Wangi-Wangian Alam Melayu.

Orang Melayu sebenarnya gemar berwangi-wangian,dengan memanfaatkan sumber alam di sekeliling mereka.Tulisan ringkas ini akan menyenaraikan beberapa kaedah serta bahan yang biasa digunakan sebagai wangi-wangian Alam Melayu.

Ini adalah bebenang. Image
Terdapat berberapa cara orang Melayu memanfaatkan bahan-bahan haruman alami untuk berwangi-wangian.Antaranya ;
i.Merenjis wangian atau berminyak
ii.Mewukok atau Mengasapkan
iii.Melangir.
iv.Menyisip atau menyelit.
1)Merenjis wangian atau berminyak, sememangnya cara kebiasaan orang memakai wangian,tidak terhad kepada orang Melayu sahaja.Namun ada catatan bahawa kebiasaan berminyak wangi ini sudah wujud sejak zaman kesultanan Melayu Melaka lagi,sebagaimana catatan Sulalatus Salatin:
"..Jikalau sudah ia memakai akan berjalan, sepasu minyak wangi digosokkannya pada tubuhnya..."

Petikan berkenaan tabiat Bendahara Lubuk Batu.
2)Mewukok atau mengasapkan juga menjadi pilihan orang Melayu bagi mewangikan kain,senjata atau kediaman.Setanggi atau campuran bahan-bahan wangian tertentu akan dibakar untuk menghasilkan asap yang harum sebelum dibiarkan lekat pada fabrik,barangan atau ruangan yang diperasapkan.
Berikut tulisan terdahulu Abang berkenaan teknik 'Wukok Kain'
3)Melangir
Proses ini biasanya dilakukan semasa mandian dengan menggunakan limau,akar sintok, bunga-bungaan dan sebagainya.Proses melangir ini juga sebahagian daripada proses mencuci keris.
4)Menyisip atau menyelit kebiasaannya dilakukan dengan mengambil tumbuhan tertentu yang berbau harum samada dalam bentuk segar atau kering dan diselit pada pakaian, kelengkapan atau ruangan tertentu supaya kekal wangi.
Berikut pula antara bahan-bahan wangian Alam Melayu.

1)Bintil atau Pundi Kijang
Bahagian ini terhasil pada tubuh kijang dan bahagian isinya dijadikan pati minyak,yang disebut sebagai kasturi atau Ambar Image
2)Ambar
Selain daripada bintil kijang,ambar juga berasal dari damar sesetengah pohon dan juga dari muntah ikan paus,dan biasa didapati termpar di pesisir pantai.Ambar dari tumbuhan berwarna sedikit kekuningan dan terkadang mengeras seperti batu
Ambar paus pula berwana kelabu keperangan atau terkadang berwarna putih serta dianggap paling bernilai berbanding ambar kijang dan tumbuhan.Ia dijadikan hadiah dan anugerah oleh Sultan dalam catatan Hikayat Raja-Raja Pasai.
3)Daun Pandan
Kebiasaannya digunakan untuk mewangikan ruangan dengan cara diracik halus dan dibiarkan menempati ruangan.Ia juga berfungsi sebagai penambah aroma masakan dan pewarna. Image
4)Setanggi atau Kemenyan.
Setanggi atau kemenyan adalah campuran kayu,getah atau damar pokok tertentu yang dibakar bagi menghasilkan bau yang harum.Yang paling kerap digunakan adalah gaharu dan cendana.Boleh rujuk :
5)Bunga Mala atau Melur
Kebiasannya diselit atau disisip di bawah baju,terkadang juga direndam dalam air sebagai mandian untuk berlangir bersama limau dan sintok. Image
6)Bunga Cina, juga dengan cara disemat ke rambut atau diselit di bawah baju.
7)Narawastu/Narwastu atau nama lainnya, 'Vetiver'.Sejenis serai wangi yang dimanfaatkan bahagian akarnya untuk menghasilkan pati minyak wangi.Narwastu ada disebut dalam 'Hikayat Raja-Raja Pasai' dalam kisah pengislaman Merah Silu. Image
8) Kumkuma/Komakoma atau lebih dikenali sebagai 'Za'faran' atau 'Saffron' ang dibawa oleh pedagang India ke Tanah Melayu.Ia biasanya dijadikan minyak atau bahan celupan untuk fabrik.Fabrik yang dicelup komakoma akan berwarna kuning terang serta mempunyai aroma yang harum. Image
9)Limau purut,biasanya digunakan untuk berlangir bersama-sama akar sintok.Daunnya pula dikunyah untuk mewangikan tubuh dari dalam,menurut berberapa sumber lisan daripada pakar herba. Image
Demikianlah secara ringkas berkenaan wangi-wangian Alam Melayu sejak zaman dahulu lagu.Pun begitu masih ada berberapa bahan lain yang tidak dapat Abang lampirkan kerana sumber rujukan yang agak terhad.Terima kasih kerana sudi membaca dan mengulang ciap tulisan ini.
Dan sekiranya kalian berminat untuk mengetahui lebih lanjut tentang wangian di pasaran,boleh ikuti saudara @AusMeshi yang sering membuat ulasan berkenaan produk wangian di pasaran dalam saluran Youtubenya:
youtube.com/c/AusMeshi Image

• • •

Missing some Tweet in this thread? You can try to force a refresh
 

Keep Current with Mohammad Faeez Harith

Mohammad Faeez Harith Profile picture

Stay in touch and get notified when new unrolls are available from this author!

Read all threads

This Thread may be Removed Anytime!

PDF

Twitter may remove this content at anytime! Save it as PDF for later use!

Try unrolling a thread yourself!

how to unroll video
  1. Follow @ThreadReaderApp to mention us!

  2. From a Twitter thread mention us with a keyword "unroll"
@threadreaderapp unroll

Practice here first or read more on our help page!

More from @H_Bakkaniy

23 Dec
Kes Kartel Daging Haram ini ada berberapa perkara kita kena faham.

1)Daging atau apa-apa makanan import memang tidak pernah akan dapat persijilan halal daripada JAKIM.Faham ini elok-elok,semat dalam kepala.

2)Yang ada ialah persijilan halal badan² luar negara diiktiraf JAKIM
3)Untuk perbekalan daging tempatan pun,persijilan halal hanya diberi sekiranya sembelihan mematuhi piawai Jabatan Veterinar dan JAKIM.Bukan JAKIM semata-mata.Premis sembelihan dan rumah sembelihan ada pegawai pemantau dari Veterinar dan JAKIM
4)Daging Import pula pemantauan itu berlaku pada peringkat Jabatan Kastam dulu,baru melalui Veterinar dan JAKIM.Dekat sini yang isu besarnya sebab pemalsuan sijil,cop halal badan luar negara dan kertas kerja boleh berlaku sebelum masuk ke tapisan Veterinar dan JAKIM.
Read 6 tweets
21 Dec
Tatasusila Busana Melayu Ketika Berziarah Kematian.

Kematian adalah pengakhiran kehidupan di dunia.Kematian suatu perkara yang menduga emosi,maka sudah pasti tatasusila berbusana ketika berziarah kematian mesti dijaga.

Ini adalah bebenang. Image
1) Tatasusila Busana ini berbeza dengan adat-istiadat (protokol) pakaian berziarah kematian orang-orang kenamaan, yang mana setiap negeri dan tempat,berbeza pula adat-istiadat kematiannya.Maka ini hanyalah panduan umum sahaja agar tidak canggung ketika berziarah.
2)Pertama; Pemilihan warna dan jenis fabrik.
Pilih warna yang tidak terlalu terang,polos ,tidak bercorak dan tidak terlalu menarik perhatian serta pilihlah fabrik yang sederhana dan tidak terlalu menonjol.Berpada dengan kain tenun sahaja atau kain biasa daripada memakai songket.
Read 10 tweets
20 Dec
Lelaki Metroseksual Melaka: Petikan Sulalatus Salatin.

Ya.Lelaki metroseksual memang wujud sejak zaman Melaka lagi,dan ada terakam kisahnya di dalam Sulalatus Salatin,tahu? Jam 8 malam nanti Abang cerita.
Sementara tu ulang ciap dulu banyak-banyak,barulah seronok nak bercerita!
1)Definisi Metroseksual dalam bahasa mudahnya; lelaki yang sangat menjaga penampilan dan tatarias peribadinya.ini tidak ada kena mengena dengan seksualitinya, baik dia seorang heteroseksual atau selainnya.

Catatan: @DBPMalaysia tolong kemaskini PRPM.Entri metroseksual tiada!
2)Lelaki yang bukan metroseksual ini kebiasaannya sangat sederhana dalam penampilan.Atau kadangkala dilihat serabai atau tidak kemas,berbanding dengan lelaki metroseksual yang terkadang mampu mengalahkan wanita dari segi ketelitian penjagaan dirinya.
Read 16 tweets
19 Dec
Tun Teja: Sang Jelita Yang Digilai Sultan Melaka

(Catatan ringkas untuk @InjangNation )
Ada berberapa versi kisah berkenaan Tun Teja,namun semua versi ini berakhir dengan pernikahannya dengan Sultan Melaka.Sebahagian versi ini boleh kita rujuk semula di dalam Sulalatus Salatin atau Hikayat Hang Tuah.
Versi Sulalatus Salatin:
1)Hang Nadim, anak Hang Jebat telah dititahkan oleh Sultan Melaka untuk membeli kain serasah di Negeri Keling (India) namun,kapal Hang Nadim dipukul ribut kerana terkena sumpahan seorang Sayyid yang bertengkar dengan Hang Isap.
Read 17 tweets
19 Dec
Pengalaman buat aduan dengan saluean yang betul,tanpa tular di media sosial:

1)Pergi makan dengan keluarga di sebuah hotel, dalam menu ditulis 'Asian Risotto' sekali yang sampai Nasi Ladna.Mengadu dengan pengurusnya,dapat ganti rugi.
2)Tempah makanan dalam talian,makanan lambat sampai.Mengadu dekat akaun media sosial,diberi ganti rugi lagi besar dari nilai makanan yang dipesan.Sampai rasa bersalah pula mengadu 😅

3)Pesan makanan di kedai,air minum tak sampai.Bila adukan pada pengurus,bil dilangsaikan percuma
Banyak lagilah keadaan yang sebenarnya tak perlu buat kecoh di media sosial dahulu.Buat aduan guna saluran sepatutnya,samada bersemuka berdepan atau hubungi talian khidmat pelanggan terlebih dahulu.Dah tak dapat atau tak dilayan barulah boleh nak mengaruk pun.
Read 5 tweets
10 Dec
Wukok Kain: Teknik Cucian Kering (Dry Cleaning) Melayu

1)Pada zaman dahulu kain ikat limar, kain songket,tenun yang dihasilkan menggunakan pewarna asli. Jus buah Belimbing Manis (Averrhog Carambola) atau Asam gelugur (Garcinia Atrovirdis) digunakan sebagai pengukuh warna kain.
2)Pewarna semulajadi masih lemah dari segi ketahanan warna selepas dicuci. Untuk mengatasi masalah ini orang Melayu biasanya menggunakan rawatan tradisional yang dikenali sebagai " wukok kain" atau "mewangikan kain".
3)Menurut Hajah Halimah dari Pasir Mas, Kelantan, rawatan wukok ini dilakukan dengan menyebarkan kain yang ingin diwangikan pada "saji" besar, yang merupakan kubah kecil, yang terbuat dari rotan. ”Setanggi diletakkan di bawah kubah untuk memberi wangian pada kain.
Read 7 tweets

Did Thread Reader help you today?

Support us! We are indie developers!


This site is made by just two indie developers on a laptop doing marketing, support and development! Read more about the story.

Become a Premium Member ($3/month or $30/year) and get exclusive features!

Become Premium

Too expensive? Make a small donation by buying us coffee ($5) or help with server cost ($10)

Donate via Paypal Become our Patreon

Thank you for your support!

Follow Us on Twitter!