Lelaki Metroseksual Melaka: Petikan Sulalatus Salatin.

Ya.Lelaki metroseksual memang wujud sejak zaman Melaka lagi,dan ada terakam kisahnya di dalam Sulalatus Salatin,tahu? Jam 8 malam nanti Abang cerita.
Sementara tu ulang ciap dulu banyak-banyak,barulah seronok nak bercerita!
1)Definisi Metroseksual dalam bahasa mudahnya; lelaki yang sangat menjaga penampilan dan tatarias peribadinya.ini tidak ada kena mengena dengan seksualitinya, baik dia seorang heteroseksual atau selainnya.

Catatan: @DBPMalaysia tolong kemaskini PRPM.Entri metroseksual tiada!
2)Lelaki yang bukan metroseksual ini kebiasaannya sangat sederhana dalam penampilan.Atau kadangkala dilihat serabai atau tidak kemas,berbanding dengan lelaki metroseksual yang terkadang mampu mengalahkan wanita dari segi ketelitian penjagaan dirinya.
3)Secara umumnya lelaki Melayu di zaman Melaka disebutkan dalam catatan-catatan sejarah Melayu dan Barat agak menjaga penampilan,namun tidaklah begitu berlebih-lebihan.
4)Yang disebutkan sebagai metroseksual dalam catatan Sulalatus Salatin ini adalah Bendahara pada zaman Sultan Mahmud Shah (Sultan yang tergila-gilakan Puteri Gunung Ledang dan Tun Teja tu...) iaitu Temenggung Seri Maharaja Tun Mutahir bin Tun Ali.
5)Disebutkan,apabila Tun Mutahir keluar,pakaiannya memang indah-indah sentiasa.Antaranya;
" ...Sebermula, jikalauBendahara Seri Maharaja datang dari teluk rantau, berbaju kesumba berkancing, berdestar pelangi..."
6)Kalau kalian rasa di zaman Instagram ini kalian sudah cukup bergaya dengan 'Outfit of The Day' atau disebut #OOTD , Tun Mutahir lebih hebat lagi,dengan bersalin pakaian 6-7 kali sehari,tahu?
"...Tetapi akan Bendahara Seri Maharaja pun terlalu baik rupanya, lagi sangatlah hiasan; pada sehari enam tujuh kali bersalin pakaian..."
7)Koleksi pakaian beliau juga, bukan calang-calang!
"...baju yang hadir juga seratus banyaknya, pelbagai rupa dan warnanya; destar yang sudah terikat pada kelebut dua tiga puluh semuanya, sudah dipakai belaka; cermin besar setinggi berdiri satu..."
8)Dan kegemaran beliau pula setiap kali selesai berpakaian,ditanyakan pula isterinya, Destar mana yang elok untuk dipadankan dengan bajunya pula.Haaa, kau mampu? Ini catatannya:
"...Apabila Bendahara Seri Maharaja sudah berkain, berbaju, berkeris, dan bersebai, lalu naik duduk di buaian. Maka Bendahara Seri Maharaja bertanya kepada isterinya, katanya, "Tuan, tuan, destar mana yang patut dengan kain baju beta ini?"
kata Bendahara perempuan, "Destar anu itulah yang patut" Maka barang yang dikata oleh Bendahara perempuan itulah yang dipakai oleh Bendahara Seri Maharaja, Demikianlah hal Bendahara Seri Maharaja pada zaman itu, seorang pun tiada taranya..."
9)Dan sudah melaram,beliau akan meminta pula komentar orang akan pakaiannya;

"..Sekali persetua, Bendahara Seri Maharaja duduk dihadap orang banyak; makakata Bendahara Seri Maharaja pada segala orang yang mengadap dia itu, "Mana baik hamba, mana baik si Hassan?"
Maka sembah segala orang itu, "Baik juga Datuk daripada anakanda." Maka kata Bendahara Seri Maharaja, "Salah kata tuan hamba itu, kerana hamba pun ada bercermin; pada mata Hamba, baik juga si Hassan, kerana ia orang muda; tetapi termanis hamba sedikit.."
10) Demikianlah karenah seorang metroseksual di zaman kesultanan Melayu Melaka dahulu.Pun begitu,Tun Mutahir seorang yang berjaya mengurus tadbir Melaka dengan baik,namun disebabkan fitnah Raja Mudaliar (Mandeliar) beliau akhirnya dihukum bunuh seluruh keluarganya oleh Sultan.
Begitulah kisahnya.Terima kasih kerana sudi membaca, dan ringankan tangan mengulang ciap catatan ringkas ini!

• • •

Missing some Tweet in this thread? You can try to force a refresh
 

Keep Current with Mohammad Faeez Harith

Mohammad Faeez Harith Profile picture

Stay in touch and get notified when new unrolls are available from this author!

Read all threads

This Thread may be Removed Anytime!

PDF

Twitter may remove this content at anytime! Save it as PDF for later use!

Try unrolling a thread yourself!

how to unroll video
  1. Follow @ThreadReaderApp to mention us!

  2. From a Twitter thread mention us with a keyword "unroll"
@threadreaderapp unroll

Practice here first or read more on our help page!

More from @H_Bakkaniy

19 Dec
Tun Teja: Sang Jelita Yang Digilai Sultan Melaka

(Catatan ringkas untuk @InjangNation )
Ada berberapa versi kisah berkenaan Tun Teja,namun semua versi ini berakhir dengan pernikahannya dengan Sultan Melaka.Sebahagian versi ini boleh kita rujuk semula di dalam Sulalatus Salatin atau Hikayat Hang Tuah.
Versi Sulalatus Salatin:
1)Hang Nadim, anak Hang Jebat telah dititahkan oleh Sultan Melaka untuk membeli kain serasah di Negeri Keling (India) namun,kapal Hang Nadim dipukul ribut kerana terkena sumpahan seorang Sayyid yang bertengkar dengan Hang Isap.
Read 17 tweets
19 Dec
Pengalaman buat aduan dengan saluean yang betul,tanpa tular di media sosial:

1)Pergi makan dengan keluarga di sebuah hotel, dalam menu ditulis 'Asian Risotto' sekali yang sampai Nasi Ladna.Mengadu dengan pengurusnya,dapat ganti rugi.
2)Tempah makanan dalam talian,makanan lambat sampai.Mengadu dekat akaun media sosial,diberi ganti rugi lagi besar dari nilai makanan yang dipesan.Sampai rasa bersalah pula mengadu 😅

3)Pesan makanan di kedai,air minum tak sampai.Bila adukan pada pengurus,bil dilangsaikan percuma
Banyak lagilah keadaan yang sebenarnya tak perlu buat kecoh di media sosial dahulu.Buat aduan guna saluran sepatutnya,samada bersemuka berdepan atau hubungi talian khidmat pelanggan terlebih dahulu.Dah tak dapat atau tak dilayan barulah boleh nak mengaruk pun.
Read 5 tweets
10 Dec
Wukok Kain: Teknik Cucian Kering (Dry Cleaning) Melayu

1)Pada zaman dahulu kain ikat limar, kain songket,tenun yang dihasilkan menggunakan pewarna asli. Jus buah Belimbing Manis (Averrhog Carambola) atau Asam gelugur (Garcinia Atrovirdis) digunakan sebagai pengukuh warna kain.
2)Pewarna semulajadi masih lemah dari segi ketahanan warna selepas dicuci. Untuk mengatasi masalah ini orang Melayu biasanya menggunakan rawatan tradisional yang dikenali sebagai " wukok kain" atau "mewangikan kain".
3)Menurut Hajah Halimah dari Pasir Mas, Kelantan, rawatan wukok ini dilakukan dengan menyebarkan kain yang ingin diwangikan pada "saji" besar, yang merupakan kubah kecil, yang terbuat dari rotan. ”Setanggi diletakkan di bawah kubah untuk memberi wangian pada kain.
Read 7 tweets
7 Dec
Sebelum Abang sambung tulisan berkenaan 'Pamor' keris minggu inj, berikut himpunan bebenang tulisan berkenaan Keris yang pernah Abang siarkan dahulu.Bab Keris agak rumit sebab kekangan sumber rujukan.
Read 4 tweets
5 Dec
Kain Samping,pakaian kelengkapan orang Melayu:
Fungsi dan Kegunaannya.

Ini adalah bebenang.
1)Kain Samping dinamakan sebagai 'Samping' kerana:
i. Ia merupakan kain sampingan iaitu kain tambahan dari pakaian asas yang dipakai.
ii.Pemakaiannya yang berada di samping tubuh dan tidak menyentuh tubuh secara terus seperti pakaian lain.
2)Menurut Dr Johan Iskandar,kain samping juga disebut sebagai 'Kain Sinjang' dan istilah ini masih terkenal di negara Brunei Darussalam.Perkataan 'Sinjang' boleh ditemukan dalam Kamus Bahasa Melayu Brunei (gambar dan maklumat ihsan saudari @UBMalaysia )
Read 19 tweets
21 Nov
Sebenarnya Abang sendiri dah tak berapa ingat apa yang Abang tulis berkenaan ungkapan dan peribahasa Melayu.Tapi abang cuba senaraikan yang mana Abang ingat dalam bebenang tentang bebenang yang Abang pernah tulis sebelum ini.Kalau sudi,bacalah.Ulangciap(RT) juga.
Terima kasih!
Read 8 tweets

Did Thread Reader help you today?

Support us! We are indie developers!


This site is made by just two indie developers on a laptop doing marketing, support and development! Read more about the story.

Become a Premium Member ($3/month or $30/year) and get exclusive features!

Become Premium

Too expensive? Make a small donation by buying us coffee ($5) or help with server cost ($10)

Donate via Paypal Become our Patreon

Thank you for your support!

Follow Us on Twitter!