"Betul Ke Dunia Ketawakan Jawa/Bugis Dipanggil Melayu?"
Dia simple jer, sebab orang Jawa dan Bugis di Malaysia sudi untuk diasmilasikan ke dalam bangsa Melayu. Proses Melayunisasi ni dah bermula sejak sekian lama dalam sejarah.
Bermula dari zaman Melaka lagi identiti Melayu yang kita kenali hari ini, mula meresap kepada kebanyakan penduduk Semenanjung dan Sumatera, dan kemuncaknya ketika era 1900-an dulu atas jasa Nasionalis Melayu. Sebab tu mereka digelar sebagai Melayu Dagang di Malaysia.
Orang Bugis dan orang Jawa di Malaysia hari ini dah mengamalkan adat-adat Melayu, dan berbahasa Melayu sebagai Bahasa Pertama, kebanyakan dah lupakan bahasa ibunda mereka. Satu dunia tak ketawa bang, satu dunia menyedari akan fenomena unik ni.
IKLAN: Kami nak maklumkan bahawa pra-tempah untuk buku-buku terbaru kami untuk Januari dilanjutkan. Anda mungkin akan dapat facemask The Patriots kalau beli ketika pra-tempah ini.
Sebab tu juga bang, dalam sejarah Melayu, ada masa di mana definisi Melayu ni jadi luas, bukan hanya untuk etnik Melayu. Ia jadi satu identiti nasionalis untuk gagasan yang lebih besar merujuk kepada etnik-etnik yang berpayung bawah rumpun Austronesia yang lebih luas.
Ini yang kita panggil sebagai Malay race” yang dperkenalkan oleh ahli antropologi Jerman bernama Johann Friedrich Blumenbach pula adalah konsep yang lebih ringan untuk merujuk kepada orang-orang Austronesia. Dan idea2 asal ini disambut oleh pelbagai etnik Austronesia yang lain.
Misalnya, seorang intelektual FILIPINA, iaitu Wenceslao Vinzons, menubuhkan organisasi Pan-Malayan Union atau Perhempoenan Orang Mellayoe pada tahun 1930-an dahulu untuk menggalakkan pengajian sejarah, tamadun dan...
...kebudayaan bangsa Melayu dan memperkembangkan sentimen persatuan dalam kalangan bangsa-bangsa berkulit sawo matang. Pan-Malayan Union/Perhempoenan Orang Mellayoe ini turut melibatkan Presiden Filipina iaitu Diosdado Macapagal (1961-1965) dan juga Senator Ahmad Domocao Alonto.
Jose Rizal, sebagai antara pendiri semangat nasionalisme Filipina, dicatat pernah mengerakkan sebuah pergerakan yang berasaskan Melayu. Jose Rizal telah mengumpulkan seluruh anak ‘Melayu’ dari Filipina, Dutch East Indies, Semenanjung dan Borneo di sebuah kota bernama Paris.
Revolusi daripada Jose Rizal ini sebenarnya mahu membebaskan seluruh bangsa Melayu daripada belenggu penjajah dan menubuhkan sebuah negara berpaksikan tamadun Melayu. Tahu tak yang Jose Rizal walaupun bukan etnik Melayu, digelar sebagai Kebanggaan Bangsa Melayu?
Raja Kalakaua dari Hawaii ketika bertemu dengan Raja Chulalongkorn Thailand pada tahun 1881, raja Hawaii ni dengan bangganya mengatakan bahawa sesungguhnya kami orang polinesia ini ada darah MELAYU! Maka jawab raja Thailand itu, kami orang Thailand pun ada darah Melayu juga!
Kemudian, ketika Raja Kalakaua sampai ke Johor dan bertemu dengan Maharaja Abu Bakar, mereka saling membahaskan diri mereka berdua sebagai adik beradik Melayu yang hilang. Dan sempat juga Maharaja Abu Bakar menghadiahkan senaskah Al-Quran kepada Raja Kalakaua.
Banyak buku sejarah yang ditulis oleh sarjana-sarjana seluruh dunia, mengulas mengenai proses Melayunisasi ni. Jadi, apa yang berlaku di Malaysia, etnik Jawa dan juga Bugis dilongokkan menjadi Melayu, bukanlah satu fenomena asing dalam sejarah.
Bahkan, proses ni tak unik untuk bangsa Melayu jer bang. Bangsa Arab terkenal dengan proses Arabisasi mereka.
Bangsa-bangsa Arab yang menduduki wilayah seperti Mesir, Lubnan, Kuwait, Iraq, Syria, Palestine, Sudan, Mauritania, Algeria, Libya, Morocco adalah sebahagian daripada mereka yang diasimilasi menjadi Arab daripada etnik Berber, Qibti, Assyria, Phonecia.
Apabila empayar Islam menakluk wilayah-wilayah ini, budaya-budaya Arab seperti bahasa dan pemakaian mula meresap, dan penduduk-penduduk asal berasimilasi ke dalam bangsa Arab. Orang Arab hari ini memiliki tiga kategori Arab.
Arab Ba’idah (yang punah), Arab Aribah (leluhur asli bangsa Arab), dan Arab Musta’ribah (campuran) hasil daripada proses Arabisasi yang tua itu. Definisi ini wujud kerana nak membezakan Arab yang dah pupus, Arab yang asli, dan suku lain yang bersemenda ke dalam bangsa Arab.
Hampir sama konsep dengan Melayu Jati dan Melayu Dagang di Malaysia. Dan fenomena-fenoma ini juga berlaku kepada bangsa-bangsa lain, selain Melayu dan Arab.
Kita dapat lihat pada proses Sinofikasi. Orang Cina yang kita kenal hari ini, barangkali nenek moyang mereka, bukanlah orang Cina, tetapi memeluk identiti lain. Contohnya dapat kita lihat pada populasi Proto-Austronesia di Selatan China.
Populasi-populasi pribumi yang menduduki wilayah sekitar persisiran pantai China, merangkumi sehingga ke utara Sungai Yantze, atau dibahagian selatan, Teluk Tongkin ini dipanggil sebagai Baiyue dalam rekod-rekod China purba.
Mereka membina kebudayaan-kebudayaan hebat seperti Liangzhu yang berusia sehingga 3000 SM. Apabila penggalian arkeologi dilakukan pada tapak peradaban ini, mereka temui rangka manusia yang apabila dibuat ujian DNA, dikaitkan dengan orang Austronesia moden.
Dipercayai bahawa kebudayaan Liangzhu ini merupakan antara tapak terawal peradaban nenek moyang orang Austronesia moden hari ini. Dan kelompok-kelompok Baiyue ini kemudian diasimilasikan ke dalam kebudayaan Han yang semakin melebarkan empayar mereka ke Selatan China hari ini.
Hari ini, bukan sahaja suku Baiyue di Selatan sahaja menjadi antara etnik-etnik yang dah berasimilasi ke dalam identiti Han China. Tetapi pelbagai suku-suku dalam sejarah, dan setiap Dinasti China sehingga ke China zaman Komunis hari ini, masih giat Sinofikasi yang berlaku.
Jadi, janganlah tiba-tiba melompat, konon satu dunia ketawa melihat fenomena seperti ini sebab ia bukanlah satu fenomena janggal, bodoh atau sebagainya.
Lagipun identiti bangsa ni satu konsep yang fluid, social construst, jadi, bukan satu komedi kalau seorang individu berasimilasi ke identiti yang lain dari nenek moyang mereka, atau memiliki lebih daripada 1 atau 2 identiti dalam diri.
Kesimpulannya, Jawa/Bugis tu identiti etnik, Melayu tu bangsa. Tak ada pun orang larang Jawa/Bugis tu rujuk diri etnik. Tapi atas identiti etnik ada identiti bangsa Melayu. Tu hasil pembinaan bangsa oleh nasionalis Melayu era 1900an.
Sama mcm Cina dan India pun identiti bangsa, bukan etnik. Tamil, Malayalam ni etnik, dilongokkan jadi bangsa India. Cina kalau ikut etnik classify jadi Han atau Hokkien/Hakka, tapi jadi Cina sebab nasionalisme China awal 1900an.
Jelas?
Dan sekali lagi, kami nak ingatkan bahawa buku-buku kami boleh dibeli sekarang di Webstore! Sokong perjuangan kami dengan memborong buku-buku kami agar mampu kami memberikan ilmu percuma.
Antara novel kami yang akan datang bawah label Mahakarya, TERHEMPASNYA PESAWAT MH747, sebuah karya Survival Thriller.
Cerita tentang bagaimana penumpang pesawat ini terpaksa berganding bahu untuk survive disebuah pulau yang pelik.
Ini thread tentang novel akan datang kami.
Cerita ini menampilkan pelbagai watak dari pelbagai latar belakang seperti doktor, bekas scammer, bekas tentera etc yang menimbulkan pelbagai konflik menarik dalam usaha mereka nak survive.
Ini ialah contoh gambaran watak-watak utama.
Cerita ni bermain dengan soal etika dan moral, apakah ia lebih berat atau apakah satu dosa besar apabila manusia mula jadi pentingkan diri nak selamat?
Masih lagi Bahasa Melayu. Apa yang Tan Sri cakap ni sebenarnya seolah-olah kami orang Melayu sebelum datangnya perkataan2 pinjaman ini ke dalam Bahasa kami, dek kerana pertembungan tamadun, kami adalah satu bangsa barbaric yang nak bercakap dan bertutur pun tidak mampu!
Bahasa Melayu bukanlah bahasa banjingan ciptaan sesiapa, tetapi merupakan bahasa yang wujud dalam keluarga Austronesia. Keluarga terdekat kami seperti Bahasa Jawa, Bahasa Maori, Bahasa Samoa dan bahasa-bahasa lain dalam keluarga besar ini.
Bahasa kami memiliki sejarah yang panjang. Berdasarkan sejarah, nenek moyang kepada bahasa kami iaitu Proto-Melayu mula dituturkan sejak sekurang-kurangnya 1000 SM di Borneo...
Terbaca satu Tweet yang mempertikaikan mengangkat Hang Tuah sebagai inspirasi para atlet dalam sukan olimpik ini. Katanya ini budaya feudal yang dibawa ke zaman moden, kami di The Patriots berbeza pendapat dengan Tweet tersebut.
Tak akanlah nak idolakan satu watak legenda dalam lipatan budaya Melayu pun dianggap sebagai feudalism? Hanya sebab ketaatan pada raja yang buatkan kita nak buang sisi baik pada figura watak legenda ini?
Kemahirannya berbahasa banyak bahasa? Bagaimana Hang Tuah menjadi seorang diplomator yang baik mewakili Melaka sampai ke Rom membeli meriam, mewakili Melaka ke India dan juga China?
Persoalan yang baik ni tuan. Baik, kami cuba menjawab sebaik mungkin persoalan tuan. Tulisan yang digunakan oleh orang Melayu dalam sejarah itu pelbagai. Orang Melayu menggunakan Pallava, tulisan post-Pallava seperti Rencong, Jawi dan akhirnya abad Latin.
Tulisan Pallava ni orang Melayu ambil daripada selatan India, lalu digunakan meluas dalam batu bersurat Tamadun Melayu ketika era Srivijaya. Misalnya dalam Batu Bersurat Kedukan Bukit, yang mencatatkan ekpedisi Maharaja pertama Srivijaya, Dapunta Hyang Sri Jayanasa.
Dalam batu bersurat ini, meski menggunakan tulisan Selatan India, menggunakan Bahasa Melayu Kuno, menunjukkan antara rekod terawal Bahasa Melayu dalam sejarah. Dan perlu tahu, bukan orang Melayu jer pakai tulisan dari India, tapi Khmer, Thai, Viet, Cham dan banyak tamadun lain.
Tak faham kenapa banyak betul Melayu yang suka claim dari Indonesia, claim diri mereka sebagai pendatang. Sebenarnya betul ke Melayu ni asal dari Indonesia? Meh kita bedah sejarah semula.
Sebelum Malaysia dan Indonesia lahir, wilayah ini adalah merupakan sebuah wilayah yang terdapat ratusan kerajaan di mana sempadan-sempadan sentiasa berubah berdasarkan penguasaan empayar tertentu seperti Srivijaya, Majapahit, Acheh dan juga Johor-Riau.
Malaysia dan Indonesia adalah hasil pemisahan penjajah kepada adik beradik sebudaya serumpun bangsa ini pada 1824 Anglo-Dutch Treaty.