"Sudah gaharu,cendana pula
Sudah tahu,bertanya pula"
Peribahasa dalam pantun dua kerat ini menyebut tentang dua jenis kayu yang terkenal.Apa pengertiannya dan apa kegunaan kedua kayu ini dalam alam Melayu?
Bagi cukup 350 ulangciap(RT) dulu baru abang cerita.
Mula!
Dah capai sasaran!
Kita mulakan dengan berkenalan terlebih dahulu dengan Gaharu dan Cendana.Kedua-dua kayu ini mempunyai bauan yang wangi,tetapi aromanya berlainan.Kedua-dua pokok ini berbeza spesiesnya.
Gaharu juga disebut sebagai Agarwood atau Oud,Cendana pula Sandalwood.
1)Gaharu merupakan bahan yang terhasil dsri pohon Karas atau Agarwood dari speisis Aquilaria.Ia boleh ditemukan di Malaysia,Indonesia,India,Kemboja,Laos,Thailand dan Laos.Terdapat pelbagai jenis pula cabang dari speisis Aquilaria yang menghasilkan Gaharu.
2)Gaharu ialah sejenis damar(resin) yang berbau wangi.Ia terhasil tindakbalas dari kecederaan pada batang pohon Karas.Pohon Karas yanh dicederakan akan dijangkiti sejenis kulat yang akan menghasilkan damar Gaharu.Gaharu dalam batang Karas berwarna coklat gelap kehitaman.
3)Gaharu merupakan bahan wangian premium yang amat mahal.Menurut laporan akhbar The Star pada tahun 2014,harga kepingan gaharu mentah tempatan boleh mencecah sehingga RM12,000 sekilogram.
4)Gaharu pernah disebut dalam Sulalatus Salatin sebagai salah satu hadiah berharga yang dipersembahkan kepada Raja Zainal,saudara kepada Sultan Mahmud Syah yang dikatakan terlalu kacak sehingga menyebabkan wanita-wanita di Melaka menjadi tergila-gilakan akan Baginda.
5)Petikan Sulalatus Salatin;
"...gajah gemuling berpuluh cepu, bau-bauan khelembak(gaharu) masak,narawastu beratus cembul,jejebat masak berair mawar,bunga air wangi apatah lagi;maka barang berkenan juga diambil Baginda..."
6)Gaharu sejak zaman Melaka dijadikan bahan bakar mewangikan sekeliling,dijadikan minyak serta barang dagangan yang mahal harganya.Rendaman air gaharu pula dikatakan dijadikan penawar untuk menyejukkan badan dan memecahkan lendir di dalam kerongkong.
IKLAN!
Mohon sudi jengah bebenang ini dan ulangciap(RT) ya!
7)Kayu Cendana atau Sandalwood pula berasal dari speisis Santalum yang memang berbau harum secara aslinya dan tidak seperti Kayu Karas yang mesti dijadikan Gaharu terlebih dahulu bagi mengeluarkan baunya.
8)Kayu Cendana dijadikan bahan bakar juga seperti Gaharu,selain dijadikan minyak,dan digunakan dalam balutan kafan.
9)Dikatakan juga pembakaran Cendana merangsang orang yang menghidunya,dan minyaknya disapukan ke kulit untuk tujuan perubatan.Catatan pedagang China sekitar abad ke 14 juga menyatakan Cendana antar produk eksport yang dibawa dari Melaka ke China.
10)Kembali kepada persoalan pembayang pantun dua kerat di atas,mengapa disebut kedua-dua jenis wangian ini?
Jawapannya kerana perbezaan bau dan nilai kedua-duanya berbeza.
11)Bauan gaharu lebih menyengat dsn menyerlah dan bertahan lama serta nilainya lebih mahal berbanding cendana.
Iklan: Untuk penjelasan lebih lanjut tentang perbezaan aroma gaharu dan cendana boleh rujuk kepada @AusMeshi
12)Justeru itu sebabnya apabila disebut 'sudah gaharu cendana pula 'ia bermaksud sudah diketahui dan memadai dengan gaharu kerana kehebatannya,maka tidak perlulah lagi hendak ditampilkan cendana,kerana dengan gaharu sahaja sudah terang-terangan wangi dan mahal nilainya.
Demikianlah penjelasan ringkas tentang ungkapan masyhur ini.Terima kasih kerana sudi membaca dan ringankanlah jari jemari mengulangciap(RT) ciapan-ciapan maklumat di Twitter Abang ini ya!
Video dokumentari pendek berkenaan industri Gaharu dan kaedah penghasilannya oleh Business Insider
Sebenarnya Abang sendiri dah tak berapa ingat apa yang Abang tulis berkenaan ungkapan dan peribahasa Melayu.Tapi abang cuba senaraikan yang mana Abang ingat dalam bebenang tentang bebenang yang Abang pernah tulis sebelum ini.Kalau sudi,bacalah.Ulangciap(RT) juga.
Terima kasih!
"Sayangkan anak tangan-tangankan,sayangkan isteri tinggal-tinggalkan"
Ini pun antara ungkapan Melayu yang kerap disalahgunakan dan disalahertikan.
Cukup 300 ulangciap(RT) abang huraikan balik pemahaman sebenar ungkapan ni.
1)Baiklah oleh kerana sudah capai sasaran ini penjelasannya.
Ungkapan ini ada dua bahagian yang mempunyai maksud tersirat.
Pertama pada sebutan 'tangan-tangankan'
Pasti apabila disebut frasa ini,anda akan terbayang maksudnya begini:
2)Sebenarnya salah satu maksud tangan-tangankan juga memberi erti supaya diurus,dibentuk dan dididik,bukan semata-mata pukul.Ini seperti yang terakam pada definisi perkataan 'tangan' dalam Kamus Dewan Edisi Keempat.
Mengenal Sosok Pengarang Feminis Melayu Klasik;
Raja Aisyah bintu Raja Sulaiman.
Ini adalah bebenang.
1)Beliau merupakan cucu kepada Raja Ali Haji,tokoh ulama',sejarawan,dan sasterawan Bugis yang terkenal dengan pelbagai karya tulis, antaranya;
-Tuhfat Al Nafis
-Gurindam Dua Belas
-Salasilah Melayu dan Bugis
Serta banyak lagi.
2)Raja Aisyah merupakan puteri diraja Kesultanan Riau-Lingga,lahir di Pulau Penyengat,Riau sekitar tahun 1869.Beliau kemudian bernikah dengan Raja Khalid bin Raja Hasan yang lebih dikenali sebagai Raja Khalid Hitam.
1)Menurut Dr Siti Zainon Ismail dalam "Pakaian Cara Melayu" , warna hitam merupakan warna yang sinonim dengan 'Orang-Orang Bergelar' atau pahlawan.Pendapat beliau disokong berdasarkan teks 'Hikayat Hang Tuah' , 'Misa Melayu' serta 'Salasilah Melayu dan Bugis'.
2)Hikayat Hang Tuah menyebutkan;
"...serba gagak sekawan atau serba hitam berbaju hayat".
Manakala pakaian Upu Daeng Celak dalam 'Salasilah' pula;
"...Seluar bertabur tanah hitam, berbaju tabur tanah hitam".
(Gambar hiasan ihsan Cikgu Jad,seorang pengajar silat & tanjak)
Kitab-kitab Selawat yang masyhur di Alam Melayu dan Kepulauan Nusantara
Ini adalah bebenang
(1) عقد الجوهر في مولد النبي الأزهر
‘Iqd Āl-Jāwāhir fi Māwlid Ān-Nābiy Āl-Āzhār yang dikarang oleh Syeikh Ja'far bin Hasan bin Abdul Karim bin as-
Sayyid Muhammad bin Abd ar-Rasul al-Barzanji yang lebih kita kenali dengan sebutan 'Kitab Mawlid Barzanji'.
Mawlid Al Barzanji disempurnakan penulisannya dengan dimasukkan syair dan nazam oleh cicit pengarangnya, iaitu ‘Allamah Sayyid Zain al- Abidin ibn Sayyid
Muhammad al-Hadi Al-Barzanji.