Abdullah bin Abdul Muththolib bin Hasyim
Tarikh lahir : Subuh hari Isnin, 12 Rabiulawal bersamaan 20 April 571
Masehi (dikenali sebagai Tahun Gajah; karena peristiwa tentara bergajah Abrohah yang menyerang kota Ka'bah)
Nama Bapak : Abdullah bin Abdul Muththolib bin Hasyim.
Nama ibu : Aminah binti Wahab bin Abdu Manaf.
Pengasuh pertama : Barokah Al-Habsyiyyah (digelar Ummu Aiman. Hamba perempuan bapak Rosululloh SAW)
Ibu susu kedua : Halimah binti Abu Zuaib As-Sa'diah (lebih dikenali Halimah As-Sa'diah, suaminya bernama Abu Kabsyah)
Peristiwa pembelahan dada Rasulullah SAW yang dilakukan oleh dua malaikat untuk mengeluarkan bahagian syaitan yang wujud di dalam hatinya
Ibunya Aminah binti Wahab ditimpa sakit dan meninggal dunia di Al-Abwa '
(sebuah kampung yang terletak di antara Makkah dan Madinah, baginda dipelihara oleh Ummu Aiman (hamba perempuan bapak Rasulullah SAW)
dan dibiayai oleh datuknya Abdul Muththalib.
Datuknya, Abdul Muththalib pula meninggal dunia.
Baginda dipelihara pula oleh bapak saudaranya, Abu Tholib.
USIA 9 TAHUN (Setengah riwayat mengatakan pada usia 12 tahun).
Bersama bapak saudaranya, Abu Tholib bermusafir ke Syam atas urusan perniagaan.
Terlibat dalam peperangan Fijar. Ibnu Hisyam di dalam kitab 'Sirah', jilid1, halaman 184-187 menyatakan pada ketika itu usia Muhammad SAW ialah 14 atau 15 tahun. Baginda menyertai peperangan itu beberapa hari dan
berperanan mengumpulkan anak-anak panah sahaja.
USIA 25 TAHUN
Bermusafir kali kedua ke Syam atas urusan perniagaan barangan Khodijah binti Khuwailid Al-Asadiyah
Baginda SAW bersama-sama Abu Tholib dan beberapa orang bapak saudaranya yang lain pergi berjumpa Amru bin Asad (bapak saudara Khodijah) untuk meminang Khodijah yang berusia 40 tahun ketika itu.
USIA 35 TAHUN
Banjir besar melanda Makkah dan meruntuhkan dinding Ka'bah.
Pembinaan semula Ka'bah dilakukan oleh pembesar-pembesar dan penduduk
Makkah.
USIA 40 TAHUN
Menerima wahyu di gua Hira' sebagai pelantikan menjadi Nabi dan Rasul akhir zaman.
USIA 53 TAHUN
Sampai ke Madinah pd tanggal 12 Rabiulawal / 24 September 622M.
USIA 63 TAHUN
Kewafatan Rasulullah SAW di Madinah Al-Munawwarah pd hari Isnin, 12 Rabiulawal tahun 11Hijrah / 8 Juni 632 Masehi
Siti Khodijah Binti Khuwailid.
Siti Saudah Binti Zam'ah.
Siti Aisyah Binti Abu Bakar (anak Sayyidina Abu Bakar).
Siti Hafsah binti 'Umar (anak Sayyidina 'Umar bin Al-Khattab).
Ummi Habibah Binti Abu Sufyan.
Siti Zainab Binti Jahsy.
Siti Maimunah Binti Harith.
Siti Safiyah Binti Huyai bin Akhtab.
Siti Zainab Binti Khuzaimah (digelar 'Ummu Al-Masakin', Ibu Orang Miskin).
1.Qasim
2.Abdullah
3.Ibrahim
4.Zainab
5.Ruqaiyah
6.Ummi Kalthum
7.Fatimah Al-Zahra'
ANAK TIRI ROSULULLOH SAW
Halah bin Hind bin Habbasy bin Zurarah at-Tamimi (anak kepada Sayyidatina Khadijah bersama Hind bin Habbasy. Ketika berkahwin
SAUDARA SESUSU ROSULULLOH SAW
IBU SUSUAN/SAUDARA SUSUAN
1. Tsuwaibah → Hamzah
2. Abu Salamah → Abdullah bin Abdul Asad
1. Halimah Al-Saidiyyah → Abu Sufyan bin Harith bin Abdul Muthollib
2. Abdullah bin Harith bin Abdul ' Uzza
3. Syaima ' binti Harith bin Abdul ' Uzza
4. 'Aisyah binti Harith bin abdul ' Uzza
( ANAK-ANAK KEPADA ABDUL MUTHTHOLIB)
1. Al-Harits
2. Muqawwam
3. Zubair
4. Hamzah *
5. Al-Abbas *
6. Abu Talib
7. Abu Lahab (nama asalnya Abdul Uzza)
8. Abdul Ka'bah
9. Hijl
10. Dhirar
11. Umaimah
12. Al-Bidha (Ummu Hakim)
14. Arwa ##
15. Umaimah
16. Barrah
17. Safiyah (ibu kepada Zubair Al-Awwam) *
* masuk Islam.
## Ulama berselisih pendapat tentang Islamnya.
Sabda Rosululloh SAW:
"Sesiapa yang menghidupkan sunnahku, maka sesungguhnya dia telah mencintai aku
(Riwayat Al-Sajary daripada Anas )
اللهم صلى وسلم على سيدنا محمد وعلى آله واصحابه وسلم
Nabi Muhammad SAW - Manusia agung
KENALI NABI MUHAMMAD S.A.W. SECARA LAHIRIAH
Baginda, sehinggakan seorang ulama Yahudi yang pada pertama kalinya bertemu muka dengan Baginda lantas melafazkan keislaman dan mengaku akan kebenaran apa yang disampaikan oleh Baginda.
Di antara kata-kata apresiasi para sahabat ialah:
Aku melihat cahaya dari lidahnya.
Seandainya kamu melihat Baginda, seolah-olah kamu melihat matahari terbit.
Rosululloh jauh lebih cantik dari sinaran bulan.
Rosululloh umpama matahari yang bersinar.
Apabila Rosululloh berasa gembira, wajahnya bercahaya spt bulan purnama.
Kali pertama memandangnya sudah pasti akan terpesona.
Wajahnya tidak bulat tetapi lebih cenderung kepada bulat.
Wajahnya seperti bulan purnama.
Urat darah kelihatan di antara dua kening dan nampak semakin jelas semasa marah
Mata baginda hitam dengan bulu mata yang panjang
Garis-garis merah di bahagian putih mata, luas kelopaknya, kebiruan asli di bahagian sudut
Mulut baginda sederhana luas dan cantik.
Giginya kecil dan bercahaya, indah tersusun, renggang di bahagian depan.
Apabila berkata-kata, cahaya kelihatan memancar dari giginya.
Lehernya kecil dan panjang, terbentuk dengan cantik seperti arca.
Warna lehernya putih seperti perak, sangat indah.
Kepalanya besar tapi terlalu elok bentuknya.
Rambutnya sedikit ikal.
Rambutnya terbelah di tengah.
Di tubuhnya tidak banyak rambut kecuali satu garisan rambut menganjur dari dada ke pusat.
Seimbang antara kedua bahunya.
Pergelangan tangannya lebar, lebar tapak tangannya, jarinya juga besar dan tersusun dgn cantik.
Tapak tangannya bagaikan sutera yang lembut.
Kakinya berisi, tapak kakinya terlalu licin sehingga tidak melekat air.
Terlalu sedikit daging di bahagian tumit kakinya.
Warna kulitnya tidak putih spt kapur atau coklat tapi campuran coklat dan putih.
Warna putihnya lebih banyak.
Warna kulitnya putih tapi sehat.
Kulitnya putih lagi bercahaya.
Binaan badannya sempurna, tulang-temulangnya besar dan kokoh
Badannya tidak gemuk
Badannya tidak tinggi dan tidak pula rendah, kecil tapi berukuran sederhana lagi gagah
Badannya cenderung kepada tinggi, semasa berada di kalangan org ramai
baginda kelihatan lebih tinggi daripada mereka
Baginda Nabi SAW adalah semulia-mulia insan didunia
Semoga bermanfaat ya🙏🏿🌹☕️