'Black Hole' atau 'Lohong Hitam' terbentuk hasil daripada kematian bintang.
Syarat bintang ini untuk menghasilkan Black Hole mestilah mempunyai jisim seberat paling tidak berpuluh-puluh kali ganda lebih berat daripada Matahari.
Ini adalah 'thread'.
Setiap bintang ada dua tenaga yang membuatkannya untuk terus hidup iaitu tenaga nuklear dan tenaga graviti yang saling berlawan antara satu sama lain.
Selepas bintang mati, bintang ini akan jadi dua benda saja. Sama ada Black Hole ataupun White Dwarf.
Pembentukan besi telah menyebabkan berlakunya ketidak-seimbangan antara tenaga graviti dan tenaga nuklear.
Kemudian, terbentuklah 'Black-Hole'.
Roket memerlukan kelajuan 40,320 km/h untuk melepaskan diri daripada graviti Bumi supaya dapat terbang ke angkasa.
Cahaya pula mempunyai kelajuan bilion km/h yang mana kelajuan ini pun tak dapat nak lepas dengan graviti Black Hole.
Jadi, sesiapa yang masuk ke dalam Black Hole, tidak akan dapat keluar semula.
Menurut teori kerelatifan umum yang dirumuskan oleh Einstein, masa akan semakin perlahan apabila berada di tempat bergraviti tinggi.
Singulariti ini pertama kali dirumuskan oleh Stephen Hawking and Roger Penrose. Singulariti ini adalah sejenis titik.
Setakat ini, saintis tak dapat nak tahu sepenuhnya sifat sebenar singulariti ini.
Hukum fizik dan matematik hancur berkecai dan ralat untuk merumuskan sifat singulariti. Dia jadi macam kau bahagikan apa saja dengan nombor kosong.
Stephen Hawking pernah merumuskan Black-Hole mampu melepaskan sinaran yang hari ini dikenali sebagai sinaran Hawking (Hawking radiation).
Sinaran Hawking ini sepatutnya dapat memberikan maklumat pasal Black-Hole sama macam bintang-bintang lain yang memberikan sinaran.
Begitulah serba sedikit pasal Black-Hole.
Thread tamat!