Mengenal Sosok Pengarang Feminis Melayu Klasik;
Raja Aisyah bintu Raja Sulaiman.
Ini adalah bebenang.
1)Beliau merupakan cucu kepada Raja Ali Haji,tokoh ulama',sejarawan,dan sasterawan Bugis yang terkenal dengan pelbagai karya tulis, antaranya;
-Tuhfat Al Nafis
-Gurindam Dua Belas
-Salasilah Melayu dan Bugis
Serta banyak lagi.
2)Raja Aisyah merupakan puteri diraja Kesultanan Riau-Lingga,lahir di Pulau Penyengat,Riau sekitar tahun 1869.Beliau kemudian bernikah dengan Raja Khalid bin Raja Hasan yang lebih dikenali sebagai Raja Khalid Hitam.
3)Pada tahun 1911 penjajah Belanda telah menyingkirkan Sultan Abdul Rahman,sekaligus memansuhkan kesultanan Riau-Lingga,beliau dan suami membawa diri ke Singapura.Dari sana,beliau dan suami kerap berulang-alik ke Jepun.
3)Kepergian mereka ke Jepun adalah untuk berunding dengan Jepun untuk membantu mengusir Belanda dari kepulauan Riau-Lingga.Sehingga pada kali terakhir mereka berada di Jepun,Raja Khalid meninggal dunia di sana.
4)Kepulangan Raja Aisyah ke Singapura dirundung pilu akibat kematian suaminya dan ditambah lagi dengan statusnya sebagai balu yang kurang dihormati masyarakat sekeliling menyebabkan beliau bangkit melalui penulisan, memperjuangkan emansipasi wanita.
5)Antara karya tulisnya, 'Syair Khadamuddin' beliau membawakan watak Sabariah yang kematian suami akibat dibunuh untuk menggambarkan situasi yang dialamninya.
6)Dalam 'Hikayat Syamsul Anwar' pula beliau seolah-olah menjadikannya sebagai sebuah autobiografi beliau dengan memperihalkan kepahlawanan 'Malik Alfandi/Affandi Hakim,seorang wanita yang dipaksa berkahwin setelah kematian ibunya.
7)Kepahlawanan Alfandi Hakim dalam Hikayat tersebut telah mengagumkan Raja Syamsul Anwar yang tidak menyedari bahawa Alfandi Hakim itu sebenarnya calon isterinya yang melarikan diri.
8)Karya tulis Raja Aisyah memberi suatu gambaran bahawa kaum wanita tidak seharusnya bersikap lemah gemalai dan menunggu pinangan datang sahaja sekiranya inginkan sesuatu yang besar dalam hidup.
9)Hikayat Syamsul Anwar yang ditulisnya ini lebih awal berbanding Hikayat Faridah Hanom tulisan Syed Syeikh Al Hadi yang memperihalkan kepentingan pendidikan buat kaum wanita.
10)Raja Aisyah meninggal dunia di Johor pada tahun 1925 dan dikebumikan di sana.Tulisan dan riwayat hidupnya telah diselenggara dan dikaji oleh Dr Ding Choo Ming, dari Institut Alam dan Tamadun Melayu (ATMA) UKM.
Terima kasih kerana sudi membaca,dan sudikanlah untuk mengulangciap (RT) maklumat ini.
• • •
Missing some Tweet in this thread? You can try to
force a refresh
"Sayangkan anak tangan-tangankan,sayangkan isteri tinggal-tinggalkan"
Ini pun antara ungkapan Melayu yang kerap disalahgunakan dan disalahertikan.
Cukup 300 ulangciap(RT) abang huraikan balik pemahaman sebenar ungkapan ni.
1)Baiklah oleh kerana sudah capai sasaran ini penjelasannya.
Ungkapan ini ada dua bahagian yang mempunyai maksud tersirat.
Pertama pada sebutan 'tangan-tangankan'
Pasti apabila disebut frasa ini,anda akan terbayang maksudnya begini:
2)Sebenarnya salah satu maksud tangan-tangankan juga memberi erti supaya diurus,dibentuk dan dididik,bukan semata-mata pukul.Ini seperti yang terakam pada definisi perkataan 'tangan' dalam Kamus Dewan Edisi Keempat.
1)Menurut Dr Siti Zainon Ismail dalam "Pakaian Cara Melayu" , warna hitam merupakan warna yang sinonim dengan 'Orang-Orang Bergelar' atau pahlawan.Pendapat beliau disokong berdasarkan teks 'Hikayat Hang Tuah' , 'Misa Melayu' serta 'Salasilah Melayu dan Bugis'.
2)Hikayat Hang Tuah menyebutkan;
"...serba gagak sekawan atau serba hitam berbaju hayat".
Manakala pakaian Upu Daeng Celak dalam 'Salasilah' pula;
"...Seluar bertabur tanah hitam, berbaju tabur tanah hitam".
(Gambar hiasan ihsan Cikgu Jad,seorang pengajar silat & tanjak)
Kitab-kitab Selawat yang masyhur di Alam Melayu dan Kepulauan Nusantara
Ini adalah bebenang
(1) عقد الجوهر في مولد النبي الأزهر
‘Iqd Āl-Jāwāhir fi Māwlid Ān-Nābiy Āl-Āzhār yang dikarang oleh Syeikh Ja'far bin Hasan bin Abdul Karim bin as-
Sayyid Muhammad bin Abd ar-Rasul al-Barzanji yang lebih kita kenali dengan sebutan 'Kitab Mawlid Barzanji'.
Mawlid Al Barzanji disempurnakan penulisannya dengan dimasukkan syair dan nazam oleh cicit pengarangnya, iaitu ‘Allamah Sayyid Zain al- Abidin ibn Sayyid
Muhammad al-Hadi Al-Barzanji.
Konon,ada pensyarah Arab menegur budak Melayu berserban kerana serban tak sunnah berbanding songkok maka eloklah kita kenal apa itu 'serban' sebab kekeliruan bila semua lilitan kepala keAraban disebut rata sebagai 'Serban'.
Ini adalah bebenang.
1)Yang disebut sebagai 'imamah dan dihukumkan sunnah dalam hadith merujuk kepada keumumuman takrifnya sebagaimana yang disebut Imam Ibrahim Al Bajuri رحمة الله عليه sebut dalam Mawahib Al Laduniyyah beliau, 'Imamah secara umum ialah apa-apa kain yang dililit atas kepala.
2)Lilitan kepala ini biasa disebut sebagai Dastaband dalam bahasa Parsi dan Urdu, Dulbānd dalam salah satu dialek bahasa Parsi, Thulband dalam dialek Turki,disebut 'Turban' oleh orang-orang Perancis dan Inggeris dan diserap masuk ke dalam Bahasa Melayu dengan sebutan 'Serban'
Maksud Dan Kisah Di Sebalik Ungkapan : "#DaulatTuanku "
Bersempena mesyuarat khas KDYMM Raja-Raja Melayu hari ini,abang ingin bercerita tentang maksud ungkapan yang selalu diucapkan ini.
Ini adalah bebenang.
1)Perkataan Daulat ini merupakan perkataan pinjaman daripada bahasa Arab, iaitu Ad-Daulah yang membawa maksud Kerajaan, atau gugusan jajahan.Sementara itu,Daulat ditakrifkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka seperti berikut:
2)Daulat dan Tulah sering beriringan,iaitu dikatakan Tulah adalah kecelakaan yang menimpa seseorang yang melanggar 'Daulat' seorang Raja Melayu.
Ini kerana Daulat terbina atas persefahaman janji pada permulaan dilantiknya Raja Melayu.