, 83 tweets, 6 min read Read on Twitter
Falsafah Politik Konservatif
Ditulis oleh -Ayman-
#BedahFilsuf
(Ini adalah thread)
Silakan retweet dan like
Kalau ada orang tanya apa pendirian politik saya (Ayman), saya akan jawab “konservatisme”. Apa itu Konservatif?
Orang yang tak faham akan ingat “Konservatif? Republican? Patutlah pro-Trump pro-Amerika pro-kapitalis rasis fasis anti-feminis!”
Konservatisme yang saya maksudkan lebih luas daripada parti konservatif di US atau di UK.
Konservatisme yang saya maksudkan adalah satu falsafah politik yang berkait rapat dengan Edmund Burke, pemikir berbangsa British abad ke-18
Istilah “conservative” berasal dari perkataan “conservation” (pemuliharaan). Apa yang Burke mahu memulihara?
Al-kisahnya, 228 tahun yang lalu (14 Julai 1789), berlaku peristiwa Revolusi Perancis (French Revolution).
Penduduk Paris bangkit menentang kerajaan monarki Louis XVI yang dianggap korup dan zalim.
Kuasa mutlak raja dihadkan menjadi raja berperlembagaan (constitutional monarchy). Ini bermaksud raja Perancis tidak berkuasa mutlak
Para revolusioner turut memperkenalkan Deklarasi Hak Manusia dan Warganegara (Declaration of the Rights of Man and Citizen)
Deklarasi ini mengisytiharkan bahawa semua rakyat mempunyai hak yang sama rata dan kedaulatan terletak pada rakyat.
Apabila berita revolusi sampai di Britain, ramai orang Britain turut sorak atas pencapaian Perancis
Dan mendesak agar revolusi serupa dilancarkan di Britain, , terutamanya Parti Whig yang memperjuangkan idea liberalisme.
Tapi ada seorang ahli parti Whig bernama Edmund Burke kurang terangsang dengan kejadian di Perancis.
Tunggu dulu, ada hal sedang panggil admin. Nanti admin teruskan.
Okay admin sudah kembali, minta maaf.
Burke menentang Revolusi Perancis. Ramai hairan dengan pendirian Burke kerana selama ini beliau seorang yang lantang mengkritik monarki
Selain itu dia memperjuangkan kebebasan, hak rakyat dan kedaulatan undang-undang.
Setahun selepas Revolusi Perancis, Burke menerbitkan sebuah makalah berjudul “Reflections on the Revolution in France” pada November 1790
Buku ini menyatakan sebab-sebab beliau menentang idea revolusi.
Burke mengkritik Revolusi Perancis kerana revolusi tersebut memperjuangkan idea-idea yang abstrak dan samar-samar.
Bagi Burke, idea-idea seperti hak semula jadi manusia (natural rights of man)
*dan kedaulatan rakyat (popular sovereignty) yang diperjuangkan oleh para revolusioner sekadar perkataan-perkataan “fancy”
*sekadar perkataan-perkataan “fancy” ciptaan intelektual mutakhir seperti Voltaire dan Rousseau.
Idea-idea ini bahaya kerana ia tidak mempunyai maksud jelas dan boleh dimanipulasi oleh sesiapa sahaja.
Berbeza dengan idea-idea kebebasan dan hak dalam konteks Britain (yang diperjuangkan oleh Burke)
dimana terkandung dalam kontrak-kontrak sosial Britain yang hakiki seperti Magna Carta (tahun 1215) dan Bill of Rights (tahun 1689).
Seterusnya, Burke kurang senang dengan sikap para revolusioner yang menyerang institusi tradisional seperti kedudukan raja dan agamawan.
Bagi Burke, institusi2 tradisional ini tidak wujud tanpa sebab. Ia mengandungi kebijaksanaan dari berkurun-kurun(wisdom of the ages).
Raja, misalnya, merupakan simbol perpaduan yang boleh menegah cita-cita pelbagai puak yang mahu mendominasi masyarakat.
Kalau dibuang begitu sahaja, siapa yang patut mengisi kekosongannya? Burke juga kurang senang dengan sikap para revolusioner yang idealistik
Disebabkan idealis terlalu mementingkan idea (tidak pragmatik), mereka cenderung kepada tindakan ekstrim dan radikal.
Maka pertumpahan darah tidak dapat dihindari jika majoriti masyarakat belum bersedia menerima idea-idea para revolusioner ini.
Burke membuat ramalan bahawa Revolusi Perancis bakal hilang kawalan dan menjadi sebuah kengerian. Rakan separti anggap Burke sudah gila.
Burke digelar jumud dan kolot. Ada yang tuduh Burke makan dedak. Burke dijadikan bahan lawak kerana berfikir melawan arus.
Tapi apa yang berlaku pada tahun-tahun seterusnya membuktikan kebenaran kata-kata Burke.
Pada tahun 1791, kerajaan revolusioner gagal menangani krisis dalaman dan luar yang melanda Perancis. Ekonomi dalam bahaya.
Perbalahan tercetus antara puak Feuillant (monarkis yang sederhana) dan Kelab Girondis dan Kelab Jacobin (puak radikal).
Puak radikal berjaya menghasut rakyat membenci raja dan monarkis. Monarkis hilang kuasa dan dibuang negeri.
Raja Louis XVI dipancung. Raja Berperlembagaan diganti dengan republik. Kini puak radikal pula berbalah sesama sendiri.
Tak lama kemudian pemimpin Jacobin, Maximilien Robespierre berjaya melucutkan kuasa semua pemimpin Girondis.
Girondis ditangkap dan dipancung di bawah guillotine.
Tidak terhenti di situ, Robespierre mengeluarkan perintah bahawa sesiapa yang disyaki mengkhianati revolusi adalah musuh revolusi.
Mereka akan ditangkap dan dibunuh tanpa bicara. Berpuluh ribu orang telah dihukum bunuh.
Dari September 1793 hingga Julai 1794, 15,000 hingga 40,000 ribuan manusia dipancung.
Setiap hari ratusan hingga ribuan kepala gugur dari guillotine di dataran Plaza De La Concorde. Paris menjadi neraka dunia.
Robespierre semakin “paranoid” dan “insecure” turut mencantas rakan seperjuangan dalam Kelab Jacobin seperti Georges Danton dan Camille.
Semua orang hidup dalam ketakutan, tiada yang rasa selamat, entah bila akan jadi korban seterusnya.
“Reign of Terror” ini hanya berakhir selepas Robespierre ditangkap dan dipancung pada 28 Julai 1794.
Selain Burke, tiada siapa yang dapat jangka Revolusi Perancis akan jadi sebegini rupa.
Sejarahwan masih hairan bagaimana sebuah revolusi yang memperjuangkan idea-idea mulia “Liberté égalité fraternité”
Atau lebih dikenali sebagai kebebasan, kesamarataan, persaudaraan) boleh berubah jadi pesta pembunuhan,
dan bagaimana revolusioner idealistik dan berintegriti seperti Robespierre, seorang yang digelar “The Incorruptible”
Boleh menjadi seorang diktator yang dahagakan darah manusia.
Puncanya ialah perubahan radikal yang memansuhkan segala peraturan dan institusi tradisional yang menjadi ikatan masyarakat Perancis.
Kegagalan kerajaan revolusioner untuk membentuk tata-masyarakat yang se-berkesan kerajaan tradisional telah membuka pintu fitnah.
Yang miskin mahu membalas dendam terhadap yang kaya, atas nama hak saksama. Yang pernah ditindas mahu jadi penindas. Kotak Pandora dibuka.
Kalau setakat Revolusi Perancis tidak cukup menyakinkan, penulis boleh beri lagi satu contoh:
Sejarah 200 tahun selepas Revolusi Perancis menunjukkan kejadian yang sama berulangan di Rusia (selepas Revolusi Rusia 1917)
Dan ada lagi, di China (semasa Revolusi Budaya 1960-an), di Kemboja (semasa pemerintahan Khmer Rogue), di Iraq pasca kudeta 1958,
di Libya pasca kudeta 1969, di Afghanistan pasca kudeta 1973, Revolusi Sosial di Sumatera, dan banyak lagi.
Konservatif tidak menentang perubahan atau kemajuan. Habis itu apa sebenarnya yang mereka menentag?
Konservatif cuma menentang perubahan radikal yang tidak diiringi dengan pemuliharaan tradisi.
Perubahan harus dilakukan dalam kerangka yang boleh diterima oleh masyarakat.
Kalau ada perkara yang kurang memuaskan, betulkan, jangan buang terus. Sebabnya setiap masyarakat ada caranya.
Jepun ada caranya. Korea ada caranya. Amerika ada caranya. Britain ada caranya.
Kita tak boleh memaksa ideologi abstrak ke atas semua masyarakat tanpa mengambil kira tradisi yang menjadi “konteks” masing-masing.
Konteks ini yang membolehkan masyarakat-masyarakat ini bertumbuh dan berkembang selama ini.
Masyarakat umpama sebatang pokok yang berusia beratus-ratus tahun. Contohnya, Kalau pokok dah jadi hodoh kerana cabang dan ranting liar,
Potong dan “trim”, bukannya ditebang pokoknya dengan harapan untuk menanam kembali pokok yang sama atau yang lebih baik.
Bukan saja berisiko malah hampir mustahil.
Konservatif menolak orang politik yang jenis mentah, tidak berpengalaman dan hanya tahu melaung slogan (ada lagi teruskan membaca):
“Revolusi” “kita lawan” “kuasa rakyat” sambil memegang buku Ali Syariati atau Ahmad Boestamam.
Medan politik bukan dewan kuliah atau “speakers’ corner”, bukan tempat orang muda “test market” atau cari tumpuan awek. Bukan tunjuk “cool”.
Politik adalah soal hidup dan mati. Kebahagiaan dan kesengsaraan orang awam hanya dipisahkan dengan garis tipis.
Jadi konservatif tidak suka “gamble”, tidak minat eksperimen.
Mereka mahu solusi yang nyata dan meyakinkan, tiada ruang untuk “trial and error”.
. Konservatif mendahulukan kebijaksanaan yang diwariskan dari generasi ke generasi,
Mereka mendahulukan ini lebih daripada janji-janji politik abstrak yang indah khabar dari rupa.
Quote terlalu panjang. Jadi sampai ke sini sahaja.

-Thread tamat-
Silakan retweet dan like. Kalau mahu tanya apa-apa silakan.
Bagi sesiapa yang mahu baca tentang Falsafah Politik Liberal tekan link ini:
Saya lupa nak sertakan sumber. Ini dia sumbernya
Missing some Tweet in this thread?
You can try to force a refresh.

Like this thread? Get email updates or save it to PDF!

Subscribe to The Patriots
Profile picture

Get real-time email alerts when new unrolls are available from this author!

This content may be removed anytime!

Twitter may remove this content at anytime, convert it as a PDF, save and print for later use!

Try unrolling a thread yourself!

how to unroll video

1) Follow Thread Reader App on Twitter so you can easily mention us!

2) Go to a Twitter thread (series of Tweets by the same owner) and mention us with a keyword "unroll" @threadreaderapp unroll

You can practice here first or read more on our help page!

Did Thread Reader help you today?

Support us! We are indie developers!


This site is made by just three indie developers on a laptop doing marketing, support and development! Read more about the story.

Become a Premium Member and get exclusive features!

Premium member ($3.00/month or $30.00/year)

Too expensive? Make a small donation by buying us coffee ($5) or help with server cost ($10)

Donate via Paypal Become our Patreon

Thank you for your support!