
Baik. Mari kita semak jika bukti yang anda ada itu mencukupi. Elemen asas kontrak adalah

1. Ada tawaran
2. Ada penerima tawaran.
3. Ada tukaran. (Anda bg duit, dia bagi barang.. anda buat kerja dia bagi gaji.. anda bagi pinjam dia bagi untung.. anda bayar sewa, tuan umah bagi tinggal di rumahnya)

4. Ada niat (komunikasi, perjumpaan)

5. Melibatkn urusniaga sah dari segi undang2
Read 7 tweets
30 Aug
Nak elakkan diri di tipu kontraktor rumah yang buat renovasi rumah dan sebagainya? Jom baca dan RT agar semua tidak ditipu lagi!

THREAD
Jadi untuk tujuan pemahaman mudah, sebelum buat rumah anda:

1. Pastikan ada perjanjian atau sekurang kurangnya borang borang mcm quotation, dan lain2 dan isikan semua perkara yang dijanjikan dalam perkhidmatan binaan tersebut.
Kena speksifik ya. Berapa tinggi lebar dan tebal dinding. Bahan apa guna. Bahagian mana? Tingkap jenis apa? Size apa? Deposit dan cara bayar. Serta tempoh siap.

Pasang paip ke point ke. Plastik ke besi ke. Tile yg mcm mana? Bilik mana satu? Warna apa cat? Jenis apa?
Read 9 tweets
28 Aug
Anda adalah seorang peniaga, syarikat kaya kaya (KK)

Anda telah jumpa kilang supply sarung tgn getah murah, kilang getah getah (GG). & anda telah umumkan utk jual sarung tangan kepada umum, & pelanggan anda syarikat beli beli (BB), telah order sarung tgn getah berjumlah RM 300k.
Pelanggan BB bayar kpd anda 150k deposit. Anda bayar dkt kilang GG. Rupanya GG scam. Dia tak hantar sarung tgn sampai ke sudah. BB pun saman anda KK.
BB saman KK 300k. Apa nak buat?

1. BB tak layak saman KK 300k. Sbb dia hanya bayar 150k.

2. KK tak boleh cakap oi BB, duit kau GG yg amik. Bukan aku... sbb dalam kontrak ada priviti. BB byr kat KK. so KK kene byr kepada BB.
Read 7 tweets
31 Jul
Apakah proses proses kebankrapan yang anda perlu tahu.

THREAD
1. Sebelum prosiding kebankrapan dimulakan, mesti ada penghakiman dulu. kerana bankrap ni ada prosiding perlaksanaan. Iaitu proses menguatkuasakan penghakiman yg diberikan oleh mahkamah tadi. Boleh lihat tulisan saya tentang perlaksanaan di sini:
m.facebook.com/groups/3320532…
Dalam erti kata lain, orang yang disaman dah diputuskan dia dikehendaki bayar satu jumlah melebihi RM100,000.00 oleh mahkamah dan anda memilih membankrapkan dia jika dia tidak mahu bayar.
Read 12 tweets
18 Jul
Justice for bella.

Sebagai peguam, saya sentiasa mempunyai cara membaca sesuatu tanpa melibatkan emosi atau mempercayai gaya tulisan penulis tertentu yang bertujuan mempengaruhi kita untuk mempercayai versi mereka.

THREAD
Ini adalah kerana di mahkamah, plaintif akan kata defendan hutang dia. Ceritanya, plaintif jmpa defendan. Defendan cakap nak duit buat bisnes ikan.
Lepas tu tak nak bagi duit plaintif balik. Tujuan plaintif ialah nak pengaruhi mahkamah dalam mempercayai ceritanya supaya defendan byr hutang tu.
Read 14 tweets
29 Jun
Tahukah anda sekiranya anda menjual kereta terpakai, ada beberapa perkara anda perlu ambil tahu dan awasi.

Ini nasihat saya sebagai seorang peguam.

THREAD
1. Pastikan anda tahu dengan siapa anda berurusan contoh Nama syarikat tersebut. No syarikatnya. Syarikat wujud atau tidak.

Ejen tersebut. Nama. Ic. Dan semak dgn syarikat dia ejen berdaftar atau tidak
2. Jangan berurusan di tepi jalan dan dijanjikan bahawa borang nanti akan sign. Jpj nanti akan tukar. Bla bla bla
Read 15 tweets

Did Thread Reader help you today?

Support us! We are indie developers!


This site is made by just two indie developers on a laptop doing marketing, support and development! Read more about the story.

Become a Premium Member ($3/month or $30/year) and get exclusive features!

Become Premium

Too expensive? Make a small donation by buying us coffee ($5) or help with server cost ($10)

Donate via Paypal Become our Patreon

Thank you for your support!

Follow Us on Twitter!

:(