Kecelaruan mental seseorang yang tak dapat buang barang.
Nampak macam simple dan bukan penyakit sangat pun, tapi bila kita tengok lagi mendalam, sebenarnya benda ni parah sebab berkait dengan Depression, Anxiety, OCD etc.
Follow thread kali ini tau!
Sampai tahap, buku belajar waktu dia sekolah rendah pun dia still simpan. Padahal dia dah ada anak dua 😓
1. Dia simpan semua barang (buku, magazine, kotak dll)
2. Hoarders yang spesifik barang je dia simpan. Bukan macam The Collectors Avengers tu, tu barang ada value.
Ni dia simpan benda tak ada nilai macam bekas minyak wangi, atas alasan sayang nak buang.
1. Semua benda dia simpan, sampai tahap sos McD pun dia kumpul. Atas alasan, nanti ada nak pakai sos (sedangkan setiap kali makan, tak sentuh pun sos McD tadi tu)
Prinsip dia,
“Manalah tahu, nanti ada nak pakai bila-bila.”
Hoarder ni biasanya tak rasa tenang duduk dalam rumah sendiri dan rasa panas, tapi dia sendiri tak tahu kenapa.
(Walaupun benda tu dah berhabuk dan tak pakai lebih 3 tahun)
Tapi kalau senyap-senyap orang buang, dia tak marah sebab tak perasan, plus memang dia tak pakai langsung pun barang tu.
Sebab ia sejenis penyakit mental yang serius dan ramai tak tahu.
Especially orang Melayu kita ada pepatah “Membazir tu amalan syaitan.”
So tak boleh buang barang. Simpan berhabuk berkulat, tak dikira membazir pula 😑
Baik sedekah je.
Bila kita clearkan hidup daripada barang yang tak pakai, kita juga sebenarnya clearkan kekotoran mental kita.
We declutter our mind as well.
Kita rasa tenang gila, lapang dan bahagia. Sebab kita baru je bersihkan mental kita sambil bersedekah pada orang yang memerlukan.
Kau bayangkan hidup bersama seseorang yang simpan semua benda, yang kita dah boleh anggap tu sampah.
Pen dah habis dakwat, plastik pembalut hadiah, resit yang dah berkulat, buku latihan zaman belajar 😐
Kebumi hanya boleh bawa kain kapan je, tapi barang dia penuh kotak, debu, kertas etc tu, akan susahkan keluarga.
Perasan tak bila kita travel pergi duduk hotel contohnya, kita rasa seronok gila dan tenang kat bilik hotel.
Sebab kita cuma bawa barang yang kita PERLU je, tapi kita still survive je kan?
Selagi mana kita nak simpan semua benda yang dah tak pakai, selagi itulah benda tu macam “tahi” kat otak kita. Coklat, melekat dan meleleh kat dalam minda. Kotor.
First, aku lebih suggest jumpa Clinical Psychologist daripada Psychiatrist. Sebab isu ni lebih kepada behaviour dan lebih berkesan dengan psikoterapi berbanding perubatan.
Tapi tak semestinya. Kena tengok penilaian penyakit tu juga.
Dia jadi penyakit bila benda ni menganggu fungsi kehidupan seseorang. Sebab itu namanya Disorder.
Tapi tak salah untuk dapatkan bantuan secepat mungkin. Takkan nak tunggu dah melarat baru nak ubati kan?
Mana-mana yang lebih 4-6 bulan still tak dipakai, maksudnya kita dah tak perlu benda tu.
Nak buang memang mencabar, so kita trick la minda kita, pergi sedekah. So tu tak membazir
Remember this concept,
“Kalau aku beli satu baju baru, aku kena let go satu baju lama daripada almari aku.”
Biar input dan output wardrobe kita seimbang 😊
Aku tahu sayang nak buang semua tu. Aku dulu macam tu juga.
Tapi fikir pada keluarga nanti kita dah meninggal. Kesian dorang nak kena kemas.
Throwing away your things does not mean throwing away your identity/memory.
Means, try kemas almari dulu. Lepaskan baju dah tak pakai.
Nanti bila rasa seronok tu timbul, baru pulun buat drastik. Sebab our mind need that sudden peace and feeling spacey.
Antara rawatan dia ialah Psikoterapi such as Cognitive Behavioural Therapy.
Teknik untuk bantu kita ubah mindset / thinking pattern. So nanti tindakan kita pun akan turut sama berubah.
It works!!!
Penghidap HD perlulah ada rasa nak rawat mental dia.
Sebab kita tak dapat ubah orang yang tak nak berubah.
Dan ini lah cabaran paling besar. Sebab penghidap HD ini tak nampak apa yang dia buat ialah sejenis penyakit/masalah pada dia.
“Tak elok membazir.”
“Mana tahu nanti ada nak guna.”
“Apa salahnya menyimpan? Tak susahkan sesiapa.”
“Biarlah hobi aku kumpul barang macam tu.”
Tak sama collectors deggan hoarders. Collectors dia simpan barang bernilai tinggi. Bukan sampah.
But I’m glad that because I took Psychology degree that I realised about this condition.
Bayangkan, aku balik dari UK dulu bersama 17 kotak dalam kontena yang aku boleh kata, separuh ialah sampah.
Shampoo housemate tak habis pakai, sabun UK yang tinggal sikit, kertas slide lecture 3 tahun belajar (yang sebenarnya ada je soft copy).
Macam-macam lagi lah!
Sampai la kawan aku tegur jangan jadi hoarder. That striked me really hard 😢
Aku direfer oleh kaunselor universiti, jumpa Clinical Psychologist untuk assessment dan treatment.
I am so so glad tak dapat diagnosis HD (sebab itu dah sangat nazak)
Result aku dah menghampiri.
Analoginya, aku dah lebam-lebam lengan dan ada retak sikit. Kalau tak treat, akan jadi lagi parah (iaitu patah tulang).
Ni untuk senang faham konsep.
Hampir setiap 2 minggu kena gi klinik universiti untuk sesi terapi.
Tapi time tu dah hujung final year, so agak rushing, CP suruh sambung kat Malaysia (siap bagi surat etc).
Tapi aku tak sambung bila dah balik. Tu yang 17 kotak tu. 😅
Waktu aku kebumikan dia, hanya kain kapan je yang balut dia. It kinda give me some reflection atas semua barang yang aku simpan selama ni.
Hidup sederhana dan minimal itulah ajaran Islam.
1. Genetik/keturunan keluarga sendiri. Yes ia boleh diwarisi dan someone needs to stop the chain.
Gaya didikan juga main peranan. A child yang dididik untuk simpan semua benda, ada tendency dapat HD besar nanti.
Kita dibesarkan dengan ayat “tak baik buang nanti membazir” sebenarnya jadi perangkap pada kita.
Simpan barang tak berguna juga dikira membazir, sebab dia lagi banyak kegunaan kalau kita jual/sedekah pada orang lebih memerlukan.
Negara kita tak ada sistem untuk bantu kita buang sesuatu yang bukan sampah (perabot, tv rosak, peti lama dll). Boleh buang tapi kena gi sendiri kedai spare part or tempat longgokan sampah.
Bila kena ada effort nak buang, orang jadi malas.
Boleh tinggal depan rumah pada hari tertentu dan ada lori datang ambil, ia lebih mudah.
Jadi dia macam mendidik kita untuk berani lepaskan barang yang dah rosak, sebab tak perlu effort banyak untuk buang.
Kalau rasa membazir untuk buang, sedekahlah.
Membazir ke bagi free kat orang? Tak pun. Sama macam tak membazir bila bagi duit ke masjid.
Tak pun jual dengan harga murah gila. Sebab aim bukan nak untung, tapi asalkan dapat let go.
Plastik coklat, resit 10 tahun lepas, buku tadika berkulat dll.
Barang yang ada nilai sentimental boleh, tapi maksimum 10% je dari keseluruhan barang kita.
Dia rasa benda tu normal bagi dia, asalkan tak menyusahkan orang lain.
Tapi dia tak sedar, mental dia akan semakin tenat dan tenat setiap hari kalau dibiar tanpa rawatan.
Ini bila kes dah parah sangat dah. Sebab tu penting rawatan awal.
Obsessive thoughts yang dia kena simpan semua barang dia. Kalau tak buat, dia depress/anxious.
Compulsive bila dia simpan dan simpan dan simpan dan simpan..... (berulang kali, barang berlainan)
Get professional help, please!
Jangan takut untuk dapatkan rawatan, jangan malu untuk terima keadaan.
Jumpa Psikologis, orang mengata. Tak jumpa Psikologis pun orang mengata juga.
So baik pergi.
Untung diri dapat rawatan 😊
Ini hanya panduan. Official Diagnosis mestilah diberi oleh Clinical Psychologist atau Psychiatrist.
Okay? Thanks baca thread yang panjang ni 😅
Sekain.