Kain Samping,pakaian kelengkapan orang Melayu:
Fungsi dan Kegunaannya.
Ini adalah bebenang.
1)Kain Samping dinamakan sebagai 'Samping' kerana:
i. Ia merupakan kain sampingan iaitu kain tambahan dari pakaian asas yang dipakai.
ii.Pemakaiannya yang berada di samping tubuh dan tidak menyentuh tubuh secara terus seperti pakaian lain.
2)Menurut Dr Johan Iskandar,kain samping juga disebut sebagai 'Kain Sinjang' dan istilah ini masih terkenal di negara Brunei Darussalam.Perkataan 'Sinjang' boleh ditemukan dalam Kamus Bahasa Melayu Brunei (gambar dan maklumat ihsan saudari @UBMalaysia )
3)Kain Samping merupakan salah satu daripada lima pakaian kelengkapan dalam 'Pakai Patut Melayu' sebagaimana yang disebutkan oleh Gemulah Pak Tenas Effendy,Dr Johan Iskandar,Dr Siti Zainon Ismail,Mejar Mohd Said Sulaiman dan juga tercatat dalam Sulalatus Salatin.
4)Selain daripada pelengkap pakaian,kain samping juga membawa falsafah menutup aib (kemaluan),kerana fabrik seluar yang terkadang sedikit lembut,boleh melekap dan menonjolkan bentuk pada bahagian yang tidak sepatutnya.
5)Cara pemakaian kain samping juga boleh menggambarkan status perkahwinan pemakainya,misalnya bagi seorang teruna atau dara,kain sampingnya dipakai dengan kepala kain terletak di bahagian hadapan.Ada berberapa gaya ikatan seperti ini, antaranya:
i. Ikat Teruna
ii.Ikat Teruna Mencari Jodoh
Sebagaimana disebutkan dalam ungkapan;
"Kalau kepala sebelah muka
Duduk menutup atas pangkuan
Boleh dipakai anak dara
Bagai penyimak bujang datang
Bagai pendinding aib malu"
Iklan: Pada profil Abang ada ciapan tersemat (pinned tweets) tentang berberapa jenis ikatan samping yang berbeza.Sudi-sudikanlah menjengah dan sebarkan.
6)Labuh pemakaian samping juga memainkan peranan dalam memberitahukan status perkahwinan pemakainya.Samping yang labuh dibawah lutut untuk mereka yang telah berkelamin,dan di atas lutut bagi yang masih bujang.Pun begitu ada pengecualian bagi hulubalang,panglima,
petarung serta mereka yang terlibat dalam urusan keselamatan untuk mengenakan samping yang singkat dan berada di atas paras lutut bagi memudahkan pergerakan.
7)Selain status perkahwinan,ikatan kain samping juga boleh menggambarkan status sosial pemakainya suatu ketika dahulu.Di dalam Hukum Kanun Melaka disebutkan gaya ikatan 'berpancung' asalnya dikhaskan buat Sultan atau mereka yang berkedudukan sahaja.
8)Di zaman pemerintahan Sultan Abu Bakar sehingga Sultan Ismail di Johor pula,pemakaian samping dengan gaya 'Dagang Luar' hanya dikhaskan untuk kerabat dan bangsawan,manakala untuk orang kebanyakan memakai dengan cara 'Dagang Dalam'
9)Kain Samping juga berfungsi sebagai pengalas duduk supaya seluar yang dipakai tidak kotor.Terkadang samping juga dibuka untuk dijadikan alas untuk sembahyang atau saprah makan ketika dalam perjalanan.
10)Pemakaian Samping sangat sebati dengan orang Melayu,sehinggalah awal abad ke 20,apabila pakaian cara Barat perlahan-lahan ditiru oleh orang Melayu dan kenyataan pernah disebut oleh berberapa sarjana Inggeris.
11)Antaranya,Philip C Coote dalam 'The Malay States' menyatakan:
"Orang Melayu mengikut catatan beliau juga tidak lepas dengan 'sarong' meskipun terkadang berseluar,masih memakai 'sarong' di luar(merujuk kepada pemakaian kain samping.)
Memakai 'sarong' sahaja tanpa seluar masih dianggap sopan,tapi tidak sebaliknya (iaitu memakai seluar tanpa bersamping) ketika itu.
Demikianlah serba sedikit ringkasan tentang fungsi serta kegunaan kain samping sebagai salah satu pakaian harian orang Melayu suatu ketika dahulu.Terima kasih kerana sudi membaca dan sudikanlah untuk mengulang ciap (RT) tulisan ini.
Rujukan:
1)Dr Johan Iskandar,Bengkel Destar,Tanjak dan Tengkolok, Universiti Malaya,November 2019
2)Tenas Effendy,Ungkapan Tradisional Melayu Riau, DBP.
3)Dr Siti Zainon Ismail,Pakaian Cara Melayu,Penerbit UKM
4)Pakai Patut Melayu,Mej.Mohd Said Sulaiman,Penerbit UKM
Tuan @fedtriyahya kalau-kalau tuan berminat dengan penulisan ringkas ini sebab tuan antara yang kerap berbaju Melayu lengkap juga hari Jumaat kalau tak silap saya.
• • •
Missing some Tweet in this thread? You can try to
force a refresh
Sebenarnya Abang sendiri dah tak berapa ingat apa yang Abang tulis berkenaan ungkapan dan peribahasa Melayu.Tapi abang cuba senaraikan yang mana Abang ingat dalam bebenang tentang bebenang yang Abang pernah tulis sebelum ini.Kalau sudi,bacalah.Ulangciap(RT) juga.
Terima kasih!
"Sudah gaharu,cendana pula
Sudah tahu,bertanya pula"
Peribahasa dalam pantun dua kerat ini menyebut tentang dua jenis kayu yang terkenal.Apa pengertiannya dan apa kegunaan kedua kayu ini dalam alam Melayu?
Bagi cukup 350 ulangciap(RT) dulu baru abang cerita.
Mula!
Dah capai sasaran!
Kita mulakan dengan berkenalan terlebih dahulu dengan Gaharu dan Cendana.Kedua-dua kayu ini mempunyai bauan yang wangi,tetapi aromanya berlainan.Kedua-dua pokok ini berbeza spesiesnya.
Gaharu juga disebut sebagai Agarwood atau Oud,Cendana pula Sandalwood.
1)Gaharu merupakan bahan yang terhasil dsri pohon Karas atau Agarwood dari speisis Aquilaria.Ia boleh ditemukan di Malaysia,Indonesia,India,Kemboja,Laos,Thailand dan Laos.Terdapat pelbagai jenis pula cabang dari speisis Aquilaria yang menghasilkan Gaharu.
"Sayangkan anak tangan-tangankan,sayangkan isteri tinggal-tinggalkan"
Ini pun antara ungkapan Melayu yang kerap disalahgunakan dan disalahertikan.
Cukup 300 ulangciap(RT) abang huraikan balik pemahaman sebenar ungkapan ni.
1)Baiklah oleh kerana sudah capai sasaran ini penjelasannya.
Ungkapan ini ada dua bahagian yang mempunyai maksud tersirat.
Pertama pada sebutan 'tangan-tangankan'
Pasti apabila disebut frasa ini,anda akan terbayang maksudnya begini:
2)Sebenarnya salah satu maksud tangan-tangankan juga memberi erti supaya diurus,dibentuk dan dididik,bukan semata-mata pukul.Ini seperti yang terakam pada definisi perkataan 'tangan' dalam Kamus Dewan Edisi Keempat.
Mengenal Sosok Pengarang Feminis Melayu Klasik;
Raja Aisyah bintu Raja Sulaiman.
Ini adalah bebenang.
1)Beliau merupakan cucu kepada Raja Ali Haji,tokoh ulama',sejarawan,dan sasterawan Bugis yang terkenal dengan pelbagai karya tulis, antaranya;
-Tuhfat Al Nafis
-Gurindam Dua Belas
-Salasilah Melayu dan Bugis
Serta banyak lagi.
2)Raja Aisyah merupakan puteri diraja Kesultanan Riau-Lingga,lahir di Pulau Penyengat,Riau sekitar tahun 1869.Beliau kemudian bernikah dengan Raja Khalid bin Raja Hasan yang lebih dikenali sebagai Raja Khalid Hitam.
1)Menurut Dr Siti Zainon Ismail dalam "Pakaian Cara Melayu" , warna hitam merupakan warna yang sinonim dengan 'Orang-Orang Bergelar' atau pahlawan.Pendapat beliau disokong berdasarkan teks 'Hikayat Hang Tuah' , 'Misa Melayu' serta 'Salasilah Melayu dan Bugis'.
2)Hikayat Hang Tuah menyebutkan;
"...serba gagak sekawan atau serba hitam berbaju hayat".
Manakala pakaian Upu Daeng Celak dalam 'Salasilah' pula;
"...Seluar bertabur tanah hitam, berbaju tabur tanah hitam".
(Gambar hiasan ihsan Cikgu Jad,seorang pengajar silat & tanjak)