Pengalaman buat aduan dengan saluean yang betul,tanpa tular di media sosial:
1)Pergi makan dengan keluarga di sebuah hotel, dalam menu ditulis 'Asian Risotto' sekali yang sampai Nasi Ladna.Mengadu dengan pengurusnya,dapat ganti rugi.
2)Tempah makanan dalam talian,makanan lambat sampai.Mengadu dekat akaun media sosial,diberi ganti rugi lagi besar dari nilai makanan yang dipesan.Sampai rasa bersalah pula mengadu 😅
3)Pesan makanan di kedai,air minum tak sampai.Bila adukan pada pengurus,bil dilangsaikan percuma
Banyak lagilah keadaan yang sebenarnya tak perlu buat kecoh di media sosial dahulu.Buat aduan guna saluran sepatutnya,samada bersemuka berdepan atau hubungi talian khidmat pelanggan terlebih dahulu.Dah tak dapat atau tak dilayan barulah boleh nak mengaruk pun.
Sebab peniaga yang baik memang akan hargai aduan pelanggan supaya mutu perkhidmatan mereka sapat dipertingkatkan.Tapi mereka juga manusia,yang kalau salah kecil diperbesarkan dahulu tanpa bawa. berbincang tak hairan kalau mereka akan guna lunas undang² untuk balas dendam.
Penyudahnya yang rugi siapa? Kemahiran berkomunikasi dan berinteraksi dengan manusia itu penting.Kena pada gayanya baiklah layanannya.
• • •
Missing some Tweet in this thread? You can try to
force a refresh
Lelaki Metroseksual Melaka: Petikan Sulalatus Salatin.
Ya.Lelaki metroseksual memang wujud sejak zaman Melaka lagi,dan ada terakam kisahnya di dalam Sulalatus Salatin,tahu? Jam 8 malam nanti Abang cerita.
Sementara tu ulang ciap dulu banyak-banyak,barulah seronok nak bercerita!
1)Definisi Metroseksual dalam bahasa mudahnya; lelaki yang sangat menjaga penampilan dan tatarias peribadinya.ini tidak ada kena mengena dengan seksualitinya, baik dia seorang heteroseksual atau selainnya.
2)Lelaki yang bukan metroseksual ini kebiasaannya sangat sederhana dalam penampilan.Atau kadangkala dilihat serabai atau tidak kemas,berbanding dengan lelaki metroseksual yang terkadang mampu mengalahkan wanita dari segi ketelitian penjagaan dirinya.
Ada berberapa versi kisah berkenaan Tun Teja,namun semua versi ini berakhir dengan pernikahannya dengan Sultan Melaka.Sebahagian versi ini boleh kita rujuk semula di dalam Sulalatus Salatin atau Hikayat Hang Tuah.
Versi Sulalatus Salatin:
1)Hang Nadim, anak Hang Jebat telah dititahkan oleh Sultan Melaka untuk membeli kain serasah di Negeri Keling (India) namun,kapal Hang Nadim dipukul ribut kerana terkena sumpahan seorang Sayyid yang bertengkar dengan Hang Isap.
Wukok Kain: Teknik Cucian Kering (Dry Cleaning) Melayu
1)Pada zaman dahulu kain ikat limar, kain songket,tenun yang dihasilkan menggunakan pewarna asli. Jus buah Belimbing Manis (Averrhog Carambola) atau Asam gelugur (Garcinia Atrovirdis) digunakan sebagai pengukuh warna kain.
2)Pewarna semulajadi masih lemah dari segi ketahanan warna selepas dicuci. Untuk mengatasi masalah ini orang Melayu biasanya menggunakan rawatan tradisional yang dikenali sebagai " wukok kain" atau "mewangikan kain".
3)Menurut Hajah Halimah dari Pasir Mas, Kelantan, rawatan wukok ini dilakukan dengan menyebarkan kain yang ingin diwangikan pada "saji" besar, yang merupakan kubah kecil, yang terbuat dari rotan. ”Setanggi diletakkan di bawah kubah untuk memberi wangian pada kain.
Sebelum Abang sambung tulisan berkenaan 'Pamor' keris minggu inj, berikut himpunan bebenang tulisan berkenaan Keris yang pernah Abang siarkan dahulu.Bab Keris agak rumit sebab kekangan sumber rujukan.
Kain Samping,pakaian kelengkapan orang Melayu:
Fungsi dan Kegunaannya.
Ini adalah bebenang.
1)Kain Samping dinamakan sebagai 'Samping' kerana:
i. Ia merupakan kain sampingan iaitu kain tambahan dari pakaian asas yang dipakai.
ii.Pemakaiannya yang berada di samping tubuh dan tidak menyentuh tubuh secara terus seperti pakaian lain.
2)Menurut Dr Johan Iskandar,kain samping juga disebut sebagai 'Kain Sinjang' dan istilah ini masih terkenal di negara Brunei Darussalam.Perkataan 'Sinjang' boleh ditemukan dalam Kamus Bahasa Melayu Brunei (gambar dan maklumat ihsan saudari @UBMalaysia )
Sebenarnya Abang sendiri dah tak berapa ingat apa yang Abang tulis berkenaan ungkapan dan peribahasa Melayu.Tapi abang cuba senaraikan yang mana Abang ingat dalam bebenang tentang bebenang yang Abang pernah tulis sebelum ini.Kalau sudi,bacalah.Ulangciap(RT) juga.
Terima kasih!