Profile picture
انق وطن 🇲🇾 @RimauXI
, 28 tweets, 10 min read Read on Twitter
KES TAPPING-UP AKHYAR RASHID

1. @MEDIAKFA diberitakan berhasrat untuk membawa kes tapping-up Akhyar Rashid ke Mahkamah Arbitrasi Sukan (CAS).
2. Adakah kes tapping-up pernah dibawa ke CAS?

Ya, antara kes yang paling terkenal ialah kes tapping-up pemain RC Lens, Gaël Kakuta (ketika itu berusia 18 tahun), oleh Chelsea FC. Chelsea telah dikenakan hukuman denda & larangan perpindahan oleh FIFA.
3. Chelsea kemudiannya merujuk kes tersebut ke CAS, yang memutuskan bahawa kontrak Kakuta dengan Lens tidak sah ("not valid"). Tiada kontrak bermakna tiada kontrak yang dilanggar.

Implikasi keputusan CAS ini menyebabkan FIFA menarik balik hukuman terhadap Chelsea.
4. Dalam kes Akhyar Rashid, adakah beliau memiliki kontrak yang sah dengan @MEDIAKFA?

Ya, beliau diberitakan memiliki kontrak bersama KFA dengan gaji kira-kira RM17,000 sebulan.
5. KESIMPULAN A: @MEDIAKFA ialah majikan Akhyar Rashid yang sah apabila kontrak dipersetujui & ditandatangani antara kedua-dua belah pihak.
6. Pada 19 Disember 2018, Pengarah Sukan JDT, Martin Prest, telah mengeluarkan kenyataan bahawa JDT sedang berbincang dengan Akhyar Rashid yang diisytiharkan sebagai ejen bebas, 2 minggu sebelumnya.

7. Persoalannya: Siapa yang berhak mengisytiharkan seseorang pemain telah menjadi ejen bebas?

Selain pemain itu sendiri, sudah pastinya perlu persetujuan majikan yang sah, iaitu @MEDIAKFA. Yang pasti bukan pihak ketiga yang belum menandatangani apa-apa kontrak dengan pemain.
8. Kes ini kemudian telah dirujuk kepada JK Status & seterusnya JK Rayuan @FAM_Malaysia, yang memutuskan bahawa "tuntutan Muhammad Akhyar untuk penamatan kontrak pemain melalui tebus kontrak telah diterima sepenuhnya dan beliau dibenarkan untuk menebus kontraknya bersama KFA".
9. Persoalannya: Bagaimana @FAM_Malaysia boleh membenarkan penebusan kontrak Akhyar bersama KFA, sedangkan FAM bukan @MEDIAKFA?

Apa locus standi FAM yang bukan majikan sah kepada Akhyar & tidak menandatangani apa-apa kontrak dengan beliau?
10. Walaupun @MEDIAKFA ialah majikan yang sah untuk Akhyar pada tarikh kontrak ditandatangani, adakah KFA masih lagi majikan yang sah pada 19 Disember 2018, ketika JDT mengisytiharkan bahawa mereka telah membuka perbincangan dengan Akhyar?
11. Media massa telah melaporkan pada 5 November 2018 bahawa @MEDIAKFA menghadapi masalah untuk membayar gaji pemain & jurulatih sejak 2 bulan sebelumnya (kira-kira September 2018).

Ini telah disahkan oleh salah seorang bekas pemain KFA sendiri.

12. Menurut Seksyen 19(1), Akta Kerja 1955, majikan perlu membayar gaji selewat-lewatnya hari ke-7 setelah tamat tempoh penggajian.
13. Kelewatan pembayaran gaji selama 2 bulan bermakna majikan telah melakukan kesalahan di bawah Seksyen 91, Akta Kerja 1955, yang boleh membawa hukuman denda.
14. Adakah @MEDIAKFA masih merupakan majikan yang sah sekiranya dikenakan hukuman denda akibat lewat membayar gaji?

Jika tiada klausa dalam kontrak yang menyatakan ia terbatal sekiranya gaji lewat dibayar, maka KFA masih merupakan majikan yang sah.
15. KESIMPULAN B: @MEDIAKFA merupakan majikan yang sah pada 19 Disember 2018 ketika JDT mengisytiharkan bahawa mereka memulakan perbincangan dengan Akhyar.
16. Jadi adakah @MEDIAKFA masih berhak membawa kes tapping-up ini ke CAS?

KESIMPULAN C: KFA berhak membawa kes ini ke CAS, namun CAS akan mengambil kira segala fakta, termasuklah kelewatan pembayaran gaji selama 2 bulan.
17. Dalam kes Gaël Kakuta, kelab Perancis RC Lens telah merujuk kepada FIFA, yang kemudiannya menjatuhkan denda & larangan perpindahan ke atas Chelsea. Chelsea yang tidak berpuas hati dengan hukuman FIFA tersebut, telah membawa kes ke CAS.

RC Lens > FIFA
Chelsea FC > CAS
18. Dalam kes Akhyar Rashid, kedua-dua pasukan ialah dari Malaysia. Maka @MEDIAKFA telah terlebih dahulu merujuk kes kepada @FAM_Malaysia.

Kedah FA > FAM
19. @MEDIAKFA dilihat tidak berpuas hati dengan keputusan @FAM_Malaysia. Adakah KFA boleh membawa kes ke FIFA ataupun CAS?

Boleh, sepertimana Chelsea yang tidak berpuas hati dengan hukuman FIFA & membawa kes ke CAS.
20. @FAM_Malaysia telah menentukan bayaran nilai tebus kontrak menurut Artikel 15A, Peraturan Status & Perpindahan Pemain FAM.
21. Artikel 15A(3) memberikan kuasa ke atas FAM untuk menetapkan bayaran yang muktamad & hendaklah dipersetujui pemain & pasukan.

Artikel ini bercanggah dengan Artikel 13, 14 & 17, FIFA Regulations on the Status and Transfer of Players.

22. Menurut FIFA Regulations on the Status and Transfer of Players:

Artikel 13: kontrak pemain & kelab hanya boleh ditamatkan apabila tempohnya tamat atau persetujuan bersama.

Artikel 14: kontrak boleh ditamatkan oleh mana-mana pihak tanpa hukuman jika ada sebab yang munasabah.
Artikel 17: penamatan kontrak tanpa sebab yang munasabah ialah satu kesalahan yang membawa hukuman penggantungan pemain & larangan perpindahan ke atas kelab.
23. KESIMPULAN D: Terdapat perbezaan antara peraturan FAM & FIFA dalam penamatan kontrak:

a. Peraturan Status & Perpindahan Pemain FAM
Artikel 15A(1): Penamatan kontrak sebelah pihak dibenarkan
Artikel 15A(3): FAM boleh menerima penebusan kontrak
b. FIFA Regulations on the Status and Transfer of Players
Artikel 13: Kontrak boleh ditamatkan apabila tempoh tamat atau persetujuan bersama
Artikel 14: Kontrak boleh ditamatkan jika ada sebab yang munasabah
Artikel 17: Penamatan kontrak tanpa sebab munasabah ialah satu kesalahan
c. Peraturan Status & Perpindahan Pemain FAM memberi kuasa kepada @FAM_Malaysia untuk menerima penebusan kontrak, walaupun tidak dipersetujui pasukan.
d. FIFA Regulations on the Status and Transfer of Players tidak memberi kuasa kepada FIFA untuk menerima penebusan kontrak tanpa persetujuan kelab, melainkan ada sebab yang munasabah. Penamatan kontrak tanpa sebab yang munasabah adalah satu kesalahan.
Missing some Tweet in this thread?
You can try to force a refresh.

Like this thread? Get email updates or save it to PDF!

Subscribe to انق وطن 🇲🇾
Profile picture

Get real-time email alerts when new unrolls are available from this author!

This content may be removed anytime!

Twitter may remove this content at anytime, convert it as a PDF, save and print for later use!

Try unrolling a thread yourself!

how to unroll video

1) Follow Thread Reader App on Twitter so you can easily mention us!

2) Go to a Twitter thread (series of Tweets by the same owner) and mention us with a keyword "unroll" @threadreaderapp unroll

You can practice here first or read more on our help page!

Did Thread Reader help you today?

Support us! We are indie developers!


This site is made by just three indie developers on a laptop doing marketing, support and development! Read more about the story.

Become a Premium Member and get exclusive features!

Premium member ($30.00/year)

Too expensive? Make a small donation by buying us coffee ($5) or help with server cost ($10)

Donate via Paypal Become our Patreon

Thank you for your support!