Profile picture
Acxp @AsyrafAD
, 37 tweets, 7 min read Read on Twitter
Korang penah dengar tak kapal belayar atas darat ? Mesti tak kan . Nah aku story sikit tentang 72 buah kapal yang belayar meredahai daratan dalam satu malam dan merupakan teknik peperangan terbaik dunia “startegy warfare”

This is thread “The Conqueror Of Constantinople”
Masa study dulu aku pernah dapat task dari lecture pasal kerajaan Turki Uthmaniyyah . Senang cerita pasal “golden age” Kerajaan Turki Uthmaniyyah. Apa yang hebat sangat diaorang ni sampai di sebut sebut dalam buku teks sejarah Islam ? Meh aku nak cerita .
“…Konstantinopel akan jatuh ke tangan tentera Islam.Rajanya adalah sebaik-baik raja dan tenteranya adalah sebaik-baik tentera..’’
Hadith diatas sangat masyur dalam kalangan sejarahwan Islam . Hadith ni juga merupakan pembakar semangat ramai para sahabat untuk berjuang untuk mendapatkan Qonstantinople untuk merealisasikan hadith Rasulullah SAW . Selawat dan salam atas baginda sekeluarga dan sahabat .
Umat Islam berlumba lumba membebaskan Qonstantinopel utk mendapatkan penghormatan yang dijanjikan oleh Allah dalam hadis tersebut. Eventually kesemua kempen yang dilancarkan menemui kegagalan. Di antaranya 5 kempen di zaman Kerajaan Umaiyyah 1 Abasiyyah 2 Kerjaan Uthmaiyyah .
Apo bondo eh susah sangat nak monang perang dengan diaorang ni . Pakai jin ke apa . Sebenarnya struktur tembok Qonstantinople ni merupakan faktor utama dan sudut geografi yg sangat startegik tu lah sebab banyak kempen nk takluk dia semua gagal . Okay malam ni aku sambung balik ..
Maaf lah semua aku baru dapat line . Maklumlah line dekat sini tak berapa nak sihat . Kejap ada kejap takde . Terima kasih sebab sanggup tunggu thread ni . Okay kita sambung .
Sebab sebelum sebelum ni , kebanyakan tektikal perang diaorang tak study habis macam mana struktur tembok Qonstantinople tu . Dia ada beberapa lapisan yang menghalang peluru meriam yg ada pada zaman tu . Ala ibarat kek lapis 😋
Kota Qonstantinopel dikelilingi Selat Bhosporus, Laut Marmara dan Tanduk Emas yg di rantai melentang. Ini bertujuan mencegah kemasukan kapal kapal luar. Plus terdapat dua baris tembok yang mengelilingi dari daratan start dari Pantai Marmara hingga ke Tanduk Emas (Golden Horn
Kota ni disaluti benteng benteng yang kukuh. Benteng yang menghadap daratan, dilapisi dua tembok iaitu tembok luar dan tembok dalam. Tembok luar setinggi 25m dan setebal 10m sementara tembok dalam setinggi 40 kaki dan setebal 15m. Di sepanjang tembok askor dia ready nak beperang
Faktor geografi dia memberikan kelebihan kota ni yg mempunyai 7 bukit yg bertindak sebagai pelindung. Kota Qonstantinopel mempunyai kubu dan tembok pertahanan terbaik di dunia. Maka tersangat payah nk ceroboh . Dan sebab tu kota ni kebal dan serangan selama 1123 tahun.
Okay dah . Kita beralih pula kepada sang pembuka Qonstantinopel. Baginda Sultan Muhammad Al Fateh dilahirkan pada 29 Mac 1432 Masihi di Adrianapolis . Baginda merupakan Sultan ketujuh Kesultanan Uthmaniyah dan putera kepada Sultan Murad II.
Baginda menaiki takhta ketika berusia 19 tahun dan memerintah selama 30 tahun .Baginda merupakan seorang negarawan ulung dan panglima tentera agung yang memimpin sendiri 25 kempen ketenteraan. Baginda mangkat pada 3 Mei 1481 .
Baginda menerima pendidikan yang menyeluruh. Dalam bidang keagamaan, gurunya adalah Syeikh Shamsuddin Al-Wali dikatakan daripada keturunan Sayyidina Abu Bakar As-Siddiq RA. Dalam ilmu peperangan pula, baginda diajar tentang taktik peperangan, memanah dan menunggang kuda
Dalam bidang akademik pula, baginda adalah seorang cendekiawan ulung di zamannya yang fasih bertutur dalam tujuh bahasa iaitu Bahasa Arab, Latin, Greek, Serbia, Turki, Parsi dan Hebrew . Sebab itu dia boleh faham bahasa yang dituturkan oleh orang Byzantine and make them scary
Selama 2 tahun selepas menaiki takhta, Baginda mengkaji pelan Kota Qostantinopel setiap malam bagi mengenal pasti titik kelemahannya. Baginda juga mengkaji sebab kegagalan askor terdahulu serta berbincang dengan panglima perangnya tentang tentang strategi yang sesuai .
Sultan Al Fatih telah mengambil tindakan drastik dengan membesarkan angkatan tentera sehingga mencapai jumlah 250 ribu tentera. Ini jumlah yang sangat besar if dibandingkan dengan jumlah tentera negara lain pada masa itu dan juga memberi pelatihan terbaik kepada tenteranya
Baginda mengarahkan dibina peralatan perang termoden seperti meriam besar yang boleh menembak bom seberat 300 kg sejauh 1 batu. Benteng Rumeli Hissari dibina di tebing sebelah Eropah, lebih kurang 5 batu dari Kota Constantinople di mana Selat Bosphorus adalah yang paling sempit.
Baginda membawa bersama para ulama dan pakar motivasi ke medan perang bagi membakar semangat jihad tenteranya. Sebaik sahaja menghampiri dinding kubu Kota Qonstantinopel, baginda mengarahkan dilaungkan azan dan solat berjemaah. Dedor Byzantine nengok masa tu . Mimpi ngeri dh tiba
Setelah segala persiapan lengkap diatur, baginda menghantar utusan kepada Raja Byzantine suruh dia menyerah. Punya kerek Raja dia pergh , “Kota ni dah 11 abad berdiri bawah kekuasan kami , tak pernah ada lagi yang boleh kalahkan kami termasuk bapamu (arwah Sultan Murad)
Dengan lafaz Bissmillah serangan dimulakan pada 19 April 1453 . Haa ni baru semangat nak bercerita ! Maka dengan ni selama 49 hari tembok Qonstantinople dihujani anak panah dan peluru meriam tanpa henti . Kau rasa ? Tapi tulah effect dekat tembok tu sikit sangat . Mcm takde apa
Macam macam tektikal dia guna nak robek tembok tu . Seterusnya Baginda mengarahkan penggunaan menara bergerak yang lebih tinggi dari dinding kubu Byzantine dan memuatkan ratusan tentera. Tapi malangnya Tentera Byzantin berjaya memusnahkan menara tersebut dari ditembusi . Hmm
Bantuan dari Pope Vatican . Pope dekat Rome menghantar bantuan 5 buah armada yang dipenuhi dengan senjata dan tentera. Perairan Teluk Golden Horn direntang dengan rantai besi untuk menghalang kemaraan armada Uthmaniyyah. Ini menaikkan semula semangat tentera Byzantine.
Kemaih depa ni dapat support dari Vatican City . (aku lupa nak jelaskan Rom terbahagi kepada dua masa tu . Iaitu Rom timur dan Rom barat . Satu dekat Vatican City satu lagi Qonstantinopel) tapi kegembiraan diaorang tak lama . Baru nak enjoy dengan bantuan Vatican keesokan paginya
Keesokan paginya, mereka dikejutkan dengan kehadiran 72 buah kapal perang Uthmaniyyah di perairan Teluk Golden Horn. Gila kau macam mana kapal perang ni boleh ada dekat teluk Golden Horn . Nahh ni adalah bantuan dari Allah yang mengilhamkan dalam mimpi Baginda . Dia nampak kapal
Merentas daratan lalu diluncurkan terus ke Golden Horn . Dengan semangat jihad yang berkobar kobar . Baginda menyuruh askar askar menebang pokok then disapu minyak dekat batang pokok tu supaya senang nak roll . Jauh kot nak rentas daratan tu .
Taktik ini diakui sebagai antara taktik peperangan (warfare strategy) yang terbaik di dunia oleh para sejarawan Barat sendiri. Kapal kapal tersebut kemudiannya membedil dinding pertahanan belakang kota tanpa belas kesian .
Kapal kapal perang tentera Byzantine habis terbakar dek kono bedilan meriam Uthmaniyyah. Pertahanan Byzantine menjadi semakin lemah. Baginda mengambil kesempatan pada malamnya dengan memberikan semangat kepada tenteranya serta mengingatkan mereka kepada hadis Rasulullah SAW
Dalam masa yg sama , baginda melancarkan meriam yg dibina boleh arkitek termaju masa tu . The Urban Canon . Besar dia kemain lah cakap sekali bom peluru dia mampu pergi sejauh 2km dengan kuasa ledakan yg mampu memecahkan tembok Qonstantinople. Akhirnya tembok Qonstantinople roboh
Raja Byzantine telah melihat keadaan kota Qonstantinopel tiada lagi harapan untuk dipertahankan lagi. Maka, beliau sendiri turun ke medan peperangan supaya mati dalam keadaan bermaruah. Dalam masa yang sama tentera islam menyerbu masuk umpama singa nampak mangsanya .
Seorang pahlawan bernama Hasan Ulubate dan 30 orang askar menyerbu masuk ke menara .Mereka berjaya memacakkan bendera daulah Islam di dalam kubu.Mereka bertarung mengharapkan syahid. Dengan izin Allah akhirnya Qonstantinople tunduk melutut ke bawah tentera Islam dan mereka syahid
Akhirnya pada 29 Mei 1453, Qonstantinopel jatuh ke tangan Islam. Laungan takbir bergema disana dipelusuk kota . Baginda menukar nama Qonstantinopel kepada Islambol (Islam keseluruhan) . Dan baginda juga menukarkan nama Gereja Besar St. Sophies kepada Masjid Aya Sofiya.
Semenjak peristiwa inilah Baginda diberi gelaran "Al-Fateh" iaitu yang bermaksud "pembuka" atau "penakluk" lantaran kejayaannya membebaskan Qonstantinopel. Pada kali pertama solat Jumaat hendak didirikan, timbul pertanyaan siapa yang layak menjadi imam
"Siapa di antara kita sejak baligh hingga sekarang pernah meninggalkan solat fardhu walau sekali, sila duduk!" Tiada seorang pun yang duduk, senab tidak seorang pun di antara mereka pernah meninggalkan solat fardhu. Allahurabbi
Baginda bertanya lagi, "Siapa di antara kita yang sejak baligh hingga kini pernah meninggalkan solat sunat rawatib, sila duduk!" Sebahagian daripada tenteranya duduk.
Kemudian baginda bertanya lagi
"Siapa di antara kamu sejak baligh hingga ke saat ini pernah meninggalkan solat tahajjud walaupun satu malam, sila duduk!" Kali ini semuanya duduk, kecuali Sultan Muhammad Al-Fateh sendiri. Baginda tidak pernah meninggalkan solat fardhu,solat sunat dan tahjjud sejak baligh . Fuhh
Kalau kita tak tahu nak kata la . Tapi aku percaya diantara kita tidak ada yang tinggalkan solat fardu . Kan ? Jadi dengan ini aku ucapkan terima kasih sebab kesabaran korang mengabiskan thread ini . Dari itu moh ler kita muhasabah diri dan iman kita semua . Moga bermanfaat kelak
Missing some Tweet in this thread?
You can try to force a refresh.

Like this thread? Get email updates or save it to PDF!

Subscribe to Acxp
Profile picture

Get real-time email alerts when new unrolls are available from this author!

This content may be removed anytime!

Twitter may remove this content at anytime, convert it as a PDF, save and print for later use!

Try unrolling a thread yourself!

how to unroll video

1) Follow Thread Reader App on Twitter so you can easily mention us!

2) Go to a Twitter thread (series of Tweets by the same owner) and mention us with a keyword "unroll" @threadreaderapp unroll

You can practice here first or read more on our help page!

Did Thread Reader help you today?

Support us! We are indie developers!


This site is made by just three indie developers on a laptop doing marketing, support and development! Read more about the story.

Become a Premium Member and get exclusive features!

Premium member ($3.00/month or $30.00/year)

Too expensive? Make a small donation by buying us coffee ($5) or help with server cost ($10)

Donate via Paypal Become our Patreon

Thank you for your support!