Profile picture
, 24 tweets, 3 min read Read on Twitter
[KES BANDUAN BILIK AKHIR PENJARA KAJANG] Setelah menunggu selama 14 tahun dalam bilik akhir (death cell) sebelum digantung sampai mati, banduan ini telah disahkan menjadi tidak siuman dan gila...
1. Peristiwa ini terjadi pada seorang banduan yang didakwa atas kesalahan membunuh mangsa di kedai salon di Jalan TAR, Kuala Lumpur pada Februari 1997 di bawah seksyen 302 Kanun Keseksaan.
2. Dalam kes bunuh tersebut, 3 mangsa mati ditikam banduan tersebut di bahagian kepala dan leher menggunakan parang. Hukuman gantung sampai mati diberikan Mahkamah Tinggi pada Jun 2000. Banduan ini menunggu untuk digantung dalam bilik akhir di Penjara Kajang.
3. Rayuan banduan atas hukuman gantung yang dikenakan telah ditolak Mahkamah Rayuan pada Mei 2003 dan ditolak Mahkamah Persekutuan pada Ogos 2008. Ini bermaksud hukuman gantung sampai mati dikekalkan.
4. Banduan ini cuba mendapatkan pengampunan dari Lembaga Pegampunan untuk mengenepikan hukuman gantung tetapi ditolak pada November 2013. Ini bermaksud nasib banduan mungkin berakhir di tali gantung.
5. Tarikh 14 Mac 2014 kemudiannya ditetapkan sebagai tarikh banduan digantung. Banduan ini hanya menunggu hari untuk dihukum gantung.
6. Tanpa alasan yang didedahkan, hukuman gantung tersebut tidak dapat dilksanakan dan ini memaksa banduan tersebut meringkuk lagi dalam bilik akhir penjara Kajang.
7. Bilik akhir adalah bilik yang menempatkan banduan sebelum banduan digantung sampai mati. Suspek ditempatkan di bilik akhir bermula Jun 2000.
8. Tarikh Jun 2000 hingga Mac 2014 menunjukkan banduan ini menunggu hampir 14 tahun. Dalam tempoh masa tersebut, banduan ini telah mengalami masalah mental dan kesihatan yang serius.
9. Laporan kesihatan daripada Hospital Bahagia, Ulu Kinta mengesahkan banduan ini mengalami masalah mental, schizophrenia. Banduan ini menjadi gila kerana terpaksa menunggu dalam tempoh masa yang lama dalam bilik akhir.
10. Schizophrenia adalah satu penyakit mental yang teruk dengan ciri-ciri kecacatan berterusan pada penerimaan (perception) seseorang pada gambaran alam sebenar (realiti) kerana mengalami delusibatau halusinasi pendengaran.
11. Peguam dilantik mewakili banduan tersebut bagi menyaman Ketua Pengarah Penjara Kajang yang dipersalahkan kerana menyebabkan banduan menjadi gila.
12. Peguam banduan tersebut berhujah tempoh terlalu lama menunggu sebelum hukuman gantung dibuat adalah salah, tidak berperikemanusiaan dan kejam.
13. Kelewatan dalam menjalankan hukuman mati sehingga menjejaskan kesihatan mental banduan dianggap melanggari kebebasan diri (personal liberty) Perkara 5 Perlembagaan Persekutuan.
14. Peguam Kanan Persekutuan, Jabatan Peguam Negara yang mewakili Ketua Pengarah Penjara berhujah Mahkamah Persekutuan telahpun memutuskan hukuman gantung dikenakan pada banduan dan ini bermakna banduan tidak boleh dilepaskan dan dibebaskan.
15. Isu yang menjadi perdebatan ini berterusan hingga ke Mahkamah Rayuan Putrajaya. Panel hakim perlu memutuskan sama ada boleh atau tidak hukuman gantung sampai mati dikenakan pada banduan gila?
16. Pada November 2016, panel hakim Mahkamah Rayuan YAA Abang Iskandar, Varghese George dan Nallini Pathmananthan memutuskan banduan tidak perlu digantung.
17. Panel hakim memutuskan hukuman gantung sampai mati tidak boleh dikenakan pada banduan yang gila (keputusan kes Mahkamah Agung di India, Shatrughan Chauhan).
18. Dengan ini, banduan masih lagi mempunyai hak untuk mengemukakan hak-hak walaupun banduan tersebut hanya menunggu hukuman gantung dilaksanakan (kes Mahkamah Persekutuan, Lee Kwan Woh).
19. Mahkamah Rayuan memutuskan banduan ini dilepaskan dari hukuman gantung dan diarahkan untuk dibicarakan semula di Mahkamah Tinggi.
20. Persoalan kenapa hukuman gantung ke atas banduan ditangguhkan terlalu lama masih menjadi misteri dan tidak terjawab sehingga ke hari ini.
21. Laporan penuh penghakiman kes ini boleh dirujuk dalam kes Michael Philip Spears v Ketua Pengarah Penjara Kajang [2017] 1 MLJ 472 - Mahkamah Rayuan Putrajaya
22. Isu kelewatan melaksanakan hukuman gantung pernah diutarakan dalam kes Mona Fandey di mana suspek dalam kes tersebut menunggu selama hampir 2 tahun bagi mendapatkan pengampunan dari Lembaga Pengampunan tetapi akhirnya ditolak dan hukuman gantung akhirnya tetap dilaksanakan.
23. Penghakiman penuh kes Mona Fandey boleh dirujuk dalam kes Juraimi bin Hussin v Pardons Board,State of Pahang [2002] 4 MLJ 529 - Mahkamah Persekutuan
Missing some Tweet in this thread?
You can try to force a refresh.

Like this thread? Get email updates or save it to PDF!

Subscribe to Kamarul
Profile picture

Get real-time email alerts when new unrolls are available from this author!

This content may be removed anytime!

Twitter may remove this content at anytime, convert it as a PDF, save and print for later use!

Try unrolling a thread yourself!

how to unroll video

1) Follow Thread Reader App on Twitter so you can easily mention us!

2) Go to a Twitter thread (series of Tweets by the same owner) and mention us with a keyword "unroll" @threadreaderapp unroll

You can practice here first or read more on our help page!

Follow Us on Twitter!

Did Thread Reader help you today?

Support us! We are indie developers!


This site is made by just three indie developers on a laptop doing marketing, support and development! Read more about the story.

Become a Premium Member ($3.00/month or $30.00/year) and get exclusive features!

Become Premium

Too expensive? Make a small donation by buying us coffee ($5) or help with server cost ($10)

Donate via Paypal Become our Patreon

Thank you for your support!