Wukok Kain: Teknik Cucian Kering (Dry Cleaning) Melayu

1)Pada zaman dahulu kain ikat limar, kain songket,tenun yang dihasilkan menggunakan pewarna asli. Jus buah Belimbing Manis (Averrhog Carambola) atau Asam gelugur (Garcinia Atrovirdis) digunakan sebagai pengukuh warna kain.
2)Pewarna semulajadi masih lemah dari segi ketahanan warna selepas dicuci. Untuk mengatasi masalah ini orang Melayu biasanya menggunakan rawatan tradisional yang dikenali sebagai " wukok kain" atau "mewangikan kain".
3)Menurut Hajah Halimah dari Pasir Mas, Kelantan, rawatan wukok ini dilakukan dengan menyebarkan kain yang ingin diwangikan pada "saji" besar, yang merupakan kubah kecil, yang terbuat dari rotan. ”Setanggi diletakkan di bawah kubah untuk memberi wangian pada kain.
4)Setanggi dibuat dengan piring arang bakar dan beberapa ramuan wangi seperti kayu cendana, kayu kesturi, gula batu, kemenyan, akar daun nagastum, daun pandan wangi dan kayu gerharu.
5)Limar dan songket sutera diletakkan di atas kubah ini, yang pertama kali ditutup dengan kain kapas atau sarung kapas lama Tujuan kain kapas ini adalah untuk melindungi kain berharga dari permukaan dan struktur rotan yang kasar.
6)Teknik ini selain menjaga warna kain, kain juga diwangikan. Ia bagaikan teknik cucian kering bagi orang Melayu.Begitulah kaedah penjagaan kain orang Melayu
Rujukan:
Ikat Limar: The Ancient Malay Textile- Norwani Md. Nawawi,DBP 2016

*Tulisan di atas disalin dan disunting dari laman FB Persatuan Penggiat Seni Alam Melayu (PERNILAM)

Terima kasih kerana sudi membaca.Jangan lupa mengulang ciap (retweet/RT)

• • •

Missing some Tweet in this thread? You can try to force a refresh
 

Keep Current with Mohammad Faeez Harith

Mohammad Faeez Harith Profile picture

Stay in touch and get notified when new unrolls are available from this author!

Read all threads

This Thread may be Removed Anytime!

PDF

Twitter may remove this content at anytime! Save it as PDF for later use!

Try unrolling a thread yourself!

how to unroll video
  1. Follow @ThreadReaderApp to mention us!

  2. From a Twitter thread mention us with a keyword "unroll"
@threadreaderapp unroll

Practice here first or read more on our help page!

More from @H_Bakkaniy

7 Dec
Sebelum Abang sambung tulisan berkenaan 'Pamor' keris minggu inj, berikut himpunan bebenang tulisan berkenaan Keris yang pernah Abang siarkan dahulu.Bab Keris agak rumit sebab kekangan sumber rujukan.
Read 4 tweets
5 Dec
Kain Samping,pakaian kelengkapan orang Melayu:
Fungsi dan Kegunaannya.

Ini adalah bebenang.
1)Kain Samping dinamakan sebagai 'Samping' kerana:
i. Ia merupakan kain sampingan iaitu kain tambahan dari pakaian asas yang dipakai.
ii.Pemakaiannya yang berada di samping tubuh dan tidak menyentuh tubuh secara terus seperti pakaian lain.
2)Menurut Dr Johan Iskandar,kain samping juga disebut sebagai 'Kain Sinjang' dan istilah ini masih terkenal di negara Brunei Darussalam.Perkataan 'Sinjang' boleh ditemukan dalam Kamus Bahasa Melayu Brunei (gambar dan maklumat ihsan saudari @UBMalaysia )
Read 19 tweets
21 Nov
Sebenarnya Abang sendiri dah tak berapa ingat apa yang Abang tulis berkenaan ungkapan dan peribahasa Melayu.Tapi abang cuba senaraikan yang mana Abang ingat dalam bebenang tentang bebenang yang Abang pernah tulis sebelum ini.Kalau sudi,bacalah.Ulangciap(RT) juga.
Terima kasih!
Read 8 tweets
21 Nov
"Sudah gaharu,cendana pula
Sudah tahu,bertanya pula"

Peribahasa dalam pantun dua kerat ini menyebut tentang dua jenis kayu yang terkenal.Apa pengertiannya dan apa kegunaan kedua kayu ini dalam alam Melayu?

Bagi cukup 350 ulangciap(RT) dulu baru abang cerita.

Mula!
Dah capai sasaran!

Kita mulakan dengan berkenalan terlebih dahulu dengan Gaharu dan Cendana.Kedua-dua kayu ini mempunyai bauan yang wangi,tetapi aromanya berlainan.Kedua-dua pokok ini berbeza spesiesnya.
Gaharu juga disebut sebagai Agarwood atau Oud,Cendana pula Sandalwood.
1)Gaharu merupakan bahan yang terhasil dsri pohon Karas atau Agarwood dari speisis Aquilaria.Ia boleh ditemukan di Malaysia,Indonesia,India,Kemboja,Laos,Thailand dan Laos.Terdapat pelbagai jenis pula cabang dari speisis Aquilaria yang menghasilkan Gaharu.
Read 17 tweets
15 Nov
"Sayangkan anak tangan-tangankan,sayangkan isteri tinggal-tinggalkan"

Ini pun antara ungkapan Melayu yang kerap disalahgunakan dan disalahertikan.

Cukup 300 ulangciap(RT) abang huraikan balik pemahaman sebenar ungkapan ni.
1)Baiklah oleh kerana sudah capai sasaran ini penjelasannya.
Ungkapan ini ada dua bahagian yang mempunyai maksud tersirat.

Pertama pada sebutan 'tangan-tangankan'

Pasti apabila disebut frasa ini,anda akan terbayang maksudnya begini:
2)Sebenarnya salah satu maksud tangan-tangankan juga memberi erti supaya diurus,dibentuk dan dididik,bukan semata-mata pukul.Ini seperti yang terakam pada definisi perkataan 'tangan' dalam Kamus Dewan Edisi Keempat.
Read 10 tweets
15 Nov
Mengenal Sosok Pengarang Feminis Melayu Klasik;
Raja Aisyah bintu Raja Sulaiman.

Ini adalah bebenang.
1)Beliau merupakan cucu kepada Raja Ali Haji,tokoh ulama',sejarawan,dan sasterawan Bugis yang terkenal dengan pelbagai karya tulis, antaranya;
-Tuhfat Al Nafis
-Gurindam Dua Belas
-Salasilah Melayu dan Bugis

Serta banyak lagi.
2)Raja Aisyah merupakan puteri diraja Kesultanan Riau-Lingga,lahir di Pulau Penyengat,Riau sekitar tahun 1869.Beliau kemudian bernikah dengan Raja Khalid bin Raja Hasan yang lebih dikenali sebagai Raja Khalid Hitam.
Read 13 tweets

Did Thread Reader help you today?

Support us! We are indie developers!


This site is made by just two indie developers on a laptop doing marketing, support and development! Read more about the story.

Become a Premium Member ($3/month or $30/year) and get exclusive features!

Become Premium

Too expensive? Make a small donation by buying us coffee ($5) or help with server cost ($10)

Donate via Paypal Become our Patreon

Thank you for your support!

Follow Us on Twitter!