Ketika ini lebih 100,000 tentera Russia sudah tiba di sempadan Russia-Ukraine.
Kapal-kapal perang Russia juga mula tiba di Crimea melalui Selat Bosphorus dan latihan ketenteraaan sedang dilakukan di Belarus bersama askar Russia.
Oleh: Fathul Farisan
Di pihak NATO pula, bersama US dan UK, beribu-ribu askar sudah dihantar ke negara sempadan sekutu NATO seperti Poland dan Romania.
Bantuan senjata canggih juga sedang dibekalkan kepada Ukraine oleh US bagi persediaan menghadapi serangan Russia.
Perisikan US mengatakan perang sudah tidak dapat dielakkan, malah semua rakyat US sudah pun diarahkan leluar dari Ukraine.
Russia pula dalam keadaan terdesak kerana permintaan mereka agar NATO tidak masuk campur di Ukraine seolah tidak dilayan.
Ukraine adalah sangat penting bagi Russia dari segi sejarah, geografi dan sosial.
Sejarah negara Russia, Ukraine serta Belarus itu sendiri bermula dari susur galur sama kerajaan lampau Kievan Rus.
Ukraine adalah sangat penting bagi Russia dari segi sejarah, geografi dan sosial.
Sejarah negara Russia, Ukraine serta Belarus itu sendiri bermula dari susur galur sama kerajaan lampau Kievan Rus.
Dari segi Geografi, Ukraine sangat penting kerana ia menjamin akses kepada Laut Hitam yang boleh digunakan sepanjang tahun berbanding akses Laut Utara yang hanya boleh dilalui pada masa tertentu sahaja akibat liputan ais.
Bagi Russia, mereka tidak ada banyak pilihan jika mahu menjamin keselamatan dan kedaulatan negara mereka. Jika Ukraine berjaya di-NATO kan, maka ia umpama check-mate kepada cita-cita Putin.
Oleh itu, perang nampak sudah tidak boleh dielakkan, kecuali ada solusi diplomatik yang kini nampak sangat sukar.
Jika perang ini berlaku, kesannya akan dirasai seluruh dunia.
Harga minyak, gas, dan sektor tenaga akan meningkat dan ripple effectnya akan dirasai oleh semua lebih-lebih lagi dalam situasi inflasi akibat 'bottlenect' produksi dan logistik di seluruh dunia sekarang ini.
Malah, kebimbangan paling besar ialah jika ianya melarat melibatkan negara NATO yang bersempadan.
Mengikut doktrin NATO, serangan terhadap mana-mana negara sekutu adalah sama seperti serangan terhadap semua. Maka negara seperti US, UK, Perancis, German tiada pilihan kecuali turut terpaksa "turun padang" jika perang berlarutan ke negara seperti Poland atau Romania.
Untuk memahami lebih lanjut tentang Geopolitik Russia, boleh beli Trilogi Dunia Tanpa Tembok tulisan @AymanRashdanW. Hari ni ada Hari Diskaun Ayman Rashdan Wong. Beli shopee.com.my/thepatriotsasia
Jika nak memahami bagaimana Politik Putin berfungsi, kami nak cadangkan pembelian buku terbaru kami, bertajuk Putin, Tsar Moden Russia di pautan: thepatriots.store/store/latest/p…
Pembetulan ulangan dalam thread. Gantikan dengan frasa:
Ianya adalah impian terhebat Putin untuk menyatukan kembali susur galur ini setelah kejatuhan Soviet Union agar kegemilangan Russia boleh dikembalikan.
• • •
Missing some Tweet in this thread? You can try to
force a refresh
Antara novel kami yang akan datang bawah label Mahakarya, TERHEMPASNYA PESAWAT MH747, sebuah karya Survival Thriller.
Cerita tentang bagaimana penumpang pesawat ini terpaksa berganding bahu untuk survive disebuah pulau yang pelik.
Ini thread tentang novel akan datang kami.
Cerita ini menampilkan pelbagai watak dari pelbagai latar belakang seperti doktor, bekas scammer, bekas tentera etc yang menimbulkan pelbagai konflik menarik dalam usaha mereka nak survive.
Ini ialah contoh gambaran watak-watak utama.
Cerita ni bermain dengan soal etika dan moral, apakah ia lebih berat atau apakah satu dosa besar apabila manusia mula jadi pentingkan diri nak selamat?
"Betul Ke Dunia Ketawakan Jawa/Bugis Dipanggil Melayu?"
Dia simple jer, sebab orang Jawa dan Bugis di Malaysia sudi untuk diasmilasikan ke dalam bangsa Melayu. Proses Melayunisasi ni dah bermula sejak sekian lama dalam sejarah.
Bermula dari zaman Melaka lagi identiti Melayu yang kita kenali hari ini, mula meresap kepada kebanyakan penduduk Semenanjung dan Sumatera, dan kemuncaknya ketika era 1900-an dulu atas jasa Nasionalis Melayu. Sebab tu mereka digelar sebagai Melayu Dagang di Malaysia.
Orang Bugis dan orang Jawa di Malaysia hari ini dah mengamalkan adat-adat Melayu, dan berbahasa Melayu sebagai Bahasa Pertama, kebanyakan dah lupakan bahasa ibunda mereka. Satu dunia tak ketawa bang, satu dunia menyedari akan fenomena unik ni.
Masih lagi Bahasa Melayu. Apa yang Tan Sri cakap ni sebenarnya seolah-olah kami orang Melayu sebelum datangnya perkataan2 pinjaman ini ke dalam Bahasa kami, dek kerana pertembungan tamadun, kami adalah satu bangsa barbaric yang nak bercakap dan bertutur pun tidak mampu!
Bahasa Melayu bukanlah bahasa banjingan ciptaan sesiapa, tetapi merupakan bahasa yang wujud dalam keluarga Austronesia. Keluarga terdekat kami seperti Bahasa Jawa, Bahasa Maori, Bahasa Samoa dan bahasa-bahasa lain dalam keluarga besar ini.
Bahasa kami memiliki sejarah yang panjang. Berdasarkan sejarah, nenek moyang kepada bahasa kami iaitu Proto-Melayu mula dituturkan sejak sekurang-kurangnya 1000 SM di Borneo...
Terbaca satu Tweet yang mempertikaikan mengangkat Hang Tuah sebagai inspirasi para atlet dalam sukan olimpik ini. Katanya ini budaya feudal yang dibawa ke zaman moden, kami di The Patriots berbeza pendapat dengan Tweet tersebut.
Tak akanlah nak idolakan satu watak legenda dalam lipatan budaya Melayu pun dianggap sebagai feudalism? Hanya sebab ketaatan pada raja yang buatkan kita nak buang sisi baik pada figura watak legenda ini?
Kemahirannya berbahasa banyak bahasa? Bagaimana Hang Tuah menjadi seorang diplomator yang baik mewakili Melaka sampai ke Rom membeli meriam, mewakili Melaka ke India dan juga China?
Persoalan yang baik ni tuan. Baik, kami cuba menjawab sebaik mungkin persoalan tuan. Tulisan yang digunakan oleh orang Melayu dalam sejarah itu pelbagai. Orang Melayu menggunakan Pallava, tulisan post-Pallava seperti Rencong, Jawi dan akhirnya abad Latin.
Tulisan Pallava ni orang Melayu ambil daripada selatan India, lalu digunakan meluas dalam batu bersurat Tamadun Melayu ketika era Srivijaya. Misalnya dalam Batu Bersurat Kedukan Bukit, yang mencatatkan ekpedisi Maharaja pertama Srivijaya, Dapunta Hyang Sri Jayanasa.
Dalam batu bersurat ini, meski menggunakan tulisan Selatan India, menggunakan Bahasa Melayu Kuno, menunjukkan antara rekod terawal Bahasa Melayu dalam sejarah. Dan perlu tahu, bukan orang Melayu jer pakai tulisan dari India, tapi Khmer, Thai, Viet, Cham dan banyak tamadun lain.
Tak faham kenapa banyak betul Melayu yang suka claim dari Indonesia, claim diri mereka sebagai pendatang. Sebenarnya betul ke Melayu ni asal dari Indonesia? Meh kita bedah sejarah semula.
Sebelum Malaysia dan Indonesia lahir, wilayah ini adalah merupakan sebuah wilayah yang terdapat ratusan kerajaan di mana sempadan-sempadan sentiasa berubah berdasarkan penguasaan empayar tertentu seperti Srivijaya, Majapahit, Acheh dan juga Johor-Riau.
Malaysia dan Indonesia adalah hasil pemisahan penjajah kepada adik beradik sebudaya serumpun bangsa ini pada 1824 Anglo-Dutch Treaty.