مولاي صلي وسلم دائما ابدا
على حبيبك و اهل بيته كلهم
Tuai padi dibuanglah jerami,
Dibuat sarang si burung serindit;
Muhammad nama panggilannya di Bumi,
Ahmad masyhur namanya pada ahli langit.
مولاي صلي وسلم دائما ابدا
على حبيبك و اهل بيته كلهم
Kantuklah mata mahu terlelap,
Disergah orang langsung terperanjat;
Bukanlah Baginda berkulit gelap,
Tidak juga putih memucat.
مولاي صلي وسلم دائما ابدا
على حبيبك و اهل بيته كلهم
Main pisau tangan terbelah,
Baik luka kulit berparut;
Tidaklah Baginda tinggi menggalah,
Bukan jua rendah terbantut.
مولاي صلي وسلم دائما ابدا
على حبيبك و اهل بيته كلهم
Pakai baju kain bergombang,
Kain sarung kain pelikat;
Rambut baginda ikal bergelombang,
Terlalu indah pada yang melihat.
مولاي صلي وسلم دائما ابدا
على حبيبك و اهل بيته كلهم
Pasang kelambu menghalaukan nyamuk,
Kelambu terbuat dari kain kasa;
Bukanlah Baginda buncit dan gemuk,
Bidang dadanya terlalu perkasa.
مولاي صلي وسلم دائما ابدا
على حبيبك و اهل بيته كلهم
Daging direndang di atas api,
Sambil menganyam ketupat palas;
Wajah Baginda bercahaya indah berseri,
Ibarat purnama malam genap empat belas.
مولاي صلي وسلم دائما ابدا
على حبيبك و اهل بيته كلهم
Hijau nan indah jelapang padi,
Mata yang melihat menjadi tenang;
Marahnya Baginda bukan kerana hal peribadi,
Hanya ketika hak Allah dilanggar diserang.
مولاي صلي وسلم دائما ابدا
على حبيبك و اهل بيته كلهم
Pergi ke sungai menahan lukah,
Ikan dijemur dtaburkan garam;
Gelak tawa baginda tidak berdekah,
Sekadar tersenyum kelihatan geraham.
مولاي صلي وسلم دائما ابدا
على حبيبك و اهل بيته كلهم
Demikianlah yang mampu faqir nazamkan,
Ringkasan sifat Junjungan Mulia;
Moga dengannya Tuhan berbelas kasihan,
Agar sahaya diampunkan dosa.
• • •
Missing some Tweet in this thread? You can try to
force a refresh
Kitab-kitab Selawat yang masyhur di Alam Melayu dan Kepulauan Nusantara
Ini adalah bebenang
(1) عقد الجوهر في مولد النبي الأزهر
‘Iqd Āl-Jāwāhir fi Māwlid Ān-Nābiy Āl-Āzhār yang dikarang oleh Syeikh Ja'far bin Hasan bin Abdul Karim bin as-
Sayyid Muhammad bin Abd ar-Rasul al-Barzanji yang lebih kita kenali dengan sebutan 'Kitab Mawlid Barzanji'.
Mawlid Al Barzanji disempurnakan penulisannya dengan dimasukkan syair dan nazam oleh cicit pengarangnya, iaitu ‘Allamah Sayyid Zain al- Abidin ibn Sayyid
Muhammad al-Hadi Al-Barzanji.
Konon,ada pensyarah Arab menegur budak Melayu berserban kerana serban tak sunnah berbanding songkok maka eloklah kita kenal apa itu 'serban' sebab kekeliruan bila semua lilitan kepala keAraban disebut rata sebagai 'Serban'.
Ini adalah bebenang.
1)Yang disebut sebagai 'imamah dan dihukumkan sunnah dalam hadith merujuk kepada keumumuman takrifnya sebagaimana yang disebut Imam Ibrahim Al Bajuri رحمة الله عليه sebut dalam Mawahib Al Laduniyyah beliau, 'Imamah secara umum ialah apa-apa kain yang dililit atas kepala.
2)Lilitan kepala ini biasa disebut sebagai Dastaband dalam bahasa Parsi dan Urdu, Dulbānd dalam salah satu dialek bahasa Parsi, Thulband dalam dialek Turki,disebut 'Turban' oleh orang-orang Perancis dan Inggeris dan diserap masuk ke dalam Bahasa Melayu dengan sebutan 'Serban'
Maksud Dan Kisah Di Sebalik Ungkapan : "#DaulatTuanku "
Bersempena mesyuarat khas KDYMM Raja-Raja Melayu hari ini,abang ingin bercerita tentang maksud ungkapan yang selalu diucapkan ini.
Ini adalah bebenang.
1)Perkataan Daulat ini merupakan perkataan pinjaman daripada bahasa Arab, iaitu Ad-Daulah yang membawa maksud Kerajaan, atau gugusan jajahan.Sementara itu,Daulat ditakrifkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka seperti berikut:
2)Daulat dan Tulah sering beriringan,iaitu dikatakan Tulah adalah kecelakaan yang menimpa seseorang yang melanggar 'Daulat' seorang Raja Melayu.
Ini kerana Daulat terbina atas persefahaman janji pada permulaan dilantiknya Raja Melayu.
Abang akan ceritakan secara ringkas berkenaan hukuman salang ini sebab dalam perbualan dengan @NadiKitarasmi kelmarin, kurang terperinci.
Ini adalah bebenang.
1)Hukuman Salang adalah salah satu bentuk hukuman bunuh yang dijalankan pada zaman dahulu.Definisi Salang menurut Kamus Dewan Edisi Keempat seperti di dalam tangkap layar di bawah :
2)Berikut pula ilustrasi keadaan tikaman keris ketika perlaksanaan Hukuman Salang.
Senarai buku-buku berkaitan Sirah (Kisah Hidup Rasulullah ﷺ) yang telah Abang baca(samada sebahagian sahaja dan ada yang sudah dikhatamkan) dan Abang cadangkan kalian untuk baca juga untuk mengelakkan salah petik fakta tentang Baginda ﷺ.
Ini adalah bebenang.
1)Sirah Ibn Hisham, ini antara sumber primer dan tertua selain kitab-kitab hadith dan Tarikh At-Tabari.Sudah ada terjemahan Bahasa Melayu,Inggeris dan Bahasa Indonesia
2)Bidayah wa Al-Nihayah oleh Imam Ibn Kathir.Sudah ada terjemahan Bahasa Indonesia dan Bahasa Inggeris.
3)Zaad Al-Ma'ad fi Hadyi Khairil 'Ibad oleh Imam Ibn Qayyim Al Jauziyyah.Sudah ada terjemahan Bahasa Indonesia dan Bahasa Inggeris.
4)Dalaail An Nubuwwah oleh Imam Al Baihaqi.
5)Dalaail An Nubuwwah oleh Imam Abu Nuaim Al Asbahani.