Warna-Warni Alam Melayu
(Bahagian 2)

Bebenang ini merupakan kesinambungan tulisan yang lepas,berkenaan kerencaman warna secara umum dalam Alam Melayu;
Boleh baca di pautan ini:


Tulisan kali ini memfokuskan kepada warna hitam.
1)Menurut Dr Siti Zainon Ismail dalam "Pakaian Cara Melayu" , warna hitam merupakan warna yang sinonim dengan 'Orang-Orang Bergelar' atau pahlawan.Pendapat beliau disokong berdasarkan teks 'Hikayat Hang Tuah' , 'Misa Melayu' serta 'Salasilah Melayu dan Bugis'.
2)Hikayat Hang Tuah menyebutkan;
"...serba gagak sekawan atau serba hitam berbaju hayat".

Manakala pakaian Upu Daeng Celak dalam 'Salasilah' pula;
"...Seluar bertabur tanah hitam, berbaju tabur tanah hitam".
(Gambar hiasan ihsan Cikgu Jad,seorang pengajar silat & tanjak)
3)Menurut Dr Johan Iskandar dalam 'Destar Alam Melayu', terdapat tanjak khas bagi Panglima yang kebiasaannya dikarang dengan kain dasar tanah hitam.Tanjak tersebut bernama 'Bulang Bidang' dan mempunyai berberapa variasi karangan berbeza.
(Kredit gambar cikgu @Mitchai10516734 )
4) Pada pemerintahan Temenggong Abu Bakar di Johor pula,pakaian kehormatan ala Barat diperkenalkan sebagai pakaian formal,dan turut pernah digayakan oleh Almarhum Sultan Idris Shah I Perak (yang berada di tengah-tengah) yang turut menggunakan warna Hitam sebagai warna utama.
5)Warna Hitam juga merupakan warna simbol Bendahara yang menjadi warna asal kerajaan negeri Pahang pada zaman awal Bendahara Wan Ahmad pada tahun 1863 sebelum baginda dimasyhurkan sebagai Sultan Ahmad Al Muadzam Shah pada tahun 1882.
Kredit gambar: @HouseOfPahang
6)Pada zaman kini,persalinan baju Melayu berwarna hitam pula merupakan pakaian rasmi yang dipakai bagi acara tertentu di Istana Negara serta pada kebanyakan adat istiadat Istana.
Sekian perkongsian ringkas ini.Sambungan berikutnya akan menyusul pada warna Hijau,Merah dan Ungu.Terima kasih kerana sudi membaca dan mohon jasa baik kalian mengulangciap (RT) tulisan ini.

• • •

Missing some Tweet in this thread? You can try to force a refresh
 

Keep Current with Mohammad Faeez Harith

Mohammad Faeez Harith Profile picture

Stay in touch and get notified when new unrolls are available from this author!

Read all threads

This Thread may be Removed Anytime!

PDF

Twitter may remove this content at anytime! Save it as PDF for later use!

Try unrolling a thread yourself!

how to unroll video
  1. Follow @ThreadReaderApp to mention us!

  2. From a Twitter thread mention us with a keyword "unroll"
@threadreaderapp unroll

Practice here first or read more on our help page!

More from @H_Bakkaniy

15 Nov
"Sayangkan anak tangan-tangankan,sayangkan isteri tinggal-tinggalkan"

Ini pun antara ungkapan Melayu yang kerap disalahgunakan dan disalahertikan.

Cukup 300 ulangciap(RT) abang huraikan balik pemahaman sebenar ungkapan ni.
1)Baiklah oleh kerana sudah capai sasaran ini penjelasannya.
Ungkapan ini ada dua bahagian yang mempunyai maksud tersirat.

Pertama pada sebutan 'tangan-tangankan'

Pasti apabila disebut frasa ini,anda akan terbayang maksudnya begini: Image
2)Sebenarnya salah satu maksud tangan-tangankan juga memberi erti supaya diurus,dibentuk dan dididik,bukan semata-mata pukul.Ini seperti yang terakam pada definisi perkataan 'tangan' dalam Kamus Dewan Edisi Keempat.
Read 10 tweets
15 Nov
Mengenal Sosok Pengarang Feminis Melayu Klasik;
Raja Aisyah bintu Raja Sulaiman.

Ini adalah bebenang. Image
1)Beliau merupakan cucu kepada Raja Ali Haji,tokoh ulama',sejarawan,dan sasterawan Bugis yang terkenal dengan pelbagai karya tulis, antaranya;
-Tuhfat Al Nafis
-Gurindam Dua Belas
-Salasilah Melayu dan Bugis

Serta banyak lagi.
2)Raja Aisyah merupakan puteri diraja Kesultanan Riau-Lingga,lahir di Pulau Penyengat,Riau sekitar tahun 1869.Beliau kemudian bernikah dengan Raja Khalid bin Raja Hasan yang lebih dikenali sebagai Raja Khalid Hitam.
Read 13 tweets
29 Oct
Istimewa Sempena Peringatan Keputeraan Rasulullah ﷺ

Kitab-kitab Selawat yang masyhur di Alam Melayu dan Kepulauan Nusantara

Ini adalah bebenang
(1)
عقد الجوهر في مولد النبي الأزهر
‘Iqd Āl-Jāwāhir fi Māwlid Ān-Nābiy Āl-Āzhār yang dikarang oleh Syeikh Ja'far bin Hasan bin Abdul Karim bin as-
Sayyid Muhammad bin Abd ar-Rasul al-Barzanji yang lebih kita kenali dengan sebutan 'Kitab Mawlid Barzanji'.
Mawlid Al Barzanji disempurnakan penulisannya dengan dimasukkan syair dan nazam oleh cicit pengarangnya, iaitu ‘Allamah Sayyid Zain al- Abidin ibn Sayyid
Muhammad al-Hadi Al-Barzanji.
Read 17 tweets
28 Oct
Nazam Pantun Peribadi Rasul

مولاي صلي وسلم دائما ابدا
على حبيبك و اهل بيته كلهم

Tuai padi dibuanglah jerami,
Dibuat sarang si burung serindit;
Muhammad nama panggilannya di Bumi,
Ahmad masyhur namanya pada ahli langit.
مولاي صلي وسلم دائما ابدا
على حبيبك و اهل بيته كلهم

Kantuklah mata mahu terlelap,
Disergah orang langsung terperanjat;
Bukanlah Baginda berkulit gelap,
Tidak juga putih memucat.
مولاي صلي وسلم دائما ابدا
على حبيبك و اهل بيته كلهم

Main pisau tangan terbelah,
Baik luka kulit berparut;
Tidaklah Baginda tinggi menggalah,
Bukan jua rendah terbantut.
Read 9 tweets
27 Oct
Bukan Salah Serban Atau Songkok

Konon,ada pensyarah Arab menegur budak Melayu berserban kerana serban tak sunnah berbanding songkok maka eloklah kita kenal apa itu 'serban' sebab kekeliruan bila semua lilitan kepala keAraban disebut rata sebagai 'Serban'.

Ini adalah bebenang.
1)Yang disebut sebagai 'imamah dan dihukumkan sunnah dalam hadith merujuk kepada keumumuman takrifnya sebagaimana yang disebut Imam Ibrahim Al Bajuri رحمة الله عليه sebut dalam Mawahib Al Laduniyyah beliau, 'Imamah secara umum ialah apa-apa kain yang dililit atas kepala.
2)Lilitan kepala ini biasa disebut sebagai Dastaband dalam bahasa Parsi dan Urdu, Dulbānd dalam salah satu dialek bahasa Parsi, Thulband dalam dialek Turki,disebut 'Turban' oleh orang-orang Perancis dan Inggeris dan diserap masuk ke dalam Bahasa Melayu dengan sebutan 'Serban'
Read 13 tweets
25 Oct
Maksud Dan Kisah Di Sebalik Ungkapan : "#DaulatTuanku "

Bersempena mesyuarat khas KDYMM Raja-Raja Melayu hari ini,abang ingin bercerita tentang maksud ungkapan yang selalu diucapkan ini.

Ini adalah bebenang.
1)Perkataan Daulat ini merupakan perkataan pinjaman daripada bahasa Arab, iaitu Ad-Daulah yang membawa maksud Kerajaan, atau gugusan jajahan.Sementara itu,Daulat ditakrifkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka seperti berikut:
2)Daulat dan Tulah sering beriringan,iaitu dikatakan Tulah adalah kecelakaan yang menimpa seseorang yang melanggar 'Daulat' seorang Raja Melayu.
Ini kerana Daulat terbina atas persefahaman janji pada permulaan dilantiknya Raja Melayu.
Read 13 tweets

Did Thread Reader help you today?

Support us! We are indie developers!


This site is made by just two indie developers on a laptop doing marketing, support and development! Read more about the story.

Become a Premium Member ($3/month or $30/year) and get exclusive features!

Become Premium

Too expensive? Make a small donation by buying us coffee ($5) or help with server cost ($10)

Donate via Paypal Become our Patreon

Thank you for your support!

Follow Us on Twitter!