Profile picture
Acxp @AsyrafAD
, 53 tweets, 9 min read Read on Twitter
Haritu ada orang tanya bila nak buat thread pasal Mahsuri , bila sebut Mahsuri apa yang terintas dalam kepala otak korang ? Langkawi. Sumpahan. Fitnah. Ye orang melayu tak terlepas dari FITNAH . Korang kenal tak dengan Nong May ? Dia ni keturunan ke7 susur galur Mahsuri
Sebagai anak jati Kedah aku bertanggungjawab menceritakan serba sikit lagenda lagenda yang ada di Kawasan Jajahan Kedah Darul Aman . Hari ni aku nak story pasal Mahsuri binti Pandak Mayah . Ceqita dia bermula lagu ni ...
Kira-kira dua abad dahulu, ada sebuah kampung ni yang terletak kat Mukim Ulu Melaka tinggal 1 family tiga beranak. Si bapa bernama Pandak Mayah, si isterinya Mek Andak Alang dan bersama seorang anak bernama Mek Yah. Keluarga miskin ini mencari sumber rezeki dengan cara pertanian.
Nasib keluarga ini mula berubah selepas Pandak Mayah mencari kerbaunya yang hilang. Tengok-tengok hujan lebat la pulak, so dia pun singgah la sekejap dekat pondok lama yang ada kat situ. Masa dalam pondok tu tetiba dia terdengar bunyi tangisan bayi. Sapa pulak dok reyau ni
Dia memandang ke seluruh tempat di dalam pondok itu hendak mencari di manakah kanak-kanak itu tetapi tidak ada tanda-tanda manusia di mana-mana pun. Satu benda luar biasa yang dilihatnya di dalam pondok itu hanyalah sekeping kerak nasi di atas lantai pondok tersebut.
Diambilnya sedikit kerak nasi itu kerana hendak diperiksanya. Dia berasa takjub kerana dengan serta-merta tangisan kanak-kanak itu pun berhenti. Sebab tu orang dulu dulu kalau makan biaq sampai habis kalau dak nasi reyau. Jadi lagu ni la lebih kurang.
Dalam masyarakat Melayu petani, padi adalah simbol kemakmuran dan punca rezeki yang perlu dihormati. Isterinya memberitahu bahawa mengikut kepercayaan orang tua-tua tangisan bayi seperti itu ialah tangisan 'semangat buah padi'.
Sejak hari itu, Mak Andak Alang selalu mencampurkan kerak nasi itu dengan nasi yang ditanak. Kehidupan keluarga Pandak Mayah semakin berubah semenjak mereka makan nasi yang bercampur dengan kerak nasi itu. Rezekinya mula bertambah dan seterusnya isterinya hamil lagi.
Apabila tiba masanya, Mak Andak Alang pun melahirkan bayi perempuan yang comel, dan dinamakan Mahsuri. Apabila Mahsuri berumur seminggu, Pandak Mayah bermimpi bahawa dia hendaklah membawa anak kecilnya itu mandi di sebuah kolam yang tak jauh dari rumahnya. Dia pun pergi .
Bak kata orang rezekianak itu luas .Maka dengan izin tuhan dia menjumpai batu kemenyan. Masa tu batu kemenyan ni sangat mahal dan value dia masa tu sangat tinggi .Jadi dia pun menjual batu kemenyan. Hasil dari tu keluarga mereka menjadi lagi kaya m. Bukan setakat kaya tp raya 🤭
Apabila Mahsuri meningkat umurnya, rupanya sangat cantik dan ramai orang datang ke rumahnya dan membawa hadiah. Sebagai seorang gadis yang telah besar panjang rupa parasnya tambah cantik dan dia pandai pula melayan tetamu tetamu yang datang serta bertimbang rasa dgn semua org.
Pada masa itu tidak ada perempuan yang boleh menandingi kecantikannya di seluruh Pulau Langkawi itu. Rupanya yang sangat cantik, kulitnya yg mulus,pipi pauh dilayang, bibir merah delima merkah,rambutnya yang ikal mayang menjadi idaman setiap orang
Pada masa tersebut Langkawi telah diperintah oleh seorang orang pembesar yang dianugerahi oleh Sultan dengan gelaran Dato' Seri Kerma Jaya dan nama isterinya Mahura. Apabila Dato' tu mendengar cerita tentang Mahsuri dan peri kecantikannya serta budi bahasanya itu beliau tergoda
Apabila Dato' itu sampai di rumah Pandak Mayah didapatinya Pandak Mayah dan isterinya tidak ada di rumah. Yang ada cumalah Mahsuri seorang. Dia pun membuka pintu dan memberitahu Dato' itu bahawa ibu dan bapanya tak ada di rumah dan akan balik senja kelak.
Dato' itu mengatakan bahawa dia tak dapat menanti dan akan datang sekali lagi pada suatu hari kelak.
Dato' itu telah tertarik oleh budi bahasa dan kecantikan Mahsuri dan dengan serta-merta timbullah di dalam hatinya bahawa dia ingin hendak mengambil gadis itu untuk menjadi isteri
Dato' Seri Kerma Jaya miliki seorang anak bernama Mat Derus dan setelah berbaik-baik semula dengan isterinya Dato' itu telah berpakat dengan isterinya hendak meminang Mahsuri untuk anaknya itu dan isterinya itu pun bersetuju
Pandak Mayah serta isterinya telah menerima kedatangan orang-orang pihak Dato' itu mengikut adat istiadatnya dan mereka pun bersetujulah atas peminangan itu. Tidak berapa lama kemudian majlis perkahwinan pun diadakan dengan secara besar-besaran
Selepas perkahwinan itu sepasang suami isteri pun tinggal bersama-sama dalam aman sentosa dan rukun damai. Bulan berganti bulan, maka Mahsuri pun hamil. Suaminya Mat Deris telah pergi ke Siam kerana urusan perniagaan dan sebagai seorang pedagang lama juga dia tidak pulang kerumah
Dalam masa Mat Derus tidak ada maka datanglah seorang pengembara Melayu muda lagi miskin ke Langkawi. Namanya Deramang. Orang ini dilahirkan di Melaka. Dia mengembara ke seluruh Semenanjung termasuklah Pulau Pinang dan Perlis. Dari Perlis dia menyeberang ke Langkawi utk bersyair
Berenti sat pa. Makan dulu sat lagi kita sambung balik
Amboi ! hampa maqah sungguh nampak . Ceq berenti makan solat apa sat . Nak on time malas sikit . Melayu kan . Mai kita sambung balik . Tang mana taktau lupa dah aih
Deramang mempunyai suara yang sangat merdu, dan sangat pandai berpantun dan membaca cerita dalam bentuk prosa. Suatu hari dia datang singgah untuk berehat sebntar di rumah Mahsuri. Mahsuri kasihan melihatkan keadaan pengembara miskin ini lalu mempelawa dia tinggal di rumahnya
Tapi dengan izin kedua ibu bapanya. Deramang menerima pelawaan itu serta mengucapkan terima kasih kepadanya.Sebagai seorang celik huruf, Deramang gemar dan ahli membaca hikayat dan syair. Pandak Mayah selalu meminta Deramang membacakan hikayat dan syair diwaktu malam di rumahnya.
Pada setiap malam Deramang akan bersyair dan bercerita. Orang-orang yang tinggal berdekatan di situ datang ke rumah Mahsuri mendengar syair dan cerita Deramang.Acara ini telah menjadikan rumah Pandak Mayah sebagai tempat tumpuan ramai. Mahsuri juga seorang peminat setia Deramang.
Beberapa bulan kemudian Mahsuri pun melahirkan anaknya yang pertama seorang lelaki, dan telah diberi nama Mat Arus. Disebabkan usianya yang baru lahir maka tidak banyak yang diceritakan tentang anak lelaki Mahsuri ini.
Oleh sebab baik budi dan ramah mesra Deramang dan Mahsuri, lebih ramai orang datang ke rumah Mahsuri dan sedikit sahaja datang ke rumah Dato' Seri Kerma Jaya. Kemahsyuran Mahsuri semakin melonjak kerana namanya sentiasa meniti di bibir mulut setiap orang.
Mahura isteri Dato' Kerma Jaya berasa cemburu dan iri hati kepada Mahsuri kerana namanya terkenal. Dia sentiasa terkenangkan niat suaminya tempoh hari hendak memperisterikan Mahsuri yang mana hal tersebut telah menimbulkan perselisihan di antara dia, dengan suaminya itu
Dia plan untuk memFITNAH Mahsuri . Ceq pun tak beqapa paham dengan orang dulu , sikit sikit dajei orang. Macam dia nak hidup sorang atas dunia ni. Rencana FITNAH ni plan diatur dengan boek tanpa ada cacat cela pun . Samalah macam ceq cerita dulu pasai Hang Tuah pun kena dajei
Pada suatu malam yang gelap Mahura meminta izin daripada suaminya Dato' Kerma Jaya hendak pergi ke rumah Mahsuri dengan alasan hendak mendengar Deramang bersyair dan bercerita. Dato' telah mengizinkan dia pergi. Dia pun berpura-pura pergi ke rumah Mahsuri.
Beberapa ketika kemudian, sebelum sampai ke rumah Mahsuri, Mahura berlari balik ke rumahnya dengan termengah-mengah serta menangis-nangis memberitahu suaminya bahawa dia telah melihat Mahsuri dan Deramang sedang bercumbu-cumbuan dgn memakai cincin pemberian Mahsuri kepdanya
Benar Deramang ada memakai cincin. Cincin itu dihadiahkan kepadanya oleh Mahsuri dengan izin bapanya kerana menghargai jasa Deramang dalam menghiburkan hatinya dengan bersyair dan bercerita dalam masa suaminya meninggalkan rumah begitu lama. Tetapi Mahsuri setia orangya.
Apabila mendengarkan cerita Mahura isterinya itu maka timbullah radang Dato' Seri Kerma Jaya dan serta-merta pada keesokan paginya dia terus mengerah orang-orangnya untuk menangkap Mahsuri tanpa usul periksa malah dia dijatuhkan hukuman tanpa perbicaraan . Naya kedua dua diaorang
Hukuman bunuh menanti mereka berdua. Orang-orang Dato' Kerma jaya itu pun pergilah ke rumah Mahsuri di Mawat dan mereka dapati dia tidak ada di rumah. Dia telah pergi ke suatu tempat yang tidak jauh dari rumahnya sambil mendodoikan anaknya di dalam buaian di bawah sepohon kayu
Org org itu telah pergi ke tempat itu lalu berjumpa dengannya. Dia diberitahu bahawa mereka telah diperintahkan oleh Dato untuk menangkap dan membunuh dia kerana kelakuan sumbangnya bersama Deramang. Dia terus dibawa ke suatu tempat bernama Padang Hangus ad yg kata Padang Masitat
Mahsuri berasa hairan kerana pada malam itu Deramang tiada di rumah keluar mengambil angin. Tetapi orang-orang Dato' Kerma Jaya tetap berkeras untuk membawa dia ke sana atas perintah Dato' sendiri. Mahsuri yang seakan masih belum mengerti mengapa dia dituduh sampai mcm tu sekali
Bapanya Pandak Mayah yang sedang berada di dalam rumahnya mendapat khabar malapetaka yang menimpa anaknya itu. Dia pun bergegas membawa tujuh buah kereta lembu yang penuh berisi wang untuk menebus anaknya dengan harapan anaknya akan dikembalikan semula namun usaha itu turut gagal
Perkhabaran berkenaan dengan hukuman yang akan dijatuhkan ke atas Mahsuri itu telah merebak dengan pantas ke seluruh kampung di dalam Mukim itu dan ramai orang telah membantah perintah tersebut. Tetapi apa pun tidak dapat memujuk hati Dato' itu mengubah keputusannya.
Beratus-ratus orang telah berhimpun di Padang Hangus hendak menyaksikan pelaksanaan hukuman bunuh itu. Di saat- saat genting itu, ada satu permintaan Mahsuri yang terakhir iaitu hendak menatap wajah anaknya buat kali yang terakhir tetapi Dato' Kerma Jaya tidak membenarkannya.
Hari hukuman telah pun tiba . Mahsuri telah diikat pada sebatang pokok asam jawa. Dua bilah lembing tajam digunakan. Apabila lembing ditikam ke tubuh Mahsuri yang lemah itu pada kedua-dua belah bahagian lembut bahunya, mata lembing yang tajam itu tidak dapat menembusi badannya.
Allahurabbi ! mata lembing pun tak sanggup tembus badan orang yang difitnah inikan pula kita yang rilek je buat onar . Bukan apa nanti dekat akhirat dia kena soal nak jawab apa ? Tak kan nak jawab “aku menurut perintah saja” ermmm memang kena tibai la jawab dia lagu tu .
Pada ketika itu, Mahsuri amat terseksa kerana menahan sakit lembing yang ditikam walaupun tidak lut. SeIepas segala percubaan yang gagal itu, Mahsuri memberitahu mereka bahawa jika sekiranya mereka betul-betul hendak menjalankan hukuman membunuh terhadap dia,
dia mempunyai sebilah lembing kepunyaannya sendiri di rumahnya dan senjata itulah sahaja yang boleh membunuh akan dia. Lembing tersebut dipercayai sebagai 'Lembing Sakti'.Maka perintah pun dikeluarkan untuk pergi mengambil lembing yang disimpan oleh Mahsuri tersebut dirumahnya
Ramai yang memohon dan merayu supaya Mahsuri dilepaskan tetapi Dato' Kerma Jaya tetap dengan keputusannya itu disebabkan termakan hasutan mahura isterinya sendiri. Dengan sekali tikaman makaaaaa dengan tiba tiba langit yang cerah bertukar menjadi ribut . Angin bertiup marah
Suasana menjadi gelap dengan awan yang kian memberat airnya . Seperti mengetahui bahawa insan yang dianiya tersebut tidak rela menumpahkan darah diatas bumi Langkawi . Dengan siulan angin yang mengila semua orang menjadi panik . Air mata mula tertumpah di pipi si mulus ni .
Sekalian rakyat jelata di situ melihat darah putih memancut-mancut ke atas lalu terbentuk seperti payung di atas kepalanya. Peristiwa ini membuktikan bahawa dia adalah seorang wanita yang suci dari dosa. Darah yang suci dari cemuhan sang pendosa. Suasana sangat sayu masa itu
Sebelum Mahsuri menghembuskan nafasnya yang terakhir dia sempat bersumpah dengan suara yang lembut dan jelas bahawa disebabkan perbuatan mereka yang zalim ini Langkawi tidak akan makmur dan tidak akan menikmati keamanan ibarat Padang jarang padang terkukur' selama tujuh keturunan
“Wahai rakyat jelata, aku Mahsuri bersumpah bahawa langkawi akan menjadi padang jarak padang tekukur selama 7 keturunan dan aku haramkan darah ini mengalir dibumi Langkawi” DUNMMMMMM!! Bunyi guruh dan kilat bercahaya atas SAPZAPPP
Deramang juga akhirnya dibunuh walaupun pada mulanya dia melawan.Beberapa tahun kemudian Langkawi telah diserang oleh Siam. Ramai rakyat yang telah ditawan dan dibinasakan oleh tentera-tentera Siam. Kesemua ahli keluarga Dato' Kerma Jaya dibunuh oleh tentera yang menyerang itu.
Dato' Kerma Jaya melarikan diri bersama bersama orang kuatnya, Panglima Hitam. Malangnya, Dato' Kerma Jaya ditangkap oleh tentera Siam di Sungai Langkanah dan diseksa serta dibunuh dengan kejam. Begitu juga dengan Mahura yang dirogol dan diseksa dengan kejam oleh tentera Siam.
Pulau Langkawi tidak pernah makmur kerana kegiatan lanun dan jenayah berleluasa. Malah keadaan di pelau Langkawi ketika itu betul-betul seperti padang jarak padang terkukur.Ini kerana apa sahaja tanaman yang diusahakan tidak akan menjadi kerana tanah menjadi rosak dan tidak subur
Namun menjelang 1980 an, Langkawi menjadi lebih makmur dan mengalami sedikit perubahan ketika itu. Dipercayai itu disebabkan lahirnya keturunan ketujuh Mahsuri sekali gus menamatkan segala sumpahan Mahsuri ke atas pulau Langkawi .
Tetapi Allah Maha Adil, orang yang teranianya tetap terbela. Nama Mahsuri terus harum dan wangi dipelihara Tuhan Yang Maha Esa. Tidak menjadi bahan celaan. Semoga menjadi pengajaran buat kita yang masih hidup .
Inilah Keturunan ketujuh Mahsuri iaitu Sirintra Yayee atau Nong May atau nama Melayunya, Wan Aishah binti Wan Nawawi menetap di pulau Phuket, Thailand ketika pertama kali dijejaki. Tahniah kerana membaca sampai habis . Next thread ? Any suggestion .
Missing some Tweet in this thread?
You can try to force a refresh.

Like this thread? Get email updates or save it to PDF!

Subscribe to Acxp
Profile picture

Get real-time email alerts when new unrolls are available from this author!

This content may be removed anytime!

Twitter may remove this content at anytime, convert it as a PDF, save and print for later use!

Try unrolling a thread yourself!

how to unroll video

1) Follow Thread Reader App on Twitter so you can easily mention us!

2) Go to a Twitter thread (series of Tweets by the same owner) and mention us with a keyword "unroll" @threadreaderapp unroll

You can practice here first or read more on our help page!

Did Thread Reader help you today?

Support us! We are indie developers!


This site is made by just three indie developers on a laptop doing marketing, support and development! Read more about the story.

Become a Premium Member and get exclusive features!

Premium member ($30.00/year)

Too expensive? Make a small donation by buying us coffee ($5) or help with server cost ($10)

Donate via Paypal Become our Patreon

Thank you for your support!