Profile picture
, 78 tweets, 14 min read Read on Twitter
Al-Quran & hadis menyatakan matahari benar-benar terbenam ke dalam kolam berlumpur secara literal ?

A thread.
Argumen ini sering kali dikitar semula oleh golongan atheist, murtad & seangkatan dengan mereka. Mereka mendakwa bahawa al-Quran & hadis telah menyatakan bahawa matahari terbenam ke dalam kolam berlumpur secara literal, lantas membuat konklusi bahawa Islam telah buat kesilapan.
Yang lebih lucu, ada juga yang sebut bahawa ayat "matahari terbenam dalam kolam berlumpur" (18:86) ini memberikan indikasi bahawa agama Islam mempercayai & menyeru kepada konsep Flat Earth (Bumi rata).

Masya Allah.
Apa-apa pun halnya, in sya Allah saya akan cuba bahaskan isu ini secara terperinci, menerusi landasan berilmiah & sahih. Thread kali ini adalah panjang, tapi sudi-sudilah luangkan masa anda untuk menelaah tulisan ini.

Moga-moga bermanfaat buat semua orang 😊
Isu ini merangkumi 4 persoalan utama :-

1. Tafsir ayat (18:86)

2. Adakah sahabat & salaf benar2 percaya matahari terbenam ke dlm kolam berlumpur secara literal?

3. Penerangan hadis "Matahari terbenam dlm kolam berlumpur" [Sunan Abu Daud no. 4002]
BAHAGIAN PERTAMA

Allah SWT berfirman :

حَتّٰۤى اِذَا بَلَغَ مَغْرِبَ الشَّمْسِ وَجَدَهَا تَغْرُبُ فِيْ عَيْنٍ حَمِئَةٍ

"Sehingga apabila dia (Zulqarnain) sampai ke daerah matahari terbenam, dia mendapatinya terbenam di sebuah matair yang hitam berlumpur.." (18:86)
Berdasarkan ayat ini, sesetengah insan yang mempunyai pemahaman menyeleweng (seperti golongan atheist, murtad dsb) mendakwa bahawa Quran jelas menyatakan matahari terbenam dalam kolam berlumpur secara literal.

Saya menjawab menerusi ayat berikut :
Pertama, ayat ini jelas menyebutkan bahawa pandangan matahari terbenam itu adalah berdasarkan perspektif Zulqarnain sahaja. Bukankah ada lafaz "wajadahaa" yang bermaksud "Dia (Zulqarnain) telah mendapatinya" ?

Makanya, kekeliruan ini tidak patut timbul sedari awal.
Saya fikir, seseorang itu tdk perlu membaca tafsir yg panjang berjela-jela utk sampai kpd konklusi ini. Hanya berpandukan terjemahan (raw translation) semata-mata, kita akn faham bahawa ayat ini bukan membicarakan situasi yg hakiki, tetapi bercakap tentang perspektif Zulqarnain.
Sama juga kesnya dalam bahasa Melayu. Kebiasaannya, penggunaan kalimah "mendapati" adalah luas & biasanya dikaitkan dengan perspektif individu itu sendiri, bukan membicarakan suatu hakikat.
Contohnya, "Abu mendapati peperiksaannya sebentar tadi adalah amat susah"

Adakah kesusahan dalam ayat ini apply pada semua orang atau Abu sahaja?

Sudah tentu bukan apply pada semua orang. Sebab kemungkinan ada orang lain yang mendapati exam itu mudah, Abu je yang rasa susah.
Contoh lain, "Ali mendapati bau yang aneh pada bajunya". Adakah bau itu memang terbukti ada & boleh dibau oleh semua orang, atau Ali sahaja yang membaunya ?

Sudah tentu Ali sahaja, sebab ini adalah pada perspektifnya. Mungkin orang lain boleh bau, mungkin juga tidak.
Nak kata di sini, kekeliruan yang timbul berikutan ayat (18:86) tadi adalah amat janggal & tidak perlu dipersoalkan. Sebab dah terang-terang ada kalimah {وجدها} dalam ayat tersebut yang jelas membicarakan sekadar perspektif Zulqarnain sahaja, bukannya situasi yang hakiki.
Keduanya,

Perhatikan firman Allah SWT berikut :-

"حَتّٰۤى اِذَا بَلَغَ مَطْلِعَ الشَّمْسِ وَجَدَهَا تَطْلُعُ عَلٰى قَوْمٍ... "

"Sehingga apabila dia (Zulqarnain) sampai ke daerah matahari terbit, ia MENDAPATINYA terbit atas suatu kaum..." [18:90]
Persoalan saya, adakah dengan membaca ayat ini, kita akan terbayangkan matahari keluar muncul daripada manusia, kemudian terbit begitu? Tadi matahari terbenam dalam kolam berlumpur, sekarang ayat ni pula berkata matahari terbit dari manusia.

Begitu ke cara berfikir ?
C'monlah, akal yang waras tidak pernah terlintas pemikiran begitu. Takkanlah ayat ini menyebut matahari keluar dari manusia secara literal pula. Ini pemahaman yang cetek & rigid, dan bukan berlandaskan kebiasaan laras bahasa Arab.
Maksud ayat ini sudah cukup jelas. Ia membicarakan pada sudut pandangan Zulqarnain sahaja. Yakni sejauh matanya memandang, dia melihat matahari terbit di hujung ufuk & menyinari atas suatu kaum. Nah inilah maksud sebenarnya, bukan matahari keluar dari manusia secara literal.
Pandangan jujur saya, ayat-ayat seperti ini tidak memerlukan penguasaan bahasa Arab yang tinggi untuk difahami. Sebab kita sering sebut perkataan-perkataan seperti ini secara sambil lalu (casual) dalam kehidupan seharian, cuma kita sahaja yang tidak perasan.
Contoh kalau ada kawan kita kata "Saya dapati awan itu berbentuk buaya"

Ada ke kita nak marah kat kawan kita tu?

Mestilah tidak sebab kita tahu bukannya dia cakap secara literal tetapi dia memaksudkan pada perspektifnya, awan itu berbentuk demikian. Dia yang mendapati begitu.
Maka samalah juga dengan ayat Al-Quran ini. Ia tidak membawa maksud matahari terbenam dalam kolam berlumpur hitam secara literal, tapi sekadar perspektif & dapatan pancaindera Zulqarnain sahaja.

Wallahua'lam
Ketiga,

Walaubagaimanapun, saya tetap akan mengetengahkan pandangan ulama2 tafsir dalam hal ini, sekadar meluaskan bacaan kita. In sya Allah sama-sama boleh perhatikan di tweet berikutnya.
Pandangan Imam al-Qurtubi dalam kitab Tafsir al-Qurtubi 13/370 :-
Pandangan Imam Ibn Katsir dalam kitab Tafsir Ibn Katsir 5/191 :-
Pandangan Sayyid Qutub dalam kitabnya Tafsir Fi Zilal Quran, m/s 43 :-
Di sini, Sayyid Qutub telah memberikan banyak contoh yang berbeza tentang bagaimana seseorang boleh 'perceive' atau mendapati matahari terbenam di sebalik sesuatu (sepertu bukit, padang pasir etc.) berdasarkan perspektif mereka, bergantung kepada kelainan tempat.
Dalam tafsir al-Jalalayn, m/s 303 ada menyebut :-
Dalam tafsir al-Baghawi, 5/199 :-
Adapun dalam Tafsir Imam at-Tabari jilid ke-15, m/s 374-378, fokus tafsir adalah lebih menjurus kepada kalimah "عين حمئة", & ada banyak sangat tafsiran tentang sifat kolam/tasik/laut itu sendiri

Namun, bukan di sini tempat perbicaraannya.
Prof. Dr. Yusuf Al-Qaradhawi ada menulis dalam kitabnya Fatwa Kontemporari, Jilid 1, Siri 1, m/s 39 :-
Kesimpulan daripada kalam ulama2 di atas, kita dapat lihat bahawa tiada sesiapa dalam kalangan mereka yang terkeliru dalam hal ini. Mereka memahami bahawa ayat "matahari terbenam" adalah dalam kerangka perspektif Zulqarnain sahaja, bukannya fenomena yang hakikat.

Wallahua'lam
BAHAGIAN KEDUA

Adakah benar para sahabat & Salaf as-Soleh (generasi 3 kurun awal Islam) benar-benar percaya matahari tenggelam ke dalam kolam berlumpur secara literal ?

Saya jawab menerusi ayat berikut...
Pertamanya,

Setakat kajian & dapatan saya yang terbatas ini, saya tidak tahu ada riwayat yang terbukti kesahihannya bahawa sahabat & generasi Salaf memang benar-benar mempercayai sedemikian. Mungkin ada khabar tersebut, tapi yang berstatus sahih, saya tidak tahu.
Kedua,

For argument sake, katakanlah memang ada individu dalam kalangan para sahabat atau generasi Salaf yang mempercayai hal ini. Maka ketahuilah dalam hal ini, ijtihad mereka telah tersilap. Mereka bukannya nabi atau Rasul, boleh sahaja mereka tersilap dalam ijtihad mereka.
Saya agak hairan dengan manhaj & metodologi yang dipegang oleh sesetengah insan. Apabila mereka memberikan suatu pandangan, mereka pantas berkata

"Ouh ni ada dalam kitab"

"Ni ada riwayat dari tab'ien"

"Ni ada sahabat sebut macam tu, so saya percaya"
Persoalan saya,

Tidakkah kalian tahu bahawa para ulama membahaskan bahawa sahabat, tab'ien & selain mereka boleh melakukan kesilapan dalam ijtihad ? Bagaimana kalau ada dua org sahabat mempunyai ijtihad yang bertentangan, kita nak ikut kedua-duanya ke?

Begitu ?
Sudah tentu tidak. Selagi mana pandangan tersebut tidak bertentangan dengan Al-Quran, As-Sunnah, Ijma' kaum Muslimin & fakta realiti, maka tidak ada masalah untuk menerima pandangan tersebut.

Adapun kalau bertentangan, ya tentu sahaja wajar ditolak.
Seperti kalam Imam Malik rahimahullah yang sangat masyhur :-

"Semua orang boleh diterima atau ditolak perkataan mereka, melainkan penghuni kubur ini (beliau menunjuk ke arah makam nabi ﷺ)"
Dalam kes memahami teks Quran & Hadis nabi ﷺ, kita perlu sedar bahawa dalam sesetengah kes, terjadi juga salah ijtihad dalam kalangan para sahabat.

Berikut saya nyatakan dua contoh berdasarkan kitab Fatwa Kontemporari karya Dr Yusuf Al-Qaradhawi....
1. Apabila turunnya surah an-Nisa ayat ke-143, Saidina Umar al-Khattab tersilap ijtihad sebab beliau telah berkata bahawa, orang yang berjunub yang tidak mendapatkan air, maka tidak perlu solat.

Pandangan sebenar adalah dia perlu tayammum, lantas solat.

(ms/ 119-131)
2. Saidatina 'Aisyah RA apabila mendengar hadis "mayat akan diseksa krn tangisan ahli keluarganya", beliau langsung fikir bahawa hadis ini bercanggah dgn Al-Quran & mungkin Ibnu Umar tersilap dalam meriwayatkannya.

Pandangan sebenar adalah hadis ini tidak bercanggah.

(ms 74-76)
Point saya di sini adalah,

Dalam mempelajari agama, sesiapa sahaja melainkan nabi ﷺ boleh melakukan kesilapan. Hatta dalam kalangan sahabat pun, kesilapan dalam berijtihad boleh berlaku. (tetapi hal ini tetap tidak menjatuhkan martabat mereka sebagai sahabat nabi ﷺ)
Jadinya, tidak perlulah golongan murtad menggunakan hujah :

"Ada sahabat nabi cakap macam tu, hangpa tak percaya sahabat ke"

C'monlah, come up with better points instead of menggunakan cara desperate ini bagi menegakkan hujjah.

Wallahua'lam.
BAHAGIAN KETIGA

Para atheist & murtad berkata bahawa walaupun ayat Al-Quran yang membicarakan "matahari terbenam dalam kolam berlumpur" adalah berdasarkan perspektif Zulqarnain, tetapi ada hadis yang jelas cakap bahawa fenomena itu berlaku secara literal.
Lalu mereka menggunakan hadis berikut sebagai hujah mereka :-
Kemudian sesetengah para murtad & atheist berkata bahawa hadis tersebut adalah berstatus Sahih. Lihat sahaja kalam mereka di bawah :-
Okay daripada kenyataan mereka ini, saya benar-benar yakin bahawa mereka tidak mempunyai asas ilmu hadis. Tetapi dalam kejahilan mereka ini, mereka tetap konfiden & bangga untuk mempamerkan kejahilan mereka ini.
Kenapa saya katakan begitu?

Sebab mereka gagal membezakan antara istilah "Hadis Sahih" & hadis "Sahih al-isnad". Kedua-dua terma ini nampak macam hampir sama, tetapi mempunyai implikasi yang besar perbezaannya dalam ilmu hadis.
Apa itu hadis "Sahih Al-Isnad" ?

Hadis sahih al-isnad adalah hadis yang mana sanad perawinya adalah terdiri daripada perawi2 yang Maqbul (diterima), tetapi bukan semestinya sahih sebab matan (teks) hadis belum tentu adalah Sahih.
Sebagaimana kata Sheikh Manna' al-Qaththan dalam kitab beliau :-

"Perkataan ahli-ahli hadis iaitu : {Ini adalah hadis yang sahih sanadnya} adalah berbeza dengan perkataan mereka : {Ini adalah hadis sahih}..."
"Kerana, suatu hadis terkadang sahih pada sanadnya sahaja, tetapi matannya lemah disebabkan berlaku syaz atau adanya 'illah (kecacatan)"

[Mabaahits Fi' Uloom Al-Hadis, m/s 122]
Dalam kes hadis ini, walaupun hadis tersebut adalah sahih pada isnadnya, tetapi status hadis secara keseluruhan adalah dha'if disebabkan adanya syaz & 'illah (kecacatan) pada hadis.
Syaz ni bermaksud hadis tersebut diriwayatkan oleh perawi yang maqbul (diterima) tetapi menyelisihi riwayat yang dibawa oleh perawi2 yang lebih utama daripadanya & lebih ramai jumlahnya.

Maka hukum hadis tersebut adalah lemah, sebab berlakunya riwayat yang menyendiri
Okay sebentar nanti in sya Allah saya sambung, ada urusan lain 👍
In sya Allah saya sambung, harap boleh baca tulisan ini sampai habis in sya Allah 😊
Hadis "Matahari terbenam dalam kolam berlumpur" ini adalah diriwayatkan dalam :-

1. Sunan Abu Daud no. 4002
2. Imam al-Bazzaar dalam kitab Al-Bahr al-Zakhar 9/407
3. Mustadrak al-Hakim 2/267
Dan ia bertentangan dengan hadis2 dalam Sahih Bukhari, Sahih Muslim, Jami' At-Tirmizi & selain mereka, yang menyatakan bahawa matahari sujud ke bawah 'Arasy Allah.

Dan hadis yang diriwayatkan oleh jaguh-jaguh hadis di atas tiada lafaz "matahari terbenam dalam kolam berlumpur"
Lihat gambar rajah berikut. Lafaz hadis "Matahari terbenam dalam kolam berlumpur" hanya diriwayatkan oleh perawi dalam kotak kuning sahaja, sedangkan perawi2 yang lain semuanya meriwayatkan perisitiwa yang sama, hanya sahaja tiada lafaz "matahari terbenam dalam kolam berlumpur"
Maka secara automatik, hadis tersebut adalah syaz maka terjatuh kategori dha'if.
Kecacatan hadis ini tidak berhenti di sini sahaja.

Hadis "matahari terbenam dalam kolam berlumpur" ini juga mempunyai kecacatan ('illah) yang lain iaitu, salah satu perawinya adalah mudallis (perawi menyembunyikan aib dalam hadis & menampakkan kebaikan pada zahirnya)
Dalam hadis ini, perawi Al-Hakam bin 'Utaibah (rujuk gambar rajah) telah dituduh melakukan Tadlees seperti mana kata :-

1. Imam an-Nasa'i (Zikr al-Mudalliseen no. 11)

2. Ibn Hibban (Ats-Tsiqaat 4/144)

3. Ibn Hajar (Maraatib al-Mudalliseen ms 30)
Sudahla hadis ini syaz, kemudian ditambah pula salah satu perawinya melakukan Tadlis dalam meriwayatkan hadis "Matahari terbenam dalam kolam berlumpur".

Maka tiada syak lagi bahawa hadis ini dihukumkan sebagai Dha'if. Wallahua'lam
Nasihat saya kepada golongan atheist, murtad & penentang islam, tolonglah jangan kata sesuatu hadis itu sahih padahal ia tidak pun dinyatakan sahih. Pelajarilah asas kepada ilmu Usul al-Hadis agar tidak melakukan kesilapan yang sangat ketara ini
Saya agak hairan, dahulu ada sesetengah insan berkata bahawa "golongan atheist & murtad ni sangat tinggi ilmu agama mereka"

Agak-agak sekarang ini setelah saya dedahkan kesilapan mereka, betul ke statement di atas?

Tepuk dada, tanyalah sendiri
PENUTUP

Kesimpulannya, dalam thread ini saya telah bahaskan 3 perkara :-

1. Ayat Al-Quran (18:86) adalah merujuk kepada matahari terbenam dalam kolam berlumpur adalah membicarakan pada perspektif Zulqarnain sahaja, bukannya pandangan hakiki
2. Tiada atsar atau riwayat sahih yang menyatakan bahawa para sahabat benar2 percaya bahawa matahari terbenam ke dalam kolam berlumpur secara literal. Jikalau ada sekalipun, ijtihad mereka adalah tersilap.
3. Hadis dlm Sunan Abu Daud no.4002 yang ada lafaz "Matahari terbenam dalam kolam berlumpur" adalah lemah disebabkan ia hadis syaz & mempunyai kecacatan ('illah)
Sebelum saya berakhir, saya ada pesanan ikhlas kepada golongan atheist, murtad & para penentang Islam. Harap dapat berikan perhatian.
Saya faham niat anda adalah cuba menimbulkan syubhat terhadap Islam, tetapi please, janganlah sampai kepada tahap melakukan pendustaan. Tidakan ini adalah sangat tidak wajar & hanya dilakukan oleh insan2 yang 'desperate' serta pengecut sahaja.
Sebagai contoh dalam isu ini, dah terang-terang hadis tersebut dilabelkan sebagai "Sahih pada isnad", maka tdk perlulah kalian menipu & mempamerkan kejahilan kalian dgn berkata bahawa hadis tersebut adalah Sahih.

Tolong, hadis sahih & 'Sahih al-Isnad' adalah dua terma yg berbeza
Kedua, walaupun kalian membenci Islam, tidak perlulah kalian membuat provokasi murahan terhadap umat Islam kemudian apabila ada reaksi daripada kaum Muslimin, kalian tiba-tiba berlakon "Hah kenapa orang2 Islam tak sabar & tak tenang"
Lihat contoh gambar2 di bawah. Insan ini jelas menimbulkan provokasi murahan terhadap kaum Muslimin dengan membuat exaggeration terhadap teks suci Al-Quran & As-Sunnah.
Kemudian setelah habis membuat provokasi, dia lantas berkata orang2 Islam kene bertenang, rileks & sebagainya.
Masya Allah, betapa hipokritnya insan di sebalik akaun ini. Membuat provokasi kemudian kata pada kaum Muslimin bahawa mereka perlu tenang.

Siapa yang akan tenang jikalau agama mereka, tuhan mereka & nabi mereka dilemparkan dengan penghinaan begitu sekali?
Dahulu apabila saya menyebut golongan Ex-Muslims sebagai golongan yang jahil tentang Islam, pengecut & membuat pendustaan terhadap Islam (disertakan dengan bukti2), mereka bangkit berkata bahawa saya tiada adab & saya telah melakukan ad hominem.

Alhamdulillah, saya sedia berubah
Tetapi apabila mereka pula berbuat perkara yang sama, terus umat Islam perlu berdiam diri & bertenang.

La haula wala quwwata illah billah, hipokrit sungguh.
Baiklah, sekadar ini sahaja tulisan saya. Tahniah diucapkan jikalau anda boleh baca hingga ke sini, dan saya doakan moga2 Allah memberikan ganjaran yang besar kepada anda semua

Wallahua'lam
In sya Allah dalam thread akan datang, saya akan kupaskan tentang hadis "Matahari sujud di bawah 'Arasy Allah" & syubhat-syubhat yang ditimbulkan oleh golongan Ex-Muslims tentang hadis ini.

In sya Allah
Missing some Tweet in this thread?
You can try to force a refresh.

Like this thread? Get email updates or save it to PDF!

Subscribe to X Guy
Profile picture

Get real-time email alerts when new unrolls are available from this author!

This content may be removed anytime!

Twitter may remove this content at anytime, convert it as a PDF, save and print for later use!

Try unrolling a thread yourself!

how to unroll video

1) Follow Thread Reader App on Twitter so you can easily mention us!

2) Go to a Twitter thread (series of Tweets by the same owner) and mention us with a keyword "unroll" @threadreaderapp unroll

You can practice here first or read more on our help page!

Follow Us on Twitter!

Did Thread Reader help you today?

Support us! We are indie developers!


This site is made by just three indie developers on a laptop doing marketing, support and development! Read more about the story.

Become a Premium Member ($3.00/month or $30.00/year) and get exclusive features!

Become Premium

Too expensive? Make a small donation by buying us coffee ($5) or help with server cost ($10)

Donate via Paypal Become our Patreon

Thank you for your support!