Profile picture
, 11 tweets, 2 min read Read on Twitter
Tidak benar. Jumhur fuqaha telah mengharamkan beronani (istimna') secara mutlak.

Adapun jika dilakukan oleh isteri terhadap suami, atau sebaliknya, maka tidak menjadi masalah kerana ia adalah termasuk kategori istimta' (berseronok) bersama isteri.
Al-Quran jelas menyatakan hal ini iaitu

"(orang mukmin itu) adalah mereka yang memelihara kemaluan mereka. Melainkan ke atas isteri2 mereka atau hamba2 mereka, maka sesungguhnya dalam hal itu mereka tidak tercela....
... Maka sesiapa sahaja yang mencari-cari di sebalik itu mereka merupakan golongan yang melampaui batas"

[Surah Mukminun ayat 5-7]
Ayat tersebut jelas menyatakan bahawa sesiapa yang mencari istimta' (keseronokan) selain daripada isteri atau hamba sahaya yang mereka miliki, maka mereka tergolong dalam kalangan orang2 yang melampaui batas.

Maka beronani adalah termasuk hal ini.
Telah berkata Imam Syafi'e :

"Tidak halal menggunakan zakar melainkan kepada isteri atau kepada hamba wanita yang dimiliki. Dan tidak halal perbuatan istimna' (mengeluarkan air mani)

[Kitab Al-Umm 5/102]
Imam Ahmad ibn Hanbal juga menyatakan dalam salah satu pandangan beliau bahawa onani adalah tetap haram walaupun dalam kondisi darurat kerana dikhuatiri terjerumus dalam zina. Kerana sudah ada ganti kepada onani yakni berpuasa

[Al-Mausu'ah al-Fiqhiyah, 4/97-102]
Adapun pandangan fuqaha yang membolehkan beronani, Prof Dr Yusuf Al-Qaradhawi pun telah membahaskan hal ini dalam kitab beliau "Halal & Haram dalam Islam" bahawa hukum tersebut terikat dengan kondisi yang darurat, iaitu jika dikhuatirkan untuk berbuat zina.
Maka sebab itu, harus mengambil mudarat yang lebih ringan iaitu melepaskan syahwat dengan cara beronani berbanding melakukan zina yang merupakan salah satu dosa besar di sisi Islam.
So nampak tak di sini? Hukum tersebut terikat dengan kondisi darurat, bukannya "Orang yang kahwin boleh bersetubuh, privilege orang bujang pula adalah beronani"

Tidak benar, tiada fuqaha yang berlonggar sebegitu dalam hal ini.
Apa-apa pun halnya, seseorang yang bertaqwa tidak akan berfikir seperti ini, yakni, melepaskan nafsu dengan cara ini. Sebaliknya jika dia tidak mampu mendapatkan isteri atau hamba sahaya itu, mereka akan berpuasa seperti yang disarankan dalam hadis riwayat Bukhari
Lagipun, perbuatan onani ini juga dikaitkan dengan perkembangan diri yang tidak sihat, mana mungkin ia diharuskan begitu mudah sahaja.

Wallahua'lam, moga-moga bermanfaat tulisan ini.
Missing some Tweet in this thread?
You can try to force a refresh.

Like this thread? Get email updates or save it to PDF!

Subscribe to X Guy
Profile picture

Get real-time email alerts when new unrolls are available from this author!

This content may be removed anytime!

Twitter may remove this content at anytime, convert it as a PDF, save and print for later use!

Try unrolling a thread yourself!

how to unroll video

1) Follow Thread Reader App on Twitter so you can easily mention us!

2) Go to a Twitter thread (series of Tweets by the same owner) and mention us with a keyword "unroll" @threadreaderapp unroll

You can practice here first or read more on our help page!

Follow Us on Twitter!

Did Thread Reader help you today?

Support us! We are indie developers!


This site is made by just three indie developers on a laptop doing marketing, support and development! Read more about the story.

Become a Premium Member ($3.00/month or $30.00/year) and get exclusive features!

Become Premium

Too expensive? Make a small donation by buying us coffee ($5) or help with server cost ($10)

Donate via Paypal Become our Patreon

Thank you for your support!