Ada tak antara kau orang alami masalah macam ni? Meh baca! #thread #MedTweetMY
— Kerap mengelap tangan
— Sukar pegang barang, menulis dan bermain alat muzik
— Sukar beriadah atau bersukan
— Malu bersosial kerana badan dan ketiak berpeluh
— Bau busuk di bahagian ketiak dan kaki
Apa puncanya?
Berlaku apabila sistem saraf simpatetik yang mengawal aktiviti kelenjar peluh, terlalu aktif. Namun, punca ia berlaku masih tidak diketahui. Biasanya berlaku di tapak tangan dan kaki, serta ketiak. Sesetengahnya di muka dan di belakang badan.
Berlaku disebabkan oleh penyakit seperti kencing manis, obesiti, hipertiroidisme, jangkitan seperti batuk kering (tuberculosis) dan kanser kelenjar limfa seperti limfoma. Secara amnya ia memberi kesan kepada seluruh badan.
— Tekanan emosi
— Senaman
— Kepanasan/Haba
— Makanan pedas(Tak boleh makan Samyang. Haha)
Apakah pilihan rawatan yang ada?
Boleh guna spray antiperspiran dan deodoran komersial. Jika tak berkesan, gunakan aluminium klorida heksahidrat. Ia memerlukan penggunaan setiap hari untuk 7 hingga 10 hari terawal berturut-turut, kemudian sekali seminggu untuk mengekalkannya.
Ubat antikolinergik berfungsi dengan menghalang aktiviti asetilkolina yang bertanggungjawab mengaktifkan sistem simpatetik. INi akan mengurangkan penghasilan peluh. Contoh ubat antikolinergik: glycopyrrolate dan propantheline bromida.
Ia adalah proses mengalirkan tenaga elektrik menerusi lapisan kulit menggunakan air sebagai medium. Pada awal sesi rawatan, ia mengambil masa lebih kurang 20 minit setiap 2 atau 3 hari. Selepas itu setiap sesi rawatan boleh dijalankan setiap 2 minggu.
Rawatan ini melibatkan suntikan botox pada kawasan yang terlibat dan perlu diulangi setiap 4 hingga 5 bulan. Kesan daripada pengambilan botox termasuk rasa sakit dan lemah otot yang sementara.
Prosedur ini dilakukan jika langkah-langkah yang lain telah gagal. Pakar bedah akan membuat belahan kecil di bawah ketiak dan memasukkan instrumen endoskopik khas ke dalam dada untuk memotong saraf simpatetik