Profile picture
kimi / キミー @kimidex
, 76 tweets, 22 min read Read on Twitter
Rasanya dah boleh berkongsi perihal tour japan hari tuh kot.
total perjalanan naik train dari tokyo - kyoto - takamatsu - matsuyama - fukuoka - tokyo - sakata dan naik bas dari sendai ke tokyo. 3500+ KM dalam masa 8 hari,
untung sebenarnya dapat beli 7 days JR railpass. RM1070. dapat naik shinkansen. naik bas dari sendai ke tokyo RM160 untuk seorang.
awal-awal naik JR nih main naik je tak reserve pun seat. so mmg tak dapat la duduk sebelah2. kalau ada 3 seat. mmg belah tengah la kosong. so start dari kyoto ke takamatsu, reserve seat sampai habis guna JR pass.
masa sangat tepat. 1 saat pun tak pernah lewat naik train dekat sana. disebabkan di fukuoka, aku dgn fahmir stay dekat rumah lain dan tak ada internet. terlewat sampai di Hakata Station. Lewat 2 minit je so terpaksa ambik next train ke tokyo. so tiba ke tokyo lewat 30 minit
sebab tuh show dkt Jepun semuanya habis awal. so lepas show semua orang boleh hangout lepak, sembang2. minum. dalam 11.30pm semua balik naik last train. nih nak cite pasal masa lah. tapi bab masa nih semua patut kena sedar. celaka show start lambat nih masalah siapa sebenarnya?
pernah sekali masa nak ke yokohama. disebabkan nak tukar train dengan masa yang suntuk dengan nak cari platform mana. turun pakai tangga. mmg mati la nak usung gitar, trolley bag bagai. so terlepas train. next train 10 minit. nampak jugak muka shiro mcm lain.
yelah 10 minit. tp sebab mereka nih mmg menghargai masa. tepati masa. budak Malaysia nih mmg ada masalah bab lembab nih. tuh mmg benda yang tak boleh dinafikan. tak semua lah. tapi mohon terasa lah
touring nih bukan vacation. touring nih macam kau bekerja lah. kau nak orang beli merch semua so kau kenalah buat sehabis baik. macam kau kerja hujung bulan dapat gaji. soundcheck mmg perlu. livehouse dekat jepun semuanya awesome nak mampus!
sepanjang tour tuh. mostly band-band yang perform tak ada satu pun pakai Squier, Epiphone. Ada juga band yang bawak backline sendiri. tuh mmg rasa down kejap lah. aku pulak pinjam guitar dari band poetry of torch. aku tak dpt bawak gitar sbb pekerja airasia bangang lembab bodoh.
beratur 2 jam. sampai dekat kaunter. dia boleh bersembang dengan geng dia. print boarding pass pun lambat. sebab kecuaian dia jugak 1 boarding pass tak print sebab kelam kabut sebab kargo dah tutup.
aku dapat pinjam guitar momose.. cutting stratocaster. aku tak biasa main gitar single coil nih. tapi yang aku terkejut.. momose yang Ryo kasi pinjam nih.. custom guitar. harga dia aku check almost 200,000 yen! .
selalu pakai Drop C.. so tour kali nih. full tour pakai drop D. teringat zaman awal2 belajar main gitar. sound gitar tuh aku tak tau la apa yang sedap tapi aku rindu dekat gitar tuh skang nih haha. dapat jugak merasa gitar 200,000 yen! tak tau la kalau reseller jual mahal.
livehouse dekat jepun semuanya mantap2 belaka. soundman dengan crew jenis tak sombong. Derang akan tolong sampai kau puas hati dengan sound yang kau nak. Masa soundcheck kau kena bagi more than 100%. perform lebih sket la dari soundcheck. terpulang deh.
show pertama dekat Kyoto. nama venue tuh Socrates. kehadiran ke venue agak lambat dan hari hujan. terus ke venue dan acara sudah bermula. show yang agak power bagi aku. semua band mmg gila babi power. aku down sebab aku tak ada gitar. tak sempat soundcheck yang proper.
Poetry of Torch, 9i, RUNNER, Cyberne dan Retortion Terror.. hoi gila babi semua band nih. tapi macam biasa enjoy the show. aku dpt pinjam gitar budak band RUNNER punya. thanks Issei! nih band dia punya bandcamp . promote sikit.
runner-jpn.bandcamp.com
Keesokannya pergi ke Takamatsu. Perjalanan naik shinkansen dan perlu tukar train di Okayama. Sampai di destinasi yg dituju, cuaca sedap je. Sejuk. Venue untuk show hari tuh, Toonice. Disebabkan jarak lebih kurang 1.5km. Jalan kaki menjadi pilihan. Sambil jalan sambil sightseeing
Tiba di Toonice, bertemu dengan owner, Mr Ikawa. Dia yang running Toonice ngan Impulse Records. Dan juga berjumpa dengan Mr. No. Seorang yang sgt friendly. Walaupun tak dpt bersembang panjang disebabkan masalah bahasa. Dia cakap je bahasa jepun, janji ckp walaupun tak faham.
Mr. No juga bawak pergi jenjalan sekitar venue. Masuk mall. Bawak pergi beli makanan dekat Yoshinoya. Beli set makanan lepas tuh makan dekat venue sebab show dah nak mula. Mr. No ckp tak sempat nak makan dkt kedai. Tp sampai dkt venue dia pulak nak balik.
Show dekat Toonice main dengan Oldemada, Look At Moment dan Dead Pudding. Yang nyanyi untuk Dead Pudding, budak Spacegrinder. Mr Kamei!. Dulu dia pernah main dkt malaysia & singapore. So agak happy juga dpt jumpa. Dia nih aku tak pernah nampak minum air selain beer.
Untuk show kedua, baru aku rasa puas hati sebab dpt soundcheck ptg tuh. Barulah dpt rs enjoy plus takde rasa down. Gambar bersama band2 yang main malam tuh. Semua band power2. Drummer dan gitaris dead pudding adalah kembar yang paling kelakar pernah aku jumpa.
Lepas show baru pergi check-in. Sebelum tour, aku dah booked airbnb. Satu rumah ada 2 bilik untuk 4 org. Harga dalam Rm280. Agak selesa sebab aku rasa nak tido je kot. Tp dalam gambar lain.. dpt rumah lain.. haha janji dpt tido dengan aman.. misi esok pagi nak makan udon!
Udon yg sedap di Jepun adalah di Takamatsu. So selepas siap untuk check out. Terserempak dengan host airbnb. Tanya dia dkt mana kedai Udon yg power. Dari dia nak tunjuk kedai tuh dekat mana terus belanja makan. Terima kasih sebab belanja makan ya tuan rumah!
Lepas pekena udon, marilah menapak ke station untuk ke destinasi seterusnya. Mastuyama, Ehime. 2 jam perjalanan. Tiada pertukaran train. Gambar dekat Istana lama dkt Takamatsu. Ikut sejarah istana nih dibina atas laut. Nice.. not.. Too Nice!
Sampai saja Ehime, keadaan jauh berbeza. Ya Ehime bukan lah kawasan bandar yang sibuk. Suasana yang amat relax. Tak ada manunia yang berjalan laju macam dekat Tokyo. Dan macam biasa, menapak ke venue adalah keutamaan sebab ini je cara nak sightseeing. Nama venue adalah OWL's cafe
Kalau ikut plan asal, hari ini adalah offday dan sepatutnya berada di Fukuoka dengan tujuan asal untuk melepak. Tp Mr. Kamei nak juga buat show di tmpt asal dia. Jadi main sajalah. Venue nih sgt cantik. Simple je. Inilah venue yang sewanya plg murah. Murah berapa tuh aku tak tau
Paling best apabila ada yang dtg jauh perjalanan sejam semata-mata nak nengok perform. Ada yg lari dari kerja time break sbb nak nengok ils perform. Agak terharu. Ini adalah budak band anti.d.tribe. derang nih la yg sempat dtg nengok show masa tgh rehat. antidtribe.com
Selepas show macam biasa. Malam masih muda. Akhirnya dapat makan malam beramai2. Walaupun perbezaan bahasa tapi semuanya happy. Main teka umur saje dah nam dekat sejam. Bayar bil makan kalau convert rm1200 hahaha. Malam nih tido dkt tmpt special sikit. Tido dkt Dojo! Atas tatami!
Dojo 2 tingkat besar nak mati. Dekat dinding ada frame katana. Paling potong tak boleh mandi. Itulah kata Kamei. So aku tak ckp banyak amik port pasang kipas trus tido. Nak pakai aircond kena bayar 200yen utk sejam. Sakit perut ke apa ke esok baru cerita.
Kamei bagitau yg dia akan gerak awal pagi utk ke airport. So dia suruh gerak dalam kul 10. Takyah bangun awal. Aku bangun awal masuk toilet. Hmm potong betul. Sebelum nih tandas semua ada pancuran siap pengering. Dojo nih tandas yg biasa. Hahaha
Pagi tuh naik tingkat atas. Dkt pintu tuh tulis 'western toilet'. Baru la ada feel nak membuang. Bukan apa mostly toilet dkt sini mana ada paip. Itu masalah utama. Haha. Tak mandi tak jadi hal janji boleh cuci muka pun dah cukup. Air mmg sejuk. Dapat jugak feel tido atas tatami
Perjalanan ke Fukuoka ambil masa dalam 5 jam sbb kena patah balik ke okayama dan naik shinkansen yg laju. Shinkansen nih pun byk jwnis jugak. Ada high speed. Ada yg biasa. Kalau yg high speed nih best dia ada smoking room. Rasanya otw ke Fukuoka nih aku tido je kot.
Setibanya di Fukuoka Station, org agak ramai sbb tgh peak org balik kerja. So ada 2 option nak venue sama ada jalan kaki lebih kurang 2.5km atau naik train. Paul budak band The MSGS ada kasi guide naik train untuk ke area venue. Ok je takde masalah cuma berhimpit2 di dalam train
Jarak dr station apa ntah nama dia nak ke venue dalam 700m. Venue nih nama dia Yojigen. So tiba awal di venue adalah perkara yg menyeronokan sbb dapat soundcheck. Venue tingkat 1 yg besarnya boleh menampung dalam 80 org dgn soundsystem yg dasyat.
Band yg main The MSGS, ADA, End Of Pollution, Infro dan Spazzmatics. Semua band mmg power2. Gila babi puna power. Aku rekemen semua tapi Infro aku paling suggest. Crowd yg dtg pun fun. Dkt sini dpt kenal budak dr US yg dah stay 15 tahun. Jay nama dia. Supportive habis!.
Paling rasa happy dapat tahu Minoru dtg ke Fukuoka dari Tokyo untuk attend show. Minoru nih budak band Tiala and owner Bushbash. After show ada majlis penutup sikit dan tumpang tido dkt rumah budak The MSGS. Thanks Paul and Taka!
Esoknya perjalanan agak jauh sebab nak ke Tokyo. Dari Fukuoka akan tukar train di Osaka dan ke Tokyo. Ambil masa dalam 5 jam 30 minit. Tak banyak aktiviti cuma menikmati permandangan sepanjang perjalanan. Ikut plan asal Osaka tmpt show pertama tp disbbkn Jebi Typhoon, cancel.
Tiba di Tokyo Station. Mmg ramai org sbb peak hour. Show hari nih dkt Shimokitazawa. Naik train dalam 40 minit juga. Shimokitazawa nih mcm tmpt mahal. Org sana la ckp. So dr station ke venue tak jauh. Jarak dalam 500m. Sambil berjalan tuh sekali terserempak dgn Kentaro dgn Miko.
Miko nih gitaris ni-hao!. So masa Ni-hao! tour dkt Malaysia-Singapore aku tlg handle. So bersembang kejap sambil tanya arah venue kat mana. Padahal dah tahu, saje nak buat topik bersembang. Masa tuh hujan renyai.
Tiba di venue. Akhirnya dpt jumpa Yukari dgn suami dia yg mana merekalah yg tlg organize show dkt THREE. Venue yg besar dan malam tuh ada 2 acara yg berkongsi tiket. Venue sebelah Basement organize show Accidente dr Spain!.
Mcm biasa soundcheck mmg penting. Kebiasaannya aku akan bersalam dgn sound engineer sebelum dan selepas show. Terima kasih pada dia sbb setting sound yg mantap. Appreciation tuh kena ada. Sombong tak ke mana. Malam tuh aku puas hati sbb dpt nengok Limited Express(has gone)!.
Flipout AA, cunts, punkuboi mmg gila awesome. Crowd Tokyo mmg lain mcm. Tak sama mcm show sebelum nih. Crowd yg dtg pun boleh masuk mana2 show. Habis show di THREE semua lari ke basement sbb nak nengok Accidente. Yabai!
Habis show dan sedikit sesi bergambar. Pergi ke Shinjuk utk check in tidur! Malam tuh jugak aku bukak agoda beli tmpt stay dalam harga Rm280. Agak murah untuk last minute booking. Shiro dan Kenta tlg guide tmpt penginapan. Sepanjang malam tuh hujan renyai.
Lepas check-in, pergi kedai makan untuk late dinner. Mmg lapar betul time tuh. Ada anak punk dr Malaysia yg bawak makan. Dia dah menetap dkt Tokyo nih dah 5 tahun. Kah kah kah. Ok aku gurau. Matsuya adalah kedai makan yg sedap. Ko kena order dkt machine dia. Daging Kimchi sedap!
Lepas makan balik tidur la apa lagi. Esok kena bangun awal sebab nak kena ambil train awal untuk ke Yamagata. Tapi sebagai yg dtg dr Malaysia, kita manusia yg lemah dgn masa. Lambat tuh dah jadi perkara yg tak normal dkt Jepun.
Show seterusnya adalah Sakata. Mcm biasa naik shinkansen lagi. Sebab tuh nak main show jauh2 sebab dah guna whole japan rail pass. Rugi la kalau main dekat2. Makanan yg sedap dkt Sakata adalah kacang Edamame. Punyalah sedap fresh berlemak. Ko makan dkt sini tak sama lah rasa dia
Venue dkt Sakata nih nama dia Hope. Owner dia Mr Kenta. Vocalist band Fridayz!. Fridayz nih band bawah label budak Razor's Edge. Mmg power band nih. Sedap gila. Tak penah nampak lg band yg tak power. Sblom show makan ringan sikit dkt kedai kecik nama dia Don Be 59!.
Tuan kedai Don Be 59 agak pelik kenapa datang Sakata. Sbb takder org luar yg akan dtg ke Sakata utk bercuti. Dkt kedai nih juga dtg 2 customer regular dia. 2-2 askar. Ketat gila tak senyum langsung. Lepas makan, tuan kedai minta sign dkt kad utk letak dkt pintu kedai dia.
Show dlt Sakata nih antara yg aku tak sabar nak perform sbb share stage dengan Deathro, Ni-hao!,Fucker, Stand Alone dan Fridayz!. Lepas show ada acara makan. Ada budak scene tuh keje chef. Sedap gila makanan dia masak. Malam tuh dkt venue bahagian atas. Sejuk. 18° tanpa aircond.
Sorry kalau boring sbb hehari benda yg sama untuk 10 hari. Bangun tido naik train pergi venue main show lepas tuh melepak dan last skali mesti tido. Semoga korang tabah lah baca ya. Aku just nak share pengalaman aku masa kat sana.
next destination adalah Sendai. Sendai (仙台市 Sendai-shi) merupakan ibu kota bagi Wilayah Miyagi, Jepun dan bandar yang terbesar di Kawasan Tōhoku. Pada tahun 2005, bandar ini mempunyai satu juta penduduk dan merupakan salah satu daripada 20 bandar terancang Jepun.
Organizer untuk show Sendai bernama Otake. Orangnya nampak serious dan garang tapi dont judge a book by its cover. Otake nih kelakar nak mati lagi2 kalau tgh mabuk. Dia tidak dtg seorang. Dia dtg bersama isteri dan anaknya yg baru berumur 2 tahun. Nama anak dia Katsumi
Selepas disambut oleh keluarga kecil ini. Brg2 semua di letak dalam kereta honda milik Otake dan menuju ke venue untuk ptg ini yg terletak dalam 2km dr Sendai station. Venue malam ini adalah sebuah studio rehearsal yg telah wujud dr tahun 1984!. Studio yg steady. Lower ground!
Settle soundcheck pergi ke kedai makan yg berdekatan untuk makanan yg pertama untuk hari ini. Sendai famous dgn Gyutan. Sedap betul. Serious tak tipu. Gyutan nih lidah lembu. Dapat la makan 2 cucuk. Lepas tuh balik ke venue utk berehat dan menunggu show bermula. Perut kenyang beb
Show di Sendai cuma ada 3 band. Jadi dah nampak dah waktu malam yg panjang yg dilalui mcm mana. Band pertama band si Otake yg bermain genre Hardcore. Nama band dia Think Along. Dan band lagi satu December Everyday yg genre Metal Hardcore. Show hari ini habis awal.
Malam ini tidur di rumah kenalan baru. Beliau telah mengofferkan rumahnya untuk tidur sebelum tiba ke Jepun lagi. Thanks Mr Konno!. Nama lain dia adalah punkmaster. Beliau sgt baik hati dan peramah. Osmantikos pernah tidur dkt rumah dia jugak. Rumah Mr Konno dkt dgn venue je.
Selepas itu pergi ke restoran yg berdekatan untuk acara penutup utk malam itu. Kedai makan yg terkenal dgn ayam goreng. Tp yg menarik adalah minuman yg free flow untuk satu jam 30 minit cuma beharga 1000yen menjadi pilihan. Baru rs berbaloi. Inilah keadaan kedai makan tuh.
Skip bab kedai makan. Berjalan2 di sekitar restoran tersebut. Dpt juga request lagu Kiroro yg bertajuk Mirae dkt 2 org stranger yg tgh prektis main gitar. Aku rs derang tuh main dkt cafe dkt area situ. Terima kasih la layan main lagu tuh. Sedap betul.
Aku rs budaya org jepun nih masa lepak ramai2 makan sikit je sbb lepas tuh derang melantak soba dgn udon pulak. Aku pun teman je lah. Aku duduk meja dkt luar. Sbb ada radio kecik. Saje nak amik feel lagu jepun. Hahahaha tp yg plg win ko dgr lagu alleycats dlm bahasa jepun.
Tp bukan la lagu melayu. Damn kat situ aku terpikir sape bootleg sape. Hahaha. Aku cite la dkt budak sana yg lagu nih sebijik mcm lagu dkt malaysia. Dia tak percaya. Keadaan yg aku takleh nak ingat lirik, aku kasi contoh bunyi musik lagu tuh la. Terperanjat mamat tuh.
Lagu Dancing All Night - Monsta Brother nih sebijik macam lagu Alleycats. Korang dgr lah sendiri. Aku tak digging pun lagu sape punya ke ada lesen ke. Janji malam tuh aku ada topic nak sembang.
So lepas tuh pulang ke rumah Mr Konno. Tidur di dalam bilik depan yg muat utk 4 org. Janji boleh baring tidur. Tuh pun dah cukup. Mr Konno nih duk sorang je. Tp awal pagi dia kena gerak pergi kerja so pg tuh aku sedar tak sedar nampak dia pergi kerja. Thanks punkmaster!
So pagi tuh kena grk ke Sendai Station utk naik bas ke Tokyo. Penggunaan JR sudah tamat semalam. Harga tiket bas sorang 4000yen lebih kurang Rm150 lah. Bas dia rasanya lebih kurang je bas dkt malaysia nih. Perjalanan ke Tokyo ambil masa 5 jam dan 2 kali berhenti.
Perhentian pertama aku turun pergi toilet dan nengok sekitar perhentian ala RnR dkt highway. Banyak kedai2 jual buah tangan dan stall2 jual makanan dan minuman. Vending machine pun boleh tahan banyak. Bas berhenti untuk 15 minit. Aku tahu sebab masa nak keluar ada notis 15 minit.
Perhentian kedua, turun je dr bas aku dgr bunyi gendang. Baru teringat yg hari nih hari cuti umum bg Jepun.

Keiro no Hi – Respect for the Aged Day (Third Monday in September)

Aku pergi rasa kuih yg derang kasi. Kuih apa pun tak tau tp sedap. Mcm kuih beras pun ada.
Sampai je Tokyo. Nak membuang pun ada. Turun dr bas pergi 7eleven. Ada toilet. Best betul chain store mcm 7eleven, family mart, lawson ada toilet. Tp ada jugak yg tak ada. Sementara menunggu Shiro. Aku beli sushi. Hmm aku tak dpt nak rs sushi dkt restoran. Mesti rs dia lain.
Shiro dtg bersama isteri dia dan Kenta dr band Atari. Band Atari nih ada split 7" dgn Sto Cosi Cosi. Yg mana Shiro adalah vocalistnya. Boleh check it out kalau berminat. Terus berjalan masuk ke dalam station untuk naik train pergi ke Yokohama. Perjalanan yg hampir sejam.
Show Yokohama nih dkt Olive Studio. Yg berada di tingkat 4. Naik tangga. Studio nih mmg terjaga. Siap ada bar lg. Nampak selalu ada show buat dkt sini. Yg handle show ini adalah band Kanari. Lang, I Have A Hurt, Florence semua terbaik awesome gila. Lepas show sembang2 mcm biasa
Jam 11 malam. Bergegas ke station yg berhampiran utk pulang ke tokyo. Malam ini tidur di rumah Shiro yg terletak dkt Nakano Shimbashi. Tiba di rumah Shiro, rupanya isteri beliau memasak utk semua malam tuh. Baru ingat lps letak brg je nak pergi Matsuya. Esok adalah last show.
Esoknya aku mmg tak sabar. Antara show yg line up nya mmg boleh buat rs down habis. 1st band pun dah killer. Haih. Fredelica, Komuso, Low Vision, Enslave, Malimpliki dan Sans Visage. Semua band yg takyah nak diexplain. Band dasyat2, personil pun baik2. Member Shiro yg lukis flyer
Masa last show nih lah baru 1st song tali pulak putus. Jahanam betul rs. Mujurlah gitaris Sans Visage sudi bagi pinjam gitar beliau. Risau betul nak main gitar tuh. Cantik sgt. Sound pun sedap. So lepas setting dpt sound balik. Main balik semula. Malam tuh Minoru suruh all out.
Untuk last show, Shiro terpaksa balik awal kerana ada masalah. Jadi malam tuh tidur di rumah Kenta. Aku lupa rumah Kenta dkt mana tp rumahnya adalah rumah yg sesuai untuk seorang. Tp tak jadi masalah utk tidur 5 org haha. Dan sblum tido tuh rs mcm tak percaya yg tour dah tamat.
Esok pg bangun dalam pukul 9. Siap2. Basuh muka lebih kurang. Gosok gigi pakai jari. Sbb mmg tak bawak apa apa pun sebab semua brg dkt rumah Shiro. Takde masalah. Hal kecik je tuh. Planningnya sampai rumah Shiro. Siap2 trus keluar ke Shinjuku untuk habiskan sisa2 masa sblum balik
5 jam je dpt spend masa dkt Shinjuku. Habiskan masa dkt Disk Union je lah. Mana lagi. Hampir 2 jam jugak. Tak cukup. Mmg tak cukup. Kemudian pergi ke Book Off. Pun tak cukup masa jugak. Pergi masuk kedai action figure lps tuh tau2 dh nak pukul 6. Shiro dah tanya bila nak balik
Sampai je dkt rumah Shiro. Dia dah siap pakai apron. Memasak okonomiyaki. 2 kali jugak dia masak. Sedap. Lagi beberapa jam dah nak balik Malaysia. So acara makan2 gelak ketawa. Isteri Shiro ada buatkan nasi + natto! Sedap betul. Tp ada juga org sana tak makan.
Missing some Tweet in this thread?
You can try to force a refresh.

Like this thread? Get email updates or save it to PDF!

Subscribe to kimi / キミー
Profile picture

Get real-time email alerts when new unrolls are available from this author!

This content may be removed anytime!

Twitter may remove this content at anytime, convert it as a PDF, save and print for later use!

Try unrolling a thread yourself!

how to unroll video

1) Follow Thread Reader App on Twitter so you can easily mention us!

2) Go to a Twitter thread (series of Tweets by the same owner) and mention us with a keyword "unroll" @threadreaderapp unroll

You can practice here first or read more on our help page!

Did Thread Reader help you today?

Support us! We are indie developers!


This site is made by just three indie developers on a laptop doing marketing, support and development! Read more about the story.

Become a Premium Member and get exclusive features!

Premium member ($30.00/year)

Too expensive? Make a small donation by buying us coffee ($5) or help with server cost ($10)

Donate via Paypal Become our Patreon

Thank you for your support!