Dalam Surah As-Syams, Allah SWT berfirman yang manusia terbahagi kepada dua.

Golongan pertama adalah orang yang beruntung sebab mereka suka sucikan jiwa dari sifat buruk.

Golongan kedua pula mereka yang rugi sebab suka kotorkan jiwa dengan sifat buruk.

[Thread]
Persoalannya, kita nak untung ke rugi?

Kalau nak untung, Rasulullah SAW bersabda:

"Dan sesungguhnya jiwamu memiliki hak atas dirimu." (H.R. Imam Bukhari)

Tapi, menyucikan jiwa ini bukanlah dengan bersikap keras sampai benda halal pun korang haramkan.

Tak, bukan macam tu.
Bukan juga dengan buat sesuka hati atas tiket "kebebasan berfikiran", "hak asasi" dan sebagainya.

Bukan juga.

Tapi dengan mengikut apa yang telah disyariatkan Islam.

Apa dia tu?

Haa, kalau nak tau ada 7 tips membersihkan jiwa.

Jom baca!
#1 Mengenal, Mendalami & Memahami Tauhid

Jiwa yang jatuh cinta dengan tauhid akan menjadi jiwa yang suci dan jauh dari hawa nafsu.

Kenapa?

Sebab bila kita dah kenal tauhid, apa je yang kita buat akan didasari kerana Allah SWT.

Suka kerana Allah, benci pun kerana Allah.
Jiwa yang kenal tauhid pun akan hanya takut kepada Allah SWT dan bukannya hantu, momok, jin dan makhluk lain.

Selain tu, hati yang betul-betul faham tauhid akan hanya harap pada Allah SWT.

Dia tahu, hanya Allah je dapat tolong dia.

Apa-apa je yang berlaku ni atas izin Allah.
Kalau Allah SWT tak izinkan, dia redha. Sebab dia tahu, Allah lebih mengetahui apa terbaik untuk dia.

Bukan dia berkeras nak ikut kehendak hati juga.

Tak, tak.

Jiwa yang faham tauhid ini percaya kepada Allah SWT 100% tanpa syak wasangka, yang Allah Maha Tahu apa terbaik.
#2 Berdoa Bersungguh-Sungguh

Manusia ni lemah sebenarnya.

Kita tak ada kuasa adiwira macam Superman atau Black Panther.

Kita tak ada kuasa magis macam Harry Potter atau Hermione.

Kita ni biasa-biasa je & tak berdaya tanpa bantuan Allah SWT.

Sebab itulah, kita perlu berdoa.
Bila kita berdoa, kita sedar diri yang kita ni sangat-sangat perlukan Allah SWT dalam kehidupan seharian.

Allah SWT berfirman:

"Berdoalah kepada Ku nescaya Aku perkenankan doa permohonan kamu. Sesungguhnya orang-orang yang sombong takbur daripada beribadat (+)
dan berdoa kepada Ku, akan masuk neraka Jahannam dalam keadaan hina." (QS Ghafiir: 60)

Astaghfirullahalazim!

Kalau Allah dah berfirman macam tu, kenapa kita masih taknak berdoa?

Doalah.
Doa diberi petunjuk.
Doa hati tetap pada agama Islam.
Doa agar iman ini sentiasa utuh.

🤲
#3 Baca Al-Quran dan Merenungi Maknanya

Al-Quran ni mukjizat paling agung yang Allah SWT turunkan kepada Nabi Muhammad SAW.

Nak sucikan jiwa bukan saja kena baca Al-Quran, tapi wajib faham dan ambil iktibar daripada maknanya.

Dalam Al-Quran sangat banyak kisah pengajaran (+)
yang boleh kita pelajari.

Rugilah kalau kita cuma baca Al-Quran tapi tak ubah diri kita, sedangkan Allah SWT dah beri peringatan tentang apa yang berlaku kepada umat terdahulu.

Kita ni beruntung sangat ada Al-Quran sebagai petunjuk tau!
#4 Mencontohi Rasulullah SAW

Nabi Muhammad adalah rasul terakhir & penutup segala nabi. Memang tak ada nabi lagi selepasnya.

Jadi, kita sebagai umat akhir zaman mesti ikut tauladan Rasulullah SAW. Kalau kita berdegil dan taknak ikut contoh baginda, siapa lagi kita nak ikut?
Apa yang Rasulullah dah ajar tu semua cara meraih tiket ke syurga.

Kengkawan, tanyalah diri kita.

Untuk apa kita hidup?
Kenapa kita lahir?
Apakah matlamat akhir kita?

Kalau kita kejar dunia aja, maka rugilah kita di akhirat nanti!
#5 Berjuanglah Untuk Istiqomah

Nak sucikan jiwa ni mestilah kena bersifat baik & jauhi perkara buruk.

Jaga pandangan
Jaga pertuturan
Jaga apa yang ditulis
Berkawan dengan orang baik
Buat aktiviti yang berfaedah sahaja seperti membaca, dengar ceramah, beriadah & lain-lain
Jagalah hati dengan bersungguh-sungguh sebab jiwa kita sangatlah lemah!

Syaitan ni sentiasa je cari peluang untuk menjerumuskan kita ke arah mungkar.

Astaghfirullahalazim 😔
#6 Sentiasa Ingat Mati

Mati ni ibarat racun kepada dunia.

Bila kita sentiasa ingat mati, hati kita akan terdidik untuk lebih tunduk, lebih syukur dan taat kepada apa yang Allah SWT telah perintahkan.

Mati akan datang pada bila-bila masa je. Tak kira usia atau kesihatan tau!
#7 Jangan Tertipu Dengan Amalan Baik

Bila kita dah buat satu amal kebajikan, lebih baik kita lupakannya terus.

Tak payah nak terkenang-kenang sedekah, zakat atau apa-apa je yang kita dah buat.

Takut bila kita asyik teringat amalan baik, kita akan merasa puas dan cukup.
Sampaikan kita terlupa nak tambah lebih banyak amal kebaikan dan asyik mengungkit apa yang pernah dilakukan.

Sedikit demi sedikit, pahala-pahala yang diraih akan hilang ibarat debuan ditiup angin sebab asyik mengungkit kebaikan.

Nauzubillahiminzalik 😔
Semoga apa yang dikongsikan ini akan mendorong kita sentiasa memperbaiki diri serta menyucikan jiwa dari hari ke hari.

Berazamlah untuk menjadi Muslim yang Mukmin!

Moga Allah redha kepada kita sebagai hamba-Nya 💞

Teruskan follow @MyFundAction untuk lebih banyak info menarik!

• • •

Missing some Tweet in this thread? You can try to force a refresh
 

Keep Current with MyFundAction!

MyFundAction! Profile picture

Stay in touch and get notified when new unrolls are available from this author!

Read all threads

This Thread may be Removed Anytime!

PDF

Twitter may remove this content at anytime! Save it as PDF for later use!

Try unrolling a thread yourself!

how to unroll video
  1. Follow @ThreadReaderApp to mention us!

  2. From a Twitter thread mention us with a keyword "unroll"
@threadreaderapp unroll

Practice here first or read more on our help page!

More from @MyFundAction

26 Dec
"Aduh, sikitlah gaji bulan ni sebab takde OT."

Keluh seorang pekerja kolar biru ketika menikmati makanan malamnya.

Dia duduk di sebuah restoran, menikmati nasi goreng kampung yang dipesan.

Rasa tawar sebab hilang selera makan, gundah gulana memikirkan nasib anak bininya.
"Kenapa ni bang?"

Pelayan restoran datang mendekat. Dari tadi dia nampak brader ni macam tak lalu makan. Hidangannya macam tak berusik!

"Entahlah dik, susah hati ni. Gaji sikit sebab takde OT bulan ni. Abang ni harapkan OT aje. Maklumlah, gaji kecik."

Jawap lelaki itu.
Pelayan itu duduk di hadapannya tanpa dipelawa. Dia pandang brader itu lama.

"Abang, abang nak tau tak, ada 10 jenis rezeki menurut Islam?"

"Eh, yeker?"

"Iya, kalau ada 10 jenis rezeki yang boleh kita terima, kenapa abang nak risau?"

"Apa 10 jenis rezeki tu?"
Read 25 tweets
25 Dec
Kalau semua dah ditakdirkan, kenapa kita mesti berdoa? 🤔

"Eh, buat apa nak doa? Kan Allah dah tetapkan qada' dan qadar!?"

"Aku doa pun kalau takdir kata gitu, dapat gitu jugak."

Okay, jom kami huraikan kenapa kita semua wajib berdoa walaupun semuanya dah tertulis!

[Bebenang]
#1 Doa Sebagai Sebab Meraih Keinginan

Manusia tak lari daripada mempunyai keinginan. Itulah salah satu kelemahan manusia, di mana kita akan sentiasa nak kan sesuatu.

Nak iPhone baru
Nak baju baru
Nak kerja baru
Nak gaji tinggi
Nak duit banyak

Dan macam-macam lagilah!
Sebab itulah Allah SWT menuntut para hamba-Nya untuk berdoa.

Dah banyak sangat keinginan, mestilah kena berdoa kat Allah dengan harapan Allah memakbulkan hajat-hajat kita!

Allah berfirman dalam Surah Ghafir ayat 60:

"Dan Tuhan kamu berfirman: (+)
Read 14 tweets
9 Dec
Korang sayang diri sendiri tak? 💔

Kajian menunjukkan mereka yang menyayangi diri sendiri akan lebih berdaya saing terhadap cabaran hidup!

Kenapa?

Sebab mereka lebih fleksibel terhadap stress atau perkara yg menyedihkan.

Bagaimana nak sayang diri sendiri cara Islam?

[Thread]
#1 Jauhkan Diri Dari Perbuatan Dosa

Kalau korang sayang diri sendiri, tahan dan lawanlah nafsu untuk buat dosa.

Tak kisahlah, sebesar atau sekecil mana pun dosa tersebut.

Latih dan biasakan diri untuk

Bercakap benar
Tak lewatkan solat
Tak berkata kesat
Hormat ibu bapa
Rasulullah SAW bersabda:

“Kebaikan adalah akhlak yang baik. Manakala dosa adalah sesuatu yang membuat hati gementar dan bimbang serta kamu tidak suka orang lain mengetahuinya."

(Hadith Riwayat Muslim)

So sayangilah diri korang dengan menjauhi dosa! 😔
Read 10 tweets
8 Dec
Adakah hati kita telah mati? 🖤

“(Hari kebangkitan itu) ialah hari yang tidak akan memberi manfaat harta benda dan anak pinak, melainkan orang yang datang mengadap Allah dengan hati yang salim (bersih dan selamat)." (Surah asy-Syu’arak, ayat 88)

[Thread]
Hati adalah organ tubuh yang penting dalam hidup seorang manusia.

Baik ia, baiklah seseorang itu.

Kalau buruk ia, buruklah seseorang itu.

Tapi, kita boleh nampak ke hati itu mati atau tak?

Hah, jom baca thread ini untuk ketahui hati kita masih hidup atau sudah mati.
#1 Sentiasa Ingat Allah SWT

Hati yang hidup adalah hati yang tunduk kepada Rabb-nya.

Tak kira dalam apa jua keadaan sekalipun, hati seorang Mukmin sentiasa merasakan keberadaan Allah SWT dalam kehidupan sehariannya.

Dengan mengingat Allah, hati pasti akan menjadi tenteram!
Read 15 tweets
7 Dec
500,000 rakyat Malaysia alami simptom dipresi!

Data daripada Tinjauan Kebangsaan Kesihatan dan Morbiditi (NHMS) mencatatkan setengah juta rakyat Malaysia mengalami masalah mental ini.

Macam mana nak kurangkan simptom ini?

[Thread]
#1 Syukur Selalu

Bersyukurlah pada setiap masa, dan dalam apa jua keadaan sekalipun!

Alhamdulillah Ya Allah,
Alhamdulillah Ya Allah,
Alhamdulillah Ya Allah!

Sungguh, segala puji selayaknya hanya untuk Allah SWT ❤
”Dan (ingatlah juga), tatkala Tuhanmu memaklumkan; “Sesungguhnya jika kamu bersyukur, pasti Kami akan menambah (nikmat) kepadamu, dan jika kamu mengingkari (nikmat-Ku), maka sesungguhnya azab-Ku sangat pedih." (Surah Ibrahim, ayat 7)

Terima kasih, Ya Rabb 🤲
Read 14 tweets
21 Jun
4 Sindiket Sedekah Scam Terkenal di Malaysia.

Rakyat Malaysia memang terkenal dengan sifat pemurahnya. Pernah satu kajian dibuat menyenaraikan Malaysia sebagai antara 10 negara yang rakyatnya mempunyai semangat berkebajikan yang tinggi.

Tapi ada yg ambil kesempatan pula!
#1: Sindiket Anak Yatim SM Amin

Azhar Wahab (si pengasas) mempergunakan anak-anak yatim untuk kemewahan peribadinya.

Anak-anak yatim dari Yan, Kedah dipaksa menjual pil serta meminta sedekah sehingga ke Kuala Lumpur.
#2: Sindiket Ketuk Tingkap

Warga asing yang tinggal di Malaysia dan memegang status pelarian mengetuk tingkap-tingkap kereta yang berhenti di lampu isyarat untuk meminta sedekah.

Tahu tak sindiket ini boleh mengumpul sehingga RM200 sehari!
Read 8 tweets

Did Thread Reader help you today?

Support us! We are indie developers!


This site is made by just two indie developers on a laptop doing marketing, support and development! Read more about the story.

Become a Premium Member ($3/month or $30/year) and get exclusive features!

Become Premium

Too expensive? Make a small donation by buying us coffee ($5) or help with server cost ($10)

Donate via Paypal Become our Patreon

Thank you for your support!

Follow Us on Twitter!