Sebenarnya Abang sendiri dah tak berapa ingat apa yang Abang tulis berkenaan ungkapan dan peribahasa Melayu.Tapi abang cuba senaraikan yang mana Abang ingat dalam bebenang tentang bebenang yang Abang pernah tulis sebelum ini.Kalau sudi,bacalah.Ulangciap(RT) juga.
Terima kasih!
4)Metafora Fauna Dalam Peribahasa Melayu
5)"Yang kurik itu kundi,yang merah itu saga"
6)"Sayangkan anak tangan-tangankan,sayangkan isteri tinggal-tinggalkan"

• • •

Missing some Tweet in this thread? You can try to force a refresh
 

Keep Current with Mohammad Faeez Harith

Mohammad Faeez Harith Profile picture

Stay in touch and get notified when new unrolls are available from this author!

Read all threads

This Thread may be Removed Anytime!

PDF

Twitter may remove this content at anytime! Save it as PDF for later use!

Try unrolling a thread yourself!

how to unroll video
  1. Follow @ThreadReaderApp to mention us!

  2. From a Twitter thread mention us with a keyword "unroll"
@threadreaderapp unroll

Practice here first or read more on our help page!

More from @H_Bakkaniy

21 Nov
"Sudah gaharu,cendana pula
Sudah tahu,bertanya pula"

Peribahasa dalam pantun dua kerat ini menyebut tentang dua jenis kayu yang terkenal.Apa pengertiannya dan apa kegunaan kedua kayu ini dalam alam Melayu?

Bagi cukup 350 ulangciap(RT) dulu baru abang cerita.

Mula!
Dah capai sasaran!

Kita mulakan dengan berkenalan terlebih dahulu dengan Gaharu dan Cendana.Kedua-dua kayu ini mempunyai bauan yang wangi,tetapi aromanya berlainan.Kedua-dua pokok ini berbeza spesiesnya.
Gaharu juga disebut sebagai Agarwood atau Oud,Cendana pula Sandalwood.
1)Gaharu merupakan bahan yang terhasil dsri pohon Karas atau Agarwood dari speisis Aquilaria.Ia boleh ditemukan di Malaysia,Indonesia,India,Kemboja,Laos,Thailand dan Laos.Terdapat pelbagai jenis pula cabang dari speisis Aquilaria yang menghasilkan Gaharu.
Read 17 tweets
15 Nov
"Sayangkan anak tangan-tangankan,sayangkan isteri tinggal-tinggalkan"

Ini pun antara ungkapan Melayu yang kerap disalahgunakan dan disalahertikan.

Cukup 300 ulangciap(RT) abang huraikan balik pemahaman sebenar ungkapan ni.
1)Baiklah oleh kerana sudah capai sasaran ini penjelasannya.
Ungkapan ini ada dua bahagian yang mempunyai maksud tersirat.

Pertama pada sebutan 'tangan-tangankan'

Pasti apabila disebut frasa ini,anda akan terbayang maksudnya begini:
2)Sebenarnya salah satu maksud tangan-tangankan juga memberi erti supaya diurus,dibentuk dan dididik,bukan semata-mata pukul.Ini seperti yang terakam pada definisi perkataan 'tangan' dalam Kamus Dewan Edisi Keempat.
Read 10 tweets
15 Nov
Mengenal Sosok Pengarang Feminis Melayu Klasik;
Raja Aisyah bintu Raja Sulaiman.

Ini adalah bebenang.
1)Beliau merupakan cucu kepada Raja Ali Haji,tokoh ulama',sejarawan,dan sasterawan Bugis yang terkenal dengan pelbagai karya tulis, antaranya;
-Tuhfat Al Nafis
-Gurindam Dua Belas
-Salasilah Melayu dan Bugis

Serta banyak lagi.
2)Raja Aisyah merupakan puteri diraja Kesultanan Riau-Lingga,lahir di Pulau Penyengat,Riau sekitar tahun 1869.Beliau kemudian bernikah dengan Raja Khalid bin Raja Hasan yang lebih dikenali sebagai Raja Khalid Hitam.
Read 13 tweets
14 Nov
Warna-Warni Alam Melayu
(Bahagian 2)

Bebenang ini merupakan kesinambungan tulisan yang lepas,berkenaan kerencaman warna secara umum dalam Alam Melayu;
Boleh baca di pautan ini:


Tulisan kali ini memfokuskan kepada warna hitam.
1)Menurut Dr Siti Zainon Ismail dalam "Pakaian Cara Melayu" , warna hitam merupakan warna yang sinonim dengan 'Orang-Orang Bergelar' atau pahlawan.Pendapat beliau disokong berdasarkan teks 'Hikayat Hang Tuah' , 'Misa Melayu' serta 'Salasilah Melayu dan Bugis'.
2)Hikayat Hang Tuah menyebutkan;
"...serba gagak sekawan atau serba hitam berbaju hayat".

Manakala pakaian Upu Daeng Celak dalam 'Salasilah' pula;
"...Seluar bertabur tanah hitam, berbaju tabur tanah hitam".
(Gambar hiasan ihsan Cikgu Jad,seorang pengajar silat & tanjak)
Read 8 tweets
4 Nov
Ini adalah bebenang ikatan samping yang pernah abang kongsikan.

Akan dikemaskini dan ditambah lagi dari masa ke semasa.
Read 11 tweets
29 Oct
Istimewa Sempena Peringatan Keputeraan Rasulullah ﷺ

Kitab-kitab Selawat yang masyhur di Alam Melayu dan Kepulauan Nusantara

Ini adalah bebenang
(1)
عقد الجوهر في مولد النبي الأزهر
‘Iqd Āl-Jāwāhir fi Māwlid Ān-Nābiy Āl-Āzhār yang dikarang oleh Syeikh Ja'far bin Hasan bin Abdul Karim bin as-
Sayyid Muhammad bin Abd ar-Rasul al-Barzanji yang lebih kita kenali dengan sebutan 'Kitab Mawlid Barzanji'.
Mawlid Al Barzanji disempurnakan penulisannya dengan dimasukkan syair dan nazam oleh cicit pengarangnya, iaitu ‘Allamah Sayyid Zain al- Abidin ibn Sayyid
Muhammad al-Hadi Al-Barzanji.
Read 17 tweets

Did Thread Reader help you today?

Support us! We are indie developers!


This site is made by just two indie developers on a laptop doing marketing, support and development! Read more about the story.

Become a Premium Member ($3/month or $30/year) and get exclusive features!

Become Premium

Too expensive? Make a small donation by buying us coffee ($5) or help with server cost ($10)

Donate via Paypal Become our Patreon

Thank you for your support!

Follow Us on Twitter!