3000 kes dah ni. Jadi, nak lockdown atau nak biarkan ekonomi berterusan? Ada matematik dalam mengulas mengenai isu ini. Kalau tak nak lockdown, nak teruskan ekonomi. Matematiknya adalah berikut.
Sama ada you benarkan orang semua keluar berekonomi dan you pacu ekonomi dengan polisi-polisi yang baik, kes mungkin tinggi tapi ekonomi sedap. Kalau 3000 kes tapi berita setiap bulan macam ni sedap juga.
You lockdown, orang tak dapat keluar, ekonomi terjejas, tapi kes menurun dan terkawal. Bagi semula bantuan macam PKP pada Mac 2020. Restart balik ekonomi dalam 3 ke 4 bulan selepas itu.
Senario pertama tu sedang berlaku di Indonesia.
Kes tinggi. Tapi dibalas dengan banyak berita-berita pelaburan baru masuk yang akan memacu negara ke depan. So basically you let go one end, and you grab tightly the other.
Kita pernah ambil langkah senario kedua tahun lepas tapi sekarang kita tidak di mana-mana.
Rakyat diberikan kebebasan untuk ke sana ke mari. Kes setiap hari tinggi, naik dan terus naik. Tapi masa sama ekonomi not doing well. Yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran.
Apa penyebabnya?
Ada 3 perkara besar yang terkait dengan keadaan semasa kita. Kalau dipecahkan, ia adalah:
1. Ketidakstabilan dan tidak ketentuan politik 2. Kes yang semakin meningkat 3. Polisi ekonomi yang tak nampak hujung pangkal
So kepada siapa kita nak tunding jari lepaskan marah ni?
Ketidakstabilan dan ketidaktentuan politik ni senang cerita kita letak atas UMNO lah. Walaupun boleh pergi lebih dalam perbincangan ini tapi lets take it at that.
Regardless apa yang UMNO cuba terangkan saya merasakan UMNO tak 'handle' betul-betul penyampaian mesej serta apa saja UMNO buat sekarang orang akan kata ia sebab kes mahkamah.
Kalau UMNO cukup sekadar bagi jaminan yang pemimpin bermasalah akan diketepikan dan tidak akan bertanding, akan ada satu kelegaan buat ramai orang.
Ia bukan lagi jadi isu nak gugurkan kes mahkamah mahupun tuduhan gila kuasa.
Then you focus on point (2) and (3).
Kes meningkat ni siapa yang ada kuasa hentikan? Siapa yang ada kuasa untuk buat 'lockdown' atau mengetatkan penguatkuasaan, atau menghalang kemasukan di pintu-pintu masuk negara, atau siapa yang boleh buat polisi?
Kes meningkat ni nak letak ke siapa?
Kemudian lagi polisi ekonomi. Siapa yang ada kuasa gubal dan jalankan polisi? Nak kata Belanjawan tak disokong, disokong juga. Nak kata tak bagi idea, berlambak dah idea diberikan.
Pemimpin dalam kerajaan sendiri dan bukan kerajaan dah berpusu-pusu memberikan idea. Tetapi kesilapan demi kesilapan dibuat. Nak kata tak bagi amaran, dah bagi juga macam dalam isu pembatalan HSR.
HSR ni isunya bukan jimat kos, isunya juga bukan berapa yang negara bakal dapat kalau projek berjalan. Isunya adalah Malaysia SEKALI LAGI membatalkan projek pelaburan dengan negara lain.
Siapa yang suka 'business partner' yang suka-suka nak buat suka-suka batal ni? Kerajaan masih boleh dan ada kuasa mengawal kes dan masih ada kuasa menetapkan polisi ekonomi.
Untuk kerajaan Perikatan Nasional pula, saya betul-betul nak bertanya, sampai bila nak guna alasan Covid-19 setiap kali ada isu yang anda tak nak bertindak?
Bila tanya kes Adib contohnya. "Oh kita sedang sibuk urusan Covid-19". Padahal mahkamah tetap berjalan, siasatan tetap berjalan untuk kes-kes lain. Kenapa kes Adib ni istimewa sebab Covid-19?
Bila ada isu ekonomi contohnya HSR, sama juga, Covid-19. Apa negara lain yang sedang memacu ekonomi, melaksanakan projek, menarik pelabur apa semua ni tak ada Covid-19 ke? Kenapa bila tang Malaysia je, sentuh pasal ekonomi, "Oh ini kerana Covid-19".
Kalau betul risau akan Covid-19, laksanakan PKP semula. Ini tidak, semuanya berjalan macam tak ada apa. Kedai makan duduk beramai-ramai. Orang ke sana ke mari. Sekolah nak buka 20hb ni. Dah macam tak ada apa.
Tapi bila bawa isu-isu besar, "Oh ini kerana Covid-19".
Sebab rakyat Malaysia ni 'gullible' dan tak dapat lihat 'the bigger picture', jadi ambil kesempatan dengan semuanya alasan Covid-19 ke?
So kalau betul risau Covid-19, tunjukkan yang betul-betul risau. PKP semula. Flatten the curve. Buat 2nd round of moratorium dan 'cash handouts'. Jangan asyik dok ratib "covid-19, covid-19" tapi realitinya semua dah tak kisah nak keluar ramai-ramai, rentas negeri bagai.
• • •
Missing some Tweet in this thread? You can try to
force a refresh
Sebenarnya orang Malaysia ni minat jer drama/filem sejarah. Buktinya filem Bahubali pernah jadi bualan kita semua. Dan tayangan semula Puteri Gunung Ledang di Netflix tempoh hari meletup habis!
Drama-drama sejarah berlatarkan Joseon, Goryeo dari Korea ditonton penuh takjub oleh kita seisi rakyat Malaysia. Bahkan kadang-kadang kerana drama ini, orang kita kenal sejarah Korea berbanding Melayu itu sendiri.
Memang dalam Al Quran tidak ada dalil qat'ie tentang bentuk muka bumi. Para ulama berdalilkan secara zhon perkataan يُكَوِّرُ dalam surah Az Zumar : 5 untuk menyokong pendapat bahawa bumi ini bulat.
Namun sebelum kurun ke-3 Hijrah (sekitar 200 Hijrah/ 800 Masihi), Khalifah Abbasiyah iaitu Khalifah Ma'mun (wafat 218 H) pernah mengumpulkan pakar-pakar ilmu falak dan geografi di Baitul Hikmah untuk membuat peta dunia.
Ternyata para ilmuwan Abbasiyah ini telah membuat sebuah glob bagi membuktikan bumi ini bulat. Peta Alam Melayu/ Nusantara turut dilakarkan dalam glob ini.
Piramid Giza ialah salah satu daripada keajaiban dunia. Namun, siapakah yang membina piramid ini? Benarkah dakwaan bahawa pembinanya ialah Nabi Idris A.S?
Oleh: Helmi Effendy
Piramid ini sebenarnya dibina oleh Firaun Khufu dipercayai memerintah Mesir Purba pada sekitar 2609 SM - 2584 SM. Ejaan nama penuhnya ialah Khunum-Khufwy yang membawa maksud "Khnum Melindungi Aku".
Khnum ini untuk pengetahuan kalian merujuk kepada salah satu dewa purba Mesir Purba yang digambarkan bertanduk seperti kambing dan berkuasa ke atas perkara seperti kesuburan, air dan juga hasil peranakan haiwan-haiwan di ladang.
Demikian keluhan bercampur sedih Tunku Abdul Rahman selepas dipaksa memijak Pancasila (simbol Indonesia) oleh sekumpulan pemuda yang berdemonstrasi terhadap Indonesia ketika kemuncak Konfrontasi (1963-1966).
Kata-kata Tunku menunjukkan sifat orang Melayu yang lembut, budiman dan mengelak konflik, atau kita panggil sebagai sifat "diplomatik".
Berbeza sekali dengan seruan Sukarno untuk "ganyang" Malaysia:
"Laksamana Hang Nadim: Pejuang Kemerdekaan Melaka."
Anak lelaki Hang Jebat. Anak angkat Hang Tuah. Dan menghadapi Portugis dalam berpuluh pertempuran. Sesuailah dinamakannya sebagai mimpi ngeri Portugis.
Oleh: Helmi Effendy
Laksamana Hang Nadim, satu nama yang entah kenapa sangat sunyi di dalam sejarah bangsa kita padahal beliau bukan calang-calang tokoh. Tiada seorang pun anak Melayu diperkenalkan pada susuk tubuh yang sangat berjasa dalam sejarah Melayu.
Hang Nadim, tak keterlaluan kalau saya katakan beliau ialah kombinasi kualiti yang dimiliki oleh Hang Tuah dan Hang Jebat. Dia memiliki kesetian, kelicikan dan kebijaksanaan yang dimiliki oleh Hang Tuah serta keberanian yang dimiliki oleh Hang Jebat.
Korang jenis penulis yang macam mana? Aku sebagai seorang penulis, aku anggap diri aku sebagai seorang Pantser. Tapi ada kategori penulis yang lain dikenali sebagai Plotter.
Oleh: Helmi Effendy
Plotter ialah seorang penulis yang akan merancang bagaimana jalan ceritanya bermula dan berakhir. Dia akan menyediakan draf2 watak novelnya. Dia akan sediakan info2 berkaitan dengan latar tempat, masyarakat etc enting yang akan menjadi butir2 menyiapkan sebuah novel.
Ada dua orang penulis dalam dunia. Penulis pertama, dia kena duduk buat draf setiap bab. Penulis ni dah merancang dulu dari mula dan akhir ceritanya. Dunia penulisan mengenali penulis pertama sebagai plotter. Plotters yang terkenal ialah JK Rowling.