Ini bebenang tujuh warnanya.🌈
AWAS BEBENANG PANJANG.
Lemme just ask you. Are you familiar with something called ‘Syarat Tubuh’?
Bukan syarat penubuhan syarikat tau.
Kalau perempuan tu agar sentiasa nampak cantik di mata suami, supaya orang tak kacau.
Kalau lelaki pulak bagi intimidating dan ‘tahan lama’.
You know what it is 💁
Nenek aku ni memang power lah, kalau barang hilang, tanya dia, dia kirakira pakai jari pastu dia bagitau samada barang tu boleh jumpa balik atau tak.
Kalau tak boleh jumpa, tak usah dicari lah, buang masa.
Itu belum kes pencuri masuk tawaf dalam rumah tak jumpa jalan keluar.
😂
“Jangan percaya orang sangat, Sal.”
But Ummi being a naive young lady, ignored her warning.
Masa ni kami duduk di Jerantut, Pahang circa 2002-2003, aku baru darjah 3 time tu.
Member ni pakai khidmat pawang orang asli which involve tulang babi hutan, kera and whatsnot.
Nyaris aku dapat Mama lagi satu. (Family kitorang rapat sampai tahap aku panggil dia mama).
Abah berubah time tu, dari tak pernah naik tangan tetiba jadi baran.
Ummi mimpi babi hutan dan biawak masuk bawah tudung saji,
(nanti kita masuk bab ummi bersama mimpi-mimpinya ya anak-anak)
so dia rujuk dengan mak mertua dia ni.
So you know what type of family belah abah ni.
Kesannya, abah kenkadang still baran.
Ummi yang tengah pregnant with my sister time tu, beranak tak cukup bulan. Kena bedah cesarean plane bagai.
😂
Aku sendiri pun pernah tengok buku dia, dia tulis arab dalam buku latihan sekolah biasa tu. Pastu ada gambar pelik pelik like kepala terbang etc.
Ada nama Siti Fatimah lah Siti Sakinah lah etc.
Orang yang mengurut tu pun tegur.
“Buang-buang lah, kita dah tua” which dia balas
“Takpe, kau buat je kerja kau, jangan kisah hal aku"
*Note: Dialog dalam dialek terengganu.
Dia kafankan satu batang kayu apaentahlupa, dia suruh letak bawah katil nenek aku 40hari.
Genap 40 ambik tanam.
Luckily one of my aunt perasan. Dah nyala api dah, cuma belum bakar je.
Orang tu datang, tak masuk rumah lagi, baru sampai kat perkarangan, dah merungut,
“haish, teruk dah ni.”
Campur dengan air buat dalam 2-3 baldi jugak lah. Dia simbah kat tempat tempat tertentu seluruh perkarangan rumah.
Dalam tu ada 4buah rumah dan still boleh buat 6court badminton lagi.
Setiap kali dia simbah, mak saudara aku cerita, tanah berasap.
UJI ILMU TOK MUNG 😡.
Tahun 2014, Abah start sakit. Datang mengejut tetiba. Masa ni, kerabat dia yang legend semua dah takde.
Start yang ni lah kitorang baru discover pasal my mom’s side pulak
Dia nyaris nak bagi my mom kat orang, tapi my TokNyang (moyang) halang. Nenek belah mak ni hidup dan sihat lagi.
As a science stream student myself, aku tak percaya, sebab lepas 9 bulan, rongga bayi mula terbuka and baby will start eating their own faeces kan.
(What a total BS. Puih 😑)
Lepas banyak kali dia datang, my mom pun mengadu benda ni kat her step father, that was an imam masjid kampung.
Aku tanya dia "Ummi buat tak?"
Dia kata “Nak buat apa, masa tu ummi nak jadi accountant, bukan nak jadi bomoh.”
So dia ignored je benda tu.
Contohnya dia cerita dia pernah tarik pelepah nyior dari pantai untuk tokguru mengaji dia buat kayu api.
Malam tu dia mimpi ada 'benda' duk menunggang pelepah tu rupanya.
Dari terengganu > pahang > melaka > KL > terengganu.
Setiap kali berpindah rumah, my mom akan demam seminggu.
Dalam masa seminggu ni, dia akan mimpi ada orang bawak dia jenjalan perkenalkan pada ‘penduduk’ kat situ.
So busy lah sikit minggu tu pasal ramai yang nak diperkenalkan, bawah tangga ni rumah siapa, dekat tangki ni rumah siapa, atas pokok mangga ni berapa beradik etc.
Masa tu kitorang ingat my mom ni cuma sensitive je pada benda gini.
Some even said that my mom’s is worse than my dad’s.
Dah kalau darul syifa pun tanya, kan 💁
Abah was a very active man. Umur 40+ rileks je kejar bola lawan yang umur 20+ ni.
Aku kat Beijing dulu sempatlah beli mercurial untuk dia, which dia jual 3kali ganda sebab kat mudah.my pasal made in italy.
Demand tinggi katanya. 😂
Pernah duduk bersila lama sangat lepas tu rasa kebas mencucuk-cucuk tu kan?
Now, imagine satu badan. Dia berjalan pun kena sentiasa berpegang dan seret kaki.
Check darah, jantung, tulang, saraf semua SIHAT. Berapa kali ulangan pun result sama.
Then doctor cadangkan fisioterapi dan MRI, which he did, to no avail. Tak jumpa apa.
Lepas tu baru kami go for perubatan kampung. Masalah dengan ustaz ustaz ni dia taknak bagitau share punca, takut putus silaturrahim lah apa lah.
“Ada gangguan.” 😑
Well duh, we know lah ada gangguan. Kalau takde gangguan buat apa datang sini.
Gangguan yang dihantar ke yang saja datang ganggu?
Ish dia ni. 😤
Ramai ustaz tanya,
“akak taknak berubat sekali ke?”
“eh, buat apa? Saya sihat je.”
“Ye ke sihat?” sambil senyum
“tu atas bahu penuh tu".
Ada yang jenis scan dan ruqyah je. Ada yang dia sentuh boleh meraung. Ada yang boleh tukar suara, yang kena mandi, yang nama je ustaz tapi pegang bini orang selamba, ada yang mintak benda pelik etc.
Dia kata kawan tempat kerja lama nak bagi lumpuh, tapi sebab ‘semangat’ kuat, tak lumpuh. Kebas gitu je.
Ada hari hari dia akan sesak nafas, tidur je memanjang.
Ada hari yang dia kena, kalau tengah sembahyang tu, lepas sujud dia taklarat nak naik dah, sambung duduk je.
Punca?
Budak budak juvana tu main spirit tak reti nak pulangkan, reti seru je.
BANGANG ABADI 😑
Mula mula panggil ustaz kampung je suruh pulihkan. Masuk hari ke 4 taklarat, pulih yang ini dia masuk yang sana, duk main camtu lah.
Last last jabatan panggil 14 orang dari darul syifa’, barulah reda sikit.
Seolah olah bagi sokongan.
“Jiayou! Hwaiting! Ganbatte! Anda boleh! Cuba lagi!”.
Sampai lokap dan berapa buah asrama kena tutup sepanjang minggu tu.
Apparently, abah kata dia pernah mimpi pergi cari rumah ustaz tu, tapi ingatkan sekadar mimpi je.
See, ada hikmah disebalik histeria. 😂
“Haritu masa histeria orang rumah takde kena kacau kan?”
My parents iyakan. Dia pun cerita lah, "pasal yang luar semua takut pada yang dalam.”
Remember aku cerita pasal my mom akan demam seminggu setiap kali pindah tu? Lepas seminggu tu takkan ada gangguan lain dah.
Even rumah bekas jirat cina sekalipun, aman je keluarga kitorang.
Sebelum ni ingatkan pasal kitorang kuat semangat.
Rupanya pasal ‘semangat' tu kuat. 😂
Setiap kali Ummi marah aku selalunya dia ada sekali menyibuk kat situ. Macam blackhole yang menyerabutkan.
Sambung cerita pasal ustaz kampung tu,
dia tanya lagi, "anak berapa?"
“4”
“Haa elok lah tu dia bahagikan. Yang mak punya akan pergi ke yang sulung (aku lah tu) dengan yang no3. Yang ayah punya akan pergi ke no2 dan no4.”
“Ibu dia tak datang, tinggal anak anak je. Tadi masa datang ke sini ada singgah memana ke?”
Pastu ustaz tu pesan next time datang bawak semua anak anak sekali, buat sekaliharung, senang.
Ye ye aku tahu, aku tengah pujuk dia suruh pergi lah ni.
So kalau nak pergi, kena time betulbetul sihat. Tempat dia pun jauh.
So kalau sebelum ni ada yang tukang support, sekarang ni kosong dan terdedah pada anasir luar pulak.
Cara dia buang tu aku tengok dia buat kat ayah aku ibarat macam orang buang akar yang menjalar.
Dia getas satu-satu. Setiap kali dia getas ni memang muka abah berkeriut tahan sakit.
But personally, aku nak tahu siapa orang tu, nak dengar cerita dari belah dia, what my father did that he deserved this.
Tapi itulah orang kata, selagi tak lalui sendiri susah nak percaya.
Its sounds selfish, but hey its my personal wish.
Sampai sini je cerita kali ni.
Sorry kalau bosan membaca.
Sorry banyak melilau.
Do follow me for update, I’ll followback ☺
Tamat bebenang tujuh warna. 🌈
Ini yang masa her father tell her to kemam garam tu:
During her teenage years, my mom start didatangi mimpi, lelaki tua datang ajar ayat apa entah. Lepas banyak kali dia datang, my mom pun mengadu benda ni kat her stepfather, that was an imam masjid kampung.