Selepas ali dapat tahu yang nazmi dah meninggal dunia ...ali terus keluar kelas dan pergi ke tandas menangis tak henti henti
Ali rasa terkilan sebab tak sempat berjumpa dengan nazmi untuk kali terakhirnya
Sambil air mata tak henti henti ..dia terfikir siapa yang dia nampak pagi tadi..roh nazmi atau jin..
Sambil memandang cermin tandas..tiba tiba dia terperasan ada pintu tandas yang tertutup
Terlalu lama pintu tandas tu tertutup..maksudnya ada orang kat dalam..tiba tiba slow slow pintu tu terbukak
Ali yang pandang cermin nampak pintu tu slow slow terbuka..
Nampak kelibat manusia,bila pintu dah terbuka luas..ali terkejut..kelihatan nazmi yang sedang senyum pada nya
Ali pusing belakang untuk melihat..tapi takde orang dalam tandas tu..
Ali pusing pandang cermin balik..nazmi dah ada kat sebelah sambil senyum creepy
Ali terkejut jatuh ke lantai sambil menjerit bertanya "kau siapa?"
Nazmi sambil senyum pun cakap"aku kawan kau"..ali trus cakap"bukan,kau bukan kawan aku,kawan aku dah meninggal"
Nazmi pun cakap "kau ingat tak malam kau excident?"..ali terdiam..baru ali perasan ,dia tak ingat lansung apa yang berlaku malam masa dia excident dengan pakcik dia
Nazmi mendekati ali..dan memegang kepala ali..
Kepala ali jadi sangat sakit...dia pun menjerit kesakitan..
Terus terflashback kejadian malam tu
Dalam kereta..Ali dan pakciknya sedang dalam perjalanan untuk pergi memancing...
Pakcik ali ni memang tak percaya hantu..suka cakap besar
Masa jalan kat tempat gelap..tetiba radio hilang siaran ..dan ali pun cakap yang dia tak sedap hati
Pakcik ali pn cakap"kau tak sedap hati apa?,kau takut hantu ke?mana ada hantu dalam dunia ni..hahaha"..ali pun just senyum sahaja
Tiba tiba pakcik ali yang sedang rancak berborak terdiam dan terus berkata"eh asal ada perempuan jalan dalam gelap ni"...ali pun rasa pelik sebab dia tak nampak ada orang pun
Kereta semakin mendekati perempuan tu..pakcik ali pun cuba nak tgk perempuan tu..perempuan tu berambut panjang berbaju putih jalan di dalam gelap
Pakcik ali masih menoleh ke arah perempuan tu,tapi tak nampak muka..muka nya ditutup dengan rambut
Bila kereta dah melepasi perempuan tu..pak cik ali cuba nak tengok perempuan tu guna cermin pandang belakang...tapi pak cik ali terkejut
Sebab perempuan tu dah ada kat seat belakang..sambil senyum muka seram..
Pak cik ali yang dalam keadaan terkejut melajukan keretanya..ali bertanya "knapa ni pak cik"..pakciknya hanya diam dalam keadaan gelabah
Tiba tiba ada seseorang melintas,ali pun terkejut sambil menjerit"pakcikkkk ada oranggg!!"
Kereta yang laju tu tak sempat berhenti dan melanggar orang yang melintas tu...
Tiba tiba keadaan menjadi gelap...slow slow menjadi terang..ali sedar dia dah tiada dalam kereta..ali berada di dalam sebuah hutan
Ali sedang duduk di bawah sebuah pokok...tiba tiba ada suara orang tua"tolonggg pakcik nakkk...."
Ali pun pandang ke arah suara tu,tengok ada seorang yang tua mukanya seram,tiada tangan dan badannya penuh dengan darah sedang mendekati dirinya sambil meminta tolong
Ali pun berlari ketakutan tanpa arah
Tiba tiba dia dihalang oleh seorang lelaki yang berserban..lelaki berserban tu bertanya " kenapa ni?"
Ali berkata" tolong ada orang tiada tangan ganggu saya" lelaki berserban tu terus menjawab "oo orang itu memang suka mengganggu kawasan ini,ikut saya ke tempat selamat" ali pun ikut lelaki berserban tu
Dalam keadaan gelap..tetibe kelihatan ada lampu yang terang..kelihatan sebuah kampung..
Kat kampung tu smua orang lelaki berserban putih dan perempuan semua bertudung putih..pakaian mereka semua serba putih
Ali bertanya lagi"ni tempat apa,tenang betul .." Lelaki berserban tu kenalkan diri dan menjawab"nama saya hasan dan ini kampung saya"
Hasan pun berkata " kamu boleh tinggal disini selama mana pun kamu mahu"ali pun bertanya"siapa sebenarnya lelaki tua yang mengejar saya tu"
Menurut hasan lelaki itu ditinggalkan oleh rakan rakannya di dalam hutan..masa tu sebuah pokok tumbang menghempap tangannya..jadi dia tak boleh bergerak
Kawan kawannya meninggalkannya untuk mendapat kan bantuan..tapi 3 hari bantuan tetap tak datang..makanan pun dah lama habis
Akhirnya lelaki itu memotong tangan nya sendiri untuk keluar dari hutan..tapi belum sempat untuk keluar hutan..lelaki itu mati akibat pendarahan yang berlebihan
Dan sekarang roh lelaki tu tidak tenang dan menggangu kawasan ini
Hasan pun membawa ali ke sebuah rumah...dan berkata " nah ini sekarang rumah anda"
Ali pun rasa gembira..yela siapa tak gembira ,siap dapat rumah lagi
Sampai dalam rumah tu,ali baru teringat yang dia belum menunaikan solat ishak ...dia pun keluar rumah tu untuk mencari surau
Dah jumpa surau..ali pun masuk kedalam untuk solat ishak..masa rakaat 2 ,tiba tiba bahunya di tepuk..seolah olah ada orang yang nak jadi makmum dari belakang
Ali dapat rasa kan ada orang kat belakang..masa nak rukuk ,ali terperasan makmumnya pakai terlekung..so mungkin adalah seorang perempuan
Sampai duduk tahiyat akhir...masa beri salam pertama,ali tertoleh ke belakang..ali terkejut tengok terlekung yang tengah solat..dalam terlekung takde orang..
Ali terus berlari keluar surau ketakutan..tiba tiba ada suara "ali...oii ali"
Ali pun pusing belakang.. ali terkejut sebab yang panggil dia adalah nazmi ..ali pun bertanya"nazmi macammana kau boleh ada kat sini"
Nazmi pun cakap" rumah aku memang kawasan sini,aku tahu tempat ni,kau tak boleh tinggal sini"..ali pun hairan sambil tanya kenapa
Nazmi pun jawab" ni bukan kampung manusia ,ni kampung bunian,kau kene kluar dari sini"ali pun jawab"tapi diorang semua baik dengan aku"
Nazmi pun cakap "kau mesti ada jumpa orang tua tiada tangan kan"..ali pun jawab "mana kau tahu"
Nazmi pun cakap" aku tinggal berdekatan kawasan ni,aku dah dengar banyak citer,orang tua tu pun dulu pernah tinggal kawasan bunian ni..slow slow bunian tu akan makan manusia..diorang yang makan tangan orang tua tu tanpa lelaki tua tu perasan"
Ali pun terkejut sambil cakap"tapi aku dengar citer dari diorang lain" nazmi pun cakap jangan percaya diorang
Nazmi pun tarik tangan ali untuk keluar dari kawasan tu..sambil berlari keluar ali toleh ke belakang..dan ternampak semua orang yang berserban dan bertudung putih sedang berdiri sperti memandang dia..
Yang ali terkejut smua takde muka
Ali pandang kehadapan ,tiba tiba keadaan menjadi gelap..slow slow menjadi terang..ali dah ada dalam kereta dalam keadaan kesakitan kerana pendarahan
Ali tengok pakcik nya di sebelah berlumuran dengan darah..ali berasa sangat lemah perlahan lahan dia menutup mata..apabila dia membuka mata ...
Dia dah ada dalam tandas sekolah sambil nazmi senyum ke arah dia sambil berkata"sekarang kau dah ingat?"
Ali pun cakap"aku dah ingat,kau yang selamatkan aku dari terperangkap dari kawasan orang bunian"
Nazmi pun just senyum cakap"kau ingat tu je?"
Ali jawab"ye tu je dapat aku ingat,ada apa lagi kau nak??"
Nazmi sambil senyum creepy cakap"huh jadi kau tak ingat orang yang kau dan pakcik kau langgar malam tu adalah nazmi"..tamat
Terjumpa bungkusan hitam di tepi pantai yang dibawa oleh ombak. Apa isinya?
Kalau korang jumpa, berani ke korang buka?
Rt guys, jangan biarkan korang je yang rasa seram dengan cerita ni.
Ini adalah thread.
Aku akan start 11.30 malam ni. Kalau korang nak baca cerita yang aku dah pernah tulis. Korang boleh baca kat telegram. Tekan je link kat bawah ni 👇 t.me/abstrakim
Aku juga ada keluarkan buku, sekarang tengah promosi tu.