"Aduh, sikitlah gaji bulan ni sebab takde OT."

Keluh seorang pekerja kolar biru ketika menikmati makanan malamnya.

Dia duduk di sebuah restoran, menikmati nasi goreng kampung yang dipesan.

Rasa tawar sebab hilang selera makan, gundah gulana memikirkan nasib anak bininya.
"Kenapa ni bang?"

Pelayan restoran datang mendekat. Dari tadi dia nampak brader ni macam tak lalu makan. Hidangannya macam tak berusik!

"Entahlah dik, susah hati ni. Gaji sikit sebab takde OT bulan ni. Abang ni harapkan OT aje. Maklumlah, gaji kecik."

Jawap lelaki itu.
Pelayan itu duduk di hadapannya tanpa dipelawa. Dia pandang brader itu lama.

"Abang, abang nak tau tak, ada 10 jenis rezeki menurut Islam?"

"Eh, yeker?"

"Iya, kalau ada 10 jenis rezeki yang boleh kita terima, kenapa abang nak risau?"

"Apa 10 jenis rezeki tu?"
#1 Rezeki Yang Telah Dijamin

"Baik, pertama adalah rezeki yang dah dijamin."

Allah SWT berfirman dalam Surah Hud ayat 6:

"Dan tiadalah sesuatupun dari makhluk-makhluk yang bergerak di bumi melainkan Allah jualah yang menanggung rezekinya dan (+)
mengetahui tempat kediamannya dan tempat ia disimpan."

"Abang, rezeki kita ni semua memang Allah dah jamin. Allah bagi rezeki yang cukup untuk semua makhluknya."

Brader itu mengangguk seakan faham.

"Mungkin bulan ni abang tak dapat OT, (+)
tapi saya yakin, gaji yang abang dapat tu cukup untuk abang sekeluarga. Insya' Allah."

Pelayan tu tambah lagi;

"Tengoklah burung. Ia keluar awal pagi meninggalkan sarang tanpa mengetahui apa rezekinya haritu. Tapi ia yakin dengan janji Allah SWT akan rezeki yang dijamin."
#2 Rezeki Kerana Usaha Atau Kerja

"Seterusnya, rezeki yang memang kita usaha sendiri. Guna kudrat dan tenaga kita."

Allah SWT telah berfirman dalam Surah An-Najm ayat 39:

"Dan bahawa sesungguhnya tidak ada (balasan) bagi seseorang melainkan (balasan) apa yang diusahakannya."
Pelayan itu khusyuk bercerita;

"Bak kata orang, abang buat, abang dapat. Abang tak buat, abang tak dapat. Simple je bang hidup ni."

Dia senyum lebar, tunjuk dua lekuk lesung pipit. Brader tu mula ada selera nak makan.

'Syok juga sambil makan dengar cerita budak ni.'
#3 Rezeki Kerana Bersyukur

"Apa rezeki yang ketiga?"

Sambil mengunyah nasi, dia bertanya. Sedap nasi goreng ni, tadi rasa tawar sebab takde selera!

"Yang ketiga, rezeki sebab bersyukur seperti firman Allah dalam surah Ibrahim ayat 7: (+)
Sesungguhnya jika kamu bersyukur pasti Kami akan menambah (nikmat) kepadamu."

"Abang, kita ni sebagai hamba kena banyakkan bersyukur. Sikit atau banyak rezeki kita dapat, itulah yang terbaik. Jangan mengeluh, tetapi ucapkan Alhamdulillah."
#4 Rezeki Yang Tak Disangka-Sangka

"Abang mesti pernah dapat rezeki yang tak disangka-sangka kan?"

Brader tu fikir sejenak.

"Hah, macam ada! Masa tu pakcik abang beli motor baru, jadi motor lama dia bagi abang. Alhamdulillah."

Pelayan itu tepuk meja, teruja betul!
"Tengok, itu pun antara rezeki yang tak disangka-sangka."

Allah SWT berfirman dalam Surah At-Thalaq ayat 2:

"Barangsiapa yang bertaqwa kepada Allah SWT nescaya Dia akan menjadikan baginya jalan keluar dan memberinya rezeki dari arah yang tak disangka-sangka."
#5 Rezeki Kerana Istighfar

"Kita digalakkan untuk banyakkan beristighfar, sekurang-kurangnya 100 kali sehari."

"Kenapa?"

"Ini sepertimana firman Allah SWT dalam surah Nuh ayat 10-11;

Beristighfarlah kepada Tuhanmu, sesungguhnya Dia adalah Maha Pengampun, (+)
pasti Dia akan mengirimkan hujan kepadamu dengan lebat dan memperbanyakkan harta."

"Kita ni pendosa bang. Bila kita beristighfar, kita mengakui kelemahan dan dosa-dosa yang kita buat. Mudah-mudahan Allah ampunkan dosa kita."

Pelayan dan brader itu sama-sama tertunduk insaf.
#6 Rezeki Kerana Menikah

"Rezeki juga boleh datang kerana menikah."

Tetiba brader itu pula mencelah. Pelayan restoran itu sekadar mengangguk mengiyakan.

"Okay betul bang. Cuba huraikan."

"Masa abang nak nikah dulu, memang abang tak banyak simpanan. (+)
Tapi abang rasa perjalanan nak menikah tu rasa lancar aje. Dipermudahkanlah senang kata."

Allah SWT berfirman dalam surah An-Nuur ayat 32:

"Dan nikahkanlah orang yang masih bujang di antara kamu dan juga orang yang layak daripada hamba sahayamu baik lelaki atau perempuan. (+)
Jika mereka miskin, maka Allah SWT akan memberikan kemampuan kepada mereka dengan kurniaNya."
#7 Rezeki Kerana Anak

"Anak abang ada berapa?" Pelayan tu masih setia duduk di depannya. Mujur malam ini tak ramai pelanggan. PKPB!

"Ada 2. Sorang umur 5 tahun, yang adik umur 3 tahun."

"Kalau abang nak tahu, rezeki yang ibu bapa dapat ni pun ada disebabkan anak diorang."
"Dan janganlah kamu membunuh anak-anakmu kerana takut miskin. Kamilah yang akan menanggung rezeki mereka dan juga (rezeki) bagimu." (QS Al-Isra ayat 31)

"Abang sebagai ayah jangan risau, anak-anak mesti cukup makan pakai, insya' Allah!"
#8 Rezeki Kerana Sedekah

"Sikit atau banyak pun rezeki kita terima, jangan takut untuk bersedekah."

Allah SWT berfirman dalam Surah Al-Baqarah ayat 245:

"Siapa yang memberi pinjaman pada jalan Allah SWT, pinjaman yang baik (infak dan sedekah) maka Allah SWT akan melipat (+)
gandakan pembayaran kepadanya dalam jumlah yang besar."

Pelayan itu menambah;

"Dalam rezeki kita, ada rezeki orang lain. Tapi, utamakan mereka yang terdekat dengan kita dulu. Isteri, anak-anak, ibu bapa dan sebagainya."
#9 Rezeki Keberkatan Pagi

"Waktu pagi ni banyak keberkatan, bang. Sedangkan Mat Saleh pun terkejar-kejar nak masuk kelab 5 pagi, kenapa kita tidur sampai selalu Subuh gajah?"

Rasulullah SAW bersabda:

"Wahai anakku, bangunlah dan hadaplah rezeki Tuhanmu, (+)
dan janganlah engkau termasuk dalam kalangan orang yang lalai. Sesungguhnya Allah SWT membahagikan rezeki manusia di antara terbit fajar hingga terbit matahari." (H.R. Al-Baihaqi)
#10 Rezeki Menjalankan Silaturrahim

Rasulullah SAW bersabda:

"Barangsiapa yang ingin dimurahkan rezeki dan dipanjangkan umur, maka hendaklah ia menghubungkan silaturrahim." (H.R. Bukhari dan Muslim)

"Macam sekarang, kita bersilaturrahim la ni."
"Nah, cukup 10 cara rezeki seorang hamba, bang. Jangan risau sangat ya? Abang makanlah dulu, saya nak sambung kemas ni."

Brader tu angguk setuju.

"Oh ya bang!"

"Apa dia?"

"Jangan lupa follow @MyFundAction untuk lebih banyak konten menarik camni!"

"Okay, nanti abang follow!"

• • •

Missing some Tweet in this thread? You can try to force a refresh
 

Keep Current with MyFundAction!

MyFundAction! Profile picture

Stay in touch and get notified when new unrolls are available from this author!

Read all threads

This Thread may be Removed Anytime!

PDF

Twitter may remove this content at anytime! Save it as PDF for later use!

Try unrolling a thread yourself!

how to unroll video
  1. Follow @ThreadReaderApp to mention us!

  2. From a Twitter thread mention us with a keyword "unroll"
@threadreaderapp unroll

Practice here first or read more on our help page!

More from @MyFundAction

25 Dec
Kalau semua dah ditakdirkan, kenapa kita mesti berdoa? 🤔

"Eh, buat apa nak doa? Kan Allah dah tetapkan qada' dan qadar!?"

"Aku doa pun kalau takdir kata gitu, dapat gitu jugak."

Okay, jom kami huraikan kenapa kita semua wajib berdoa walaupun semuanya dah tertulis!

[Bebenang]
#1 Doa Sebagai Sebab Meraih Keinginan

Manusia tak lari daripada mempunyai keinginan. Itulah salah satu kelemahan manusia, di mana kita akan sentiasa nak kan sesuatu.

Nak iPhone baru
Nak baju baru
Nak kerja baru
Nak gaji tinggi
Nak duit banyak

Dan macam-macam lagilah!
Sebab itulah Allah SWT menuntut para hamba-Nya untuk berdoa.

Dah banyak sangat keinginan, mestilah kena berdoa kat Allah dengan harapan Allah memakbulkan hajat-hajat kita!

Allah berfirman dalam Surah Ghafir ayat 60:

"Dan Tuhan kamu berfirman: (+)
Read 14 tweets
24 Dec
Dalam Surah As-Syams, Allah SWT berfirman yang manusia terbahagi kepada dua.

Golongan pertama adalah orang yang beruntung sebab mereka suka sucikan jiwa dari sifat buruk.

Golongan kedua pula mereka yang rugi sebab suka kotorkan jiwa dengan sifat buruk.

[Thread]
Persoalannya, kita nak untung ke rugi?

Kalau nak untung, Rasulullah SAW bersabda:

"Dan sesungguhnya jiwamu memiliki hak atas dirimu." (H.R. Imam Bukhari)

Tapi, menyucikan jiwa ini bukanlah dengan bersikap keras sampai benda halal pun korang haramkan.

Tak, bukan macam tu.
Bukan juga dengan buat sesuka hati atas tiket "kebebasan berfikiran", "hak asasi" dan sebagainya.

Bukan juga.

Tapi dengan mengikut apa yang telah disyariatkan Islam.

Apa dia tu?

Haa, kalau nak tau ada 7 tips membersihkan jiwa.

Jom baca!
Read 19 tweets
9 Dec
Korang sayang diri sendiri tak? 💔

Kajian menunjukkan mereka yang menyayangi diri sendiri akan lebih berdaya saing terhadap cabaran hidup!

Kenapa?

Sebab mereka lebih fleksibel terhadap stress atau perkara yg menyedihkan.

Bagaimana nak sayang diri sendiri cara Islam?

[Thread]
#1 Jauhkan Diri Dari Perbuatan Dosa

Kalau korang sayang diri sendiri, tahan dan lawanlah nafsu untuk buat dosa.

Tak kisahlah, sebesar atau sekecil mana pun dosa tersebut.

Latih dan biasakan diri untuk

Bercakap benar
Tak lewatkan solat
Tak berkata kesat
Hormat ibu bapa
Rasulullah SAW bersabda:

“Kebaikan adalah akhlak yang baik. Manakala dosa adalah sesuatu yang membuat hati gementar dan bimbang serta kamu tidak suka orang lain mengetahuinya."

(Hadith Riwayat Muslim)

So sayangilah diri korang dengan menjauhi dosa! 😔
Read 10 tweets
8 Dec
Adakah hati kita telah mati? 🖤

“(Hari kebangkitan itu) ialah hari yang tidak akan memberi manfaat harta benda dan anak pinak, melainkan orang yang datang mengadap Allah dengan hati yang salim (bersih dan selamat)." (Surah asy-Syu’arak, ayat 88)

[Thread]
Hati adalah organ tubuh yang penting dalam hidup seorang manusia.

Baik ia, baiklah seseorang itu.

Kalau buruk ia, buruklah seseorang itu.

Tapi, kita boleh nampak ke hati itu mati atau tak?

Hah, jom baca thread ini untuk ketahui hati kita masih hidup atau sudah mati.
#1 Sentiasa Ingat Allah SWT

Hati yang hidup adalah hati yang tunduk kepada Rabb-nya.

Tak kira dalam apa jua keadaan sekalipun, hati seorang Mukmin sentiasa merasakan keberadaan Allah SWT dalam kehidupan sehariannya.

Dengan mengingat Allah, hati pasti akan menjadi tenteram!
Read 15 tweets
7 Dec
500,000 rakyat Malaysia alami simptom dipresi!

Data daripada Tinjauan Kebangsaan Kesihatan dan Morbiditi (NHMS) mencatatkan setengah juta rakyat Malaysia mengalami masalah mental ini.

Macam mana nak kurangkan simptom ini?

[Thread]
#1 Syukur Selalu

Bersyukurlah pada setiap masa, dan dalam apa jua keadaan sekalipun!

Alhamdulillah Ya Allah,
Alhamdulillah Ya Allah,
Alhamdulillah Ya Allah!

Sungguh, segala puji selayaknya hanya untuk Allah SWT ❤
”Dan (ingatlah juga), tatkala Tuhanmu memaklumkan; “Sesungguhnya jika kamu bersyukur, pasti Kami akan menambah (nikmat) kepadamu, dan jika kamu mengingkari (nikmat-Ku), maka sesungguhnya azab-Ku sangat pedih." (Surah Ibrahim, ayat 7)

Terima kasih, Ya Rabb 🤲
Read 14 tweets
21 Jun
4 Sindiket Sedekah Scam Terkenal di Malaysia.

Rakyat Malaysia memang terkenal dengan sifat pemurahnya. Pernah satu kajian dibuat menyenaraikan Malaysia sebagai antara 10 negara yang rakyatnya mempunyai semangat berkebajikan yang tinggi.

Tapi ada yg ambil kesempatan pula!
#1: Sindiket Anak Yatim SM Amin

Azhar Wahab (si pengasas) mempergunakan anak-anak yatim untuk kemewahan peribadinya.

Anak-anak yatim dari Yan, Kedah dipaksa menjual pil serta meminta sedekah sehingga ke Kuala Lumpur.
#2: Sindiket Ketuk Tingkap

Warga asing yang tinggal di Malaysia dan memegang status pelarian mengetuk tingkap-tingkap kereta yang berhenti di lampu isyarat untuk meminta sedekah.

Tahu tak sindiket ini boleh mengumpul sehingga RM200 sehari!
Read 8 tweets

Did Thread Reader help you today?

Support us! We are indie developers!


This site is made by just two indie developers on a laptop doing marketing, support and development! Read more about the story.

Become a Premium Member ($3/month or $30/year) and get exclusive features!

Become Premium

Too expensive? Make a small donation by buying us coffee ($5) or help with server cost ($10)

Donate via Paypal Become our Patreon

Thank you for your support!

Follow Us on Twitter!