Ciapan @wanyusri16 berkenaan 'adat' makan di rumah Ayah Longnya mendapat kritikan hebat kerana kekeliruan kita memahami apa yang dimaksudkan dengan adat dalam Alam Melayu.
Bawa bertenang,ini mungkin akan jadi satu bebenang yang panjang.
1) Adat merupakan perkataan pinjaman dari bahasa Arab yang merujuk kepada sesuatu perkara yang berulang secara kerap sehingga menjadi suatu kebiasaan.
2)Manakala Kamus Dewan Edisi Keempat mendefinisikan adat seperti berikut: Image
3)Menurut Tengku Nasyaruddin Effendy (Pak Tenas) dalam bukunya; "Ungkapan Tradisional Melayu Riau" menerangkan tentang adat dalam alam Melayu dengan membahagikannya terhadap 4 pecahan.
4)Pembahagian adat menurut beliau adalah :
i.Adat sebenar Adat
ii.Adat yang Diadatkan
iii.Adat yang Teradat
iv.Undang Adat
5)Adat sebenar Adat merujuk kepada kebiasaan-kebiasaan asas yang dijadikan pegangan dalam membentuk suatu kerangka pedoman dalam hidup,yang intinya berasaskan agama.Sepertimana yang disebut dalam ungkapan;
"Adat bersendi syarak,Syarak bersendi Kitabullah".
6)Ungkapan lain tentang Adat Sebenar Adat:
Adat tak lekang oleh panas
Adat tak lapuk oleh hujan
Adat berwaris kepada Nabi
Adat berkhalifah kepada Adam
Adat berinduk ke ulama
Adat dianjak layu diumbut mati
Adat ditanam tumbuh dikubur hidup
(Bersambung ke no 7)
7)Adat terconteng di lawang
Adat tersurat di kertas
Adat tersirat dalam Sunnah

Pusaka yang tak dapat dirobah-robah
Warisan yang tak putus oleh cencang.

(Selesai petikan ungkapan)
8)Jadi dalam dua ungkapan klasik yang mendefinisikan "Adat Sebenar Adat" itu adalah pati ajaran Islam yang disesuaikan dengan cara hidup orang Melayu,namun tidak akan sekali-kali diubah walau berubah zaman sekalipun kerana ia telah diikat kepada hukum-hakam agama Islam.
9)Pembahagian Adat yang kedua,iaitu "Adat Yang Diadatkan".
Ini merujuk kepada hukum-hukum dalam adat secara kolektif yang menjadi pegangan di sesuatu tempat dan zaman,serta boleh berubah-ubah mengikut keadaan,sebagaimana Adat Berpakaian dalam Hukum Kanun Melaka(bersambung ke 10)
10) yang melarang jenis pakaian tertentu dipakai,hanya tertakluk pada zaman Kesultanan Melaka sahaja dan tidak lagi terpakai di zaman kita.Mudah ceritanya, Adat Yang Teradat ini juga boleh disebut sebagai Kanun,Hukum atau Undang-Undang atau juga Protokol.
11)Ungkapan tentang Adat Yang Diadatkan;

Adat yang diadatkan
Adat yang turun dari Raja
Adat yang tumbuh dari Datuk
Adat yang cucur dari penghulu
Adat yang dibuat kemudian
Putus muafakat ia berubah
Bulat kata ia berganti
Bertukar angin ia melayang
(Bersambung ke 12)
12)Bersalin baju ia tercampak
Berkisar duduk ia beralih
Berpaling tegak ia lepas
Adat yang dapat dibuat-buat
Adat yang dapat ditukar salin.
(Selesai Ungkapan)
13)Jadi ungkapan tentang Adat Yang Diadatkan jelas menunjukkan kelenturan sesebuah adat yang diangkat sebagai hukum bagi sesebuah lokaliti dan zaman,yang boleh berubah jika perlu dan tidak ada ketentuan ia mesti diikuti oleh orang lain pula.
14)Pembahagian ketiga dalam Adat iaitu Adat Yang Teradat pula merujuk kepada tabiat atau kecenderungan individu,atau sekelompok kecil masyarakat yang tidaklah dianggap sama seperti Adat Yang Diadatkan tadi.Adat Yang Teradat ini berpunca daripada kebiasaan yang berulang-ulang.
15) Ungkapan tentang Adat Yang Teradat:
Adat yang teradat
Datangnya tidak berberita
Perginya tak berkhabar
Kecilnya beranja-anja
Besarnya terbawa-bawa

Adat yang disarung tak berjahit
Adat yang berkelindan tidak bersimpul
Yang dibawa burung lalu
(Bersambung ke 16)
16)Yang tumbuh tidak ditanam
Yang kembang tidak berkuntum
Yang bertunas tidak beranting

Adat yang datang kemudian
Yang diseret jalan panjang
Yang bertenggek di sampan lalu
Yang berlabuh di atas tangan
Yang tak berurat tunggang
(Bersambung ke 17)
17)Datang angin ia terbuang
Datang panas ia lekang
Datang hujan ia lerak
(Selesai ungkapan)
18)Justeru jika diteliti dari ungkapan tentang Adat Yang Teradat, ia sememangnya suatu perkara yang rawak (random) dan tidak memiliki pola yang khusus maka ia kebiasaanya tidak diendahkan oleh masyarakat, apatah lagi diamalkan oleh orang-orang,sebagaimana Adat Yang Diadatkan.
19)Antara contoh Adat Yang Teradat ialah kebiasaan seseorang yang mengenakan topi,walaupun di tempat yang teduh atau pada waktu malam,maka ia menjadi Adat Yang Teradat untuk dirinya sahaja tetapi bukan dianggap sebagai Adat Yang Diadatkan dalam masyarakatnya.
20)Demikian juga adat terpencil yang diamalkan hanya di sesetengah kampung atau keluarga ia tidak lebih sekadar bersifat Adat Yang Teradat.Boleh disebut sebagai Adat secara umumnya tapi tidak sama seperti dua kategori Adat yang disebutkan sebelum ini.
21)Pembahagian Adat yang keempat ; Undang Adat.
Inilah yang menjadi penyatu antara ketiga-tiga jenis Adat yang disebutkan sebelum ini bagi memastikan wujudnya kesefahaman seandainya pada sebahagian orang atau masyarakat yang memiliki kelainan Adat yang Teradatnya.
22) Ungkapan berkenaan Undang Adat;

Rumah ada Adatnya.
Tepian ada bahasanya
Anak rumah tangga rumah
Berselasar tangga turun
Bertelaga jinjang naik
Minta wasiat pada yang tua
(Bersambung ke 23)
23)Minta petua kepada yang alim
Minta akal kepada yang cerdik
Minta berani kepada hulubalang
Minta daulat kepada Raja
(Selesai petikan)
24)Undang Adat ini yang sekiranya gagal difahami maka akan sentiasa timbul rasa kurang enak terhadap sesuatu Adat yang tampak berlainan,walhal peribahasa menyebut; "Lain padang lain belalang"
25)Dalam ciapan @wanyusri16 kebanyakan yang menjadi lingo(triggered) apabila beliau sekadar menyatakan ia adat orang tua-tua dahulu tanpa diterangkan,ia adat yang mana satu?
26)Ketepikan isu patriarki dan matriarki dalam perbincangan kerana memang pada sebahagian tempat di alam Melayu,Adat Yang Diadatkan mereka berlandaskan unsur Patriarki,dan sebahagian tempat pula berlandasrkan unsur Matriarki.
27)Misalan Adat Perpatih di Minang dan Negri Sembilan,lebih bersifat Matriarki berbanding tempat yang lain namun tidak timbul pergeseran mahupun perlecehan akibat ujudnya kesefahaman konsep Undang Adat antara mereka.
28)Maka sebagai penutup kepada bebenang yang panjang ini, Abang menyeru kepada kita semua untuk lebih belajar menghayati kelainan adat budaya setempat tanpa wujud stigma dan perlecehan dikeranakan kekurangan maklumat dan kejahilan kita sendiri.Sekian terima kasih.
Dah penat tulis panjang-panjang ni,takkan abang nak suruh kalian ulangciap(RT) juga kot? :)
Sudah,jangan gaduh-gaduh lagi.
Oh, maaf yang terakhir, penafian sedikit daripada abang.
Bebenang ini hanya untuk menjawab perlecehan terhadap Adat sahaja.Kalian nak marah @wanyusri16 sebab dia mengata perempuan sekarang malas dan sebagainya itu luar fokus abang.Terima kasih !

• • •

Missing some Tweet in this thread? You can try to force a refresh
 

Keep Current with Mohammad Faeez Harith

Mohammad Faeez Harith Profile picture

Stay in touch and get notified when new unrolls are available from this author!

Read all threads

This Thread may be Removed Anytime!

PDF

Twitter may remove this content at anytime! Save it as PDF for later use!

Try unrolling a thread yourself!

how to unroll video
  1. Follow @ThreadReaderApp to mention us!

  2. From a Twitter thread mention us with a keyword "unroll"
@threadreaderapp unroll

Practice here first or read more on our help page!

More from @H_Bakkaniy

10 Oct
"Biar Mati Anak Jangan Mati Adat" ini bukan konsep bodoh.Yang bodoh jika tak faham apa yang dimaksudkan dengan pepatah ini.Jadi mari abang terangkan dalam bebenang yang sederhana panjang ini.1
1)Adat pada orang Melayu ini ada empat pecahan,
i.Adat Sebenar Adat
ii.Adat Yang Diadatkan
iii.Adat Yang Teradat
iv.Undang Adat.

Adat yang sebenar-benarnya dimaksudkan dalam hal ini adalah Adat Sebenar Adat
2)Adat sebenar Adat merujuk kepada kebiasaan-kebiasaan asas yang dijadikan pegangan dalam membentuk suatu kerangka pedoman dalam hidup,yang intinya berasaskan agama.Sepertimana yang disebut dalam ungkapan;
"Adat bersendi syarak,Syarak bersendi Kitabullah".
Read 12 tweets
9 Oct
#SAINS DIBALIK PERASAPAN #KERIS

Masih tak kebah lagi cerita Ayah Long ke ? Mari abang cerita tentang Perasap #Keris dan Sains di Sebaliknya, walaupun iklan acah (teaser) semalam tak cecah matlamat 1,000 ulangciap(RT) pun!

Ini adalah bebenang. Image
1)Keris secara adatnya akan dirawat, dibaikpulih dan dijaga supaya ia dapat berfungsi dengan baik.Dan sebagaimana logam yang memiliki ketumpatan besi yang tinggi, karat hasil daripada pengoksidaan adalah musuh utama kepada keris.
2)Justeru saban tahun,keris akan di'mandi'kan untuk menjaga,merawat dan membersihkan bilahnya daripada karat.Istiadat memandi keris atau melangir keris ini lazimnya dibuat dalam bulan Muharram,untuk memudahkan pemilik keris mengingati tarikh ulangan untuk mencuci kerisnya.
Read 13 tweets
6 Oct
Metafora Bunga Dalam Ungkapan Melayu

Kehidupan orang Melayu sangat terkait dan bergantung dengan alam persekitaran yang kaya dengan flora dan fauna.

Justeru,kita akan temukan metafora bunga-bungaan dalam ungkapan Melayu.

Ini adalah bebenang.
1) "Berguru kepalang ajar,ibarat bunga kembang tak jadi"

Merujuk kepada ilmu yang belum dipelajari secara matang dari guru,namun sudah hendak ditayangkan kehebatannya,sama seperti bunga yang masih belum sempurna kembang tapi sudah dipetik dan dipamerkan.
2)"Laksana bunga dedap,sungguh merah berbau tidak"
Bunga Dedap biasanya ditanam di halaman rumah kerana kecantikannya,tetapi tidak berapa berguna kerana tidak menghasilkan bauan yang harum.
Demikianlah orang yang cantik fizikal,tetapi tidak elok perangai diibaratkan seperti itu.
Read 9 tweets
6 Oct
Apa maksud #peribahasa ; " Menjaga tepi kain orang?"
Ini adalah bebenang
1)Pertamanya mari berkenalan dengan #anatomi sehelai kain dalam alam #Melayu.
2) Tepi kain atau juga disebut gigi kain adalah bahagian birai yang terletak selepas kawasan kaki kain Biasanya tepi kain ini amat halus dan tersembunyi, kadangkala tidak kelihatan.Coraknya juga tidak menarik berbanding bahagian Kaki,Kepala dan Badan Kain.
Read 8 tweets
6 Oct
Risalah #Jawi #British kepada penduduk Tanah #Melayu, selepas kekalahan #Jepun.
Gambar asal milik Tuan Zafrani Ariffin.

Transliterasi Jawi ke Rumi dalam bebenang berikut.
"KEPADA PENDUDUK² TANAH MELAYU

Tentera² Jepun di serata² tempat telah mengaku kalah.Tenteranya parah dihapuskan oleh tentera British yang ke 14 di Burma.Tentera² yang lain mempertahankan tanah airnya di Filipina,Iwo Jima dan Okinawa telah dikalahkan juga oleh tentera² Amerika.
British dan Amerika berlayar² dekat negeri Jepun membedil bandar²nya di daerah pantai.Bom baharu yang dibuat ahli² sains British dan Amerika 2000 kali kuatnya dari bom biasa telah membinasa 2 buah bandar Jepun.
Read 12 tweets
5 Oct
Mengarang atau Menyolek #Tanjak?

Ini adalah bebenang

1)Perkataan 'mengarang' tanjak adalah yang paling lama digunakan sejak zaman berzaman. Perkataan 'menyolek' adalah perkataan baharu. Perkataan 'menakuk' deta (destar) adalah khusus buat destar Negeri Sembilan.
2)Secara harfiahnya kalau mengarang, adalah dari tiada/kosong pada ada, solek pula difahami sebagai benda yang sedia ada dan ditambah baik.
3)Saya lebih selesa menggunakan 'mengarang' tanjak untuk tanjak-tanjak warisan, 'menakuk' pula jika membuat deta Negeri Sembilan.
Read 6 tweets

Did Thread Reader help you today?

Support us! We are indie developers!


This site is made by just two indie developers on a laptop doing marketing, support and development! Read more about the story.

Become a Premium Member ($3/month or $30/year) and get exclusive features!

Become Premium

Too expensive? Make a small donation by buying us coffee ($5) or help with server cost ($10)

Donate via Paypal Become our Patreon

Thank you for your support!

Follow Us on Twitter!