Kehidupan orang Melayu sangat terkait dan bergantung dengan alam persekitaran yang kaya dengan flora dan fauna.
Justeru,kita akan temukan metafora bunga-bungaan dalam ungkapan Melayu.
Ini adalah bebenang.
1) "Berguru kepalang ajar,ibarat bunga kembang tak jadi"
Merujuk kepada ilmu yang belum dipelajari secara matang dari guru,namun sudah hendak ditayangkan kehebatannya,sama seperti bunga yang masih belum sempurna kembang tapi sudah dipetik dan dipamerkan.
2)"Laksana bunga dedap,sungguh merah berbau tidak"
Bunga Dedap biasanya ditanam di halaman rumah kerana kecantikannya,tetapi tidak berapa berguna kerana tidak menghasilkan bauan yang harum.
Demikianlah orang yang cantik fizikal,tetapi tidak elok perangai diibaratkan seperti itu.
3)"Hendak bersunting bunga mala"
Bunga Mala atau Melur diibaratkan seperti seorang gadis yang sudah lanjut usia tapi belum bersuami,sama seperti jangkahayat pokok bunga Melur yang mampu hidup sekitar 20-30 tahun.
4)"Mandi di tepi telaga,bersunting bunga Tahi Ayam"
Peribahasa ini menceritakan perihal lelaki yang beristerikan wanita yang buruk perangainya yang digambarkan seperti bunga Tahi Ayam yang cantik,tetapi tengik baunya.
5)"Merah Padma"
Sering disalah eja sebagai merah padam kerana kekeliruan dalam transliterasi Jawi ke Rumi, Padma sebenarnya merujuk kepada bunga Teratai.Merah Padma bererti merah lembut seakan-akan bunga Padma atau Teratai.
6)"Biduk lalu,kiambang bertaut"
Biduk adalah sejenis perahu kecil yang tirus,manakala kiambang adalah sejenis bunga akuatik yang hidup berkelompok dan saling berpaut pada jalinan akar.
Justeru jika dipisahkan seketika seperti ketika biduk melaluinya,ia akan kembali bertaut semula
7)"Buai laju-laju sampai pokok sena,apa dalam baju sekuntum bunga Cina"
Bunga Cina memiliki bau yang harum yang biasa diselitkan dalam pakaian sebagai haruman tubuh.
Demikianlah sedikit sebanyak kebijaksanaan orang #Melayu dalam mendidik dengan berpandukan sumber alam seperti #bunga.
Terima kasih kerana sudi membaca,diharap sudi mengulangciap(RT) tulisan ini!
• • •
Missing some Tweet in this thread? You can try to
force a refresh
Apa maksud #peribahasa ; " Menjaga tepi kain orang?"
Ini adalah bebenang
1)Pertamanya mari berkenalan dengan #anatomi sehelai kain dalam alam #Melayu.
2) Tepi kain atau juga disebut gigi kain adalah bahagian birai yang terletak selepas kawasan kaki kain Biasanya tepi kain ini amat halus dan tersembunyi, kadangkala tidak kelihatan.Coraknya juga tidak menarik berbanding bahagian Kaki,Kepala dan Badan Kain.
Risalah #Jawi#British kepada penduduk Tanah #Melayu, selepas kekalahan #Jepun.
Gambar asal milik Tuan Zafrani Ariffin.
Transliterasi Jawi ke Rumi dalam bebenang berikut.
"KEPADA PENDUDUK² TANAH MELAYU
Tentera² Jepun di serata² tempat telah mengaku kalah.Tenteranya parah dihapuskan oleh tentera British yang ke 14 di Burma.Tentera² yang lain mempertahankan tanah airnya di Filipina,Iwo Jima dan Okinawa telah dikalahkan juga oleh tentera² Amerika.
British dan Amerika berlayar² dekat negeri Jepun membedil bandar²nya di daerah pantai.Bom baharu yang dibuat ahli² sains British dan Amerika 2000 kali kuatnya dari bom biasa telah membinasa 2 buah bandar Jepun.
1)Perkataan 'mengarang' tanjak adalah yang paling lama digunakan sejak zaman berzaman. Perkataan 'menyolek' adalah perkataan baharu. Perkataan 'menakuk' deta (destar) adalah khusus buat destar Negeri Sembilan.
2)Secara harfiahnya kalau mengarang, adalah dari tiada/kosong pada ada, solek pula difahami sebagai benda yang sedia ada dan ditambah baik.
3)Saya lebih selesa menggunakan 'mengarang' tanjak untuk tanjak-tanjak warisan, 'menakuk' pula jika membuat deta Negeri Sembilan.
Dikarang oleh Imam Muhammad bin Sulayman Al Jazuli Al Hashimi رحمة الله عليه و قدس الله سره seorang alim besar dan seorang sufi yang Rabbaniy selepas sebuah peristiwa di mana beliau hendak mengambil wudhu' di sebuah perigi,namun airnya terlalu dalam sedangkan tidak ada timba
Mak Yong: Hiburan Istana Permainan Rakyat Jelata
(INI ADALAH BEBENANG)
1)#MakYong adalah suatu persembahan pentas yang menggabungkan elemen drama,pementasan teater,tarian,nyanyian dan muzik, dipercayai berasal dari Pattani kira-kira 800 tahun lepas, sebelum kedatangan #Islam ke Pattani
2) Nama Mak Yong dikatakan berasal daripada perkataan ' Mak Hyang' iaitu Ibu Semangat atau Roh padi.Pendapat lain pula mengatakan ia diberi nama 'Mak' kerana dilakonkan oleh #wanita secara umumnya, dan 'Yong' merujuk kepada Pahlawan dalam dialek Pattani lama.
Persenjataan #Melayu
Selalu orang menganggap bahawa #keris yang biasa disisip di pinggang pada persalinan Melayu lengkap itu adalah #senjata utama orang Melayu.Sebenarnya tidak!
Senjata orang Melayu adalah berdasarkan jarak pertempuran.
Ini adalah bebenang.
1)Bagi pertempuran jarak jauh bagi menyekat kemaraan musuh,orang Melayu menggunakan meriam.
Ini adalah gambar meriam Peca de Malaca di Muzium Lisbon,Sepanyol yang dipercayai telah dirampas ketika penaklukan Portugis terhadap Melaka.
2)Sekiranya kemaraan musuh tidak dapat disekat dengan meriam,maka dibantu juga dengan bedilan meriam kecil boleh laras dipanggil Lela atau Lela Rentaka