Profile picture
Fahmi Hassan @Fahmibinhassan
, 9 tweets, 3 min read Read on Twitter
Nicotine Replacement Therapy (NRT) adalah salah satu bantuan yang baik untuk bantu perokok berhenti merokok. Tapi, nak guna pun perlu tahu cara yang betul. Ada beberapa jenis NRT yang boleh digunakan ikut kesesuaian dan keselesaan.

Follow thread ini.
NRT gunanya untuk bekalkan nikotin kepada badan. Biasanya perokok dapat nikotin melalui rokok. Bila nikotin kurang, perokok akan dapat 'withdrawal'.

Nak kurangkan withdrawal, boleh guna NRT. Kajian kata kadar berjaya berhenti rokok adalah dua kali ganda jika guna NRT.
Anggaran masa untuk guna NRT adalah selama 8-12 minggu. Guna lebih 12 minggu pun boleh. Kalau belum nak berhenti, NRT boleh kurangkan jumlah rokok sehari.

Ada 4 jenis NRT wujud di Malaysia. Biasanya seorang guna 1 jenis sahaja. Tapi kalau tegar sangat, boleh combine 2 jenis.
1. Nicotine Patch.

Benda ni tampal dekat kulit yang tak ada bulu. Pakai 16 jam sehari. Jangan pakai waktu tidur. Nak tidur cabut. Esok tampal dekat tempat lain pula. Ada beberapa dos kekuatan. Bincang dengan ahli farmasi.
2. Nicotine Gum.

Ni makan macam chewing gum. Kunyah lebih kurang 10 kali, nanti mula rasa berangin. Lepas tu berhenti kunyah dan sorok celah gusi. Bila dah tawar balik, sambung kunyah. Ulang-ulang. Satu gum boleh kunyah lebih kurang 30 minit.
Dalam masa 15 minit lepas kunyah, jangan makan atau minum apa-apa selain air kosong. Biasanya cara guna adalah 1 gum setiap 1-2 jam. Boleh naikkan dan turunkan ikut tahap ketagihan. Tapi kena bincang dengan ahli farmasi atau doktor yang merawat.
3. Nicotine Lozenge.

Yang ni macam gula-gula. Hisap sampai habis. Rasa dia ok. Ada 2 mg dan ada 4 mg.

Ambil satu lozenge setiap 1-2 jam. Lepas 6 minggu, ambil 1 setiap 2-4jam. Lepas 10 minggu ambil 1 setiap 4-8 jam. Maksimum 15 lozenge sehari.
4. Nicotine Inhaler.

Yang ni jarang sikit jumpa. Catridge dia boleh tukar bila habis. Satu catridge boleh sedut lebih kurang 80 kali. Sehari biasanya guna 6-16 catridge.

Ramai juga suka yang ni sebab mulut tak rasa kosong. Mungkin kurang feel sikit lah sebab tak ada asap.
Semua NRT ni bertujuan membantu sahaja. Nak berhenti memang kena cekal. Dos NRT perlu ubah-ubah ikut tahap ketagihan setiap perokok. Boleh beli di farmasi komuniti tanpa preskripsi. Tanya ahli farmasi sampai faham sebelum beli.

Semoga berjaya!
#MedTweetMY
Missing some Tweet in this thread?
You can try to force a refresh.

Like this thread? Get email updates or save it to PDF!

Subscribe to Fahmi Hassan
Profile picture

Get real-time email alerts when new unrolls are available from this author!

This content may be removed anytime!

Twitter may remove this content at anytime, convert it as a PDF, save and print for later use!

Try unrolling a thread yourself!

how to unroll video

1) Follow Thread Reader App on Twitter so you can easily mention us!

2) Go to a Twitter thread (series of Tweets by the same owner) and mention us with a keyword "unroll" @threadreaderapp unroll

You can practice here first or read more on our help page!

Did Thread Reader help you today?

Support us! We are indie developers!


This site is made by just three indie developers on a laptop doing marketing, support and development! Read more about the story.

Become a Premium Member and get exclusive features!

Premium member ($3.00/month or $30.00/year)

Too expensive? Make a small donation by buying us coffee ($5) or help with server cost ($10)

Donate via Paypal Become our Patreon

Thank you for your support!