Sepanjang saya bekerja sebagai pengurus Akademi di Jiwadamai, selalu dapat permohonan internship / kerja oleh mahasiswa.
Banyak kesilapan dibuat yang menjadikan permohonan mereka ditolak.
Saya senaraikan beberapa kesilapan yang selalu jumpa, untuk teladan bersama.
Bebenang.
Saya kumpulkan semua ini berdasarkan pengalaman sebagai pengurus di sana, juga daripada pengalaman kerjaya saya dahulu sebagai perunding imej sampingan.
Ada la beberapa benda memang dilatih untuk tahu pasal ini.
Zaman-zaman dulu sebelum aktif berkongsi topik Psikologi 😌
5 KESILAPAN UTAMA KETIKA MOHON INTENRSHIP/KERJA
1. Tak update akaun Linkedin
2. Tak tahu beza kategori industri yang dipohon
3. Salah buat resume
4. Tak attach cover letter dalam emel
5. Imej penampilan waktu interview tak kena
Saya terangkan satu-satu..
1. Tak update akaun Linkedin
Seperti mana kita aktif di Twitter, Instagram dll, Linkedin juga perlu aktif. Sentiasa kemas kini, maklumat lengkap dan isi semua jenis pencapaian, sijil, pendidikan dll kita dalam tu.
Linkedin ibarat imej siapa kita di industri. Syarikat nak tahu.
Benda pertama saya buat bila dapat emel permohonan kerja, saya akan search mereka di Linkedin.
Sekadar nak baca kandungan, update ke tak, selari tak dengan apa yang diisi dalam resume mereka dll.
Pendek kata, Linkedin itu ialah impresi pertama saya pada pemohon itu.
2. Tak tahu beza industri yang dipohon
Tahu tak? Industri ada banyak kategori. Ada yang fully professional/korporat (seperti peguam, bank dll)
Ada yang semi-profesional, seperti engineer, pilot dll.
Ada pula yang jenis kreatif, iaitu hiburan, fesyen, website developer dll.
Kenapa kena tahu beza?
Sebab banyak pengaruhi pemakaian kita interview nanti.
Fully korporat? Dah pasti full suit.
Semi-profesional? Suasana kerja kelonggaran sedikit, tak terlalu "suit up".
Kreatif? Asalkan berkolar berkasut, contohnya orang kerja coding di pejabat.
3. Salah buat resume
Ini antara yang selalu saya jumpa. Kadang-kadang jumpa yang terlalu cantik dan canggih design, tetapi isi biasa-biasa saja.
Ingat ya, ada 3K yang perlu ada dalam resume.
Kerangka
Kandungan
Kosmetik
Kosmetik/Design itu hanya peratusan kecil saja.
Bila baca resume, saya tak fokus sangat pada design, sebab majikan semua tahu sangat yang design boleh upah orang buat.
Tetapi, kandungan itu yang penting!
Pencapaian kita, perkataan yang digunakan dll.
Kerangka pula ialah kategori isi yang perlu ada dalam resume itu. Ingat formula ini.
P E W A Si R
Ini yang kami latih mahasiswa, zaman saya bekerja di INTELEK dulu, sebuah NGO untuk pembangunan anak muda di Malaysia.
Rujuk gambar di bawah 👇
Pada bahagian objektif itu sangat penting, sebab itu ialah simplify/sinopsis tentang diri kita.
Bahasa orang korporat, Elevator Speech kita!
Majikan terima beribu-ribu permohonan, maka objektif ini yang akan jadi impresi paling awal pasal kita.
Jadi buat betul-betul.
Kenapa Elevator? Sebab perumpamaan kita bekerja di syarikat besar, kebetulan kita naik lif dan CEO syarikat itu masuk sekali.
Jadi berdua dalam lif, CEO pun tanya, "Apa kerja awak kat sini?"
Jadi, kita ada 40-60 saat untuk terangkan, umpama sebelum lif sampai tingkat destinasi.
Antara teknik yang boleh buat untuk karang ayat "Career Objective" ialah menggunakan konsep WHAT, HOW, WHY.
Saya share slide lama saya dulu 👇
Bezakan juga antara Resume dan CV (Curriculum Vitae, course of life).
Ada banyak mazhab pasal ini, tetapi saya berpegang:
Resume - Permohonan kerja berkaitan industri, customised mengikut kerja.
CV - Lebih sesuai berbentuk pendidikan/akademia/grant kajian dll.
Satu lagi, pemilihan perkataan dalam bahagian pencapaian (Achievement).
Tolong sangat kepada mahasiswa untuk tak terlalu fokus kepada jawatan apa pernah pegang, menang pertandingan apa dll.
Majikan nak tengok, APA yang anda belajar daripada pengalaman itu.
Jawatan semua dah bagus-bagus, hebat-hebat, tetapi, takkan sekadar itu saja? Apa penjelasannya?
Sekadar senaraikan penuh semua jawatan anda itu, tak menarik minat kami sebagai majikan pun.
Kami nak tahu apa nilai (value) yang anda dapat daripada jawatan dan kerja itu? Apa yang bezakan anda dengan orang lain?
Kenapa patut ambil anda?
Dan ayat penerangan itu perlu jelas 👇
Dan tolong elakkan penggunaan skala begini.
Langsung tidak terpakai dan tiada guna.
Sebab tiada definisi dan bukti.
10/10 tu apa? Dan apa bukti anda 10/10?
Kalau 5/10 tu pula apa? Apa definisi 5/10?
Lebih cantik anda letakkan bukti skil itu pada seksyen lain.
Kesimpulannya pada bahagian resume ini, ada 10 kesilapan yang perlu dielakkan.
Saya pendekkan secara ringkas saja.
Mungkin thread lain kali saya cerita lagi.
4. Tak attach cover letter dalam emel
Ini penting, sebab cover letter ialah dokumen sokongan kepada permohonan anda, selain resume.
Struktur ayat dalam cover letter atau emel, boleh guna formula ini,
C I C I
Saya lampirkan contoh
(boleh tukar "3rd person" kepada "1st Person")
Apabila menulis emel itu juga, pastikan
1. Subject = Tajuk emel saja
Bukan karang ayat penuh di situ
2. Kandungan = Guna konsep CICI tadi
Rujuk diri sebagai 1st person
3. Lampiran = Rename fail resume anda "Resume <nama>" contohnya. Bukan "Resume latest terlatest confirm"
5. Imej penampilan waktu interview tak kena
Pemakaian kita akan jadi impresi pertama apabila jumpa depan-depan, seperti mana resume ialah impresi pertama ketika proses permohonan.
Saya lampirkan antara contoh pemakaian yang sesuai untuk lelaki dan perempuan
Perhatikan ada 3 konsep penting dalam contoh pemakaian itu.
1. Corak kain (tudung, tali leher)
2. Warna kain (suit, kemeja, baju kurung, kain, dress)
3. Aksesori (tiada dalam gambar)
Corak beri peranan dari segi mesej kita nak bawa diri sebagai siapa.
Pattern banyak corak akan bawa mesej kita ini mesra, approachable, rileks dll.
Pattern polos/plain pula akan bawa mesej seseorang yang tegas, berautoriti dan berkuasa.
Lagi gelap warna, kelihatan lagi tegas.
Pemilihan jenis kasut juga penting.
Tahap formaliti ada beza.
Bertali lebih tinggi autoriti berbanding slide-in atau pelekat velcro. Stokin lelaki, pastikan jenis "Mid-Crew" dan ke atas. Supaya waktu duduk dalam interview, tak nampak bulu kaki bila seluar terangkat.
Aksesori yang dipakai pula, jangan terlalu banyak. Sebab nanti akan nampak diri kita "heavy" pada pandangan mata.
Kita nak majikan nampak kita dulu waktu interview, bukan nampak aksesori kita yang pelbagai.
Anggap aksesori ini sebagai pelengkap, bukan pameran utama.
Sebenarnya ada banyak lagi kesilapan mahasiswa/graduan berkaitan ketika sesi temuduga. Saya simpulkan melalui screenshot slide lama saya dulu ya.
Kalau ada yang tak jelas/faham, boleh tanya.
Kesimpulannya, sebelum anda bersedia untuk proses permohonan kerja atau internship, pastikan ingat 3i ini.
Semua perlu dipelajari, difahami dan dikuasai betul-betul.
Banyak lagi modul berkaitan imej & kerjaya yang saya pernah belajar dan kongsikan dalam ceramah dulu, tetapi sekarang banyak fokus berkaitan Psikologi dan Kesihatan Mental.
Bab imej dan kerjaya ini, saya sekarang bantu mereka yang saya kenal rapat saja. Tak nak terlalu "invest".
Kalau berminat nak belajar lebih mendalam berkaitan ilmu imej, penulisan resume dan temuduga,
Saya sarankan sertai program Job Search Masterclass ini. Penyampainya pun memang dikenali dan berkredibiliti, @nikakmal.
Sekarang ada promosi early bird sehingga 1 Disember.
RM80 seorang atau RM150 berdua.
Saya tak dibayar untuk promosikan program ini. Saya kongsi sebab saya memang kenal dengan Tuan @nikakmal00 dan tahu kredibiliti & pengalamannya dalam bidang ini.
Pesanan saya untuk para guru, pensyarah dan pelajar yang ODL, untuk keadaan internet yang stabil, laburkan sedikit wang dengan beli 3 objek ini untuk laptop anda.
(Tip ini hanya terpakai untuk mereka yang menggunakan wifi di rumah)
Di Shopee, Lazada etc banyak jual yang murah.
Menggunakan internet melalui Wifi laptop memang okay, tetapi akan ada batasan sebab signal itu mungkin ada yang sudah tertapis dengan dinding rumah, pintu bilik dll,
Jadi tak 100% dapat kelajuan internet itu pada laptop anda.
Jadi, menggunakan kabel Ethernet jauh lebih baik.
Ini USB adapter Ethernet untuk sambung kabel ethernet ke laptop/komputer melalui lubang USB.
Melainkan laptop/komputer anda sudah sedia ada Ethernet port, anda tak perlu ada benda ini.
Macbook pula biasanya ada thunderbolt adapter sendiri untuk kabel ini, tetapi mahal lah.
Kelas ODL sebenarnya boleh jadi seronok dan kita fokus sepenuhnya, kalau dapat lecturer yang pandai kendalikan sesi.
Saya ada seorang lecturer yang sangat best dan tak pernah saya hilang fokus dalam kelas online bersama dia.
Nak tahu apa dia buat?
A thread.
1. Setiap kali mulakan kelas, selepas buka dengan Al Fatihah dan doakan agar semua pelajar cerah hati untuk ilmu, beliau akan ajak semua pelajar buat latihan pernafasan dan mindfulness.
Selama 2 minit, kami hanya diam, just fokus pernafasan masing-masing.
🥰
2. Satu jam pertama kami ialah sesi self-learning.
Bermaksud, beliau sudah berikan slide siap-siap, pautan video yang berkaitan, handouts dll in advance.
Jadi sejam pertama, kami baca sendiri topik itu depan laptop. Kemudian, baru kelas live bermula.
“Kalau dua-dua introvert pula? Tak ke senyap je hubungan itu nanti?"
“Dua-dua ekstrovert berkahwin, mesti nanti bising dan kecoh je rumah tangga!”
Ini ialah thread, topik personaliti manusia dari perspektif hubungan romantik.
Pengenalan sikit,
Introvert ialah golongan yang seronok bersendirian dan tak suka bersosial dengan orang lain. Mereka lebih sensitif dalam memproses stimuli luaran seperti bunyi-bunyi, lampu-lampu, suasana bising dan kehadiran kesesakan orang, lampu.
Mereka cepat penat.
Ekstrovert pula ialah mereka yang lebih suka bersosial, berinteraksi dan sangat bertenaga apabila perlu berborak dan beramah mesra dengan orang lain.
Mereka dapat tenaga melalui stimuli luaran.
Berbeza dengan introvert yang mendapat tenaga daripada stimuli dalaman (me-time).