Istimewa Sempena Peringatan Keputeraan Rasulullah ﷺ

Kitab-kitab Selawat yang masyhur di Alam Melayu dan Kepulauan Nusantara

Ini adalah bebenang
(1)
عقد الجوهر في مولد النبي الأزهر
‘Iqd Āl-Jāwāhir fi Māwlid Ān-Nābiy Āl-Āzhār yang dikarang oleh Syeikh Ja'far bin Hasan bin Abdul Karim bin as-
Sayyid Muhammad bin Abd ar-Rasul al-Barzanji yang lebih kita kenali dengan sebutan 'Kitab Mawlid Barzanji'.
Mawlid Al Barzanji disempurnakan penulisannya dengan dimasukkan syair dan nazam oleh cicit pengarangnya, iaitu ‘Allamah Sayyid Zain al- Abidin ibn Sayyid
Muhammad al-Hadi Al-Barzanji.
Justeru bahagian asal disebut sebagai Mawlid Al Barzanji Nathar kerana ia dikarang dengan bentuk prosa dan bahagian tambahan berikutnya disebut sebagai Mawlid Al Barzanji Nazam.Namun keduanya viasa disatukan dan disebut sebagau Mawlid Al Barzanji.
Mawlid Al Barzanji dibaca dengan lagu dan lenggok yang tertentu.Ia sering dilagukan ketika majlis bercukur jambul,doa selamat dan lain-lain acara berkait keagamaan di Nusantara,sehingga kata kerja 'berzanji' wujud dalam Kamus Dewan
(2)
مولد الديبع
Māwlid Ad-Dibā‘i yang dikarang oleh Imam Wajihuddin ‘Abdur Rahman bin ‘Ali bin Muhammad bin ‘Umar bin ‘Ali bin Yusuf bin Ahmad bin ‘Umar ad-Diba`i asy-Syaibani al-Yamani az-Zabidiy asy-Syafi’i
Sama seperti Mawlid Al Barzanji ia juga dikarang dalam bentuk syair-syair dan nazam yang memperihalkan kehidupan Rasulullah ﷺ secara ringkas
Sebahagian manuskrip kitab Mawlid di Nusantara merangkumkan Mawlid Ad-Diba‘i dan Al-Barzanji dalam satu naskhah dan dipanggil 'Al Majmu'ah Mawlid Syaraf Al Anam yang turut menghimpunkan sebuah lagi kitab mawlid berserta doa-doa,ratib dan zikir.
(3)
مولد شرف الأنام
Māwlid Syārāful Anam yang ditulis oleh Asy-Syeikh Syihabuddin Ahmad bin Al Qasim Al Hariri.Kebiasannya kitab Mawlid beliau ini dicetak sekaligus dalam satu naskhah bersama Mawlid Ad-Diba'i dan Al Barzanji di Nusantara.
(4)
الكواكب الدريَّة في مدح خير البرية
Āl-Kāwākib Ad-Duriyyāh fi Mādiihi Khāyr Āl-Bāriyyāh atau lebih kjta kenali dengan sebutan Qasidah Al Burdah.
Ia dikarang Al Imam Abu Abdillah Muhammad bin Sa'id bin Hammad bin 'Abdillah As Shonhaji Al Bushiri.
Qasidah Al Burdah dikarang selepas peristiwa penulisnya bermimpi diberikan sehelai 'Burdah' atau selendang oleh Rasulullah ﷺ yang megubati kelumpuhan beliau.Dikarang dalam 10 fasal dengan 161 rangkap nazam yang indah berkisah tentang sejarah Baginda ﷺ secara ringkas.
Dikatakan Qasidah Al Burdah ini menjadi amalan dan bacaan panglima perang Melayu sebelum turun berperang kerana mengharapkan keberkatan serta mengambil pelajaran daripada kisah keberanian Rasulullah ﷺ yang terkandung pada fasal 8 Qasidah Burdah
(5)
دلائل الخيرات وشوارق الأنوار في ذكر الصلاة على النبي المختار
Dālāilu Āl-Khāyrāti wa Syāwāriqu Āl-Ānwāri Fi Dzikri As-Salati ‘Ālā Ān-Nābiyyi Āl-Mukhtār oleh Al-Imam Abu Abdullah Muhammad bin Sulaiman al-Jazuli.
Ia merupakan kitab yang menerangkan kelebihan selawat dengan susunan selawat dalam bentuk 'hizib' atau pecahan yang dibaca secara harian untuk dikhatamkan secara mingguan.
Antara tokoh yang terkenal dalam catatan sejarah yang beramal dengan Dalaail adalah Almarhum Raja Haji Fi Sabilillah sebagaimana catatan Tuhfah Al-Nafis: "Maka Yang Dipertuan Muda Raja Haji pun bangkit menghunuskan badiknya sebelah tangan memegang kitab 'Dala'il al Khayrat'.
Maka dipeluk oleh beberapa orang maka di dalam tengah tengah hal yang demikian itu maka Yang Dipertuan Muda Raja Haji pun kenalah peluru baris senapang. Maka baginda pun rebahlah lalu mangkat syahidlah ia"
Demikianlah sebahagian kitab-kitab selawat klasik yang berakar umbi dalam kehidupan masyarakat Melayu suatu masa dahulu yang diamalkan tidak terhad ketika peringatan keputeraan Rasulullah ﷺ sahaja.Salam Mawlidur Rasul !

• • •

Missing some Tweet in this thread? You can try to force a refresh
 

Keep Current with Mohammad Faeez Harith

Mohammad Faeez Harith Profile picture

Stay in touch and get notified when new unrolls are available from this author!

Read all threads

This Thread may be Removed Anytime!

PDF

Twitter may remove this content at anytime! Save it as PDF for later use!

Try unrolling a thread yourself!

how to unroll video
  1. Follow @ThreadReaderApp to mention us!

  2. From a Twitter thread mention us with a keyword "unroll"
@threadreaderapp unroll

Practice here first or read more on our help page!

More from @H_Bakkaniy

28 Oct
Nazam Pantun Peribadi Rasul

مولاي صلي وسلم دائما ابدا
على حبيبك و اهل بيته كلهم

Tuai padi dibuanglah jerami,
Dibuat sarang si burung serindit;
Muhammad nama panggilannya di Bumi,
Ahmad masyhur namanya pada ahli langit.
مولاي صلي وسلم دائما ابدا
على حبيبك و اهل بيته كلهم

Kantuklah mata mahu terlelap,
Disergah orang langsung terperanjat;
Bukanlah Baginda berkulit gelap,
Tidak juga putih memucat.
مولاي صلي وسلم دائما ابدا
على حبيبك و اهل بيته كلهم

Main pisau tangan terbelah,
Baik luka kulit berparut;
Tidaklah Baginda tinggi menggalah,
Bukan jua rendah terbantut.
Read 9 tweets
27 Oct
Bukan Salah Serban Atau Songkok

Konon,ada pensyarah Arab menegur budak Melayu berserban kerana serban tak sunnah berbanding songkok maka eloklah kita kenal apa itu 'serban' sebab kekeliruan bila semua lilitan kepala keAraban disebut rata sebagai 'Serban'.

Ini adalah bebenang.
1)Yang disebut sebagai 'imamah dan dihukumkan sunnah dalam hadith merujuk kepada keumumuman takrifnya sebagaimana yang disebut Imam Ibrahim Al Bajuri رحمة الله عليه sebut dalam Mawahib Al Laduniyyah beliau, 'Imamah secara umum ialah apa-apa kain yang dililit atas kepala.
2)Lilitan kepala ini biasa disebut sebagai Dastaband dalam bahasa Parsi dan Urdu, Dulbānd dalam salah satu dialek bahasa Parsi, Thulband dalam dialek Turki,disebut 'Turban' oleh orang-orang Perancis dan Inggeris dan diserap masuk ke dalam Bahasa Melayu dengan sebutan 'Serban'
Read 13 tweets
25 Oct
Maksud Dan Kisah Di Sebalik Ungkapan : "#DaulatTuanku "

Bersempena mesyuarat khas KDYMM Raja-Raja Melayu hari ini,abang ingin bercerita tentang maksud ungkapan yang selalu diucapkan ini.

Ini adalah bebenang.
1)Perkataan Daulat ini merupakan perkataan pinjaman daripada bahasa Arab, iaitu Ad-Daulah yang membawa maksud Kerajaan, atau gugusan jajahan.Sementara itu,Daulat ditakrifkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka seperti berikut:
2)Daulat dan Tulah sering beriringan,iaitu dikatakan Tulah adalah kecelakaan yang menimpa seseorang yang melanggar 'Daulat' seorang Raja Melayu.
Ini kerana Daulat terbina atas persefahaman janji pada permulaan dilantiknya Raja Melayu.
Read 13 tweets
24 Oct
Hukuman Salang: Cara Hukum Bunuh Melayu Lama.

Abang akan ceritakan secara ringkas berkenaan hukuman salang ini sebab dalam perbualan dengan @NadiKitarasmi kelmarin, kurang terperinci.
Ini adalah bebenang.
1)Hukuman Salang adalah salah satu bentuk hukuman bunuh yang dijalankan pada zaman dahulu.Definisi Salang menurut Kamus Dewan Edisi Keempat seperti di dalam tangkap layar di bawah :
2)Berikut pula ilustrasi keadaan tikaman keris ketika perlaksanaan Hukuman Salang.
Read 12 tweets
23 Oct
Senarai buku-buku berkaitan Sirah (Kisah Hidup Rasulullah ﷺ) yang telah Abang baca(samada sebahagian sahaja dan ada yang sudah dikhatamkan) dan Abang cadangkan kalian untuk baca juga untuk mengelakkan salah petik fakta tentang Baginda ﷺ.
Ini adalah bebenang.
1)Sirah Ibn Hisham, ini antara sumber primer dan tertua selain kitab-kitab hadith dan Tarikh At-Tabari.Sudah ada terjemahan Bahasa Melayu,Inggeris dan Bahasa Indonesia

2)Bidayah wa Al-Nihayah oleh Imam Ibn Kathir.Sudah ada terjemahan Bahasa Indonesia dan Bahasa Inggeris.
3)Zaad Al-Ma'ad fi Hadyi Khairil 'Ibad oleh Imam Ibn Qayyim Al Jauziyyah.Sudah ada terjemahan Bahasa Indonesia dan Bahasa Inggeris.

4)Dalaail An Nubuwwah oleh Imam Al Baihaqi.

5)Dalaail An Nubuwwah oleh Imam Abu Nuaim Al Asbahani.
Read 8 tweets
23 Oct
Rabi'ul Awwal bermulanya musim bunga,
Tidaklah dimuliakan Arab sebelum Islam;
Di dalamnya diputerakan Nabi mulia,
Membawa Rahmat ke seluruh alam.
Rabi'ul Awwl tanggal dua belas,
Hari Isnin di waktu dinihari;
Abdul Mutalib berasa sangatlah belas,
Cucundanya lahir tanpa bapa di sisi.
Berkeliling Ka'abah dikelek cucunya,
Seluruh Makkah habis dicanang;
Nama Muhammad dipilih sang nenda,
Isyarat akan jadi manusia cemerlang.
Read 17 tweets

Did Thread Reader help you today?

Support us! We are indie developers!


This site is made by just two indie developers on a laptop doing marketing, support and development! Read more about the story.

Become a Premium Member ($3/month or $30/year) and get exclusive features!

Become Premium

Too expensive? Make a small donation by buying us coffee ($5) or help with server cost ($10)

Donate via Paypal Become our Patreon

Thank you for your support!

Follow Us on Twitter!