Kalau semua dah ditakdirkan, kenapa kita mesti berdoa? 🤔
"Eh, buat apa nak doa? Kan Allah dah tetapkan qada' dan qadar!?"
"Aku doa pun kalau takdir kata gitu, dapat gitu jugak."
Okay, jom kami huraikan kenapa kita semua wajib berdoa walaupun semuanya dah tertulis!
[Bebenang]
#1 Doa Sebagai Sebab Meraih Keinginan
Manusia tak lari daripada mempunyai keinginan. Itulah salah satu kelemahan manusia, di mana kita akan sentiasa nak kan sesuatu.
Nak iPhone baru
Nak baju baru
Nak kerja baru
Nak gaji tinggi
Nak duit banyak
Dan macam-macam lagilah!
Sebab itulah Allah SWT menuntut para hamba-Nya untuk berdoa.
Dah banyak sangat keinginan, mestilah kena berdoa kat Allah dengan harapan Allah memakbulkan hajat-hajat kita!
Allah berfirman dalam Surah Ghafir ayat 60:
"Dan Tuhan kamu berfirman: (+)
Berdoalah kamu kepadaKu nescaya Aku perkenankan doa permohonan kamu. Sesungguhnya orang-orang yang sombong takbur daripada beribadat dan berdoa kepadaKu, akan masuk neraka Jahannam dalam keadaan hina."
Berdoalah!
Doa ni besar kesan dia kepada perkara yang akan berlaku tau!
#2 Mengubah Takdir
Daripada Thaubah R.A., Rasulullah SAW bersabda:
"Sesungguhnya seseorang itu boleh terhalang dari rezeki disebabkan dosa yang dilakukannya. Tidak ada yang dapat menolak takdir kecuali doa." (Riwayat Ibnu Majah, Ahmad dan Al-Baihaqi)
Subhanallah!
Doa yang ikhlas, bersungguh-sungguh dan dengan penuh harap kepada Allah SWT, jika ia baik untuk kita seperti yang diketahui Allah, pasti akan dikabulkan.
Okay, jom angkat tangan sekarang, dan berdoalah dengan penuh harapan kepada Rabb! 🤲
#3 Tidak Berdoa Bererti Keliru Dengan Konsep Takdir Dan Doa
"Alah, buat apa nak berdoa? Kan semuanya Allah dah takdirkan!" Kata si fulan di sebuah kedai kopi.
Jelas pemahaman ini adalah keliru dengan konsep takdir dan doa seperti dalam kitab Majmu' Fatawa.
Kenapa?
Menurut kitab tersebut, sesiapa yang berkata, "Saya tidak berdoa dan tidak memohon kerana hanya bersandar dengan takdir, maka orang itu keliru."
Sebabnya, Allah SWT dah jadikan doa dan permintaan sebagai sebab untuk meraih keampunan dan rahmat-Nya, serta untuk mendapat (+)
petunjuk dan pertolongan serta rezeki-Nya.
Nak lebih faham lagi, kalau seseorang tu dah ditakdirkan kebaikan dengan doa, maka kebaikan tersebut tidak akan dapat diraih kecuali dengan doanya.
Jadi, kalau kita tak doa, macam mana nak dapat benda yang baik?
Mengerti?
#4 Doa Menolong Menghadapi Musibah
Doa juga dapat menolong kita daripada musibah dan perkara buruk.
Ibn Qayyim dalam al-Jawwab al-Kafi berkata, "Doa merupakan ubat yang paling bermanfaat. Ia merupakan musuh bagi musibah. Ia dapat mengubati & mengatasinya, mencegah turunnya (+)
musibah atau mengangkatnya atau meringankannya."
Doa ni jugak senjata paling ampuh orang beriman.
Ampuh = kuat!
So, bayangkan dengan kuasa doa je kita dapat melawan musibah, malapetaka, bencana dan sebagainya?
Allahu Akbar!
Hebat sungguh doa ni sahabat 😍
Doa dalam menghadapi musibah ni ada 3 peringkat:
Pertama;
Doa lebih kuat dari musibah, maka ia dapat mengusirnya.
Kedua;
Doa lebih lemah dari musibah, maka musibah dapat mengalahkannya sehinggalah seseorang ditimpa musibah. Akan tetapi boleh jadi doa dapat meringankannya (+)
walaupun doanya lemah.
Ketiga;
Keduanya saling berlawanan antara satu sama lain, saling mencegah terjadinya pada orang tersebut.
So, sekarang korang faham tak kenapa kita mesti berdoa walaupun Allah dah tulis takdir tu untuk kita?
Hah, lepas ni jangan takut, malu atau sombong berdoa! Pergilah doa, mana tahu doa tu dikabulkan minggu depan 🤗
Kajian menunjukkan mereka yang menyayangi diri sendiri akan lebih berdaya saing terhadap cabaran hidup!
Kenapa?
Sebab mereka lebih fleksibel terhadap stress atau perkara yg menyedihkan.
Bagaimana nak sayang diri sendiri cara Islam?
[Thread]
#1 Jauhkan Diri Dari Perbuatan Dosa
Kalau korang sayang diri sendiri, tahan dan lawanlah nafsu untuk buat dosa.
Tak kisahlah, sebesar atau sekecil mana pun dosa tersebut.
Latih dan biasakan diri untuk
Bercakap benar
Tak lewatkan solat
Tak berkata kesat
Hormat ibu bapa
Rasulullah SAW bersabda:
“Kebaikan adalah akhlak yang baik. Manakala dosa adalah sesuatu yang membuat hati gementar dan bimbang serta kamu tidak suka orang lain mengetahuinya."
“(Hari kebangkitan itu) ialah hari yang tidak akan memberi manfaat harta benda dan anak pinak, melainkan orang yang datang mengadap Allah dengan hati yang salim (bersih dan selamat)." (Surah asy-Syu’arak, ayat 88)
[Thread]
Hati adalah organ tubuh yang penting dalam hidup seorang manusia.
Baik ia, baiklah seseorang itu.
Kalau buruk ia, buruklah seseorang itu.
Tapi, kita boleh nampak ke hati itu mati atau tak?
Hah, jom baca thread ini untuk ketahui hati kita masih hidup atau sudah mati.
#1 Sentiasa Ingat Allah SWT
Hati yang hidup adalah hati yang tunduk kepada Rabb-nya.
Tak kira dalam apa jua keadaan sekalipun, hati seorang Mukmin sentiasa merasakan keberadaan Allah SWT dalam kehidupan sehariannya.
Dengan mengingat Allah, hati pasti akan menjadi tenteram!
Data daripada Tinjauan Kebangsaan Kesihatan dan Morbiditi (NHMS) mencatatkan setengah juta rakyat Malaysia mengalami masalah mental ini.
Macam mana nak kurangkan simptom ini?
[Thread]
#1 Syukur Selalu
Bersyukurlah pada setiap masa, dan dalam apa jua keadaan sekalipun!
Alhamdulillah Ya Allah,
Alhamdulillah Ya Allah,
Alhamdulillah Ya Allah!
Sungguh, segala puji selayaknya hanya untuk Allah SWT ❤
”Dan (ingatlah juga), tatkala Tuhanmu memaklumkan; “Sesungguhnya jika kamu bersyukur, pasti Kami akan menambah (nikmat) kepadamu, dan jika kamu mengingkari (nikmat-Ku), maka sesungguhnya azab-Ku sangat pedih." (Surah Ibrahim, ayat 7)
Rakyat Malaysia memang terkenal dengan sifat pemurahnya. Pernah satu kajian dibuat menyenaraikan Malaysia sebagai antara 10 negara yang rakyatnya mempunyai semangat berkebajikan yang tinggi.
Tapi ada yg ambil kesempatan pula!
#1: Sindiket Anak Yatim SM Amin
Azhar Wahab (si pengasas) mempergunakan anak-anak yatim untuk kemewahan peribadinya.
Anak-anak yatim dari Yan, Kedah dipaksa menjual pil serta meminta sedekah sehingga ke Kuala Lumpur.
#2: Sindiket Ketuk Tingkap
Warga asing yang tinggal di Malaysia dan memegang status pelarian mengetuk tingkap-tingkap kereta yang berhenti di lampu isyarat untuk meminta sedekah.
Tahu tak sindiket ini boleh mengumpul sehingga RM200 sehari!