Ditanya tentang video dan mesej ini melalui whatsapp. First, saya tak pasti sama ada gambar packaging tersebut adalah packaging sebenar vaksin yang diuji.

For the sake of arguments, kita assume yang ia packaging sebenar.
Kajian yang dirujuk merupakan pre clinical study oleh pengkaji lain dan bukannya pengeluar.

Pengkaji ingin melihat bagaimana vaksin bertindak apabila dimasukkan ke dalam sel manusia. Oleh itu, MRC-5 cells digunakan.

in.reuters.com/article/uk-fac…
Dalam video tersebut, ada 3 isu yang dibangkitkan.

1. Recombinant DNA
2. MRC-5 cells
3. Adverse drug reactions

Walaupun (2) tidak digunakan dalam vaksin ini, saya akan terangkan apakah MRC-5 cells.
Recombinant DNA adalah proses manipulasi genetik. Ia kini digunakan secara meluas terutamanya dalam bidang perubatan.

Satu masa dahulu, insulin untuk pesakit diabetis dihasilkan dari khinzir. Melalui teknik recomb dna, insulin kini dihasilkan oleh bakteria.

Canggih kan?
MRC-5 cells sememangnya dihasilkan pertama kali dari janin yang digugurkan 50 tahun yang lalu.

Selepas itu, ia dihasilkan semula di makmal-makmal. Tiada lagi janin digunakan untuk proses ini.

Sel ini menjadi tempat untuk pembiakan virus.
Virus ini kemudiannya akan diasingkan dan “purified” sebelum digunakan untuk proses menghasilkan vaksin.

MRC-5 cells boleh dianggap hanya sebagai tapak semaian untuk virus.

Tiada MRC-5 cells yang terkandung di dalam mana mana vaksin!
Semua ubat termasuk vaksin mempunyai kesan sampingan, sama ada ringan atau teruk.

Setiap pengeluar vaksin wajib merekodkan apa apa kesan sampingan sama ada actual atau berpotensi dikaitkan dengan produk mereka.

Ia bukti mereka pengeluar yang bertanggungjawab.
Jelas tak? Kalau ada soalan boleh tanya. Saya akan jawab jika saya mampu.

Dapatkan informasi kesihatan dari sumber yang betul!

#MedTweetMY

• • •

Missing some Tweet in this thread? You can try to force a refresh
 

Keep Current with Fahmi Hassan

Fahmi Hassan Profile picture

Stay in touch and get notified when new unrolls are available from this author!

Read all threads

This Thread may be Removed Anytime!

PDF

Twitter may remove this content at anytime! Save it as PDF for later use!

Try unrolling a thread yourself!

how to unroll video
  1. Follow @ThreadReaderApp to mention us!

  2. From a Twitter thread mention us with a keyword "unroll"
@threadreaderapp unroll

Practice here first or read more on our help page!

More from @Fahmibinhassan

26 Jul
Kenapa ‘tembak’ suhu di kepala?

Suhu permukaan badan manusia boleh berubah mengikut persekitaran. Waktu cuaca panas, saluran darah akan mengembang menyebabkan lebih banyak aliran berhampiran permukaan kulit untuk membebaskan haba. Waktu ini, badan akan terasa panas.
Semasa sejuk, saluran darah di permukaan kulit akan mengecut. Haba akan disimpan di dalam badan. Sesetengah anggota badan akan terasa sejuk. Contohnya tangan.
Demam pula adalah apabila “core temperature” dalam badan meningkat. Ini adalah tindakbalas fisiologi badan sekiranya terdapat jangkitan.
Read 8 tweets
21 Mar
Soalan:

Bolehkah saya beli ubat Chloroquine sebagai persediaan sekiranya dijangkiti COVID19?

(Thread) Image
Jawapan:

TIDAK BOLEH.

Benar, ubat ini adalah salah satu ubat yang digunakan dalam rawatan pesakit COVID19. Terdapat beberapa jenis ubat lagi yang digunakan dalam usaha untuk merawat pesakit seperti Kaletra, Hydroxychloroquine, Ribavirin dan lain-lain.
Keberkesanan rawatan-rawatan tersebut masih dinilai memandangkan tiada rawatan spesifik yang terbukti berkesan merawat jangkitan COVID19.

Rawatan tersebut akan dipreskrib oleh doktor sekiranya pesakit benar-benar dijangkiti serta memerlukan rawatan berdasarkan keadaan pesakit.
Read 4 tweets
20 Mar
Susah kan nak lawan penyakit berjangkit?

Kena duduk rumah. Tak boleh jumpa orang lain. Kalau keluar kena pakai mask. Kena sentiasa cuci tangan dan hand sanitiser. Tak boleh balik kampung. Bimbang bila anak dan keluarga sakit.
Hospital penuh. Staf mula kena jangkitan. Staf kena kuarantin. Staf tak cukup. Orang sakit makin ramai. ICU mula penuh. Yang sakit biasa-biasa diarahkan balik.

Susah kan?
Macam inilah bila penyakit berjangkit tular. Dulu antivaksin kata jangan takut dengan penyakit berjangkit. Tak perlu vaksin. Jaga kebersihan dah cukup.

Sekarang baru semua perasan. Penyakit berjangkit macam ini tak pilih orang. Bila ia tular, semua orang kena.
Read 6 tweets
31 Oct 19
Semasa sesi program Analisis semalam, Dr Nor Aryana menyebut yang nikotin akan mendatangkan kesan dalam tempoh 10 saat. Kenyataannya ditertawakan oleh panel dan penyokong vape. Image
Dalam sains perubatan, terdapat satu cabang ilmu yang mengkaji bagaimana sesuatu bahan atau ubat mendatangkan perubahan fisiologi pada tubuh. Bidang tersebut dikenali sebagai sains farmakologi.
Terdapat dua konsep asas dalam farmakologi iaitu farkamodinamik dan farmakokinetik. Farmakodinamik mengkaji bagaimana sesuatu ubat memberi kesan kepada badan. Farmakokinetik pula mengkaji bagaimana tubuh memproses ubat yang masuk ke dalam badan.
Read 9 tweets
27 Aug 18
Nicotine Replacement Therapy (NRT) adalah salah satu bantuan yang baik untuk bantu perokok berhenti merokok. Tapi, nak guna pun perlu tahu cara yang betul. Ada beberapa jenis NRT yang boleh digunakan ikut kesesuaian dan keselesaan.

Follow thread ini.
NRT gunanya untuk bekalkan nikotin kepada badan. Biasanya perokok dapat nikotin melalui rokok. Bila nikotin kurang, perokok akan dapat 'withdrawal'.

Nak kurangkan withdrawal, boleh guna NRT. Kajian kata kadar berjaya berhenti rokok adalah dua kali ganda jika guna NRT.
Anggaran masa untuk guna NRT adalah selama 8-12 minggu. Guna lebih 12 minggu pun boleh. Kalau belum nak berhenti, NRT boleh kurangkan jumlah rokok sehari.

Ada 4 jenis NRT wujud di Malaysia. Biasanya seorang guna 1 jenis sahaja. Tapi kalau tegar sangat, boleh combine 2 jenis.
Read 9 tweets
20 Aug 18
Berhenti merokok adalah satu proses perubahan gaya hidup (behaviour change). Prosesnya agak sama dengan bila kita ambil keputusan untuk diet, bersenam, makan ubat, nak jadi lebih baik dan sebagainya.

Ahli psikologi kata, ada 6 fasa bila kita dalam proses untuk berubah.
1. PRE CONTEMPLATION - waktu ini kita tak terfikir pun nak berubah. Tak rasa nak berhenti rokok. Tak rasa gemuk itu satu masalah. Rasa makan ubat tu tak penting.

Kalau ada kawan yang fasa ini, encourage dia untuk explore masalah dia sendiri.
2. CONTEMPLATION - Ini fasa atas pagar. Orang tu ada niat untuk berubah. Niat untuk berhenti rokok tapi tak tahu bila. Belum ada tarikh.

Tapi dah mula sedar yang merokok itu bahaya dan penting untuk dia berhenti.
Read 8 tweets

Did Thread Reader help you today?

Support us! We are indie developers!


This site is made by just two indie developers on a laptop doing marketing, support and development! Read more about the story.

Become a Premium Member ($3/month or $30/year) and get exclusive features!

Become Premium

Too expensive? Make a small donation by buying us coffee ($5) or help with server cost ($10)

Donate via Paypal Become our Patreon

Thank you for your support!

Follow Us on Twitter!