Nak tahu cara paling simple untuk recover data/file yang telah dipadam dari recycle bin ?

Cukup 10 rt saya akan share caranya.
Memandangkan dah cukup 20 rt,saya terus mulakan ya. Pertama sekali korang download software recuva-portable. saya dah sertakan link dibawah, free je beb.

ccleaner.com/recuva/downloa…
dah download,extract file tu kat mana-mana tempat yang sesuai, saya letak kat bahagian D je, senang nak cari balik nanti. extract to guna 7-zip,winzip atau winrar pon boleh. saya pilih winrar sebab dia dah win dalam hati saya.roaar~
Download winrar kat sini, pilihlah ikut spec laptop/komputer korang (64bit atau 32 bit)
rarlab.com/download.htm
Lepas dah siap extract,double click folder rcsetup153 & kat situ korang akan nampak ada dua nama yg hampir sama,recuva & recuva64.
Kat sini korang kena tahu sistem operasi laptop pakai 64 bit atau 32 bit. Cara nak tahu,di my computer > right click > properties kemudian tenguk 64 bit ke 32 bit,mcm gambar dibawah.
Kalau korang pakai 32 bit,guna recuva kalau 64 bit, install recuva64. mcm saya,os 64 bit saya guna recuva64. Cara nak buka,right click > run as administrator.
Paparan mcm ni akan muncul, tekan je button next.

Di tetingkap seterusnya,pilih All files. Nak pilih yg lain pon boleh tapi nanti serabut,baik All file lagi senang.Kemudian Next
Dekat bahagian ni korang pilih "In the recycle Bin" sebab nak recover yg dalam recycle bin kan. Jangan tanya Recycle bin apa.Lepastu tekan Next
Tambahan: kalau nak recover file dari sd card,pendrive,external harddisk korang pilih "on my media card or ipod" tapi,pastikan korang dah cucuk siap-siap pendrive apa tu semua.
Di tetingkap seterusnya, tick "enabled Deep Scan".Bila tick "enabled Deep Scan" korang kena tahu proses deep scan memang lama sebab dia nak korek habis data-data kita yang lampau. Okay sekarang tekan "Start"
Proses scanning ni memakan masa kerana ia bergantung pada kapasiti media, kalau besar maka lambatlah dia. Boleh memakan masa sekitar 2-3 jam atau lebih.
Setelah proses scanning yang berjambang ni selesai, akan keluar satu paparan yang mana korang boleh tenguk fail-fail lama yang telah dipadam.

Korang abaikan dulu paparan ni,terus ke Switch to advanced mode.
Hal ini supaya proses recover data lebih cepat dan teratur. Seterusnya, ikut arahan ini

Options > tab Actions > tick Restore folder structure > OK
Sekarang,barulah korang boleh pilih fail mana yang nak di recover. Boleh pilih semua atau sebahagian.
Pastikan ambil data yang berwarna hijau sahaja kerana data yang berwarna kuning & merah biasanya dah tak boleh recover, senang cerita data2 ni dah rosak teruk.

Setelah dah pilih data yg diinginkan tekan Recover
Pilih lokasi data yang dipindahkan. Dalam gambar, saya pilih desktop je supaya mudah nak cari . kemudian tekan OK.
Bergantung pada berapa banyak fail yang korang nak recover tadi, proses ni pon makan masa juga. so time ada kelapangan masa ni bolehlah like instagram touch media dulu. hehehe.

instagram.com/tmlaptopspecia…
Selepas selesai, korang cuba lihat data di desktop, pastikan data boleh dibuka dan dipulihkan tanpa sebarang masalah.
Itu saja perkongsian kali ini,kalau korang ada soalan nak ajukan pada kami, boleh terus DM atau tenguk F.A.Q yang sering ditanya oleh masyarakat (berkenaan laptop) di Instagram kami @tmlaptopspecalist.
Laptop ada masalah? tapi nak hantar kedai laptop takut kena cas bukan-bukan?

hantar kat kami, kami cek tidak kena kan bayaran. Kami dah repair, tapi laptop masih bermasalah ? kami tidak kenakan bayaran.
Missing some Tweet in this thread?
You can try to force a refresh.

Like this thread? Get email updates or save it to PDF!

Subscribe to Touch Media Laptop Specialist (TMLS)
Profile picture

Get real-time email alerts when new unrolls are available from this author!

This content may be removed anytime!

Twitter may remove this content at anytime, convert it as a PDF, save and print for later use!

Try unrolling a thread yourself!

how to unroll video

1) Follow Thread Reader App on Twitter so you can easily mention us!

2) Go to a Twitter thread (series of Tweets by the same owner) and mention us with a keyword "unroll" @threadreaderapp unroll

You can practice here first or read more on our help page!

Did Thread Reader help you today?

Support us! We are indie developers!


This site is made by just three indie developers on a laptop doing marketing, support and development! Read more about the story.

Become a Premium Member and get exclusive features!

Premium member ($3.00/month or $30.00/year)

Too expensive? Make a small donation by buying us coffee ($5) or help with server cost ($10)

Donate via Paypal Become our Patreon

Thank you for your support!