Ada berberapa versi kisah berkenaan Tun Teja,namun semua versi ini berakhir dengan pernikahannya dengan Sultan Melaka.Sebahagian versi ini boleh kita rujuk semula di dalam Sulalatus Salatin atau Hikayat Hang Tuah.
Versi Sulalatus Salatin:
1)Hang Nadim, anak Hang Jebat telah dititahkan oleh Sultan Melaka untuk membeli kain serasah di Negeri Keling (India) namun,kapal Hang Nadim dipukul ribut kerana terkena sumpahan seorang Sayyid yang bertengkar dengan Hang Isap.
2)Balik ke Melaka,Hang Nadim dalam keadaan dimurkai Sultan kerana kain dipesan tidak sampai ke Melaka.Selang berberapa ketika selepas peristiwa itu berita kecantikan Tun Teja Ratna Menggala/Benggala sampai kepada Sultan Mahmud Shah.
3)Tun Teja merupakan anak kepada Bendahara Pahang, Seri Amar Bangsa Diraja atau juga disebut sebagai Seri Wak Raja.Kecantikannya dipantunkan orang:
Tun Teja Ratna Menggala,
Pandai membelah lada sulah;
Jikalau tuan tidak percaya,
Mari bersupah kalam Allah.
4) Sultan Mahmud apabila mendengar berita itu bertitah; "Barangsiapa membawa anak Bendahara Pahang itu ke mari apa yang dikehendakinya kita anugerahi akan dia; umpamanya jika ia hendakkan sekerat kerajaan kita sekalipun kita anugerahkan;dan apa pun dosanya tiada kita bunuh"
5)Hang Nadim mendengar titah Sultan, ia berkata dalam hatinya; "Baiklah aku pergi ke Pahang, mudah-mudahan dapat Tun Teja itu; ke bawah Duli Yang Dipertuan akan menghapuskan dosaku"
6) Dipendekkan cerita,Hang Nadim berjaya memujuk Tun Teja lari ke Melaka,menyebabkan Sultan Abdul Jamal raja Pahang murka kerana pada asalnya Bagindalah yang ingin memperisterikan Tun Teja,namun angkatan Pahang yang mengejar Hang Nadim berjaya dikalahkan.
7) Sultan Mahmud berkahwinlah dengan Tun Teja,sedang Hang Nadim pula diampunkan dan diberi anugerah serta persalinan.
Versi Hikayat Hang Tuah:
1)Hang Tuah difitnah oleh berberapa orang pembesar istana,lalu ia membawa diri ke Pahang atas nasihat Bendahara.Di sana dia mendapat tahu tentang kecantikan Tun Teja.
2)Hang Tuah pun memulakan strategi berbaik-baik dengan inang Tun Teja,Dang Ratna sehingga diambil oleh Dang Ratna sebagai anak angkat.Setelah itu dia berkawan pula dengan Tun Jenal,adinda Tun Teja.
3)Dengan bantuan Dang Ratna yang mengenakan ubat guna-guna kepada Tun Teja,maka dia menjadi suka kepada Hang Tuah lalu bersetuju untuk mengikuti Hang Tuah lari ke Melaka,walaupun ketika itu dia sudah bertunang dengan Megat Panji Alam,raja Terengganu.
4)Megat Panji Alam cuba menggagalkan rancangan Hang Tuah,dan menghantar tentera untuk menyekat Hang Tuah,namun gagal.Tun Teja selamat dibawa ke Melaka dan Hang Tuah mendapat pengampunan Sultan.
5)Tun Teja pada mulanya terkejut apabika mengetahui dia akan dinikahkan dengan Sultan,kerana pada asalnya dia setuju mengikut Hang Tuah kerana menyangka akan dinikahkan dengan Hang Tuah.Namun setelah diberi sirih jampi,dia terlupa dan akhirnya setuju bernikah dengan Sultan.
Versi lain selain daripada Sulalatus Salatin dan Hikayat Hang Tuah dicatat oleh Perbadanan Muzium Melaka di Makam Tun Teja,di Merlimau,Melaka.
Lelaki Metroseksual Melaka: Petikan Sulalatus Salatin.
Ya.Lelaki metroseksual memang wujud sejak zaman Melaka lagi,dan ada terakam kisahnya di dalam Sulalatus Salatin,tahu? Jam 8 malam nanti Abang cerita.
Sementara tu ulang ciap dulu banyak-banyak,barulah seronok nak bercerita!
1)Definisi Metroseksual dalam bahasa mudahnya; lelaki yang sangat menjaga penampilan dan tatarias peribadinya.ini tidak ada kena mengena dengan seksualitinya, baik dia seorang heteroseksual atau selainnya.
2)Lelaki yang bukan metroseksual ini kebiasaannya sangat sederhana dalam penampilan.Atau kadangkala dilihat serabai atau tidak kemas,berbanding dengan lelaki metroseksual yang terkadang mampu mengalahkan wanita dari segi ketelitian penjagaan dirinya.
Pengalaman buat aduan dengan saluean yang betul,tanpa tular di media sosial:
1)Pergi makan dengan keluarga di sebuah hotel, dalam menu ditulis 'Asian Risotto' sekali yang sampai Nasi Ladna.Mengadu dengan pengurusnya,dapat ganti rugi.
2)Tempah makanan dalam talian,makanan lambat sampai.Mengadu dekat akaun media sosial,diberi ganti rugi lagi besar dari nilai makanan yang dipesan.Sampai rasa bersalah pula mengadu 😅
3)Pesan makanan di kedai,air minum tak sampai.Bila adukan pada pengurus,bil dilangsaikan percuma
Banyak lagilah keadaan yang sebenarnya tak perlu buat kecoh di media sosial dahulu.Buat aduan guna saluran sepatutnya,samada bersemuka berdepan atau hubungi talian khidmat pelanggan terlebih dahulu.Dah tak dapat atau tak dilayan barulah boleh nak mengaruk pun.
Wukok Kain: Teknik Cucian Kering (Dry Cleaning) Melayu
1)Pada zaman dahulu kain ikat limar, kain songket,tenun yang dihasilkan menggunakan pewarna asli. Jus buah Belimbing Manis (Averrhog Carambola) atau Asam gelugur (Garcinia Atrovirdis) digunakan sebagai pengukuh warna kain.
2)Pewarna semulajadi masih lemah dari segi ketahanan warna selepas dicuci. Untuk mengatasi masalah ini orang Melayu biasanya menggunakan rawatan tradisional yang dikenali sebagai " wukok kain" atau "mewangikan kain".
3)Menurut Hajah Halimah dari Pasir Mas, Kelantan, rawatan wukok ini dilakukan dengan menyebarkan kain yang ingin diwangikan pada "saji" besar, yang merupakan kubah kecil, yang terbuat dari rotan. ”Setanggi diletakkan di bawah kubah untuk memberi wangian pada kain.
Sebelum Abang sambung tulisan berkenaan 'Pamor' keris minggu inj, berikut himpunan bebenang tulisan berkenaan Keris yang pernah Abang siarkan dahulu.Bab Keris agak rumit sebab kekangan sumber rujukan.
Kain Samping,pakaian kelengkapan orang Melayu:
Fungsi dan Kegunaannya.
Ini adalah bebenang.
1)Kain Samping dinamakan sebagai 'Samping' kerana:
i. Ia merupakan kain sampingan iaitu kain tambahan dari pakaian asas yang dipakai.
ii.Pemakaiannya yang berada di samping tubuh dan tidak menyentuh tubuh secara terus seperti pakaian lain.
2)Menurut Dr Johan Iskandar,kain samping juga disebut sebagai 'Kain Sinjang' dan istilah ini masih terkenal di negara Brunei Darussalam.Perkataan 'Sinjang' boleh ditemukan dalam Kamus Bahasa Melayu Brunei (gambar dan maklumat ihsan saudari @UBMalaysia )
Sebenarnya Abang sendiri dah tak berapa ingat apa yang Abang tulis berkenaan ungkapan dan peribahasa Melayu.Tapi abang cuba senaraikan yang mana Abang ingat dalam bebenang tentang bebenang yang Abang pernah tulis sebelum ini.Kalau sudi,bacalah.Ulangciap(RT) juga.
Terima kasih!