Profile picture
Acxp @AsyrafAD
, 36 tweets, 6 min read Read on Twitter
Jujur sajalah korang mempertahankan Hang Tuah dari Hang Jebat kan .Tapi sebenarnya siapa yang derhaka pada Sultan masa tu ? Jebat atau Tuah. Tuah dituduh kongkek dengan Melor lalu dijatuhkan hukuman mati. Jebat pula menuntur bela atas kematian Tuah yang difitnah.

This is Thread
MUNGKIN kita kenal lagenda pahlawan yang bernama Hang Tuah di zaman Kesultanan Melaka suatu masa dahulu. Sebelum hadirnya cicak-man, spiderman, superman, dan banyak lagi manusia man yang diagung serta diangkat martabatnya disebabkan kecanggihan dalam membikin filem
Namun, nama Hang Tuah masih begitu disanjungi dan dipuji keperwiraanya. Kisah disampaikan dari mulut ke mulut menjadi pengajaran buat kita semua bagaimana orang dulu dulu hidup .
Hang Tuah terkenal dengan keberanian,kesetiaan dan ketangkasan yang tiada tolok bandingnya. Nama Hang Tuah menjulang naik disebabkan beliau menamatkan riwayat sahabat karibnya yang benama Hang Jebat yang dikatakan menderhaka terhadap Sultan Melaka pada masa itu.
Kederhakaan Hang Jebat dikatakan kerana ingin membalas dendam ke atas Sultan yang telah menganiayai Hang Tuah yang begitu setia sekali dengan Sultan tapi telah difitnah oleh pembesar pembesar pada masa itu. Lebih tepat lagi Bendahara . Dia lah dalang dalam semua kejadian ni .
Serba sedikit latar belakang pahlawan melaka yang padu ni . Hang Tuah bersama empat orang kawannya Hang Jebat, Hang Kasturi, Hang Lekir dan Hang Lekiu menuntut ilmu bergurukan Adiputra di Gunung Ledang. Selepas selesai menuntut ilmu, mereka berlima kembali ke Kota Melaka.
Pada suatu hari, mereka berjaya menyelamatkan seorang Dato' Bendahara (Perdana Menteri) daripada seorang lelaki yang sedang mengamuk. Dato' Bendahara kagum dengan ketangkasan mereka lalu menjemput mereka semua ke rumahnya dan seterusnya mengambil mereka untuk bertugas di istana
Lepastu Hang Tuah dan sahabat sahabatnya amat disayangi oleh Sultan hinggalah Hang Tuah mendapat gelar Laksamana.Semasa mengiringi Sultan Melaka ke Majapahit di tanah Jawa,Hang Tuah telah berjaya membunuh seorang pendekar Jawa bernama Taming Sari.Korang kenal dengan Taming Sari ?
Taming Sari yang merupakan seorang pendekar yang kebal yang tidak dapat dilukakan. Tetapi Hang Tuah mengetahui bahawa kekebalan Taming Sari terletak pada kerisnya. Hang Tuah berjaya merampas keris berkenaan dan membunuh Taming Sari. Dekat sini Hang Tuah berjaya menipu Taming Sari
Hebat orang Melayu bab menipu ni. Kalau Hang Tuah tidak menipu masa betarung dengan Taming Sari memang impossible nak menang . Keris itu kemudiannya dianugerahkan oleh Betara Majapahit kepada Hang Tuah. Pemilik keris ini akan turut menjadi kebal seperti pendekar Jawa Taming Sari.
Hang Tuah telah diutuskan ke Pahang bagi mendapatkan Tun Teja untuk dijadikan permaisuri Sultan Melaka. Ketika Hang Tuah ke Pahang, Melor turun dari Gunung Ledang mencari Hang Tuah. Melor telah ditawan oleh Tun Ali atas hasutan Patih Karma Vijaya bagi dijadikan gundik Sultan.
Disebabkan Hang Tuah ni taat dengan Sultan, dia pun pergilah tapi masa ni Tun Ali telah memasang perangkap untuk kenakan Hang Tuah dengan Melor.
Hang Tuah yang kembali dari Pahang akhirnya dapat berjumpa Melor, tetapi Sultan juga turut menyaksikan perbuatan Hang Tuah itu. Melor dan Hang Tuah dihukum bunuh kerana difitnah berzina dengan Melor yang telah menjadi gundik Sultan.
“Ya tuanku, tadi malam patik sekalian berkawal di bawah istana, maka kami bertemu seorang perempuan dan laksamana di dalam istana. Maka patik ingin membunuh, takut beroleh salah di mata tuanku. Tuanku amat percaya pada dia, lagi-lagi dia penghulu kepada patik semua.”
Apa lagi, Sultan Melaka masa tu punyalah marah akan Hang Tuah. Baginda terus titahkan bendahara untuk membunuh Tuah. Beberapa kali juga bendahara pujuk sultan, tapi Sultan Melaka tetap nak Tuah dibunuh. Bendahara pun ambil keputusan untuk sembunyikan Hang Tuah
Sebenarnya Hang Tuah dihantar ke satu tempat yang jauhnya 7 hari 7 malam dari Melaka. Dia diminta untuk berjumpa dengan Sheikh Mansur, seorang petapa yang terkenal. Ketika Hang Tuah takda, Hang Jebatlah yang ditugaskan untuk menggantikan Tuah.
Hang Jebat telah dilantik sebagai Laksamana bagi mengganti tempat Hang Tuah. Setelah dilantik menjadi Laksamana dan keris Taming Sari digenggamannya, Hang Jebat menggila dengan mengambil alih istana dan mengusir Sultan pada masa itu dari istana.
Rampasan Kuasa berlaku.Sultan berasa menyesal membunuh Hang Tuah,kerana Hang Tuah sahajalah yang berupaya untuk mengalahkan Hang Jebat yang derhaka itu.Time tu Bendahara mengadu kepada Sultan bahawa sebenarnya Hang Tuah tidak dihukum bunuh tapi telah disembunyikan oleh Bendahara
Bila mendengar kabar tu, Sultan begitu gembira sekali lantas menyuruh Bendahara memanggil Hang Tuah untuk menghapuskan Hang Jebat yang derhaka itu. Sebab dia tahu Hang Tuah saja mampu lawan Hang Jebat .
Bila mendengar yang Hang Tuah masih hidup betapa gembiranya Hang Jebat tapi kemunculan Hang Tuah bukan untuk berkompromi dengan Hang Jebat tapi untuk menghapuskan Hang Jebat yang dikatakan menderhaka kepada Sultan.
Hang Kasturi dan Tun Pekerma pun dihantar untuk memujuk Hang Tuah. Oleh kerana rasa sayang Tuah pada Melaka, dia pun setuju untuk kembali ke Melaka. Kedatangan Tuah ke Melaka disambut dengan meriah oleh rakyat Melaka, siap ada yang kata orang mati dah hidup semula!
Setelah menghadap sultan, Tuah pun cuba bersilat di hadapan rumah bendahara. Malangnya dia rasa dirinya terlalu berat kerana dah lama tak berlawan. Sultan pun minta Tuah diurut dan dijaga selamat 5 hari 5 malam. Setelah menemui dua keris baru, Tuah pun pergilah ke istana
Apabila Tuah sampai di halaman istana, punyalah Hang Jebat terkejut. Jebat pun kata dia derhaka sebab nak bela kematian Tuah, alih-alih tuah masih hidup. Dahlah masih hidup, siap nak bunuh dia pulak! Dua orang pahlawan ni pun berlawanlah sehingga titisan darah terakhir
Terjadilah epic pertembungan anatara Hang Tuah dan Hang Jebat yang dikatakan bertempur selama tujuh hari yang berakhir Hang Tuah berjaya membunuh Hang Jebat setelah keris Taming Sari diserahkan oleh Hang Jebat kepada Hang Tuah untuk membunuhnya.
Begitulah riwayat hidup manusia yang begitu setia dengan Sultan sehingga nyawa dan sahabat sendiripun sanggup dikorbankan dan begitulah juga seorang sahabat yang sanggup mempertaruhkan nyawa bila sahabat dianiayai atas sebab perebutan kuasa dan hasad dengki di kalangan pembesar
Seperti yang sudah dirancang, kedua dua sahabat itu bersilat, suara jeritan ditinggikan. Pada hal, mereka berlakon.Langsir tingkap istana diruntuhkan, supaya penduduk Melaka dapat menyaksikan pertempuran. Orang ramai yang berkumpul, bertambah.
Keadaan ini menjadi lama disebabkan Hang Tuah sedang mencari peluang bagi membolehkan Jebat melarikan diri, disebabkan terlalu ramai orang yang berkumpul di sekeliling istana bagi menyaksikan perhitungan tersebut.
Mereka cuma makan sisa makanan yang ada di dapur istana, ini ditampung dengan amalan zikir serta puasa.Selepas memasuki hari ketiga, pengikut Hang Tuah yang setia menunggu sejak hari pertama sudah mula tinggal sedikit.Peluang yang diintai untuk membolehkan Jebat melarikan diri
Dengan berbekalkan darah binatang yang diambil dari dapur istana. Hang Tuah keluar dengan membawa bantal panjang yang diselimuti dengan langsir istana. Darah binatang ditompokkan. Hang Tuah mendokong bantal tersebut sebagai jenazah sahabatnya.
Menjelang Maghrib, apabila petang beransur gelap. Hang Tuah membuka seluasnya pintu istana. Perabot dalam balai rong bersepah.
Pengikut Hang Tuah dan penduduk Melaka yang berada di sekeliling mula berlari dan berkumpul di hadapan istana. Peluang ini diambil oleh Jebat, sepantas kilat, Jebat melompat keluar dari tingkap belakang istana.
Berlinang air mata Jebat, bagai disayat pisau hati pahlawan tersebut, kecewa disebabkan FITNAH, demi cintakan tanah air, beliau korbankan kepentingan diri, berpisah dari guru (Sultan Mahmud Syah) dan sahabat baiknya, Hang Tuah, Hang Lekir, Hang Kasturi dan Hang Lekiu.
Tetapi Allah Maha Adil, orang yang teranianya tetap terbela. Nama Hang Jebat terus harum dan wangi dipelihara Tuhan Yang Maha Esa. Tidak menjadi bahan celaan.
Pada masa yang sama, Hang Tuah memberi amaran kepada penduduk Melaka dan org orgya yang berkumpul bahawa dirinbya sudah amat terluka disebabkan kehilangan sahabat baiknya.Tidak ada seorang pun yang akan menguruskan jenazah Hang Jebat kecuali beliau sendiri.
Ramai juga orang yang persoalkan adakah patut Tuah bunuh Jebat kerana derhaka pada sultan masa tu, Jebat derhaka untuk balas dendam. Kalau korang hidup pada zaman Hang Tuah ni, korang nak ikut siapa? Jebat yang derhaka nak tuntut keadilan atau Tuah yang taat kepada sultan?
Korang bagi la tajuk cerita mana nk tahu aku rajin lagi ke nak karang cerita panjang panjang mcm ni . InshaaAllah aku buat thread lagi .
Missing some Tweet in this thread?
You can try to force a refresh.

Like this thread? Get email updates or save it to PDF!

Subscribe to Acxp
Profile picture

Get real-time email alerts when new unrolls are available from this author!

This content may be removed anytime!

Twitter may remove this content at anytime, convert it as a PDF, save and print for later use!

Try unrolling a thread yourself!

how to unroll video

1) Follow Thread Reader App on Twitter so you can easily mention us!

2) Go to a Twitter thread (series of Tweets by the same owner) and mention us with a keyword "unroll" @threadreaderapp unroll

You can practice here first or read more on our help page!

Did Thread Reader help you today?

Support us! We are indie developers!


This site is made by just three indie developers on a laptop doing marketing, support and development! Read more about the story.

Become a Premium Member and get exclusive features!

Premium member ($30.00/year)

Too expensive? Make a small donation by buying us coffee ($5) or help with server cost ($10)

Donate via Paypal Become our Patreon

Thank you for your support!