Masih tak kebah lagi cerita Ayah Long ke ? Mari abang cerita tentang Perasap #Keris dan Sains di Sebaliknya, walaupun iklan acah (teaser) semalam tak cecah matlamat 1,000 ulangciap(RT) pun!
Ini adalah bebenang.
1)Keris secara adatnya akan dirawat, dibaikpulih dan dijaga supaya ia dapat berfungsi dengan baik.Dan sebagaimana logam yang memiliki ketumpatan besi yang tinggi, karat hasil daripada pengoksidaan adalah musuh utama kepada keris.
2)Justeru saban tahun,keris akan di'mandi'kan untuk menjaga,merawat dan membersihkan bilahnya daripada karat.Istiadat memandi keris atau melangir keris ini lazimnya dibuat dalam bulan Muharram,untuk memudahkan pemilik keris mengingati tarikh ulangan untuk mencuci kerisnya.
3)Sekiranya bilah masih cantik dan utuh tanpa sebarang karat,maka tidak perlu dilangir atau di'mandi'kan pun.Dan ia tidak terhad dalam bulan Muharram sahaja.Terpulanglah kepada pemilik keris itu sendiri.
4)Proses ini dimulakan dengan menelanjangkan keris daripada pakaiannya.Seluruh bahagian keris dipisahkan, iaitu sarung,hulu dan pendokoknya.Hanya bilah sahaja tinggal semata-mata.
5)Kemudian bilah keris akan direndam semalaman dalam air kelapa.Air kelapa mempunyai kadar pH yang sedikit berasid,sekitar 5.7-5.2 yang boleh membantu menanggalkan lapisan karat pada bilah.
6)Seterusnya sekiranya lapisan karat masih agak tebal,bilah akan disental menggunakan limau nipis atau buah mengkudu atau nanas.
Kandungan asid asetik,asid malik dan asid tartarik dalam buah-buahan ini juga mengikis dan menyingkirkan sisa karat pada bilah.
7)Setelah bilah benar-benar bersih,setelah digosok dan dicuci ia dibilas dan pada bilasan terakhir,air rendaman bunga-bungaan digunakan.Tujuannya untuk meneutralkan asid yabg digunakan dalam proses cucian awal tadi disamping mewangikan keris.8
8)Setelah itu bilah akan dilap dan diperasapkan dengan bakaran kemenyan,setanggi atau gaharu untuk mengeringkan bilah secara perlahan-lahan.Apabila dilayur atas perasapan,air yang tersisa dalam bilah akan tersejat perlahan-lahan dan bilah juga akan menjadi harum.
9)Kemudian bilah akan disapukan dengan minyak untuk memberi satu saduran anti lembapan,selain menaikkan warna asli bilah keris,selain memerangkap bauan harum dari perasapan tadi ke mata bilah.Setelah itu pakaian dan aksesori keris akan dipakaikan semula.
10) Demikian secara ringkas tentang Istiadat Melangir atau Memandikan keris yang selalu disalahertikan sebagai sesuatu yang #mistik atau bertujuan menjamu #jin pendamping dan sebagainya
11)Sebahagian besar maklumat ini disaring daripada sahabat abang, Ustaz Hanif @angahsunan yang keral mengadakan bengkel berkenaan Istiadat Memandikan Keris ini setiap tahun.
Beliau juga salah seorang penulis portal @thepatriotsasia baca lanjut di sini: thepatriots.asia/istiadat-meman…
Terima kasih kerana sudi membaca.Semoga bermanfaat dan jangan lokek untuk mengulangciap (RT) tulisan ini ya!
• • •
Missing some Tweet in this thread? You can try to
force a refresh
"Biar Mati Anak Jangan Mati Adat" ini bukan konsep bodoh.Yang bodoh jika tak faham apa yang dimaksudkan dengan pepatah ini.Jadi mari abang terangkan dalam bebenang yang sederhana panjang ini.1
1)Adat pada orang Melayu ini ada empat pecahan,
i.Adat Sebenar Adat
ii.Adat Yang Diadatkan
iii.Adat Yang Teradat
iv.Undang Adat.
Adat yang sebenar-benarnya dimaksudkan dalam hal ini adalah Adat Sebenar Adat
2)Adat sebenar Adat merujuk kepada kebiasaan-kebiasaan asas yang dijadikan pegangan dalam membentuk suatu kerangka pedoman dalam hidup,yang intinya berasaskan agama.Sepertimana yang disebut dalam ungkapan;
"Adat bersendi syarak,Syarak bersendi Kitabullah".
Ciapan @wanyusri16 berkenaan 'adat' makan di rumah Ayah Longnya mendapat kritikan hebat kerana kekeliruan kita memahami apa yang dimaksudkan dengan adat dalam Alam Melayu.
Bawa bertenang,ini mungkin akan jadi satu bebenang yang panjang.
1) Adat merupakan perkataan pinjaman dari bahasa Arab yang merujuk kepada sesuatu perkara yang berulang secara kerap sehingga menjadi suatu kebiasaan.
2)Manakala Kamus Dewan Edisi Keempat mendefinisikan adat seperti berikut:
Kehidupan orang Melayu sangat terkait dan bergantung dengan alam persekitaran yang kaya dengan flora dan fauna.
Justeru,kita akan temukan metafora bunga-bungaan dalam ungkapan Melayu.
Ini adalah bebenang.
1) "Berguru kepalang ajar,ibarat bunga kembang tak jadi"
Merujuk kepada ilmu yang belum dipelajari secara matang dari guru,namun sudah hendak ditayangkan kehebatannya,sama seperti bunga yang masih belum sempurna kembang tapi sudah dipetik dan dipamerkan.
2)"Laksana bunga dedap,sungguh merah berbau tidak"
Bunga Dedap biasanya ditanam di halaman rumah kerana kecantikannya,tetapi tidak berapa berguna kerana tidak menghasilkan bauan yang harum.
Demikianlah orang yang cantik fizikal,tetapi tidak elok perangai diibaratkan seperti itu.
Apa maksud #peribahasa ; " Menjaga tepi kain orang?"
Ini adalah bebenang
1)Pertamanya mari berkenalan dengan #anatomi sehelai kain dalam alam #Melayu.
2) Tepi kain atau juga disebut gigi kain adalah bahagian birai yang terletak selepas kawasan kaki kain Biasanya tepi kain ini amat halus dan tersembunyi, kadangkala tidak kelihatan.Coraknya juga tidak menarik berbanding bahagian Kaki,Kepala dan Badan Kain.
Risalah #Jawi#British kepada penduduk Tanah #Melayu, selepas kekalahan #Jepun.
Gambar asal milik Tuan Zafrani Ariffin.
Transliterasi Jawi ke Rumi dalam bebenang berikut.
"KEPADA PENDUDUK² TANAH MELAYU
Tentera² Jepun di serata² tempat telah mengaku kalah.Tenteranya parah dihapuskan oleh tentera British yang ke 14 di Burma.Tentera² yang lain mempertahankan tanah airnya di Filipina,Iwo Jima dan Okinawa telah dikalahkan juga oleh tentera² Amerika.
British dan Amerika berlayar² dekat negeri Jepun membedil bandar²nya di daerah pantai.Bom baharu yang dibuat ahli² sains British dan Amerika 2000 kali kuatnya dari bom biasa telah membinasa 2 buah bandar Jepun.
1)Perkataan 'mengarang' tanjak adalah yang paling lama digunakan sejak zaman berzaman. Perkataan 'menyolek' adalah perkataan baharu. Perkataan 'menakuk' deta (destar) adalah khusus buat destar Negeri Sembilan.
2)Secara harfiahnya kalau mengarang, adalah dari tiada/kosong pada ada, solek pula difahami sebagai benda yang sedia ada dan ditambah baik.
3)Saya lebih selesa menggunakan 'mengarang' tanjak untuk tanjak-tanjak warisan, 'menakuk' pula jika membuat deta Negeri Sembilan.