Profile picture
, 10 tweets, 2 min read Read on Twitter
WALI JANTAN

Wali Jantan merupakan satu lagi senjata yang digunakan dalam Silat Cekak selain Parang Lading. Seperti juga Parang Lading, Wali Jantan berasal dari bumi Kedah Darul Aman. Boleh dikatakan tiada negeri lain yang mempunyai senjata seperti ini.
Penggunaan Wali Jantan adalah berbeza dengan Parang Lading. Parang Lading digunakan khusus untuk mempertahankan diri manakala Wali Jantan pula boleh digunakan untuk menyerang dan juga bertahan.
Antara kelebihan Wali Jantan ialah penggunanya dapat menyerang tepat sasaran walaupun di dalam keadaan yang gelap gelita. Selain itu matanya juga cukup berbisa.
Mata wali jantan berbeza dengan mata pisau, iaitu mata tajamnya menghala ke atas dan muncungnya tirus dan tidak mempunyai bentuk seperti mata pisau biasa (labu pisau).
Wali Jantan dibuat dengan menggunakan petua – petua tertentu bagi memastikan ianya memiliki beberapa kelebihan yang memanfaatkan penggunanya.
Antaranya, ia dibuat berdasarkan ukuran tertentu penggunanya bagi memastikan keadaan dimana Wali Jantan itu digunakan untuk menikam penggunanya (senjata makan tuan).
Selain daripada itu, terdapat juga bahan – bahan tertentu yang diletakkan ke dalam Wali Jantan bagi menambah bisa (rahsia).
Pembuatan Wali Jantan juga perlu diakhiri pada hari yang sama ianya dimulakan. Misalnya, jikalau Wali Jantan tersebut dibuat bermula pada hari selasa, maka ia juga perlu diakhiri pada hari selasa juga.
Dari segi penggunaan, Wali Jantan akan dikeluarkan sekali bersama sarungnya apabila penggunanya bersiap sedia untuk bertarung. Apabila pertarungan sebenar berlaku, pengguna Wali Jantan akan menjentik sarungnya keluar sejurus sebelum mula bertikam.
Wali Jantan adalah merupakan salah satu anugerah Guru Utama kepada anak–anak muridnya. Tidak semua pengamal Silat Cekak mendapat senjata ini secara automatik. Selalunya mereka yang mendapat senjata ini adalah mereka yang telah terlibat lebih 10 tahun dalam perjuangan Silat Cekak.
Missing some Tweet in this thread?
You can try to force a refresh.

Like this thread? Get email updates or save it to PDF!

Subscribe to chuikram
Profile picture

Get real-time email alerts when new unrolls are available from this author!

This content may be removed anytime!

Twitter may remove this content at anytime, convert it as a PDF, save and print for later use!

Try unrolling a thread yourself!

how to unroll video

1) Follow Thread Reader App on Twitter so you can easily mention us!

2) Go to a Twitter thread (series of Tweets by the same owner) and mention us with a keyword "unroll" @threadreaderapp unroll

You can practice here first or read more on our help page!

Follow Us on Twitter!

Did Thread Reader help you today?

Support us! We are indie developers!


This site is made by just three indie developers on a laptop doing marketing, support and development! Read more about the story.

Become a Premium Member ($3.00/month or $30.00/year) and get exclusive features!

Become Premium

Too expensive? Make a small donation by buying us coffee ($5) or help with server cost ($10)

Donate via Paypal Become our Patreon

Thank you for your support!